Sekolah Tinggi Segamat


Sekolah Tinggi Segamat merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di bandar Segamat, Johor, Malaysia. Sekolah ini dibuka pada tahun 1926. Ia merupakan sekolah pertama dan tertua di daerah Segamat. Dahulu dikenali sebagai Government English School, kemudian dikenali sebagai Segamat Secondary English School sebelom bertukar nama kepada Sekolah Tinggi Segamat.

  • Kod Sekolah:JEB7029
  • Alamat:JKR 106, Jalan Sekolah
  • Poskod:85000
  • Bandar:Segamat
  • Negeri:Johor
  • No Telefon:07-9312472
  • No Faks:07-9319293
Sekolah Tinggi Segamat
Sekolah Tinggi Segamat.jpg
Lokasi
Segamat, Daerah Segamat, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan
Moto"Sentiasa Maju"
Ditubuhkan1914
Nombor sekolah079312472
Pengerusi PIBGTuan Hj Samsuri bin Ismail
PengetuaPn. Rohaya binti Mohd Zain
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Amran bin Abas
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Mahadzir bin Aini
Penolong Kanan KokurikulumEn. Supiei bin Othman
Faks079319293

Sejarah Sekolah Tinggi SegamatSunting

Sekolah Tinggi Segamat pada peringkat awalnya dikenali sebagai Government English School (G.E.S),kemudian dikenali sebagai Segamat Secondary English School dan Sekolah Menengah Inggeris Segamat. Sekolah ini diasakan pada tahun 1914 yang bertempat di Jalan Abdullah,Segamat.

Pada 1926 bangunan utama kini dibina dan pelajar mula dipindahkan pada tahun 1930. Guru besar pertama ialah En.J.C.Mc.Heyzer dan penolong kanannya ialah En.V.A. Mathew dengan pelajarnya seramai 50 orang. Sekolah ini ditubuhkan oleh pihak penjajah British. Tujuan penubuhannya ialah untuk pendidikan. Lokasi bangunan utama masih kekal hingga kini. Sekolah ini merupakan sekolah tertua dan pertama di Segamat, dan diisytiharkan sebagai bangunan warisan sejarah.

Sekolah ini mempunyai keunikan tersendiri seperti reka bentuk penjajah pada bangunan utama masih kekal hingga hari ini .Gambar guru serta pelajar tahun 1926 dan juga pengetua juga ada dalam simpanan sekolah. Selain itu,padang sekolah ini ada keunikkannya iaitu air cepat diserap kerana adanya sistem saluran air bawah tanah. Bukan itu sahaja,ia juga merupakan sekolah tertua di bandar dan daerah Segamat di samping telah melahirkan ramai tokoh terkenal negara.

Elemen Tradisi/EtosSunting

Alumni sekolah ini telah ditubuhkan,dengan membentuk jawatankuasa penaja.Penubuhan jawatan kuasa penaja ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 20hb Mei 2005.Perjumpaan bekas pelajar masih berjalan tetapi mengikut tahun tertentu.Ini dijalankan oleh mereka yang berada di Kuala Lumpur dan mereka juga aktif dalam kelab elit di Segamat.Sekolah ini tidak menerima sebarang sumbangan dari lembaga pengelola sekolah (Board of Goveners).Ini kerana jawatankuasa pengelola sekolah telah dibubarkan setelah pentadbiran sekolah ini diambil oleh kerajaan.Lembaga pengelola sekolah telah digantikan dengan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG).

Sekolah ini berjaya melahirkan ramai tokoh politik seperti bekas Menteri Besar Johor Dato'Abdul Ajib bin Ahmad,Yang berhormat Dr.Rashid bin Mokti;dalam bidang sukan sekolah telah melahirkan pemain kriket kebangsaan iaitu En S.Yogaswaran dan Pemain hoki kebangsaan iaitu En.Paul Raj. Sekolah juga telah melahirkan ahli korporat seperti Dato'Haji Ahmad Pardas bin Senin,mantan CEO UEM Berhad(kini,Ahli Lembaga Pengarah UiTM),dan ahli perniagaan Tan Khisu.

Di samping itu ramai tokoh akademik juga telah dilahirkan oleh sekolah ini.Antaranya,ialah Dato'Rashid bin Ramlan,mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Tidak kurang juga jasa sekolah ini dalam melahirkan ramai pentadbir peringkat nasional seperti Dato'Dr Abd.Wahid bin Omar,Timbalan Pengarah JKR Malaysia,Datuk Dr.Zamani Md.Nor,mantan Pengarah MARA(kini Pengerusi UniKL RCMP) dan ramai lagi tokoh yang lain.

Bangunan Sekolah Tinggi Segamat ini dibina mengikut reka bentuk penjajah British.Reka bentuk ini masih kekal hingga kini.Ciri rekaan zaman penjajah masih dikekalkan iaitu empat pintu tanpa tingkap.

Bangunan ini masih mempunyai jam yang terdapat pada bahagian hadapan bangunan asal ini.Terdapat juga tempat mengibarkan bendera di bangunan utama pada zaman penjajah tetapi kini tidak digunakan lagi atas sebab keselamatan.

Kedudukan sekolah ini juga unik.Ini adalah kerana sekolah ini telah dibina di atas Bukit Batu Hampar.Sebagai sebuah sekolah tertua di Segamat,terdapat banyak tinggalan artifak seperti gambar-gambar,buku pendaftaran pelajar,piala-piala,jata sekolah (shiedls) dan lencana sekolah lama dan baru.

Selain itu,ruangan untuk menyimpan piala berbentuk kotak masih terdapat di dalam kelas-kelas di blok bangunan utama ini.

Pada bangunan utama terdapat batu asas yang terpacak pada dinding yang berbentuk empat segi dengan kiri kanan terdapat bentuk bidai bereben.Pintu di bilik darjah adalah diperbuat daripada kayu jati sejak dari zaman penjajah.Di samping itu,satu lagi keunikan ialah terdapat tempat meletak kereta pengetua di dalam bangunan utama.

Bilik tuan pengetua adalah terletak di bahagian anjung bangunan utama dan di luar bilik tersebut terdapat dua bilik di kiri kanan yang dipisahkan oleh laluan ke bilik pengetua yang pernah digunakan sebagai Pejabat dan Bilik Penolong Kanan.


Visi SekolahSunting

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


Misi SekolahSunting

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


Lagu SekolahSunting

STS Sentiasa Maju

  • STS,STS,STS,
  • Sekolah Tercinta,
  • Mendidik,Memimpin,
  • Putra Putri Negara,
  • Mengharum,Mewangi,
  • Di Serata Negeri.
  • Sentiasa Maju,
  • Itulah Cogan Kita.
  • Sedia,Setia,
  • Pada Rukun Negara,
  • Berdisiplin,Bersusila,
  • Itu Sifat Mulia,
  • STS,STS,STS,
  • Kau Suluh Budiman,
  • Berbakti,Berjasa,
  • Dari Masa Ke Masa,
  • Berbakti,Berjasa,
  • Megah Meniti Zaman.

Lagu dan lirik oleh: En.Nordin Bin A.Talib

Permainan Sukan SekolahSunting

Permainan sukan sekolah yang menjadi tradisi ialah permainan hoki.Permainan hoki telah sinonim dengan nama Sekolah Tinggi Segamat,dan telah banyak mencapai kejayaan.Sekolah Tinggi Segamat juga amat berbangga dengan adanya padang hoki yang telah dibina semenjak zaman penjajah.Padang hoki ini mempunyai teknologi tinggi,iaitu air tidak boleh bertakung di atas padang. Jadi,inilah satu keunikan dan keistimewaan Sekolah Tinggi Segamat.


Sukan Olahraga Balapan dan Padang juga dikuasai oleh pasukan Sekolah Tinggi Segamat, sepertimana tertera dalam senarai "Pencapaian Sekolah" di bawah. Kesungguhan dan sifat komited pasukan Sekolah Tinggi Segamat turut menghasilkan atlet yang berjaya menempah nama hingga ke peringkat SUKMA.

Nama Dan Bilangan Rumah SukanSunting

  • Rumah Jentayu(Mortimer House) - *Motto-Usaha gigih tangga kejayaan,warna-Biru
  • Rumah Kasuari(Thambiah House) - *Motto-Kejujuran Asas Kejayaan,warna-Ungu
  • Rumah Cenderawasih(Abdullah House) - *Motto-Sentiasa Sedia,warna-Kuning
  • Rumah Geroda(Pearce House) - *Motto-Semangat punca kejayaan,warna-Hijau
  • Rumah Rajawali(Cheesmen House) - *Motto-Kejayaan melalui Perubahan,warna-Merah.

Pencapaian SekolahSunting

  • Johan Kejohanan Balapan & Padang MSSD Segamat (2015)
  • Johan Pertandingan Hoki L18 MSSD Segamat(2013)
  • Johan Pertandingan Hoki P18 MSSD Segamat(2013)
  • Johan Kejohanan Balapan & Padang MSSD Segamat(2013)
  • Johan Pertandingan Bowling MSSD Segamat(2013)
  • Johan Kejohanan Balapan & Padang Piala Menteri Pendidikan Peringkat Daerah(2013)
  • Johan Kejohanan Balapan & Padang Piala Menteri Pendidikan Peringkat Negeri(2013)
  • Johan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Segamat(2013)
  • Johan Pertandingan Forum Remaja Peringakt Negeri Johor(2013)
  • Johan Pertandingan Pidato Daerah Segamat(2013)
  • Johan Pertandingan Deklamasi Puisi Daerah Segamat(2013)
  • Johan Olahraga MSSD Segamat(2012)

RujukanSunting