Sembunyi (lagu Misha Omar dan Andy Flop Poppy)

(Dilencongkan dari Sembunyi)

Sembunyi (Inggeris: "Conceal") merupakan single kedua petikan album Misha Omar nyanyian penyanyi Misha Omar yang berduet dengan Andy dari Flop Poppy. Lagu ini mula diperdengarkan pada tahun 2007.

"Sembunyi"
Single oleh Misha Omar & Andy Flop Poppy
daripada album Misha Omar
Dilancarkan pada20 Mac 2007
FormatAirplay, CD
GenrePop,Rock
Panjang3:47
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenggubahAidit Alfian
Penulis seni kataLoloq
PenerbitRamli M. S.
Kronologi Single oleh Misha Omar
""Cinta"
(2006)"
"Sembunyi" ""Jawapanmu"
(2008)"
Kronologi single single oleh Flop Poppy
"Sewaktu Dulu"
(2006) Sewaktu Dulu2006
"Sembunyi"
(2007) Sembunyi2007
"Stesyen Terakhir"
(2007) Stesyen Terakhir2007
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu ini pada asalnya dicipta untuk album kedua Misha dan perancangan asal adalah untuk berduet dengan Ibrahim Imran(Baim) yang merupakan vokalid kumpulan Ada Band dari Indonesia. Namun perancangan ini tidak berhasil dan Sony BMG memilih Andy dari kumpulan Flop Poppy sebagai gandingan baharu Misha setelah menolak 3 lagi penyanyi untuk berduet dengan Misha.

Andy hanya merakamkan lagu ini di studio selama 30 minit secara berasingan dengan Misha setelah diberi tunjuk ajar oleh komposer Aidit Alfian. Menurut Andy, beliau menerima pelawaan merakamkan lagu ini kerana persahabatannya dengan Aidit dan juga rasa hormatnya kepada Loloq yang banyak membantu kumpulan Flop Poppy.

Penerimaan sunting

Sejurus dilancarkan sebagai single,lagu ini mula merajai kebanyakan carta radio di Malaysia antaranya Era.FM, Muzik.FM, Hot.FM dan Suria.FM.

Pada tahun 2023 lagu ini tular di aplikasi Tiktok dan mula kembali memanjat carta lagu popular di aplikasi strim Malaysia. Pada 5 Jun, lagu ini memasuki Top 10 dan kekal selama dua minggu di tangga ke-9.

Tenaga produksi sunting

  • Komposer: Aidit Alfian
  • Penulis Lirik: Loloq
  • Hakcipta Lagu: Indahkarya Publishing
  • Hakcipta Lirik: Luncai Emas Publishing
  • Penerbit Eksekutif: Ramli MS
  • Penerbit: Aidit Alfian
  • Susunan Muzik: Alfa Booty
  • Jururakam: Rumie Booty
  • Juruadun: Rumie Booty
  • Bass: Pacai
  • Dram: Ujang
  • Gitar: Aznan Alias
  • Keyboards & Samples: Alfa Booty
  • Studio Rakaman: Red Room-King Studio & Rumie Studio

Pencapaian sunting

Pencalonan