Sekolah pondok Selatan Thailand

Sekolah pondok Selatan Thailand merupakan sistem pendidikan cara tradisional Islam yang menekankan asas agama Islam .Setiap pelajarnya diharap dapat mempertahankan akidah dan kekal sebagai penganut Islam tulen. Seterusnya mereka mendapat sijil dan kemahiran untuk mencari peluang pekerjaan.


Meragui sekolah kerajaan sunting

Thailand sebagai negara majoriti penganut Buddha ,berbahasa Siam, guru-guru yang dibekalkan oleh kementerian pelajaran Thailand mengundang keraguan sejak akhir-akhir ini.Guru-guru ini dianggap sebagai agen pihak berkuasa Thailand yang cuba mengindoktrinasi atau 'Thailand isme'. Bagi mereka, Yala, Pattani dan Narathiwat bukan bumi Thai-Buddha. Ia menyerupai zon konflik di Palestin dan Afghanistan. Terdapat perbezaan jelas antara muslim dan kafir. Risalah 'Fatoni Darulsalam' disebarkan di merata tempat.

Sekolah dibakar kerana menjadi simbol kekuasaan kerajaan Thailand dan budaya Buddha-Thai. Guru ditembak di dalam kelas dan di kawasan kediaman. Guru dijadikan tebusan agar kerajaan membebaskan pemimpin mereka. Peristiwa Masjid Krue Sae Mosque (28 April 2004) dan insiden Tak Bai (25 Oktober 2004) kekal dalam sanubari mereka.

Lebih 115 guru telah dibunuh oleh pemisah yang dikenali sebagai Pejuang Kemerdekaan Patani. Lenbih 100 cedera sejak Januari 2004 apabila pemberontakan bermula. Pemisah juga membakar 200 buah sekolah dalam masa yang sama.[1]

Antaranya :

  • 16 Jun 2009 , cikgu Lekha Issara yang mengajar di sekolah Ban Poh Maeng school dibunuh ketika menunggang motosikal dari rumah ke sekolah di daerah Raman, provinsi Yala.
  • 6 Jun 2009, Matohe Yama , guru di Ban Palukasamo diu daerah Bajoh, provinsi Narathiwat
  • Pada 2 Jun 2009 , Atcharaporn Thepsorn, guru di sekolah Ban Dusung Ngor . Warunee Navaka guru di sekolah Ban Ri Nge, provinsi Narathiwat. Mereka dalam trak pickup bersama 4 guru yang lain.
  • Pada 19 Mei 2009, Natthapol Janae guru di sekolah Nikhom Pattana Park Tai dibunuh oleh pemisah. Ketika itu dia menunggang motosikal dari rumah ke sekolah di daerah Bannang Sta, Yala.

Dalam masa yang sama ramai ustaz , imam dan ketua kampung berugama Islam telah dibunuh akibat balas dendam. Sekolah pondok dan masjid turut diserang.[2]

Pada 28 November 2006, guru menutup 944 sekolah kerajaan akibat serangan yang memuncak dan guru-guru takut pergi ke sekolah. Sekolah dibuka semula pada 4 Disember 2006.

Sekolah pondok sebagai alternatif sunting

sistem sekolah pondok dikendalikan oleh pihak swasta iaitu penduduk Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani. Mereka sanggup berhabis wang ringgit untuk membiayai anak mereka di sekolah pondok . Mereka tidak sanggup kehilangan jati diri sebagai seorang muslim dan berbudaya Islam - Melayu dan berbahasa Melayu.

Tuduhan melahirkan pemberontak sunting

Laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) mendakwa bahawa sistem sekolah pondok Islam digunakan untuk menyebarkan keganasan dan menyebabkan Krisis Selatan Thailand berpanjangan.Sekolah pondok dengan mudah dituduh "merekrut militan di selatan Thai".Laporan ini tentu menggembirakan pergerakan ultra-nasionalis Thai yang kekurangan etika kewartawanan yang neutral.

ICG mendakwa sekolah swasta Islam atau sekolah pondok membiakkan pemberontak memandangkan kumpulan pemisah menggunakannya sebagai tempat untuk merekrut dan melatih remaja Islam.Mereka yang merekrut merayu etnik Melayu agar berbangga dengan nasionalisme Kesultanan Pattani. Mereka memberitahu pelajar di sekolah-sekolah (pondok) bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk mengambil balik tanah mereka daripada penganut Buddha yang kafir.Laporam itu ditulis oleh penganalisis ICG Thai Rungrawee Chalermsripinyorat.

Kelas pondok merupakan kaedah terbaik juru rekrut mencari pelajar yang alim, kuat bekerja dan kelakuan baik dilatih dalam aktiviti luar.Pelajaran agama, aktiviti lawatan dan sukan menyediakan peluang bagi menilai pelajar dalam tempoh antara beberapa bulan dan setahun.[3]

ICG beribu pejabat di Brussel, Belgium dalam laporan bertajuk `Merekrut Militan di Selatan Thailand’ berkata, terdapat lebih 100,000 pelajar di sekolah-sekolah pondok, dengan pengambilan dianggarkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang.


Pada 21 Januari 2009 , Sidney Jones, penganalisis kumpulan pemikir antarabangsa Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) menyatakan kumpulan kecil warga Indonesia yang diketuai oleh Umar Patek dan Dulmatin, dua suspek utama Pengeboman Bali 2002 mahu mewujudkan markas di selatan Thailand.Pejuang Thailand memiliki orang- orang yang dilatih sendiri, berbahasa sama dan menunjukkan keupayaan tinggi untuk menambah baik bahan letupan mereka hanya menerusi pengalaman. [4]

Sebelum ini Sidney Jones menyatakan bahawa keupayaan Mas Selamat Kastari bersembunyi selama lebih setahun di Johor di seberang Singapura menunjukkan operasi Jemaah Islamiah (JI) di Malaysia "tidak musnah sebagaimana disangka. Abu Bakar Baasyir ,Abdullah Sungkar,Dr Azahari Husin dan Nordin Mat Top pernah beroperasi bersebelahan UTM Skudai.[5]

Penafian sunting

Pada 24 Jun 2009, Ketua Hal Ehwal Antarabangsa bagi Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) Kasturi Mahkota menyatakan sistem sekolah agama di wilayah selatan tidak boleh dipersalahkan dan menganggap ini sebagai usaha mengubah dan menutup sekolah pondok. Kenyataan Kasturi dilaporkan dalam laman web PULO.

Sekolah pondok merupakan pusat pendidikan dan institusi yang dihormati masyarakat kini banyak diganggu dengan elemen campur tangan Thai. Banyak campurtangan dengan institusi agama di Pattani yang menekankan pengajaran dan nilai moral.Sepatutnya kerajaan Thai mengkaji semula sistem pendidikannya.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Thailand: Insurgent Attacks Shut Down Schools in South
  2. ^ Thailand: Insurgents Target Teachers in South
  3. ^ Sekolah pondok didakwa lahir pemberontak
  4. ^ "Ramai pejuang bersembunyi di selatan Filipina". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-23. Dicapai pada 2021-08-11.
  5. ^ [Operasi JI Dipantau Rapi Di Singapura Dan Malaysia, Kata Bekas Pemimpin ]
  6. ^ Kumpulan Pemisah Nafi Laporan Sekolah Pondok Tempat Lahir Pemberontak