Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Sabah

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Kampong Air Kota Kinabalu atau nama ringkasnya SRJK(C) Chung Hwa Kg Air K Kinabalu, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Kampong Air Kota Kinabalu, Peti Surat 10215,.

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa
Lokasi
Kampong Air Kota Kinabalu, Peti Surat 10215,, 88802, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088225052
Kod sekolahXCC4006
Faks6088230217
SRJK (C) Chung Hwa

Pada 2009, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Kampong Air Kota Kinabalu memiliki 1116 pelajar lelaki dan 1030 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2146 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009

Sejarah sunting

SRJK Chung Hwa dibina pada tahun 1917. Pengasas sekolah ialah Oh Hou Teck. Sebelum ini, ia merupakan sebuah sekolah swasta yang diuruskan oleh orang Hokkian dan bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Kota Kinabalu. Jumlah murid pada masa itu hanya 30 orang sahaja.

Pada tahun 1918, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua telah membuat permohonan kawasan pembinaan sekolah dengan kerajaan di Jalan Pantai Selatan. Selepas itu, barulah dibina sebuah Bangunan Papan yang bertingkat tiga dan jumlah murid meningkat ke lebih kurang seratus orang.

Untuk mengatasi masalah kekurangan asas, Encik Nee mencadangkan kepada pihak Lembaga Pengurus Sekolah agar mengubah bina asrama guru kepada sebuah bangunan serba guna 4 tingkat. Bangunan ini terdapat kantin, tandas murid, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik komputer, klinik pergigian, bilik agama, bilik muzik, bilik tarian, bilik pancaragam, bilik orkestra cina, bilik audio-visual, dan bilik mesyuarat. Cadangan tersebut telah diluluskan dan projek pembinaan dijangka akan bermula pada bulan November.

Pada tanggal 11 Oktober, tender bagi projek pembinaan bangunan serba guna 4 tingkat diperolehi oleh Syarikat Medarat Renovation S/B dengan harga minimum RM 1.68 juta. Pengarah Lembaga Pengurus Sekolah Encik Chong Choon Kim dan Pengerusi PIBG Encik Lui Yen Sang mengetuai dan merancang aktiviti pengumpulan modal bagi menjayakan projek itu.

Upacara meletakkan batu asas di bangunan serba guna 4 tingkat telah diadakan pada 16 Mei. Pihak sekolah telah menjemput Y.B. Yong Teck Lee, Ketua Menteri Sabah untuk merasmikan upacara tersebut.


Senarai Guru Besar sunting

  • 1946 - Datuk Lim Hong Nge
  • 1947-1949 - Chang Sang Yung
  • 1950-Jun 1952 - Chin Ti Ching
  • Jun 1952-Dec 1956 - Wang Chung Jin
  • Jan 1953-Jun 1953 - Chia Yick Teck
  • 1957-1967 - Yong Tze Fung
  • 1958 - Chia Hiap Jee
  • 1959-1978 - Chin Miaw Yin
  • 1979-May 1990 - Shim Vui Kong
  • May 1990-Aug 1996 - Ni Min Fui
  • Aug 1996 - Datuk Eng Thiam Leong

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa
Kampong Air Kota Kinabalu
Peti Surat 10215,
88802, Kota Kinabalu
Sabah, Ambiguous code; please visit {{MAL}}
Telefon = 6088225052
Fax = 6088230217

Pautan luar sunting