Semakan pengesahan

Semakan pengesahan atau ujian pengesahan ialah ujian asas untuk menilai kesahan sesuatu tuntutan atau kiraan dengan pantas. Dalam bidang sains komputer, ia merupakan semakan kefungsian sesuatu atur cara komputer, sistem, kiraan, atau analisis yang lain untuk memastikan sistem atau kaedah itu berfungsi seperti dijangka, seringnya sebelum pengujian yang lebih teliti.

Dalam bidang pembangunan perisian, semakan pengesahan menentukan adakah pengujian lanjut patut dijalankan. Semakan pengesahan perisian biasanya digabungkan dengan ujian persediaan yang menentukan adakah pengujian dapat diteruskan, bertentangan dengan adakah ia patut dijalankan. Semakan pengesahan juga menentukan adakah atur cara dapat dilancarkan dan adakah antara mukanya dapat dicapai dan dapat bertindak balas (misalnya, ketindakbalasan laman sesawang atau butang input). Jika ujian persediaan gagal, namun tidak mungkin semakan pengesahan dapat dijalankan.

Berbanding dengan ujian persediaan, semakan pengesahan yang ideal menggunakan subset fungsi penggunaan yang sekecil mungkin untuk menentukan adakah logik atur cara itu secara amnya berfungsi dengan betul. Jika semakan pengesahan gagal, maka pengujian yang lebih teliti tidak patut dijalankan. Kedua-dua semakan pengesahan dan ujian persediaan merupakan cara untuk mengelakkan pembuangan masa dan tenaga dengan menentukan adakah sesuatu atur cara terlalu cacat sehingga tidak wajar meneruskan pengujian.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting