Semua hak cipta terpelihara

"Semua hak cipta terpelihara" atau "Hak cipta terpelihara" (bahasa Inggeris: all rights reserved, Sepanyol: Todos los derechos reservados, Portugis: Todos os direitos reservados) ialah kenyataan keformalan hak cipta yang menandakan bahawa pemegang hak cipta memegang kepemilikan suatu karya cipta dan undang-undang hak cipta melindunginya. Wujud dari Konvensyem Buenos Aires 1910, sama sekali tidak jelas adakah frasa tersebut memiliki pengaruh undang-undang di kebanyakan bidang kuasa.[1] Namun, masih banyak pemegang hak cipta yang masih terbiasa menggunkan frasa ini.

Frasa all rights reserved pada DVD

Asal-usul

sunting

Frasa ini berasal dari Konvensyen Buenos Aires 1910. Perkaar 3 Konvensyem memberikan hak cipta ke atas sesebuah karya yang dicipta di semua negara penandatangan Konvensyen asalkan "kenyataan pelindungan hak cipta" ada pada karya tersebut.[2] Frasa all rights reserved tidak disebutkan secara langsung dalam teks itu namun telah memenuhi syarat tersebut.

Sejumlah traktat hak cipta tidak selalu memerlukan keformalan ini. Contohnya, Konvensyen Hak Cipta Sejagat 1952 menyertakan simbol © sebagai indikator perlindungan.[3] (Di Amerika Syarikat simbol ini diperkenalkan pada pindaan UU Hak Cipta 1909 pada 1954.[4]) Konvensyen Berne menolak keformalan ini dalam Perkara 4 semakan 1908,[5] sehingga pencipta yang hendak melindungi karya ciptaannya di negara yang menandatangani Konvensyen Berne tidak harus menyertakan kenyataan ini. Namun, kerana bukan semua penandatangan Konvensyen Buenos Aires ialah anggota Konvensyen Berne atau Konvensyen Hak Cipta Sejagat, dan khususnya Amerika Syarikat tidak menyertai Konvensyen Hak Cipta Sejagat sehingga 1955, penerbit yang berpusat di negara penandatangan Konvensyen Buenos Aires melindungi karyanya di kebanyakan negara antara 1910 dan 1952 dengan menambah frasa ini dan simbol hak cipta.[6]

Keusangan

sunting

Kewajipan memberikan frasa "semua hak cipta terpelihara" dianggap usang setakat 23 Ogos 2000 semasa Nicaragua menjadi peserta terakhir Konvensyen Buenos Aires menjadi penandatangan Konvensyen Berne.[7] Sehingga tarikh itu itu, setiap negara yang dahulu merupakan anggota Konvensyen Buenos Aires (yang merupakan satu-satunya traktat yang mewajibkan frasa tersebut) juga automatis anggota Konvensyen Berne, yang dapat memberikan pelindungan tanpa perlu adanya keformalan.[8]

Meskipun demikian, sejumlah karya—terutama karya tulis, rakaman, dan program komputer—yang dibuat oleh seniman, penulis, atau pencipta kandungan masih menggunakan frasa ini untuk mencegah kekaburan dan memberikan kenyataan yang jelas bahawa kandungan yang diciptanya tidak dapat bebas disalin.[8]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Schwabach, Aaron (Jan 15, 2014). Internet and the Law: Technology, Society, and Compromises (ed. 2nd). ABC-CLIO. m/s. 149. ISBN 978-7064819342.
  2. ^ Engelfriet, Arnoud (2006). "The phrase "All rights reserved"". Ius mentis. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2008. Dicapai pada 2007-12-27.
  3. ^ "International Copyright". U.S. Copyright Office. November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 4, 2014. Dicapai pada Mei 17, 2014.
  4. ^ Copyright Law Revision: Study 7: Notice of Copyright (PDF). Washington, D.C.: United States Government Printing Office. 1960.
  5. ^ "Copyright Registrations and Formalities". World Intellectual Property Organization. Dicapai pada 2014-05-17.
  6. ^ de Boyne Pollard, Jonathan. ""All rights reserved." in a copyright declaration is nearly always just chaff". Frequently Given Answers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-20.
  7. ^ Eugene Goryunov, All Rights Reserved: Does Google's "Image Search" Infringe Vested Exclusive Rights Granted Under the Copyright Law?, 41 J. Marshall L. Rev. 487 (2008)
  8. ^ a b Schwabach, Aaron (Jan 15, 2014). Internet and the Law: Technology, Society, and Compromises. ABC-CLIO. m/s. 149. ISBN 9781610693509. OCLC 879423922. Dicapai pada April 23, 2015.