"Selamanya Cinta" ialah lagu nyanyian penyanyi-pencipta lagu kelahiran Malaysia, Shila Amzah dan memaparkan vokal dari Alif Satar. "Selamanya Cinta" dikeluarkan menjadi single ke-6 rasmi dari album studio ke-6 Shila, My Journey pada 14 Julai 2016 melalui Sony Music Malaysia (streaming) dan 15 Julai 2016 melalui Shila Amzah Entertainment Berhad (digital). Lagu ini dihasilkan sendiri oleh Shila Amzah dan diterbitkan oleh penerbit muzik terkenal negara, Helen Yap.

"Selamanya Cinta"
Single oleh Shila Amzah feat. Alif Satar
daripada album My Journey
Dilancarkan pada14 Julai 2016 (Digital)
Dirakamkan pada2016 ; NAR Records
GenrePop
Panjang4:12
SyarikatShila Amzah Entertainment
PenulisShila Amzah
PenerbitHelen Yap
Kronologi Kronologi single Shila Amzah
""Xiang Ai"
(2016)"
"Selamanya Cinta"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu ini kemudiannya dipilih menjadi runut bunyi utama drama rating tertinggi dan sejarah drama Malaysia iaitu Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin. Melalui drama ini, Selamanya Cinta berjaya memenangi Anugerah Throwbaek Drama bagi kategori OST Terbaik.

Format dan senarai trek sunting

Muat turun digital

1 "Selamanya Cinta"[1] – 4:12

Kredit dan krew produksi sunting

Rakaman dan pengurusan

  • Dirakam dan dimixed di NAR Records (Kuala Lumpur, Malaysia)
  • Dimastered di Sterling Sound (New York, Amerika Syarikat)
  • Shila Amzah Entertainment Berhad (single) dan Shilala (HK) Limited (album)

Krew produksi

  • Shila Amzah – vokal utama, pencipta lagu
  • Alif Satar – vokal utama
  • Helen Yap – penerbit, penyusun, keyboard
  • Jamie Wilson – gitar
  • Ujang Exist – gendang
  • Bong Kamal Ali – bass
  • Lim Jae Sern – strings
  • Yap Yen – strings
  • Veronika Thoene – strings
  • Nasran Nawi – strings
  • Amir Sulaiman – rakaman, mixing
  • Tom Coyne – mastering

Kredit diatas telah diambil dari gambar Instagram milik Helen Yap.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Selamanya Cinta - Single by Shila Amzah & Alif Satar on Apple Music". iTunes. Dicapai pada 2016-07-16.
  2. ^ "Instagram photo by Helen Yap 儒 碧 • Jul 13, 2016 at 4:58pm UTC". Instagram. Dicapai pada 2016-07-16.