Sekolah Tinggi Muar

Sekolah Tinggi Muar atau lebih dikenali sebagai Government English School Muar suatu masa dahulu telah ditubuhkan pada 1902. Sekolah ini merupakan sekolah tertua di Muar, Johor. Bangunan Warisan sekolah ini telah dibina pada 1914 namun hanya boleh digunakan sebagai sekolah pada 1915.

Sekolah Tinggi Muar
Lokasi
Muar Muar, Johor Johor
Malaysia
Maklumat
JenisKerajaan
MotoUsaha Bukan Kata
Pengasas1902
GredTingkatan 1 - Tingkatan 6
Kemasukan1100±
WarnaBiru dan putih
AfiliasiKementerian Pendidikan Malaysia
Pengetuatakde (2024)
SingkatanSTM
Laman sesawang

Sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh politik dan pegawai tinggi kerajaan antaranya Tan Sri Abdul Ghani Othman, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Othman Saat dan Dato' Chua Jui Meng.

Latar belakang sunting

Sekolah Tinggi Muar telah dibuka pada tahun 1902. Bangunan asal digunakan di Bukit Kuning. Akhbar Strait Times Singapore melaporkan bahawa balai ini dibina khas untuk menyambut keberangkatan baginda Sultan Abu Bakar pada 21 Februari 1895 (Tapak Balai Kuning ialah Bangunan Mahkamah Tinggi masa kini). Encik C.P. Provis menjadi Guru Besar yang pertama. Nama asal Sekolah Tinggi Muar ialah Government English School. Jumlah pelajar ketika itu kira-kira 40 orang. Pada tahun 1905, sekolah ini telah berpindah tempat ke Jalan Abdullah. Kemudian pada tahun 1907, sekali lagi sekolah ini berpindah ke Jalan Sulaiman. Setahun selepas itu, sekolah ini berpindah ke tapak bangunan pasar sayur sekarang. Pada tahun 1910, sekolah ini berpindah ke Tanjung Muar untuk sementara waktu.

Pada tahun 1914, bangunan baru siap dibina lalu setahun kemudian, bangunan baru ini mula digunakan. Seterusnya pada tahun 1928, tambahan dua buah bangunan mengandungi 8 bilik siap dibina bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah. Pada tahun yang sama, lagu sekolah ini telah dicipta oleh Miss Belly Milne, Penguasa sekolah Persediaan Inggeris (Preparatory School).

Lembaga Pengawas sunting

Pada tahun 1929, Lembaga Pengawas telah ditubuhkan iaitu yang dilantik daripada setiap ketua rumah sukan. Pelajar-pelajar perempuan mula diterima masuk ke sekolah ini mulai tahun 1947 iaitu dari Sekolah Sultan Abu Bakar khusus untuk menyambung pelajaran di peringkat Senior Cambridge. Dua tahun kemudian, asrama telah diasaskan oleh Guru Besarnya Encik C.A. Scott. Ia terletak di kawasan sekolah.

Pendudukan Jepun sunting

Semasa Zaman Jepun (1942-1945), GES Muar telah dijadikan sekolah Jepun yang dikenali sebagai Shoji. Guru Besarnya ialah En Tanaka, seorang Pegawai Polis Tentera Jepun. Setiap pagi, pelajar akan melakukan aktiviti senaman, berkebun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun Kimigayo. Pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Jepun, Matematik dan lagu-lagu Jepun. Guru-guru Melayu akan dihantar ke Johor Bahru yang dikenali sebagai Korenjo untuk berkursus bahasa Jepun.

Jubli emas sunting

Pada tahun 1953, pihak semi I would say this one I think it's still need it will have more of them in to do not think of anyerwarna putih. Pengawas pula berseluar panjang putih beserta baju berwarna putih. Pada tahun 1954, GES telah menyambut ulang tahun yang ke-50 (Jubli Emas) dan GES telah ditukarkan kepada Government High School Muar pada tahun 1999. Bangunan PS (Preparatory School) telah diserahkan kepada Sekolah Tinggi pada tahun 1957. Bangunan ini kemudiannya digunakan untuk Pusat Latihan Harian. Pejabat Pelajaran kemudian menempatkan kelas-kelas menengah Melayu di bangunan Sekolah Persediaan sehingga tahun 1963. Bangunan Persediaan itu kemudian digunakan pada tahun 1963 apablia kelas-kelas menengah Melayu mendapat bangunan sendiri dengan nama Sekolah Dato’ Sri Amar Diraja Muar. Bilangan penuntut Sekolah Tinggi ketika itu ialah kira-kira lebih 1400 orang dan meningkat kepada 1800 orang pada tahun 1983.

Pusat latihan sunting

Sekolah Tinggi juga berperanan sebagai Pusat Lanjutan Normal (Normal Classes) untuk melatih guru-guru Sekolah Inggeris pada ketika sebelum perang sehingga 1960. Apabila kerajaan mengadakan rancangan Pusat Latihan Daerah (Regional Training School), Sekolah Tinggi telah digunakan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1965, kemasukan pelajar melebihi 2000 orang. Pada tahun 1966, Sekolah Tinggi telah dipecahkan kepada dua bahagian dan sekolah baru itu dikenali sebagai Sekolah Sri Muar. Pada tahun 1969, Sekolah Tinggi mendapat bangunan baru untuk pelajar-pelajar tingkatan enam. Pada tahun 1974, kelas-kelas menengah rendah berpindah ke Sekolah Tinggi II di Jalan Junid. Pada tahun 1979, Sekolah Tinggi II berpisah dengan Sekolah Tinggi dengan nama sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Jalan Junid.

Bangunan baharu sunting

Sekolah Tinggi Muar mendapat beberapa buah bangunan baru pada tahun 1990-an. Blok-blok tersebut ialah Blok F (1990), Blok G (1990), Blok L (1991) dan Surau (1997). Blok F digunakan oleh kelas-kelas dan Blok G untuk pejabat pentadbiran, makmal, pusat sumber dan perpustakaan. Blok L digunakan untuk 15 buah bilik darjah. Pintu Besar Sekolah Tinggi Muar siap dibina pada tahun 1992. Blok B pula digunakan untuk Bilik Tayangan, Pusat Sumber dan Bilik Seminar. Pada tahun 2006, Pembestarian Sekolah melalui program `Hotspot HSM’ telah diwujudkan. Sekolah Tinggi Muar telah menyambut Temasya Sukan Jubli Intan kali ke-75 pada tahun 2008.

Bangunan Blok A yang dibina pada tahun 1915 (Bangunan Warisan) masih digunakan sebagai bilik darjah hingga kini. Dewan asal dikenali Dewan Mini. Pada 29 Mac 2003, Sekolah Tinggi Muar telah menyambut ulang tahunnya yang ke-100. Bangunan Blok A telah diisytiharkan sebagai Bangunan Warisan Bersejarah di negeri Johor oleh Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor). Pada 6 Disember 2009, Dewan Mini telah dijadikan Muzium Warisan. Majlis perasmiannya telah dilakukan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Muzium ini telah menyimpan bahan-bahan dokumen lama sejarah awal penubuhan sekolah, majalah, album, bahan artifak, sijil-sijil anugerah, register lama, uniform, lencana, serta gambar-gambar tokoh bekas pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Sekolah Cemerlang sunting

Pada 28 Oktober 2008, sekolah ini telah menerima seorang Pengetua Kanan iaitu Pn Hajah Latifah binti Hamdan sebagai peneraju barisan kepimpinan sekolah. Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun 2009 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 6 Disember 2009. Selain itu, pasukan Pancaragam sekolah ditubuhkan manakala sebuah van disumbangkan daripada Syarikat Apex. Muzium Warisan juga telah dijadikan sebagai Arkib Pendidikan Negeri Johor pada Mei 2010. Sekolah Tinggi merupakan sekolah premier yang berjaya melahirkan tokoh-tokoh pemimpin negara. golongan professional, ahli akademik serta pegawai-pegawai kerajaan di seluruh Negara.

Dalam pembangunan fasa kedua, bangunan baru telah dibina pada akhir tahun 2008. Blok Dinamik menempatkan makmal sains dan bilik muzik. Blok Ehsan turut menempatkan bengkel Kemahiran Hidup dan 6 bilik darjah. Sebuah Kantin baru telah dibina dan diberi nama Muar High Café. Semua bangunan ini mula digunakan pada awal sesi persekolahan 2010.

Lagu sekolah sunting


Versi bahasa Inggeris Versi bahasa Melayu

Let us strive with heart and song
Now and through the ages long
In the calm and in the storm
While our heart are young and warm

(korus)
For the school our best endevour
High School beloved forever
For the school our best endevour
Muar High School beloved forever

Wherever we roam, on land or sea
Will our school remembered be
And her son the fame will tell
Of the school they love so well

Lirik oleh: Miss Belly Milne (1922)

Berjuang penuh tenaga

Sepanjang masa berjasa
Dari muda sampai ke tua
Biar ribut taufan gelora

(korus)
Untuk sekolah dikasihi
Sekolah Tinggi Bandar Maharani
Segala kudrat ditumpahi
Kasih sekolah abadi

Ceruk rantau seluruh negara
Bekas murid bertaburan
Berkhidmat untuk negara
Masyhur nama didoakan