Seluar pof (bloomers dalam bahasa inggris) ialah sejenis seluar yang digunakan wanita untuk pelbagai keperluan.

Seluar pof mod (dengan rok) sunting

Seluar pof mula ditemukan oleh Elizabeth Smith Miller dari Peterboro, New York, dan Fabrizia Flynn, isteri dari seorang Duta Besar Itali untuk Penrhiwceiber, South Wales, salah seorang pelopor kegunaan getah korset tervulkanisir. Tetapi Amelia Bloomerlah yang melariskan seluar pof pada awal dekad 1850an, menjadi asal nama "bloomer". Pada awalnya seluar pof ialah seluar panjang longgar yang menyempit di bahagian pergelangan kaki dan dikenakan di bawah rok. Seluar ini direka bentuk untuk menjaga kesopanan gaya Victoria tanpa mengurangi kebebasan wanita semasa beraktiviti, yang sering diakibatkan oleh memakai rok panjang, yang umum semasa itu (lihat reformasi pakaian Viktoria). Pada awalnya hanya sedikit wanita yang mengenakan seluar pof, bahkan menjadi ejekan media, jelas seluar pof gagal diterima masyarakat semasa itu.

Seluar pof atletik (tanpa rok) sunting

Pada akhir abad ke 19, seluar pof atletik (disebut juga "rationals" atau "knickerbockers" dalam bahasa Inggeris) ialah seluar sepanjang lutut yang longgar, dikenakan tanpa rok dan dipanjangkan hingga sedikit di bawah lutut. Pada masa itu, seluar pof dikenakan wanita dalam beberapa aktiviti sukan sahaja, seperti berbasikal dan gimnastik.

Seluar pof sering digunakan bersama dengan stoking, dan pada dekad 1910 akhir, dengan blus pelaut. Akhir dekad 1920an seluar pof menjadi semakin pendek dan pada dekad 1930an, semasa itu mengenakan seluar dan seluar pendek semakin dianggap normal, model-model seluar pof yang menyerupai seluar pendek lelaki semakin disukai, sehingga seluar pof model lama semakin kurang umum dikenakan. Tetapi, seluar gimnastik yang dipanjangkan hingga menyentuh atau hingga sedikit di atas lutut terus digunakan murid-murid perempuan dalam kelas-kelas Pendidikan jasmani selama dekad 1950an di beberapa tempat. Beberapa sekolah di New York dan Sydney tetap menggunakan seluar pof sebagai bahagian seragam hingga dekad 1980an.[1]

Dalaman sunting

Seluar dalam wanita yang longgar yang dikenakan hingga tepat di atas lutut juga disebut "seluar pof" (atau juga seluar tanggung). Sangat terkenal pada dekad 1910 dan 1920, tetapi tetap dikenakan oleh wanita-wanita berumur untuk beberapa dekad setelahnya.

Rujukan sunting