Selangkah ke Syurga

Selangkah ke Syurga ialah sebuah telefilem Malaysia yang disiarkan di TV9 pada 8 Disember 2008, istimewa sempena Aidiladha ketika itu. Telefilem lakonan Jalil Hamid, Watie Elite dan Zulhuzaimy ini dicalonkan untuk Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2009.

Sinopsis sunting

Setelah kematian isteri, Pak Jalil si petani hanya tinggal sepasang cahaya mata iaitu Farhan dan Farhana yang bekerja di Kuala Lumpur. Pak Jalil telah mengumpul wang untuk menunaikan ibadah haji namun cadangannya tidak dipersetujui oleh anak-anaknya berikutan usianya yang telah tua.

Pak Jalil amat kecewa dan telah pergi ke Tabung Haji sendiri bagi menguruskan perkara tersebut tanpa bantuan anak-anak. Suatu hari Pak Jalil bermimpi bahawa dia didatangi oleh seorang tua yang mengatakan dia akan ke Mekah. Namun, keesokan harinya, Farhan dan Farhana sangat terkejut apabila mendapati ayahnya telah meninggal dunia pada pagi Hari Raya Aidiladha itu.