Kolej Vokasional Setapak, kuala lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur, Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan
Maklumat
Jenis sekolahKolej Vokasional
MotoPenjana Teknorat Cemerlang
Ditubuhkan1972
Nombor sekolah603-41495578
Faks603-41494899


Sejarah Penubuhan sunting

Sekolah ini telah di tubuhkan pada tahun 1972 dan di kenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur (SMVKL). Dari tahun 1972 hingga 1993 sekolah ini diletakkan dalam kategori Gred B . Mulai 1.3.1993, SMV KL telah dinaikkan tarafnya ke sekolah Gred A dan pada tahun 1997 telah dengan rasminya menjadi Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur (SMTSKL).

SMTSKL terletak di dalam kawasan seluas 18 ekar di Jalan Genting Kelang, Setapak, Kuala Lumpur. Asal persekitaran SMTSKL adalah merupakan bekas kawasan lombong timah dan ladang-ladang getah. Tapak SMTSKL pernah digunakan sebagai kem Jungle Scout dan kem askar semasa darurat. Kini persekitaran SMTSKL telah pesat membangun dengan terdapatnya Sekolah Menengah Sains Rumah Tangga, Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) dan Bandar Baru Wangsa Maju.

 
Wajah dari Pandangan Hadapan Sekolah

SMVKL telah dibuka dengan rasminya pada 16 Ogos 1976 oleh Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Pengetua sunting

Sebelum tahun 1984, ketua pendidikan SMVKL digelar Guru Besar. Mulai tahun tersebut gelaran Guru Besar telah bertukar menjadi Pengetua. Berikut adalah senarai Pengetua-pengetua SMVKL/SMTSKL sejak penubuhannya.

  1. Encik Ta Kim Mit (1972-1984)
  2. Encik Mohd Sofian bin Jamaludin (1984-1990)
  3. Puan Zaidah bt. Harun (1990-1992)
  4. Encik Mohd Fahmi bin Hj. Alias (1993-1995)
  5. Puan Siti binti Pin ( November 1995- 15 Jun 1997 )
  6. Encik Baharom bin Endut (Julai 1997- 5 Mei 2000)
  7. Encik Arsad bin Muhamad (16 Mei 2000- 2007)
  8. Encik Zainudin bin Samad (2007- 2012)
  9. Encik Ruslan Bin Zainuddin (2012 - 2019)
  10. Encik Azlan Bin Saat (2019 - Sekarang)

Falsafah Sekolah sunting

Bahawasanya pelajar-pelajar yang ada di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek,kemahiran teknologi dan kerohanian. Dengan ini seluas-luasnya peluang akan diberi kepada para pelajar di sekolah ini mengembangkan potensi mereka .Para pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan iktisas memberi pendidikan yang sempurna dan berkesan bagi memajukan pelajar-pelajar di sekolah kami ini.

Misi Sekolah sunting

  1. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membantu pelajar mencapai ketrampilan dalam pendidikan.
  2. Mempertingkatkan prasarana aktiviti kurikulum dan kokurokulum.
  3. Menyedia dan menggerakkan sistem pengurusan kehidupan pelajar asrama yang cekap.
  4. Mempertimbangkan kemudahan dan kecekapan perkhidmatan sokongan seperti perkhidmatan kantin.
  5. Memperlengkapkan keperluan peralatan kegunaan guru dan staf.
  6. Mempertingkatkan aktiviti keagamaan dan hal ehwal murd bagi memperbaiki tahap disiplin pelajar.
  7. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kemas, dan harmonis.
  8. Menyediakan aktiviti dan kursus perkembangan staf yang releven bagi mempertingkatkan rasa bertanggungjawab guru dan staf.
  9. Melaksanakan aktiviti kekeluargaan bagi semua guru dan staf.
  10. Mempertingkatkan usaha penyediaan peralatan dan perkakasan teknolgi maklumat dan komunikasi.
  11. Menjalimkan hubungan yang mesra dengan ibu bapa dan masyarakat luar.
  12. Melaksanakan program dan aktiviti yang boleh menaikkan imej sekolah.


Objektif Sekolah sunting

Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur pada dasarnya ialah sebuah sekolah menengah atas yang menawarkan mata pelajaran yang bercorak teknikal .Sekolah ini memberi peluang kepada para pelajar yang lulus dangan baik di peringkat PMR dan berkebolehan untuk mengikuti Pelajaran Teknikal dan Sains.


Tujuan Pendidikan Teknik sunting

1) Untuk memberi pelajaran teknikal yang asas bagi membolehkan penunutut-penuntut melanjutkan pelajaran mereka ke institusi yang lebih tinggi.

2) Untuk menyediakan pelajaran Sains dan Teknikal kepada penuntut-penuntut yang mempunyai kecenderungan dalam mata pelajaran itu dan menambahkan serta mengekalkan minat tersebut.

3)Untuk menyumbangkan tenaga mahir dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan dalam negara.

4)Untuk mengembangkan potensi intelek dan kemahiran teknologi di kalangan pelajar


Lagu Sekolah sunting

Seiring Bersama Berusaha,
Untuk Kesempurnaan,
Itulah Ikrar Kami Semua Di SMTSKL Yang Tercinta,
Disiplin Tetap Diutamakan,
Bersopan Jadi Amalan,
Ilmu Dituntut,
Kemahiran Direbut,
Bekalan Masa Hadapan,

c/o
Kami Kan Terus Berusaha,
Kami Kan Tetap Berbakti,
Kamilah Warisan Pendukung Negara,
Mencapai Wawasan Murni

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur sunting

Inisiatif daripada Pengetua En Zainudin Samad, maka ditubuhkan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur pada 9 Mei 2010 semasa Mesyuarat Agung Pertama yang menghimpun semua bekas pelajar SMV Setapak semenjak 1972. Berbagai aktiviti telah dijalankan Alumni Setapak seperti perjumpaan bekas pelajar, Reunion, Perlawanan bolasepak persahabatan, Program bersama Pelajar dan lain-lain lagi. Alumni Setapak diketuai oleh Encik Shahrunizam Harun, bekas pelajar tahun 87-88. Alumni Setapak juga adalah sebahagian daripada anggota Gabungan Alumni Teknik & Vokasional Kebangsaan (MALTIVO) yang mempunyai 88 buah sekolah Teknik & Vokasional seluruh Malaysia. Bertepatan dengan matlamat kerajaan memartabatkan pendidikan Teknik & Vokasional yang telah melahirkan pekerja mahir dan inovatif sejajar dengan pembangunan pesat Malaysia di persada ekonomi dunia. Menjelang tahun 2013, seiring dengan Transformasi Pendidikan, kebanyakan Sekolah Vokasional akan dikenali sebagai Kolej Vokasional.