Sembilu Kasih merupakan siri drama televisyen Malaysia 2005 arahan dan konsep asal oleh Yusof Haslam. Berdasarkan daripada siri drama Sembilu (2004), ia masih mengekalkan Hetty Sarlene dan Zed Zaidi sebagai teraju utamanya. Siri ini memulakan tayangan perdana pada 11 Mei 2005 dan tamat pada 24 Ogos 2007 di TV3 dan TV9. Ia dianggap sebagai drama Melayu paling membosankan dan mengecewakan 2007 pernah ditonton oleh portal hiburan Sensasi Selebriti.[1]

Sembilu Kasih
Genre
Berdasarkan daripada
Sembilu oleh Dato' Yusof Haslam
PenciptaDato' Yusof Haslam
PengarahDato' Yusof Haslam
Yusof Kelana
Syamsul Yusof
Dibintangi oleh
Hetty Sarlene
Zed Zaidi
Faizal Hussein
Julia Hana
Dato' Aziz Singah
Aznah Hamid
Azza (Elite)
Fazley Yaakob
Esma Daniel
Leez Rosli
Lagu pembukaan"Suara Kita" oleh Wings
Lagu penutup"Sembilu Kasih" oleh Seven Signs
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod52
Penerbitan
PenerbitHaji Ismail Mustapha
Dato' Yusof Haslam
Syarikat penerbitan
Skop Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
TV9
Siaran asal11 Mei 2005 – 24 Ogos 2007

SinopsisSunting

Rumahtangga Zetty dan Fendi mulai kembali bergolak setelah mereka kembali daripada berbulan madu. Apatah lagi Fendi kini mulai sibuk dengan penggambaran drama lakonannya bersama Diana, serta sibuk untuk menguruskan karier Diana sebagai artisnya. Manakala kesempatan itu digunakan Diana untuk merampas semula Fendi daripada Zetty. Diana memulakan rancangan liciknya, iaitu bertunangan dengan pengurusnya, Joe untuk memudahkan dia membuat rancangan. Diana menggunakan status dirinya sebagai tunangan orang agar Fendi tidak curiga dengan semua rancangan jahatnya. Sementara itu kemunculan Faizal, iaitu rakan sekerja baru Zetty menimbulkan rasa cemburu dihati Fendi. Diana menghasut Fendi dengan mengatakan Zetty mempunyai hubungan sulit dengan Faizal. Manakala Zetty semakin marah apabila gosip tentang hubungan Fendi dan Diana kembali bertiup. Tanpa mereka sedari semua itu adalah angkara perbuatan Diana. Zetty kemudian menuduh Fendi telah berlaku curang namun hal tersebut dinafikan Fendi, malah sebaliknya menuduh Zetty mempunyai hubungan sulit dengan Faizal. Mereka kemudian bertengkar sehingga membuatkan Fendi tidak dapat menahan rasa cemburunya itu lalu mengasari Zetty tanpa sengaja sehingga membuatkan Zetty yang hamil anak pertama mereka ketika itu mengalami keguguran. Selepas insiden keguguran tersebut, Zetty menuntut cerai daripada Fendi. Faizal pula melamar Zetty dan sanggup menerima status Zetty ketika itu walaupun pada mulanya keluarganya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut namun mereka akhirnya mengalah. Diana akhirnya menerima balasan apabila dia hampir dibunuh oleh bekas tunangnya, Joe. Joe kemudian diberkas polis. Diana kemudian menemui Zetty untuk meminta maaf dan menjelaskan bahawa kejadian yang menimpa rumah tangga Zetty dan Fendi adalah berpunca daripada dirinya. Namun bagi Zetty semua penjelasan tersebut sudah tidak berguna lagi apabila dia kini telahpun berpisah dengan Fendi.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Runut bunyiSunting

  • "Suara Kita" - Wings
  • "Sembilu Kasih" - Seven Signs
  • "Hamparan Pedu Mengundang Rindu" - Ieda Majed
  • "Siapa Diriku Disisimu" - Hetty Sarlene

PembatalanSunting

Dalam satu kenyataan semasa majlis kesyukuran dan doa selamat Sembilu Kasih pada Mac 2007, Datuk Yusof Haslam mengumumkan membuat keputusan untuk menghentikan penerbitan Sembilu Kasih. Menurut beliau: "Sebenarnya sudah lama saya hendak tamatkan Sembilu Kasih tapi stesen TV minta teruskan. Sekarang ini kalau mendapat permintaan ramai sekalipun saya tidak akan teruskan. Cukuplah dua tahun saya menerbitkan Sembilu Kasih. Dulupun dua tahun juga saya menghasilkan Sembilu,".[3]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (27 Disember 2007). Drama paling membosankan untuk 2007 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Februari 2008.
  2. ^ Azhariah Kamin (17 Jun 2006). No dramas in the real life of soap star Hetty Sarlene The Star Online. Dicapai pada 22 Februari 2008.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (23 April 2007). Sembilu Kasih dihentikan siaran Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Februari 2008.