Seletar /səˈltɑːr/ ialah sebuah kawasan yang terletak di timur laut Singapura. Namanya juga merujuk kepada Kawasan Perancangan Seletar (sebagaimana dinyatakan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar), terletak dalam Kawasan Timur Laut Singapura. Nama tempat ini berasal dari kumpulan kecil orang Melayu yang berasal dari kawasan ini, Orang Seletar. Ia berkongsi sempadan dengan kawasan perancangan Sengkang di selatan, Punggol di timur, Yishun dan Simpang di barat, begitu juga Selat Johor di utara.

Seletar
Transkripsi Lain
 • MelayuSeletar (Rumi)
سلتار (Jawi)
 • Chinese实里达 (Ringkas)
實里達 (Tradisional)
Shílǐdá (Pinyin)
Si̍t-lí-ta̍t (Hokkien POJ)
 • Tamilசிலேத்தார்
Cilēttār (Transliterasi)
Lokasi Seletar dalam Singapura
Lokasi Seletar dalam Singapura
Seletar is located in Bumi
Seletar
Seletar (Bumi)
Koordinat: 1°24′19.2″N 103°51′58.6″E / 1.405333°N 103.866278°E / 1.405333; 103.866278
Negara Singapura
KawasanKawasan Timur Laut
Majlis Pembangunan Masyarakat
Majlis bandaran
  • Majlis Bandaran Ang Mo Kio
Kawasan undi
Pentadbiran
 • Datuk BandarCDC Tengah Singapura
 • Anggota ParlimenGRC Ang Mo Kio
Keluasan
 • Jumlah10.25 km2 (3.96 batu persegi)
 • Residential7.23 km2 (2.79 batu persegi)
Penduduk
 (2018)[1][2]
 • Jumlah250
 • Kepadatan24/km2 (63/batu persegi)
DemonimRasmi
  • Penduduk Seletar
Daerah menyurat
28

Sebelum ini sebagai tapak pangkalan tentera British, Stesen Tentera Udara Diraja Seletar, kawasan ini kini menempatkan sebuah Taman Aeroangkasa Seletar berkeluasan 140 hektar. Taman aeroangkasa ini menempatkan perindustrian khusus dalam perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan kapal udara.[3][4] Terdapat perancangan masa depan untuk mengubah Seletar kepada satu daripada pusat serantau bagi Singapura, selain di Jurong Timur, Tampines dan Woodlands. Sebaik sahaja pembaharuan selesai, Seletar akan dikenali sebagai satu-satunya pusat serantau tanpa sebuah laluan MRT melaluinya, tidak seperti pusat serantau yang lain yang mempunyai laluan MRT yang pelbagai.

Geografi sunting

Takat geografi sunting

Berdasarkan buku Down the Seletar River: Discovering a Hidden Treasure of Singapore, Seletar secara umumnya merujuk kepada sebuah kawasan yang ditentukan dengan Sungei Punggol di timur, Sungai Seletar di barat, Ang Mo Kio di selatan dan Selat Johor di utara. Ia merangkumi kawasan yang meliputi Yio Chu Kang, Jalan Kayu, Takungan Seletar Hilir dan sebahagian Upper Thomson.[5]

Kawasan Perancangan Seletar sunting

Kawasan Perancangan Seletar, sebagaimana ditentukan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar, berkongsi semua tanah bersempadan dengan kawasan perancangan di Sengkang di selatan, sempadan bersungai dengan Punggol di timur and Yishun di barat. Sempadan utaranya ialah Selat Johor.[6][7] Kawasan Perancangan Seletar secara rasmi dibahagikan kepada 4 zon kecil – Seletar, Taman Aeroangkasa Seletar, Pulau Punggol Barat dan Pulau Punggol Timor.

Sejarah sunting

Kawasan ini ialah kediaman bagi penduduk Melayu asli, terutama Orang Seletar - sebuah kumpulan kecil Orang Laut yang tinggal di atas air sesebuah pulau. Terdapat beratus-ratus orang mereka sedia ada di sana walaupun sebelum ketibaan Raffles. Seletar kemudiannya menjadi sebuah ladang penanaman getah dimiliki dan diuruskan oleh Singapore United Rubber Plantations Ltd. Pada 1923, pemerintahan Negeri-negeri Selat membeli 600 ekar (2.4 km2) daripada syarikat getah tersebut dan memberikannya kepada Tentera Udara Diraja British sebagai tapak bagi pangkalan udara mereka di Singapura.[8] Pembinaan lapangan udara tersebut selesai pada 1929 dan secara rasminya dibuka pada 1930. Lapangan udara ini ialah pangkalan tentera udara diraja British pertama di timur India dan juga menyediakan perkhidmatan penerbangan awam sehingga 1937, apabila Lapangan Terbang Kallang dibuka kepada awam.[9]

Takungan Air Seletar (kini dikenali sebagai Takungan Seletar Hulu), dibina kali pertama pada 1920, selepas Perang Dunia Pertama untuk menampung keperluan air di Singapura. Ia ditandakan sebagai tapak pemuliharaan pada Ogos 1999.[10]

Kawasan ini juga mempunyai banglo kolonial yang dibina untuk kakitangan ketenteraan tentera udara diraja British, yang masih tersergam sehingga kini. Pada 2007, pemerintah mengumumkan sebahagian 174 buah banglo diasingkan untuk dimusnahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Taman Aeroangkasa Seletar, sementara baki 204 buah banglo masih dikekalkan dan sebahagiannya akan ditukar menjadi sekolah latihan aeroangkasa dan kawasan makan dan minum, manakala 131 buah lagi akan diasingkan untuk didiami.[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b City Population – statistics, maps and charts | Seletar
  2. ^ "Statistics Singapore - Geographic Distribution - 2018 Latest Data". Dicapai pada February 11, 2019.
  3. ^ Kaur, Karamjit (19 June 2007). "Plans for $60m Seletar Aerospace Park on course". The Straits Times.
  4. ^ Kaur, Karamjit (27 June 2007). "Seletar gets ready for makeover as aerospace hub". The Straits Times.
  5. ^ Wijeysingha, Eugene (1 January 2013). Down the Seletar River: Discovering a Hidden Treasure of Singapore (dalam bahasa Inggeris). Seletar Hills Estate Residents' Assoc. ISBN 9789710579204.
  6. ^ "URA SPACE". Urban Redevelopment Authority.
  7. ^ "Planning Areas/Subzones in Singapore (Year 2015)" (PDF). Singapore Department of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 March 2016. Dicapai pada 12 June 2016.
  8. ^ "Conservation Portal – History of Seletar". URA Singapore. Dicapai pada 14 August 2016.
  9. ^ "Seletar Airport". Infopedia Singapore (National Library Board). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2016. Dicapai pada 14 August 2016.
  10. ^ "Seletar Reservoir". Infopedia Singapore (National Library Board). Dicapai pada 14 August 2016.
  11. ^ "The Colonial Bungalows of Seletar". The Lion Raw. 14 February 2014. Dicapai pada 14 August 2016.

Sumber sunting

  • Victor R Savage, Brenda S A Yeoh (2003), Toponymics – A Study of Singapore Street Names, Eastern Universities Press, ISBN 981-210-205-1