Sembilu Kasih

(Dilencongkan dari Sembilu Kasih (drama))

Sembilu Kasih merupakan siri drama televisyen Malaysia 2006 arahan dan konsep asal oleh Yusof Haslam. Berdasarkan daripada siri drama Sembilu (2004), ia masih mengekalkan Hetty Sarlene dan Zed Zaidi sebagai teraju utamanya. Siri ini memulakan tayangan perdana pada 11 Mei 2006 dan tamat pada 24 Ogos 2007 di TV3 dan TV9. Ia dianggap sebagai drama Melayu paling membosankan dan mengecewakan 2007 pernah ditonton oleh portal hiburan Sensasi Selebriti.[1]

Sembilu Kasih
Genre
Berdasarkan daripada
Sembilu oleh Dato' Yusof Haslam
PenciptaDato' Yusof Haslam
PengarahDato' Yusof Haslam
Yusof Kelana
Syamsul Yusof
Dibintangi oleh
Hetty Sarlene
Zed Zaidi
Faizal Hussein
Julia Hana
Dato' Aziz Singah
Aznah Hamid
Azza Elite
Fazley Yaakob
Esma Daniel
Leez Rosli
Lagu pembukaan"Suara Kita" oleh Wings
Lagu penutup"Sembilu Kasih" oleh Seven Signs
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod52
Penerbitan
PenerbitHaji Ismail Mustapha
Dato' Yusof Haslam
Tempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
Skop Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
TV9
Format gambar576i NTSC
Format audioStereo
Siaran asal11 Mei 2006 – 24 Ogos 2007
Kronologi
Diikuti olehPasrah The Series
Rancangan berkaitan
Sembilu

Sinopsis sunting

Rumahtangga Zetty dan Fendi mulai kembali bergolak setelah mereka kembali daripada berbulan madu. Apatah lagi Fendi kini mulai sibukkan diri dengan penggambaran drama lakonannya bersama Diana, serta sibuk untuk menguruskan karier seni Diana sebagai artis rakaman. Manakala kesempatan itu digunakan Diana untuk merampas semula Fendi daripada Zetty. Diana memulakan rancangan liciknya, iaitu bertunangan dengan pengurusnya, Joe untuk memudahkan dia membuat rancangan. Diana menggunakan status dirinya sebagai tunangan orang agar Fendi tidak curiga dengan semua rancangan jahatnya.

Sementara itu kemunculan Faizal, iaitu rakan sekerja baru Zetty menimbulkan rasa cemburu dihati Fendi. Diana menghasut Fendi dengan mengatakan Zetty mempunyai hubungan sulit dengan Faizal. Manakala Zetty semakin marah apabila gosip tentang hubungan Fendi dan Diana kembali bertiup. Tanpa mereka sedari semua itu adalah angkara perbuatan Diana. Zetty kemudian menuduh Fendi telah berlaku curang namun hal tersebut dinafikan Fendi, malah sebaliknya menuduh Zetty mempunyai hubungan sulit dengan Faizal. Mereka kemudian bertengkar sehingga membuatkan Fendi tidak dapat menahan rasa cemburunya itu lalu mengasari Zetty tanpa sengaja sehingga membuatkan Zetty yang hamil anak pertama mereka ketika itu mengalami keguguran. Selepas insiden keguguran tersebut, Zetty menuntut cerai daripada Fendi. Faizal pula melamar Zetty dan sanggup menerima status Zetty ketika itu walaupun pada mulanya keluarganya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut namun mereka akhirnya mengalah.

Diana akhirnya menerima balasan apabila dia hampir dibunuh oleh bekas tunangannya, Joe. Manakala Joe kemudian diberkas polis. Diana kemudian menemui Zetty untuk meminta maaf dan menjelaskan bahawa kejadian yang menimpa rumah tangga Zetty dan Fendi selama ini adalah berpunca daripada dirinya. Namun bagi Zetty semua penjelasan tersebut sudah tidak berguna lagi apabila dia kini telahpun berpisah dengan Fendi.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Runut bunyi sunting

  • "Suara Kita" - Wings (lagu pembuka)
  • "Sembilu Kasih" - Seven Signs
  • "Hamparan Pedu Mengundang Rindu" - Ieda Zikir
  • "Siapa Diriku Disisimu" - Hetty Sarlene
  • "Syurga Di Hati Kita" - Ziana Zain
  • Ukiran Jiwa - Awie

Pembatalan sunting

Dalam satu kenyataan semasa majlis kesyukuran dan doa selamat Sembilu Kasih pada Mac 2007, Datuk Yusof Haslam mengumumkan membuat keputusan untuk menghentikan penerbitan Sembilu Kasih. Menurut beliau: "Sebenarnya sudah lama saya hendak tamatkan Sembilu Kasih tapi stesen TV minta teruskan. Sekarang ini kalau mendapat permintaan ramai sekalipun saya tidak akan teruskan. Cukuplah dua tahun saya menerbitkan Sembilu Kasih. Dulupun dua tahun juga saya menghasilkan Sembilu,".[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (27 Disember 2007). Drama paling membosankan untuk 2007 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Februari 2008.
  2. ^ Khadijah Ibrahim (23 April 2007). Sembilu Kasih dihentikan siaran Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Februari 2008.