Selesema burung di Malaysia

Selesema burung turut merebak ke Malaysia. Tahun 2007 di Paya Jaras dan 2006 di Gunung Semanggol dan Changkat Tualang di Perak.

Paya JarasSunting

Sejak 2 Jun 2007, 60 ekor ayam mati mendadak di Kampung Paya Jaras Hilir Hujung , Sungai Buluh, Selangor akibat H5N1. Kes ini disahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Dr Zulkifli Idris . Institut Penyelidikan Haiwan (VRI) di Ipoh, Perak mendapati sampel darah ayam dan calitan najis ayam itu positif H5N1.

8 orang termasuk 2 orang penduduk dari Kampung Padang, Pokok Sena di Kedah juga disahkan ada H5N1.

Pemantauan dan KuarantinSunting

  • Semua kenderaan berat seperti lori diperiksa bagi memastikan tiada unggas dibawa keluar .
  • Ketua Kawalan Penyakit Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr. Kamarudin Isa mengesahkan 3,301 ekor ayam kampung dan ayam ladang telah dimusnahkan sebagai langkah pencegahan virus H5N1.
  • 96 anggota Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) ditugaskan memusnahkan ayam-ayam di Kampung Paya Jaras Hilir, Kampung Paya Jaras Hulu, Kampung Paya Jaras Dalam dan Kampung Kubu Gajah .
  • Sebanyak 53 % ayam telah dimusnahkan. 47 % ayam lain mungkin telah menyorok , disorok atau disorokkan. Seorang warga asing yang menyeludup dan melihara ayam laga telah melarikan diri. Operasi ini melibatkan 235 penduduk kampung dan JPH telah memusnahkan 892 biji telur.
  • Itik,angsa dan burung merak yang dimusnahkan dianggarkan bernilai lebih RM2 juta. Bahagian Keselamatan Negara (BKN) akan menentukan jumlah pampasan.
  • 212 sampel daripada 32 penternak dan penduduk kampung yang berada di luar daripada zon pemusnahan iaitu lingkungan 2 km hingga 10 km bagi memastikan wabak itu tidak menular jauh.
  • Pengesanan secara aktif (ACD) ke atas 307 penduduk dari 71 rumah dalam kawasan 300 meter dari tempat ayam yang didapati positif virus A/H5, iaitu di Batu 15, Kampung Paya Jaras .
  • Bilik gerakan ditubuhkan di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Petaling, Hospital Sungai Buloh dan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.
  • 109 risalah mengenai penyakit H5N1 serta 109 kad "Health Alert" telah diedarkan .
  • Orang ramai mestilah segera ke Hospital Sungai Buloh sekiranya mengalami sebarang tanda dan gejala jangkitan avian influenza. Simtomnya seperti demam, batuk, sakit tekak, sukar bernafas atau pernah menyentuh ayam mati dalam tempoh tujuh hari sebelum ini.
  • 5,048 ekor itik di Pusat Pembiakan Itik JPH yang terletak dalam lingkungan satu kilometer radius zon pemusnahan tidak terlibat.
  • Menyediakan pencelup kaki di pintu masuk reban, mencuci bersih reban dan semua peralatan menggunakan ubat pembunuh kuman, memastikan burung liar, tikus dan makhluk perosak tidak memasuki ladang serta ternakan.

Ternakan ayam juga perlu diperiksa beberapa kali setiap hari dan jika ternakan mereka mempunyai tanda seperti berair pada hidung dan mata, balung dan kaki menjadi merah, kemudian pucat dan kebiruan serta kematian tinggi dalam tempoh singkat, segeralah menghubungi JPH.

  • Pnyeludupan ayam hendak disekat. Contohnya pada 11 Feb 2007 , Pengarah Kastam Negeri Kelantan , Mohd. Ali Hashim berjaya mematahkan cubaan menyeludup 23,640 kilogram daging ayam beku yang siap diproses bernilai RM118,200 . Ayam beku itu dimuat dalam treler yang membawa muatan sayur-sayuran di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand . Pengimport perlu mendapatkan permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, Butiran 31, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998.
  • Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia mahu penduduk tetap (PR) Indonesia yang menyeludup dan memelihara ayam laga diambil tindakan. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan , Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata penyelidikan epidemiologi akan dibuat oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Ampang , Kuala Lumpur bagi mengesahkan punca. Jika terbukti, pengharaman ayam laga akan dibuat.

Changkat TualangSunting

Mac 2006 wabak penyakit selesema burung merebak di Gunung Semanggol, Bukit Merah Lake Town Resort , Changkat Tualang, Perak , Setapak dan Kuala Lumpur.

Punca mudah merebak kerana :

  1. Tasik di Gunung Semanggol dan kawasan paya di Air Kuning serta lombong di Changkat Tualang merupakan kawasan burung-burung hijrah menyerupai bangau singgah dan hinggap buat beberapa lama sebelum terbang ke tempat lain.
  2. Itik diternak di bekas-bekas lombong
  3. Merebak melalui najis,najis yang jatuh ketika terbang, najis kering , debu najis yang beterbangan, air liur dan titisan air hidung daripada ayam , itik, burung , angsa dan puyuh . Babi juga turut terlibat.

Langkah kawalan :

  1. Sebahagian zoo di Bukit Merah Lake Town Resort telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Najis burung yang jatuh ke dalam zoo boleh mendatangkan selesema burung.
  2. Kerajaan Persekutuan memberi pampasan minima telah diberikan kepada para penternak.
  3. Kaedah pemusnahan ayam dan unggas lain adalah langkah yang serupa diambil di kebanyakan negara kerana lebih murah dan cepat.
  4. Tahun 2006, 58,457 unggas dan 8,437 telur dimusnahkan di lima zon jangkitan termasuk di Setapak dan Kuala Lumpur.
  5. Pemantauan dan kuarantin dilakukan terhadap kegiatan keluar masuk, import dan eksport unggas.

Wabak di seluruh duniaSunting

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan virus selsema burung atau avian influenza sangat bahaya dan mudah merebak. Virus H5N1 menyebabkan berjuta-juta unggas dibunuh di seluruh Asia sejak akhir 2003 dan meragut 188 nyawa di seluruh dunia sehingga Jun 2007. Sehingga Jun 2007, seramai 309 orang telah dijangkiti selesema burung H5N1 dan 188 daripada mereka meninggal dunia. 79 orang mati di Indonesia dan 17 di Thailand . Malaysia yang berjiran dengan Indonesia dan Thailand berisiko tinggi mendapat H5N1.

SejarahSunting

Wabak selesema burung telah dikesan 100 tahun lalu di Itali. Ada 15 jenis selesema burung yang dikesan tetapi H5 dan H7 paling bahaya, mudah merebak kepada ternakan dan kepada manusia juga. Virus itu juga dikenali dengan ‘patogenik tahap tinggi’ (HPAI).

Belum ada ubat penawarSunting

Sehingga kini belum ada vaksin bagi virus H5N1 ini.

  • Pada 8 Jun 2007 Menteri-Menteri Kesihatan dalam forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Sydney, Australia telah bersetuju menandatangani Deklarasi Sydney bagi menangani selesema burung di seluruh dunia. Semua negara akan berkongsi sampel darah. Syarikat pengeluar ubat-ubatan yang besar dan banyak di Australia menghadapi masalah mendapatkan sampel darah yang terkena H5N1. Menteri Kesihatan Australia, Tony Abbott memahami bantahan Indonesia . Tanpa bantuan Indonesia, pakar-pakar perubatan Australia tidak dapat membantu .
  • Menteri Kesihatan Indonesia, Siti Fadilah Supari menuduh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mahu mengkomersial ubat penawar H5N1. WHO seolah-olah mahu mencari keuntungan dari wabak penyakit ini. Vaksin ini dijual pada harga yang mahal kepada negara-negara miskin. Oleh itu Indonesia kesal dan tidak lagi menghantar sampel darah yang terkena virus H5N1. WHO berjanji tidak akan menjual sampel darah kepada syarikat perubatan.
  • Jurnal Public Library of Science Medicine melaporkan ubat penawar yang dapat meneutralkan virus H5N1 telah ditemui. Dari Januari 2004 hingga Februari 2005 , Penyelidik diketuai Dr. Cameron Simmons dari Hospital Penyakit-Penyakit Tropika di Ho Chi Minh City, Vietnam telah mengkaji 4 sampel darah yang ada jangkitan H5N1.

Kesan negatifSunting

  • Malaysia yang sedang mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007 akan terjejas jika laporan keterlaluan dilbuat oleh media asing. Tetapi Malaysia harus bersikap terbuka dan telus, tidak merahsiakan sebarang maklumat.
  • Pada 8 Jun 2007 Kaunter pasaran saham di Bursa Malaysia berkaitan ternakan ayam dan itik menyaksikan saham Farm’s Best naik 0.3 sen kepada 96.5 sen, CAB Cakaran turun 0.05 sen kepada 43 sen dan DBE Gurney Resources kekal kepada 22 sen.
  • Pengendali restoran makanan segera KFC Holdings (M) Bhd. turun 20 sen kepada RM6.70 .

RujukanSunting