Selat Bristol (Bahasa Inggeris: Bristol Channel) merupakan serokan utama di kepulauan Great Britain, memisahkan Wales Selatan (De Cymru) dari Devon dan Somerset di England Barat Daya. Ia menganjur dari muara Sungai Severn (Afon Hafren) ke bahagian utara Lautan Atlantik. Ia mendapat namanya daripada bandar Bristol yang terletak berhampiran muara Sungai Severn di England Barat Daya.

Peta Selat Bristol
Matahari terbit di Selat Bristol dilihat dari Minehead, menunjukkan Steepholm dan Brean Down