Senandung Si Dayang

Senandung Si Dayang ialah sebuah siri drama televisyen fantasi epik Malaysia 2009 dibintangi oleh Elly Mazlein, Almy Nadia dan Khairil Anwar. Diadaptasikan dari cerita rakyat lama, ia mengisahkan tentang Putri Aqilah yang menjadi mangsa sumpahan ahli sihir akibat kesilapan nenek moyangnya sehingga dilahirkan hitam legam mengakibatkan rupa parasnya menjadi hodoh. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 25 Ogos 2009 hingga 29 September 2009 menggantikan Puteri Aurora Beradu. Drama ini merupakan lakonan terakhir Khairil Khamis yang meninggal dunia pada 17 Julai 2009, iaitu sebulan sebelum Senandung Si Dayang disiarkan.[1]

Senandung Si Dayang
GenreDrama
Fantasi
Dongeng
Berdasarkan daripada
Dongeng Dayang Senandung
Ditulis olehPak Andak
PengarahHarris Kadir
Dibintangi oleh
Almy Nadia
Aqasha
Elly Mazlein
Khairil Anwar
Lagu pembukaan"Kau Yang Satu" nyanyian Hattan
Lagu penutup"Kau Yang Satu" nyanyian Hattan
PenggubahRamli Sarip
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod21
Penerbitan
PenerbitRashid Sibir
Rozie Othman
Pemasangan kamera
Tetapan kamera-utama
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
SRS Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar576i SDTV (16:9)
Format audioStereo
Siaran asal25 Ogos 2009 – 29 September 2009
Kronologi
MengikutiPuteri Aurora Beradu
Diikuti olehSumpah Bunian

Sinopsis sunting

Kisah bermula pada zaman purba, iaitu seorang gadis yang berkulit hitam bernama Megasari (Elly Mazlein) yang mencintai seorang raja dalam diam. Megasari selalu dihina raja apabila raja berasa jijik melihat penampilan Megasari dan mengetahui bahawa dia adalah anak kepada ahli sihir yang bernama Wangalara (Latiff Borgiba). Megasari kemudian membunuh diri setelah berasa malu dan sedih mendengarkan penghinaan raja dan menolak cintanya. Apabila Megasari mati, bapanya bersumpah semua puteri keturunan raja itu lebih buruk daripada Megasari. Sumpahan itu menjadi apabila permaisuri melahirkan bayi perempuan yang hitam legam dan dinamakan Dayang Senandung (Azza AF1). Selepas berkahwin dengan raja, sumpahan itu berterusan hinggalah lahirnya Putri Aqilah. Namun Putri Aqilah (Almy Nadia) juga mengalami nasib yang sama seperti Megasari dahulu apabila setelah dia berkahwin dengan Aidid (Aqasha) dan tinggal bersama keluarga mertuanya, dia amat dibenci sekali terutama ibu mertuanya yang selalu menyeksanya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Zaman Moden
  • Khairil Anwar sebagai Tengku Syed
  • Mas Anizan sebagai Tengku Sarimah
  • Sophia Ibrahim sebagai Bonda Engku
  • Hairul Azreen sebagai Tengku Muiz,Adik kepada Putri Aqilah
  • Ika Zulkifli sebagai Maisara,Anak angkat Tengku Syed dan Tengku Sarimah & penjaga Putri Aqilah
  • Liza Zain sebagai Rosnah,Ibu Aidid yang membenci Aqilah kerana rupa
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Dato' Malik,Ayah kepada Suzila dan majikan kepada Aidid
  • Buzen Hashim sebagai Rosli,Kawan kepada Aidid dan teman lelaki Maisara
  • Qila Amir sebagai Suzila
  • Rozie Othman sebagai Datin Mariana,Ibu kepada Suzila
  • Fathil Dani sebagai Pak Leman,Bapa saudara/majikan Rosli
Zaman Purba

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (15 Ogos 2009). "Drama Senandung Si Dayang". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 April 2010.
  2. ^ Wahida Asrani (19 Ogos 2009). "Almy tanggung azab demi Senandung Si Dayang". mStar Online. Dicapai pada 25 April 2010.