Senafas Rindu

Senafas Rindu ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2019 arahan Amor Rizan. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Elizabeth Tan dan Alya Iman. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 4 Februari 2019 menggantikan Kan Kukejar Cinta Kamu. [1]

Senafas Rindu
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Senafas Rindu karya Damya Hanna
Ditulis olehRozie Rashid
Amka Ahmad
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanBahagia - Eza Edmond
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
PenerbitDato' Ziela Jalil
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam.
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal4 Februari 2019 – 7 Mac 2019
Kronologi
MengikutiKan Kukejar Cinta Kamu
Diikuti olehEncik Iman Ekspres

SinopsisSunting

Kisah Fariz Ashman dan Vivianna (Anne) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab.

Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.

Fariz akhirnya nekad membawa Vivianna memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, ibu Fariz, Maznah dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana atau nama islamnya Siti Nur Ain. Nenek Fariz, Tun Afifah banyak mendorong Vivianna menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Drama Senafas Rindu". MyInfotaip. 4 Februari 2019.