Seks dalam filem

huraian adegan seks dalam filem

Seks dalam filem merupakan aspek-aspek hubungan seks yang dirakam dalam sebuah filem. Kehadiran unsur-unsur seks dalam bidang perfileman telah menjadi kontroversi yang berterusan sepanjang perkembangan industri filem. Filem-filem yang memiliki unsur-unsur sebegitu telah diselar oleh para agamawan atau diharamkan oleh pihak kerajaan mahupun kedua-duanya. Dalam negara-negara dengan sistem penapisan filem, filem-filem dengan unsur seks lazimnya dikelaskan dalam suatu kelas yang khusus. Sementara itu, aspek kebogelan dalam filem boleh menjadi berunsur seksual atau tidak. Sebuah filem erotik pula lazimnya merujuk kepada filem dengan kualiti erotik yang boleh menimbulkan syahwat seksual serta pemahaman falsafah berkenaan estetika nafsu seksual dan cinta secara romantik.[1]

Babak-babak seks atau erotik lazimnya dijumpai dalam pelbagai jenis genre serta subgenre, dengan genre-genre yang memiliki komponen seks atau erotik lazimnya memiliki istilah "erotik" dalam huraian filem seperti drama, debaran dan komedi erotik. Babak-babak romantik, sama ada yang berunsur erotik atau tidak telah ada sejak zaman filem senyap dalam sinematografi. Selain itu, sebuah filem lucah pula merujuk kepada filem seks yang tidak memiliki sebarang merit kesenian. Babak-babak seks telah diterapkan dalam pelbagai genre filem, meskipun jarang dalam segelintir genre. Banyak pelakon telah melakonkan adegan-adegan bertelanjang, sama ada secara separa atau penuh, ataupun berpakaian dalam gaya yang disifatkan procokatif dalam norma-norma setempat dalam kerjaya mereka.

Rujukan sunting

  1. ^ "Eroticism". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Ogos 2011.

Pautan luar sunting