Pembahagian kuasa

(Dilencongkan dari Semak dan seimbang)

Pembahagian kuasa merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama: pemerintah (eksekutif), perundangan (legislatif) dan kehakiman (judisiari).

Ia bertujuan untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny) di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisme) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.

Sejarah sunting

Contoh awal konsep ini adalah untuk ditemui dalam karya-karya Aristotle. Pada 1656 James Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John Locke, dalam "Civil Government, second treatise" pada 1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya "Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai “Instrumen Kerajaan”.

Konsep pembahagian kuasa sunting

Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada empat cabang, iaitu:

Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.

Semak dan seimbang sunting

Sistem Semak dan Seimbang merupakan satu elemen demokrasi di mana setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk mengehadkan cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya melalui sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak” cabang-cabang yang lain untuk memastikan kuasa diagihkan secara seimbang dan sama rata antara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Walau bagaimanapun, secara praktikal ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman tidaklah sesempurna seperti yang dijelaskan secara teori. Seperti negara-negara lain, terdapat juga pihak-pihak lain yang boleh mencampur tangan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung atau menggunakan proksi bagi mengawal ketiga-tiga cabang ini bagi mencapai matlamat masing masing. Sesetengah berpendapat ianya benar bahawa mana mana negara terdapat tangan ketiga atau tangan ghaib yg mengawal sesuatu negara. Di Malaysia, mereka inilah yg mengawal eksektif, legislatif dan kehakiman.

Pautan luar sunting

Untuk rencana lanjutan lihat: