Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja


Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja atau nama ringkasnya KVDLM, merupakan sebuah kolej vokasional yang terletak di KM 20, Jalan Seremban-Tampin, Chembong, Rembau.

Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja
Fail:Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja.jpg
Lokasi
KM 20 Jalan Seremban-Tampin, Chembong, 71300, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Vokasional, Sekolah kerajaan
MotoProgresif, Intelektual, Kecemerlangan
Ditubuhkan1958
Nombor sekolah06-6851218
Kod sekolahNKE3038
Pengerusi PIBGDato' Daing Dalisang
PengetuaPuan Hj Baiha Bt Haron
Faks06-6851831
Laman sesawang
Map

Pada 2009, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja memiliki 154 pelajar lelaki dan 149 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 303 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.M Undang Rembau pada 25hb Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang ditawarkan ialah akademik, vokasional, pertanian dan sains.

Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar. Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1 Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar di sekolah ini sehinggalah tahun 1990.

Pada tahun 1999,telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Rembau. Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).

Akhirnya pada tahun 2003, nama sekolah ini telah diubahsekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Nama Undang Rembau ialah Dato Hj Muhd Sharif.Kursus kejuruteraan seperti mekanikal,elektrik dan awam mula ditawarkan seiring dengan misi sekolah,SMTDLM peneraju aliran teknik kebangsaan.

Visi sunting

SMTDLM Peneraju Aliran Teknik di Malaysia

Misi sunting

Bermuafakat Melahirkan Insan Mapan Melalui Pendidikan Bersepadu Dan Berkualiti

Dasar Kualiti SMTDLM sunting

Kami warga SMTDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk meningkatkan proses P & P berkualiti bagi membangunkan potensi murid secara berterusan demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Piagam Pelanggan sunting

Kami berjanji akan berusaha untuk memberi layanan mesra dan perkhidmatan bermutu kepada pelanggan kami:

Pelajar

  1. Memberi ilmu pendidikan berkualiti selaras dengan kurikulum pendidikan teknik.
  2. Berusaha menyediakan pelajar cemerlang dengan pencapaian 10 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  3. Memberi peluang kepada setiap pelajar memperkembangkan potensi positif untuk mempertingkatkan keterampilan pelajar melalui aktiviti ko-kurikulum dan pembangunan insan ke peringkat antarabangsa.
  4. Sedia membantu pelajar yang ingin mendapatkan bantuan berkaitan persekolahan bagi pelajar kurang kemampuan.
  5. Membimbing pelajar agar dapat meneruskan pengajian ke pusat pengajian tinggi dalam bidang teknik dan vokasional.
  6. Menyediakan dokumen-dokumen surat berhenti sekolah, sijil perakuan dan surat penghargaan 2 minggu selepas tamat persekolahan.
  7. Berusaha mendaftar pelajar dalam masa 30 minit.
  8. Sedia menerima bayaran yuran dan pemberian resit pada hari yang sama.

Guru / Staf

  1. Mengurus kebajikan guru/staf berkaitan dengan imbuhan, tuntutan dan terimaan sepanjang bertugas di sekolah ini.
  2. Memberi latihan pembangunan diri sekurang-kurangnya 3 kali setahun untuk setahun membolehkan guru/staf menjalankan tugas dengan cemerlang.
  3. Menggalakkan guru menyertai kursus anjuran KPM untuk pembangunan diri dan organisasi dari semasa ke semasa.
  4. Menyokong guru dengan menyediakan bahan pembelajaran yang terbaik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  5. Menguruskan urusan surat menyurat guru dalam tempoh 1 hari dari tarikh penerimaan surat.

Ibu Bapa

  1. Menjaga keselamatan anak-anak sepanjang persekolahan mereka.
  2. Melaporkan perkembangan akademik dan sahsiah anak sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

Jabatan Pendidikan Negeri / Kementerian Pendidikan Malaysia

  1. Melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan dari masa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  2. Kami berjanji akan mengambil tindakan kepada semua urusan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kami juga akan sentiasa peka dan bersedia menerima pandangan dan cadangan yang konstruktif untuk kebaikan pelanggan kami.

Kursus Yang Ditawarkan sunting

Aliran Kursus
Teknik Pengajian kejuruteraan Mekanikal
Pengajian kejuruteraan Elektrik&Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Agroteknologi
Vokasional Holtikultur Hiasan Dan Landskap
Teknologi Tanaman
Agro Industri Tanaman
Agro Industri Ternakan
Pengurusan Perniagaan
Akuakultur
Kemahiran Pekerja Ladang Pertanian

Alamat sunting

Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja,
KM 20 Jalan Seremban-Tampin, Chembong,
71300, Rembau,
Negeri Sembilan, Malaysia.
Telefon = 06-6851218
Fax = 06-6851831

Pautan luar sunting