Sekumpulan Orang Gila
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Sekumpulan Orang Gila (atau S.O.G.), merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Batu Caves, Selangor. Mereka memilih untuk membawa rentak post-hardcore sebagai konsep utama dalam penghasilan melodi lagu mereka. S.O.G. dibarisi 2 orang adik beradik kembar, iaitu Raja Nazrin Shah (vokalis, gitaris) dan Raja Nazmin Shah (pemain dram). Kumpulan ini telah mengeluarkan 4 album penuh, antaranya Bahtera (2014), Dermaga (2018), Second Voyage (2021) dan satu album EP, iaitu Civilization Is On Trial (2013).
Sekumpulan Orang Gila | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Batu Caves, Selangor, Malaysia |
Genre |
|
Tahun aktif | 2005–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | www |
Ahli | Raja Nazrin Shah Raja Nazmin Shah Buck Hakimi |
Bekas ahli | Asyraff Fuad Nazhar Roslan Muhd Razali Muhd Muzzammil Samsul Hairi Harry Syafiq Riko Agus Amsyar Saiful Abdul Qayyum M.K. Ridzuan |
Sejarah sunting
Tahun-tahun terawal (2005-2009) sunting
S.O.G. bermula pada pertengahan tahun 2005, di mana anggotanya terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Nazmin, Nazrin, dan Razali yang pada masa itu mereka benar-benar bersemangat untuk membentuk sebuah band. Dengan itu, mereka memutuskan untuk membentuk sebuah band rock dengan nama Sound Of Genocide, dan mereka menjadikan kugiran Amerika, System of a Down sebagai inspirasi terbesar mereka pada waktu itu. Mereka mula bermain dengan lebih serius ketika awal tahun 2008 dan ketika itu jugalah Mel, Sam dan Acap turut menyertai untuk memantapkan lagi band ini. Setelah berbincang sesama mereka, mereka telah bersetuju untuk menukar nama demi kebaikan sendiri untuk terus berkarya dengan lebih bebas. Tetapi, dalam masa yang sama, mereka ingin mengekalkan akronim S.O.G. lalu membawa kepada pemilihan nama baharu Sekumpulan Orang Gila, hasil idea daripada Nazmin.[1]
Kemudian, mereka terus mengorak langkah dengan melancarkan demo cakera padat pertama mereka yang telah dirakam pada akhir tahun 2008. Demo tersebut mengandungi 10 buah lagu, dan disebarkan secara percuma kepada mereka yang berminat.
Civilization Is On Trial (2013) sunting
Album ini telah meledakkan nama Sekumpulan Orang Gila sebagai sebuah kumpulan post-hardcore yang terkenal di Malaysia. Album tersebut diterbitkan pada awal tahun 2013. Album ini telah memuatkan lapan buah lagu, yakni dua lagu instrumental, empat lagu bahasa Inggeris dan dua lagu berbahasa Melayu. Salah sebuah lagu di dalam album ini, Satu Melayu, telah menjadi perhatian pengkritik muzik tanah air, dan lagu ini juga telah membawa nama mereka ke dalam sorotan orang ramai.[perlu rujukan]
Bahtera (2014) sunting
Selepas hampir 10 tahun ditubuhkan, S.O.G. tampil dengan album penuh sulung yang berjudul Bahtera. Dalam album ini, mereka mengetengahkan kepelbagaian gaya muzik dalam album ini termasuklah mencampur aduk bunyian muzik metal bersama muzik tradisional Melayu sehingga disebut orang ramai sebagai "Nusantara-Core".[perlu rujukan] Sebaliknya, ia diadun dan digubah dengan pelbagai gaya dari segi teknik vokal dan gaya muziknya. Dalam sesetengah lagu, Riko dan Nazrin menampilkan vokal growl tetapi diadun dengan muzik metal moden. Pada masa sama, S.O.G. tidak meninggalkan elemen muzik tradisional Melayu dengan bunyian biola dan gendang seperti dalam lagu Restu. Malah, kebanyakan lirik lagunya juga berunsur kemelayuan. Malah, mereka turut berkerjasama dengan Dato' M. Nasir sebagai penulis lirik bagi lagu Sumpah Pendekar. Selain Restu dan Sumpah Pendekar, album ini turut memuatkan lagu-lagu Garisan Sartan, Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus, Mati, Hantu, Kitalah Juara, Kau Sempurna, Misteri Bertari, Warta Lama, Sebelum Pergi Aku Ingin Kembali, Saudara Sahabat, Hentikan dan Bahtera. Dalam tempoh penghayatan album ini, S.O.G. melakukan siri jelajah mereka, termasuk di negara jiran. Mereka memulakan siri ini dengan nama "Jelajah Bahtera" pada penghujung tahun 2014 di sembilan bandar utama Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2015, mereka melakukan siri "Kembara Indonesia" yang melibatkan enam kota di Jawa dan Sumatera. Pada tahun 2016, album Bahtera telah dinobatkan sebagai Kulit Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-22.
Dermaga (2018) sunting
Selepas hampir empat tahun, S.O.G. kembali dengan album terbaru, Dermaga. Merek terkenal dengan dua sisi bunyi muzik, iaitu keras dan lembut. Album ini menunjukkan sisi mereka yang lebih keras dan jika di album Bahtera, sudah biasa dengan lagu Hentikan dan Mati, Dermaga merupakan gabungan kedua-dua lagu tersebut dengan sedikit penambahbaikkan. Dari segi instrumental, ia seakan-akan mengandungi riff metalcore yang dimainkan di latar belakang lagu. Walau bagaimanapun, bunyi metalcore itu tidak mempengaruhi gaya post-hardcore S.O.G.. Unsur metalcore tersebut hanyalah sebagai penambah perisa kepada lagu ini. Album Dermaga lebih mengetengahkan jeritan Riko, termasuk Nazrin di bahagian korus yang kedengaran agak kasar.
Ahli-ahli sunting
Ahli terkini sunting
- Raja Nazrin Shah – vokal, gitar, pemain flut (2005–kini)
- Raja Nazmin Shah - dram (2013–kini), gitar (2005–2013)
- Buck Hakimi - bass (2023-kini)
Bekas ahli sunting
- Asyraff Fuad - vokal (2009–2013)
- Samsul Hairi - vokal (2006–2010)
- Muhd Muzzammil - bass (2005–2012)
- Muhd Razali - dram (2005–2012)
- Nazhar Roslan - keyboard (2009–2011)
- Riko Agus - vokal/bass (2013-2023)
- Amsyar Saiful - gitar (2013-2023)
- Abdul Qayyum - pemain bass (2013-2023)
- M.K. Ridzuan - keyboard, pemain seruling, gendang (2019-2023)
Ahli pemuzik undangan sunting
- Hakimi (Patriots) - bass (2013–2023)
- Shafiq Irfan (Influx) - gitar (2013–2018)
- Zariq Zaidi (As You See) - gitar (2014–2016)
- Rain (Cycryptic) - gitar (2018–kini)

Diskografi sunting
Diskografi Sekumpulan Orang Gila : Senarai lagu yang dirakamkan oleh Sekumpulan Orang Gila
- Civilization Is On Trial (2013) (EP)
- Bahtera (2014)
- Dermaga (2018)
- Second Voyage (2021)
Videografi sunting
Tahun | Lagu | Arahan | Album |
---|---|---|---|
2012 | Sumpah Pendekar | Taugeh Pictures | Single |
2014 | Enough, Enough | Aperforatedsphere | Single |
Lagu Raya (feat. Ana Raffali) | Aiman Aqwa | Lagu Raya feat. Ana Raffali | |
2015 | Lagu Raya (feat. Daiyan Trisha) [versi akustik] | Elmi Elmo | Lagu Raya feat. Daiyan Trisha (versi akustik) |
Kau, Sempurna (feat. Annatasha) | Muhammad Iszee | Bahtera | |
Hentikan | Aperforatedsphere | ||
2016 | Saudara, Sahabat | Amsyar Saiful | |
2017 | Terbanglah | Izmal Che Ahmad & Aiman Aqwa | Dermaga (album) |
GOVT | Ikhsan Raharjo | ||
2018 | Noktah. | Aperforatedsphere | |
2019 | Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) | Saiful Zaidrin | OST KL Vampires, kemudian dimasukkan ke dalam album Second Voyage |
2020 | Sailors of Sorrow | Nadeem A. Salam | Second Voyage (album) |
2021 | Tugu Ugut | Anwar Rusdini | |
Senja Yang Tua | |||
2022 | Seikhlas Hati (bersama Shila Amzah) | Alternate Records | Lagu Raya Media Prima tahun 2022 |
Ular (bersama Drama Band) | MVM Productions | Single | |
Sumpah Pendekar (feat. Tam Spider) | - | Single | |
2023 | KUDRAT (bersama Naim Daniel) | - | OST Projek: High Council |
Konsert jelajah sunting
- Jelajah Dermaga (2018)
- Jelajah Bahtera (2014-2015)
- Kembara Indonesia (2015)
- Crown The Empire SEA Tour (2018) [sokongan]
Anugerah dan pencalonan sunting
Anugerah Industri Muzik sunting
Anugerah Industri Muzik (AIM) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
2013 (AIM20) | Artis Baru Terbaik | Tercalon | Alex Subryn | ||
2014 (AIM21) | Lagu Rock Terbaik | Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus (feat. Ein Second Combat) | Bahtera | Tercalon | Bunkface - Rentak Laguku (feat. Amy Search) |
2016 (AIM22) | Kulit Album Terbaik | Bahtera | Bahtera | Menang | |
2022 (AIM23) | Lagu Rock Terbaik | Tugu Ugut | Second Voyage | Menang | |
Album Terbaik | Second Voyage (Bert Poncet) | Tercalon | Yonny (Deluxe Version) - Yonnyboii (Wolfy) | ||
Rakaman Album Terbaik | Second Voyage | Tercalon | Belagu - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito) |
VIMA Music Awards sunting
VIMA Music Awards | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon |
2016 | Best Pop/R&B Song | Kau, Sempurna (Ft. Annatasha) |
Best Genre-Bender | Hentikan | |
Best Rock Song | Hantu (Ft. Shana Razman) | |
Misteri Bertari | ||
Bahtera | ||
Best Act In The Universe | ||
Best Collaboration | Kau, Sempurna (Ft. Annatasha) | |
Hantu (Ft. Shana Razman) | ||
Sunshiny-Smiley Feelgood Song | Kau, Sempurna (Ft. Annatasha) | |
Best Guitar Goreng Riff | Hantu (Ft. Shana Razman) | |
Saudara, Sahabat |
Anugerah Juara Lagu ke-36 sunting
Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Karya Tercalon | Album | Keputusan | ||
2022 | Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) | Second Voyage | Menang |