Sembilu 2005 merupakan filem drama romantik Malaysia 2005 arahan Yusof Haslam terbitan Skop Productions.[3][4] Ia mengisahkan tentang hubungan percintaan Vince dan Salina yang menemui seribu jalan buntu akibat tentangan daripada keluarga mereka. Ia dibintangi oleh Vince Chong dan Hetty Sarlene bersama-sama Zed Zaidi, Ziana Zain, Erra Fazira, Awie dan ramai lagi. Filem ini merupakan pembikinan semula daripada filem Sembilu (1994) dan filem terakhir arahan Yusof Haslam sebelum bersara dari kerusi pengarah.[5]

Sembilu 2005
Poster keluaran tayangan.
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Dihasilkan oleh
  • Yusof Haslam
  • Ismail Mustapha
Dibintangi
Disunting olehSalehan Shamsudin
Muzik olehJohari Teh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehLotus Five Star AV
Tarikh tayangan
24 Mac 2005 (Malaysia)[1]
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
Pecah panggungRM1.43 juta[2]

Sinopsis sunting

Mengisahkan suka duka di alam persekolahan yang dialami oleh Salina dan 3 sahabat baik, Khai, Vince dan Zek. Manakala Marina, kakak Salina adalah andartu yang telah melewati usia 30-an. Marina terlalu mengongkong adiknya, Salina. Untuk memburu kejayaan, Salina rapat dengan Vince, pelajar pintar di sekolah itu berdarah campuran Inggeris dan Cina. Keakraban Salina dan Vince dicemburui ramai pelajar lelaki terutama Zek dan Khai yang berasa begitu tercabar walaupun Vince adalah sahabat karib mereka. Begitu juga dengan seorang pelajar perempuan, Julia yang sebenarnya turut menaruh hati pada Vince.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Sembilu 2005 ialah pembikinan semula dari filem pecah panggung 1994, Sembilu. Penggambaran filem ini dijalankan pada Jun 2004.[11] Bekas alumni Akademi Fantasia musim pertama, iaitu Vince Chong dan Khai Wahi melakonkan watak diri mereka sendiri. Kakak Vince, iaitu Vanessa turut berlakon.

Syarikat telekomunikasi negara, Celcom menjadi penaja rasmi filem ini.[12][13] Filem ini menjadi filem terakhir arahan Yusof Haslam sebelum bersara untuk menumpukan perhatian sebagai penerbit filem.[14][15]

Keluaran dan sambutan sunting

Sembilu 2005 dikeluarkan pada 24 Mac 2005 dan menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM800,000 dalam tempoh seminggu selepas tayangan perdana rasmi.[16][17] Bagi mempromosikan filem ini, majlis tayangan amal telah diadakan pada 15 Mac 2005 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).[18]

Suraiya Mohd Noor, menulis untuk Berita Harian, berkata: "Sembilu 2005 walaupun tarikan judul dan pengarahnya begitu utuh, masih kurang berjaya menarik penonton ke pawagam".[19]

Runut bunyi sunting

Sembilu 2005: Original Motion Picture Soundtrack
Runut bunyi oleh
pelbagai artis
Dilancarkan pada19 April 2005
TempatMalaysia  
GenrePop, balada
BahasaBahasa Melayu  
SyarikatEMI Music Malaysia
PengarahYusof Haslam  
Kronologi pelbagai artis
Sembilu II   Sembilu 2005
Single daripada Sembilu 2005: Original Motion Picture Soundtrack
  1. "Sembilu 2005"
    Dikeluarkan: 24 Mac 2005
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini


Sembilu 2005: Original Motion Picture Soundtrack ialah album runut bunyi filem Sembilu 2005 yang diterbitkan bagi mempromosikan filem ini. Vince menyumbangkan empat lagu nyanyiannya yang kesemuanya dimuatkan album album pertamanya. Lagu tema filem ini, "Sembilu 2005" dipersembahkan oleh Nico, Yassin dan June.[20]

Senarai runut sunting

No.TajukPenyanyiMasa
1."Sembilu 2005"Nico, Yassin, June4:05
2."Mengapa Harus Cinta"Vince3:30
3."Dambaan Pilu"Khai5:05
4."Andai Kau Mengerti"Vince4:54
5."Detik Bersama"V.E5:15
6."Bila Rindu"Ruffedge5:43
7."Yang Teristimewa"Sha-Hila4:07
8."Dugaan Cinta"Vince4:50
9."Sembilu Kasih"Ziana Zain4:27
10."Kerana"Vince3:59


Adaptasi novel sunting

Sebuah novel adaptasi filem dengan tajuk sama telah diterbitkan dengan plot diinspirasikan dari filem ini. Ia ditulis oleh Sharifah Abu Salem dan diterbitkan oleh Alaf 21 dengan kerjasama Skop Productions. Sembilu 2005 menjadi filem kedua terbitan Skop yang diadaptasikan sebagai novel selepas Janji Diana.[21]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Harapan Lelaki Vince Tercalon
Penataan Seni Terbaik Faizal Yusuf Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Hasmi Kamal Tercalon
Sinematografi Terbaik Indra Che Muda Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sembilu 2005 - Tayangan filem, waktu tayangan & treler". Cinema Online. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  2. ^ Silvia Wong (19 Januari 2006). "Malaysian box office reaches record high" (dalam bahasa Inggeris). Screen Daily. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  3. ^ Suraiya Mohd Noor (19 Mac 2005). "Kelainan Sembilu 2005". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mei 2020.
  4. ^ Akmal Abdullah (6 Julai 2004). "Sembilu 2005 ada cita rasa baru". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-07-08. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  5. ^ Abd Aziz Itar (15 Mac 2005). "Sembilu 2005 - Mampukah ulangi kejayaan lalu?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2010.
  6. ^ Tajaiyah Ihsan (8 Ogos 2004). "Vince penat tapi seronok jadi artis". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  7. ^ Khadijah Ibrahim (5 April 2005). "Hetty Sarlene - Bahagia sudah ada teman lelaki". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2005. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  8. ^ "Ziana Zain gets role in new movie". The Star Online. 7 Jun 2005. Dicapai pada 24 Mei 2018.
  9. ^ "Personality: Erra turns lady boss before Sembilu 2005". New Straits Times. 3 Jun 2005. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  10. ^ Khadijah Ibrahim (8 Disember 2004). "Shaheera - Rimas dikaitkan dengan Aznah Hamid". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  11. ^ Zubir Mohd Yunos (16 Mei 2004). "Datuk Yusof tak pernah lupa jasa wartawan". Berita Minggu. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  12. ^ Suraiya Mohd Noor (18 Mac 2005). "Sembilu 2005 dapat tajaan Celcom". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  13. ^ "Celcom In-Showbiz announces sponsorship of 'Sembilu 2005'" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Celcom. 9 Mac 2005. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  14. ^ Ramlah Zainal (24 Mac 2010). "'Saya hanya terbabit 10 peratus'". Harian Metro. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  15. ^ "Syafiq penerus legasi". Harian Metro. 24 September 2017. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  16. ^ Yusof Haslam (27 Mac 2005). "Filem dan selera penonton". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  17. ^ "Sembilu 2005 kutip RM800,000". Berita Harian. 31 Mac 2005. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  18. ^ "Sambutan hebat - Tayangan amal Sembilu 2005". Utusan Malaysia. 18 Mac 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2005. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  19. ^ Suraiya Mohd Noor (30 April 2005). "Kenapa sambutan filem tempatan merosot". Berita Harian. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  20. ^ "Album runut bunyi Sembilu 2005 muat 10 lagu". Berita Harian. 19 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-20. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  21. ^ "Novel Sembilu 2005 kini di pasaran". Kosmo!. 1 Mei 2005. Dicapai pada 7 Julai 2018.

Pautan luar sunting