Buka menu utama

Semoga Bahagia ialah lagu Melayu yang digubah oleh Zubir Said. Zubir Said juga telah menggubah lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura".

Semoga Bahagia merupakan lagu rasmi Hari Kanak-Kanak di Singapura yang dirayakan pada 1 Oktober setiap tahun. Lagu ini menggambarkan nilai-nilai yang perlu dimiliki para remaja, dan juga mendorong mereka untuk menggapai cita-cita mereka, membuktikan nilai mereka kepada dunia dan mendoakan mereka kejayaan dan kebahagiaan.

Lagu ini dengan lirik telah dinyanyikan dengan lirik yang diubahsuai pada perayaan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-41 pada 2006.

LirikSunting

Lirik asal

Sama-sama maju ke hadapan
Pandai cari pelajaran
Jaga diri dalam kesihatan
Serta sopan-santun dengan kawan-kawan

Dengan hati bersih serta suci
Sama-sama hormat dan berbudi
Jaga tingkah pemuda-pemudi
Adat dan budaya junjung tinggi

Capailah lekas cita-cita pemudi-pemuda
Supaya kita ada harga di mata dunia

Kalau kita lengah serta lupa
Hidup kita sia-sia
Jiwa besar sihat serta segar
Rajin dengan sabar tentu bahagia

Lemah-lembut perangai pemudi
Cergas tangkas wataknya pemuda
Suka rela selalu berbakti
Sikap yang pembela dan berjasa

Capailah nama yang mulia pemudi-pemuda
Rajinlah supaya berjaya, semoga bahagia

Versi Hari Kebangsaan 2006

Sama-sama maju ke hadapan
Cari ilmu pengetahuan
Jaga diri dalam kesihatan
Serta sopan-santun dalam pergaulan

Dengan hati bersih serta suci
Sama-sama hormat-menghormati
Jaga akhlak pemuda-pemudi
Adat ketimuran junjung tinggi

Capailah lekas cita-cita pemudi-pemuda
Supaya kita ada harga di mata dunia.

Kalau kita lengah serta alpa
Hidup kita sia-sia
Jiwa besar sihat serta segar
Rajin dengan sabar tentu bahagia

Suci murni sifatnya pemudi
Cergas tangkas wataknya pemuda
Suka rela selalu berbakti
Sikap yang satria dan berjasa

Capailah nama yang mulia pemudi-pemuda
Rajinlah supaya berjaya, semoga bahagia