Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa

(Dilencongkan dari Sekolah Tinggi Nan Hwa)


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa ( Bahasa Cina: 南华国民型华文中学 ) atau nama ringkasnya SMK Nan Hwa, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Lin Chen Mei.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa
南华国民型华文中学

Lokasi
Jalan Lin Chen Mei, 32000, Sitiawan, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTekun Belajar, Gigih Bertindak, Sedar Keaiban
Kod sekolahAEB1031
Faks05-6929003

Pada 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Nan Hwa memiliki 939 orang pelajar lelaki dan 906 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1845 orang. Ia mempunyai seramai 149 orang guru.2022

Sejarah Sekolah sunting

Zaman Pengasasan Awal Sekolah (1935-1940) sunting

Pada 24 Januari 1935, atas cadangan pegawai pendidikan koloni Inggeris Wu Wan Shi, lembaga pengarah setiap sekolah rendah dan pemimpin pelbagai persatuan di Dinding, mengadakan measyuarat bersama. Mereka memutuskan untuk menggabung bahagian sekolah menengah dari empat sekalah iaitu sekolah Chinese National, Uk Dih di Kampung Koh Chung Cheng di Sinpang Ampat dan Min Te di Ayer Tawar dan menamakannya sebagai "Sekolah Menengah Nan Hwa".

Sekolah Menengah Nan Hwa secara rasmi didirikan danmula beroperasi pada 12 Januari 1936. Encik Wang Shu Jin JP.,KMN dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah pertama, yang juga menjabat sebagai pengerusi jawatankuasa pembinaan sekolah. Pengetua pertama adalah Enick Lin Ju Ren, seorang sarjana muda di Fukien Christian Universtiy. Pada masa itu, bangunan sekolah adalah dua disewa daripada Pendeta Li Ke Zhen di Kampung Koh, dengan jumlah pelajar kira-kira 100 orang. Dengan peninngkatan bilangan pelajar, sekolah mula merancang untuk membeli tanah dan membina bangunan sendiri. Akhirnya, dengan usaha pihak lembaga pengarah sekolah, sebuah tanah seluas enam ekar di antara (kawasan sekolah sekarang) Kampung Koh dan Sinpang Ampat dibeli deangan harga $30,000, dan kempen pengumpulan dana pembinaan sekolah dimulakan.

Pada tahun 1937, Encik Dai Bao Zhen mengambil ahlih sebagai pengerusi lembaga pengarah dan memulakan pembangunan padang permainan serta pembinaan bangunan sekolah. Pada masa yang sama, sumbangan untuj pembinaan Dewan Pehimpunan Hwa Par diperoleh daripada Hu Wen Hu dan Wen Bao Kun. Pada tahun berikutnya, 1938, Pendeta Li Ke Zhen menjadi pengerusi lembaga pengarah. Dalam masa empat tahun, dua bangunan yang mengandungi 10 bilik darjah dan Dewan Pehimpunan Hwa Par telah siap dibina. Pada masa itu, sekolah hanya menawar bahagian menengah rendah dan latihan guru ringkas. Jumlah pelajar meningkat hingga lebih dari 300 orang.

Dari tahun 1939 hingga 1940, Encik Chen Liang Zhi mengambil alih sebagai pengerusi lembaga pengarah, dan setelah Encik Lin Ju Ren menjabat sebagai pengetuan selama tiga tahun, beliau digantikan oleh Encik Huang Ze Wu, juga sarjana muda Fukien Christian University. Dua tahun kemudian, Encik Huang Ze Wu berhenti kerana kontraknya tamat.

 
Gambar Sekolah Menengah Nan Hwa, 1936

Perang Dunia Kedua (1941-1946) sunting

Pada tahun 1941, Encik Fang Zhao Rong menjadi pengerusi lembaga pengarah, dan pengetua ketiga adalah Encik Zheng Chun Rong. Pada tahun yang sama, Perang Dunia Kedua meletus, dan penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula. Selama perang, sekolah mengalami kerugian besar. Pada masa yang sama, pengerusi lembaga pengarah keempat, Encik Chen Liang Zhi dan Fang Zhao Rong, bersama dengan pengarah eksekutif Wang Chuan Can, Ding Dao Jing, Pan Gao Wu, dan alumninya turut menjadi korban pembunuhan.

Perkembangan Selepas Perang (1946-1961) sunting

Selepas perang, Sekolah Menengah Nan Hwa yang telah ditutup selama lebih dari tiga tahun. Pada 3 Januari 1946, atas keputusan Encik Wang Shu JIn JP.,KMN dan tokoh-tokoh masyarakat yang berminat dalam pendidikan, memutuskan untuk membuka semula sekolah. Pengetua pertama semula adalah lulusan Universiti Jinan, Encik Jin Neng Xiang. Sekolah secara rasmi dibuka semula pada 28 Januari 1946. Dengan perkembangan dari tahun ke tahun, Sekolah Menengah Nan Hwa beransur-ansur menambah bilangan pelajar dan menawarkan pelbagai perkhidmatan pendidikan. Pada tahun 1951, sekolah memulakan pengajaran tingkatan tinggi, tetapi pada tahun 1953, pelajaran tingkatan tinggi dihentikan kerana disebabkan tindakan anti-komunis kerajaan kolanial yang memerlukan pengambilan wajib pemuda untuk perkhidmatan tentera.

Pada tahun 1958, Encik Yang Wu Ming menjadi pengerusi lembaga pengarah, dan pengetuan keempat ialah Encik Chen Yi Zheng, seorang sarjana muda di Universiti Nankai Tianjin dan Universiti Waseda Jepun. Disebabkan pertambahan bilangan pelajar, padang sukan dan dewan asal tidak lagi mencukupi untuk digunakan. Oleh itu, enam ekar lagi tanah di belakang asrama guru yang dibeli sebelum ini mengembangkan sebagai padang sukan, dan Sukan Bersama Sekolah Cina Dinding yang pertama diadakan pada 29 September. Pada tahun yang sama, rancangan juga dibuat untuk membina Dewan Besar dan Makmal Sains. Dr. Ling Xing Hang menderma $10,000 untuk menggalakkan semua orang. Para pengarah dan ahli jawatankuasa pengumpulan dana yang lain turut mengambil bahagian secara aktif. Guru-guru dan pelajar turut melancarkan kempen menderma, panda masa yang sama, masyarakat tempatan dan orang yang mengambil berat tentang sekolah, serta alumni dari Singapura, Malaysia dan tempat-tempat lain turut menyumbangkan wang kepada sekolah tersebut. Pada 24 November, pada hari perayaan ulang tahun sekolah, upacara pecah tanah untuk pembinaan diadakan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1959, perpecahan dalam masyarakat Cina tempatan semasa Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 menyebabkan pembinaan terhenti.

Pengetua Chen Yi Zheng meletakkan jawatan pada tahun 1961, Encik Jin Neng Xiang yang per an menjadi pengetua. Pada tahun yang sama, Encik Jin Neng Xiang telah memulakan semula usaha pembinaan Dewan Besar dan Makmal Sains. Pada tahun 1962, Dewan Besar dan Makmal Sains yang menelan belanja sebanyak $220,000 akhirnya siap.

Penyesuaian Semula Sistem Pendidikan – Titik Peralihan (1961-1962) sunting

Pada tahun 1961, dengan pengumuman undang-undang pendidikan, Kementerian Pendidikan mencadangkan untuk menyertakan sekolah menengah Cina ke dalam sistem pendidikan nasional dan memberikan elaun penuh. Pada mesyuarat penaung sekolah di awal tahun tersebut, jawatankuasa pengarah sekolah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan untuk menukar sekolah menjadi sekolah menengah kebangsaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Sekolah Tinggi Nan Hwa kemudiannya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sekolah Tinggi Nan Hwa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Nan Hwa pada tahun 1962.

Pada bulan Januari 1962, ketika kedua-dua sekolah mula beroperasi di kampus yang sama, jumlah pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Nan Hwa hanya berjumlah 521 orang. Pengetua pada masa itu adalah Encik Jin Neng Xiang, yang pernah menjadi pengetua semasa zaman sebelum perang. Pengerusi Lembaga Pengarah pula ialah Dato' Dr. Lin Xin Han.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa
Jalan Lin Chen Mei
32000, Sitiawan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 05-6911077
Faks = 05-6929003

Pautan luar sunting