Sembilu (siri filem)

Sembilu ialah siri filem drama romantik Malaysia arahan Yusof Haslam yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip, terbitan Skop Productions. Ia terdiri daripada 4 filem cereka, bermula dengan tayangan filem pertama bertajuk sama pada 18 Ogos 1994, kemudian diikuti dengan filem kedua yang ditayangkan pada 1 Jun 1995. Filem Tragedi Oktober merupakan kesinambungan dari filem Sembilu 2 tetapi diarahkan oleh Yusof Kelana. Filem terakhir dalam francais ini, Sembilu 2005 merupakan pembikinan semula daripada dua filem terdahulu dengan jalan cerita berbeza ditayangkan pada 24 Mac 2005. Kejayaan Sembilu turut membawa kepada penerbitan sebuah siri drama televisyen bertajuk sama dan siri drama TV susulannya, Sembilu Kasih.

Sembilu
PengarahYusof Haslam (1-2 dan 4)
Yusof Kelana (3)
PenulisYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam (1-2 dan 4)
Yusof Kelana (3)
Sinematografi
Disunting olehSalehan Shamsudin (1-4)
Muzik oleh
  • Musa Idris (1–2)
  • Johari Teh (4)
Syarikat
penerbitan
Skop Productions (1-2 dan 4)
Tarikh tayangan
  • 1: 18 Ogos 1994
  • 2: 1 Jun 1995
  • 3: 1996
  • 4: 24 Mac 2005
Masa tayangan
407 minit (14)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem cereka sunting

Sembilu (1994) sunting

Dikeluarkan pada 18 Ogos 1994, Sembilu berkisarkan tentang kisah cinta antara penyanyi rock Awie (Awie) dan kekasihnya, Wati (Erra Fazira). Hubungan mereka mendapat restu daripada keluarga masing-masing kecuali abang Wati, Azman (Mustapha Kamal) akibat sejarah hitam Azman bersama isterinya, Maria (Aida Khalida). Filem ini menjadi kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta. Biarpun meraih kutipan tertinggi, Sembilu turut menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem.[1]

Sembilu II (1995) sunting

Dikeluarkan pada 1 Jun 1995 selepas kejayaan filem pertama, Sembilu II berkisarkan tentang sisi dewasa Awie dan Wati. Hubungan mereka semakin serius dan mereka siap merancang untuk bertunang, namun cabaran dan dugaan menghalang cinta mereka. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan pecah panggung paling tertinggi sebanyak RM6.10 juta, berbanding Sembilu yang meraih RM4.39 juta. Ini menjadikan Sembilu II filem Melayu pertama yang meraih kutipan melebihi RM6 juta.[2][3]

Tragedi Oktober (1996) sunting

Dikeluarkan pada tahun 1996 dan kesinambungan dari filem Sembilu II . Mengisahkan perkahwinan Wati (Erra Fazira) Awie (Awie), bekas kekasih Wati walaupun sudah enam tahun berlalu masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun kemunculan Farah (Amy Mastura), anak seorang hartawan ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie. Filem ini berjaya mengutip sebanyak RM 3.2 juta.

Sembilu 2005 (2005) sunting

Dikeluarkan pada 24 Mac 2005, Sembilu 2005 ialah pembikinan semula dari filem Sembilu namun dengan berlainan plot dan watak, mengisahkan tentang hubungan percintaan dua insan dari budaya berbeza, Vince (Vince Chong) dan Salina (Hetty Sarlene) yang menemui seribu jalan buntu akibat perhubungan mereka menerima tentangan daripada keluarga mereka. Filem ini meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.43 juta.[4][5][6]

Siri televisyen sunting

Sembilu (2003–2005) sunting

Sembilu telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama televisyen yang disiarkan di TV2 bermula 14 Oktober 2003 dan berakhir pada 4 Oktober 2005, dibintangi oleh Hetty Sarlene sebagai Zetty dan Zed Zaidi sebagai Fendi. Ia mengisahkan tentang percintaan Zetty (Hetty) dan Fendi (Zed) sejak di alam persekolahan. Hubungan mereka mendapat restu keluarga masing-masing kecuali abang Zetty, Azman (Faizal Hussein), yang sangat membenci Fendi kerana tidak setaraf dengan mereka.[7]

Sembilu Kasih (2005–2007) sunting

Sembilu Kasih ialah lanjutan kepada drama Sembilu dan disiarkan di TV3 dan TV9 dari 11 Mei 2005 hingga 24 Ogos 2007, masih mengekalkan Hetty dan Zed sebagai pelakon utama. Ia mengisahkan tentang rumahtangga Zetty dan Fendi mulai kembali bergolak setelah mereka pulang dari berbulan madu. Apatah lagi Fendi kini mulai sibukkan diri dengan penggambaran drama lakonannya bersama Diana (Azza Zawari), serta sibuk untuk menguruskan kerjaya seni Diana sebagai artis rakaman. Kesempatan itu digunakan Diana untuk merampas semula Fendi daripada Zetty.[8]

Tenaga kerja sunting

Filem sunting

Pelakon sunting

Watak Filem
Sembilu
(1994)
Sembilu II
(1995)
Tragedi Oktober (1996) Sembilu 2005
(2005)
Awie/Zambri Awie
Wati/Cikgu Erra Erra Fazira
Ziana/Marina Ziana Zain Ziana Zain
Azman Mustapha Kamal
Maria Aida Khalida
Salmah Noraini Hashim
Alice Alice Voon
Joe Khairil Anwar Aman
Roy Roy Azman
Syamsul Zulkifli Khan
Farah Amy Mastura
Syamsul Riezman Khuzaimi
Jojet Jojet
Razman Hairie Othman
Eja Siti Khadijah
Ibu Farah Rosnah Mat Aris
Salina Hetty Sarlene
Vince Vince Chong
Zek Zed Zaidi
Khai Khai Wahi
Julia Juliana Banos
Pushpa Pushpa Narayan
Buzen Buzen Hashim
Diana Diana Johor
Syella Nursyella
Cikgu Salleh Salih Yaacob
Pengetua Aznah Aznah Hamid
Hamdan Aziz Singah
Cikgu Azza Azza Zawari
Michael Johan Abdullah
Susy Angeline Tan
Shira Sheera Iskandar
Vanessa Vanessa Chong
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru sunting

Kru Filem
Sembilu
(1994)
Sembilu II
(1995)
Tragedi Oktober
(1996)
Sembilu 2005
(2005)
Pengarah Yusof Haslam Yusof Kelana Yusof Haslam
Penerbit Yusof Haslam Yusof Kelana Yusof Haslam
Penulis skrip Yusof Haslam
Penyunting Salehan Shamsudin Musa Idris Salehan Shamsudin
Sinematografi Badaruddin Azmi Badaruddin Azmi
Omar Ismail
Omar Ismail
Muzik Musa Idris Johari Teh Musa Idris &Johari Teh
Syarikat penerbitan Skop Productions Skop Productions dan ME Communications Sdn Bhd Skop Productions
Tarikh keluaran 18 Ogos 1994 1 Jun 1995 1996 24 Mac 2005
Tempoh masa 109 minit 104 minit 104 minit 100 minit

Siri televisyen sunting

Pelakon sunting

Watak Siri televisyen
Sembilu
(2003–2005)
Sembilu Kasih
(2005–2007)
Fendi Zed Zaidi
Zetty Hetty Sarlene
Diana Azza Zawari
Azman Faizal Hussein
Maria Julia Hana
Dato' Osman Aziz Singah
Datin Muna Aznah Hamid
Joe Esma Daniel
Roy Roy Azman
Shamsul Zachery Francis
Shima Diana Johor
Shahrul Buzen Hashim
Mak Jah Maimunah Ahmad
Elisa Avaa Vanja
Faizal Fazley Yaakob
Liza Leez Rosli
Sheera Sheera Iskandar
Zack Syamsul Yusof
Azlee Azlee Jaafar
Suriyati Aishah Atan
Mastura Elly Mazlein

Kru sunting

Kru Siri televisyen
Sembilu
(2003–2005)
Sembilu Kasih
(2005–2007)
Pengarah Yusof Haslam
Penerbit Yusof Haslam
Penulis skrip Yusof Haslam
Meor Shariman
Norhan Mahmod
Aimi Jarr
Syarikat penerbitan Skop Productions
Jumlah episod 78 52
Tarikh siaran pertama 14 Oktober 2003 4 Oktober 2005
Tarikh siaran akhir 11 Mei 2005 24 Ogos 2007

Sambutan sunting

Filem Tarikh tayangan Kutipan Belanjawan Ruj.
Sembilu 18 Ogos 1994 RM4.39 juta [9]
Sembilu II 1 Jun 1995 RM6.10 juta [9]
Tragedi Oktober 1996 RM 3.2 juta
Sembilu 2005 24 Mac 2005 RM1.43 juta [10]
Jumlah RM14.94 juta

Rujukan sunting

  1. ^ "Filem Sembilu mungkin box-office". Berita Harian. 22 Disember 1993. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  2. ^ Adam Salleh (24 September 1995). "Sembilu II luar biasa". Metro Ahad. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  3. ^ "Filem Melayu pertama mendapat pengiktirafan box-office". Perpustakaan Negara Malaysia. 10 Julai 2001. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  4. ^ Suraiya Mohd Noor (19 Mac 2005). "Kelainan Sembilu 2005". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mei 2020.
  5. ^ Akmal Abdullah (6 Julai 2004). "Sembilu 2005 ada cita rasa baru". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-07-08. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  6. ^ Abd Aziz Itar (15 Mac 2005). "Sembilu 2005 - Mampukah ulangi kejayaan lalu?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2010.
  7. ^ Suraiya Mohd Nor (14 Oktober 2003). "Sembilu versi drama TV kupas isu masyarakat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2003. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  8. ^ Zul Husni Abdul Hamid (1 Julai 2005). "Impak maksimum". Berita Harian. Dicapai pada 10 Julai 2010.
  9. ^ a b Haris Hussain (1 Oktober 1998). "Spellbound" (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Business. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  10. ^ Silvia Wong (19 Januari 2006). "Malaysian box office reaches record high" (dalam bahasa Inggeris). Screen Daily. Dicapai pada 5 Julai 2018.