Semenanjung Rybachy

semenanjung di Rusia

Koordinat: 69°42′N 32°36′E / 69.7°N 32.6°E / 69.7; 32.6

Semenanjung Rybachy (Bahasa Rusia: полуо́стров Рыба́чий, poluostrov Rybachiy; Bahasa Sami Utara: Giehkirnjárga; Bahasa Norway: Fiskerhalvøya; Bahasa Finland: Kalastajasaarento) ialah bahagian paling utara dari benua Rusia Eropah. Namanya diterjemahkan sebagai "Semenanjung Nelayan". Ia dihubungkan dengan Semenanjung Sredny, "Semenanjung Tengah" oleh tanah genting nipis. Jadi semenanjung sebenarnya hampir sepenuhnya dikelilingi oleh air. Secara pentadbiran, ia termasuk di dalam Daerah Pechengsky di Oblast Murmansk dan dalam masa beberapa jam perjalanan dari Murmansk.

Semenanjung Rybachy adalah bahagian paling timur laut Daerah Pechengsky

Pekerjaan utama penduduk ialah sebagai penggembala rusa kutub dan (sejak 2003) penggerudian petroleum.

Sejarah sunting

Semenanjung terletak di kawasan di mana sempadan ditanda agak lewat; sempadan Norway-Rusia telah dilukis pada tahun 1826, meninggalkan Rybachy di sebelah sempadan Rusia. Pada masa itu, beberapa peneroka Norway tinggal di semenanjung.

Selepas Revolusi Rusia, bahagian barat Sredny dan Rybachy diserahkan kepada Finland. Selepas Perang Musim Sejuk 1939–1940, Finland menyerahkan mereka kepada Kesatuan Soviet melalui Perjanjian Damai Moscow.[1] Peneroka Norway menjadi "terperangkap" di Rusia Soviet selepas revolusi; beberapa keturunan mereka dibenarkan untuk mendapat kerakyatan Norway selepas kejatuhan Tirai Besi.

Semasa Perang Dunia Kedua selama tiga tahun ia merupakan arena perang kedudukan antara Jerman dan Soviet. Semenanjung meliputi akses ke Murmansk dan Arkhangelsk, yang merupakan pintu utama untuk Lend-Lease. Bahagian hadapan membelah semenanjung kepada dua bahagian, kedua-dua belah mempunyai kedudukan yang sangat berkubu.

Sebelum pembubaran Kesatuan Soviet, wilayah itu telah banyak ditenterakan kerana berdekatan dengan Norway, negara ahli PPAU. Kini tentera telah dialihkan, tetapi pada 2005 wilayah itu masih ditutup kepada orang asing. Pada September 2020, kapal perang frigat Norway, bersama-sama kapal perang dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan Denmark menghampiri ke kawasan sejauh 12 batu nautika itu dalam suatu operasi keselamatan.[2]

Galeri sunting

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ Administrative-Territorial Division of Murmansk Oblast, p. 53
  2. ^ "In a controversial move, Norway sails frigate into Russian Arctic EEZ together with UK, US navy ships". artictoday.com (dalam bahasa Inggeris). 9 September 2020. Dicapai pada 7 Januari 2023.

Sumber sunting

  • Архивный отдел Администрации Мурманской области. Государственный Архив Мурманской области. (1995). Административно-территориальное деление Мурманской области (1920-1993 гг.). Справочник. Murmansk: Мурманское издательско-полиграфическое предприятие "Север".

Pautan luar sunting