Sekularisme di Perancis

prinsip pemisahan institusi kerajaan dari agama

Sekularisme dalam falsafah negara Perancis (Perancis: laïcité, disebut [la.i.si.té]) difahamkan sebagai ketiadaan gangguan keagamaan dalam hal ehwal pemerintahan dalam negara tersebut dan ketiadaan campur tangan pemerintah dalam hal ehwal keagamaan;[1][2] hal ini merupakan prinsip utama termaktub dalam perlembagaan republik ini.

Fahaman ini mula muncul sejak tercetusnya Revolusi Perancis di mana para republikan mula memegang tampuk kekuasaan negara tersebut setelah menggulingkan raja mereka. Ia merupakan satu komponen utama dalam tradisi liberal dan negara republik di Eropah.

Pendapat sunting

Golongan yang mendokong laïcité berpendapat bahawa ia merupakan suatu bentuk penetapan kepada kebebasan berfikir dan kebebasan beragama. Maka, ketiadaan agama rasmi serta pemisahan antara agama dan negara (separation of church and state) menjadi prakrsa kepada sebarang kebebasan berfikir yang dapat diwujudkan. Perkara ini tidak diniatkan bermaksud pemerintah memandang rendah terhadap agama tetapi lebih kepada mengelakkan pengaruh atau pertindihan antara isu-isu agama dengan isu-isu negara dan pemerintah; maka pertubuhan agama dapat dielakkan daripada pertelingkahan politik dan kontroversi manakala pemerintah pula dielakkan daripada campur tangan oleh organisasi-organisasi agama tersebut yang barangkali berhasrat mempergunakan kuasa sedemikian.

Para pengkritik laïcité pula menghujah bahawa ia merupakan suatu bentuk faham kebencian tersembunyi terhadap golongan agamawan (anti-clericalism)[3] serta kebencian terhadapt hak individu untuk beragama.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Religion and Society in Modern Europe, by René Rémond (Author), Antonia Nevill (Translator), Malden, MA, U.S.A.: Blackwell Publishers, 1999.
  2. ^ Evelyn M. Acomb, The French Laic Laws, 1879-1889: The First Anti-Clerical Campaign of the Third French Republic, New York : Columbia University Press, 1941
  3. ^ "The Benedict Option: Why the religious right is considering an all-out withdrawal from politics". Dicapai pada 29 April 2016.

Pautan luar sunting