Senarai Episod Dragon Ball Kai Musim Pertama

# Tajuk Tarikh siaran asal
01 "Tatakai no makuake! Kaette kita zo Son Gokū" (闘いの幕開け!帰ってきたぞ孫悟空) 5 April 2009
Son Goku dan Son Gohan menuju ke rumah Datuk Kame untuk bertemu dengan kawan-kawan lamanya. Sementara itu, satu pahlawan asing yang misteri telah menuju ke bumi untuk mencari seorang lelaki bernama "Kakarott", dan kuasanya jauh lebih hebat berbanding Piccolo! Pahlawan misteri itu akhirnya menuju ke rumah Datuk Kame, dan mendedahkan bahawa "Kakarott" dicarinya adalah Goku dan dan dia juga mempunyai ekor! Sama seperti Son Goku dan anaknya! 
02 "Teki wa Gokû no ani!? Saikyō senshi Saiya-jin no himitsu" (敵は悟空の兄!?最強戦士サイヤ人の秘密) 12 April 2009
Datuk Kame mendedahkan sejarah silam Son Goku tentang penderitaan trauma di kepalanya sewaktu bayi. Pahlawan misteri itu mendedahkan bahawa Goku adalah salah seorang Saiya dan dilahirkan di planet Vegeta dan dia abang kepada Goku. Selepas mendedahkan sejarah Saiya, dia gagal untuk mengajak Goku supaya menyertainya lalu menjatuhkan Goku dengan satu pukulan. Raditz memberitahu Goku bahawa dia akan mengembalikan Gohan jika dia membunuh 100 orang manusia. Piccolo memerhatikan semuanya dari jarak jauh, kemudian berganding bahu dengan Goku untuk menewaskan Raditz. 
03 "Inochi wo kaketa tatakai! Gokū to Pikkoro sute mi no mōkō" (命をかけた闘い! 悟空とピッコロ捨て身の猛攻) 19 April 2009
Goku dan Pikolo bukan tandingan Raditz dalam pentempuran terus. Justeru, mereka bercadang supaya Goku menghalang Raditz sementara Pikolo mengumpul tenaga untuk menyerang Raditz. Rancangan ini gagal apabila Goku tidak dapat memberhentikan Raditz dengan menarik ekornya, walaupun kelemahan orang Saiya terletak pada ekornya. Raditz membelasah Goku dan menyebabkan Gohan mengamuk dan menyerang Raditz di dada hingga retak perisainya. Goku menggunakan peluang ini dengan memeluk Raditz dari belakang sekaligus menguncinya. Pikolo menyerang menggunakan teknik Makankosappo ke atas Raditz dan membunuh Raditz bersama Goku. Sebelum mati, Raditz sempat memberitahu bahawa orang Saiya yang lain akan datang ke Bumi dalam masa setahun. Bulma, Kurilin dan Datuk Kame tiba untuk meratapi saat-saat kematian Goku. 
04 "Son Gokū wa shinjatta... Ano yo to kono yo no kibishii shugyō (kari)" (孫悟空が死んじゃった…あの世とこの世のキビしい修行!(仮)) 26 April 2009
Dewa mengambil Goku bersama jasadnya ke alam selepas mati. Bulma mengambil alat pengesan tenaga milik Raditz dan membaikinya lalu mencari Yamucha, Tien Shin Han dan Chiaotzu. Pikolo melatih Gohan seni mempertahankan diri. Dewa meminta izin supaya Goku dizinkan mencari Raja Kaio melalui Jalan Ular. Kurilin tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu Chi-Chi tentang kematian suaminya dan penculikan anaknya. Pikolo memberitahu Gohan tentang nasib bapanya dan melemparkan Gohan ke arah sebutir batu yang besar dan batu itu pecah. 
05 "Kōya no Sabaibaru! Tsukiyo ga Gohan o Yobisamasu"  3 Mei 2009[1]
Latihan Gohan bermula. Piccolo terpaksa memusnahkan bulan apabila Gohan bertukar menjadi mawas raksasa. Yajirobe memberitahu Kurin, bahawa dia, Kurin, Yamcha, Tienshinhan dan Chiaotzu dijemput berlatih di tempat Dewa. 
06 ""Tadori Tsuita Shūten! Kaiō-sama no Ochame na Shiren"" (辿り着いた終点!界王様のおちゃめな試練) 10 Mei 2009
Enam bulan telah berlalu sejak insiden Gohan menjadi mawas. Dia telah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan belantara yang penuh cabaran. Pikolo mula bercadang untuk melatih Gohan seni pertarungan. Sementara itu, Goku baru sahaja tiba di penghujung Jalan Ular dan bertemu dengan Raja Kaio di atas planetnya yang mana sangat kecil tetapi gravitinya sepuluh kali ganda daripada graviti Bumi. Sebelum memulakan latihan, Goku dicabar membuat Raja Kaio ketawa. Selepas itu, Goku diberi ujian menangkap monyetnya, Bubbles. Ujian itu sangat berat buat Goku kerana gravitinya yang sangat kuat menyebabkan Goku bergerak perlahan. 
07 "Jū-bai Jūryoku to Tatakae! Gokū yo Shugyō wa Kakekko da" (10倍重力と闘え!悟空よ修行はかけっこだ) 17 Mei 2009
Selepas tiga minggu, Goku berjaya menangkap Bubbles. Dia kemudian menghadapi ujian kedua iaitu mencederakan Gregory, seekor belalang yang boleh terbang. Selepas dua minggu mencuba, Goku berjaya dan menguasai graviti planet itu. Raja Kaio bersetuju mengajar Goku teknik kendirinya, Kaio-ken. Di Bumi, Gohan berlatih dengan Pikolo sementara yang lain sibuk memantapkan latihan mereka dengan Dewa. 
08 "Ide yo Shenron! Saiyajin Tsui ni Chikyū Tōchaku" (いでよ神龍!サイヤ人ついに地球到着) 24 Mei 2009
Raja Kaio menguji kebolehan Goku dengan menghasilkan Bola Jiwa dan menjadikan sebutir bata sebagai sasaran. Goku menghancurkannya tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, Raja Kaio memberi amaran kepada Goku tentang bahayanya menghasilkan Bola Jiwa di bumi. Jadi, Goku bercadang untuk menggunakannya jika itu pilihan terakhir. Selepas tamat latihan, Goku menghantar mesej telepati kepada Datuk Kame supaya menggunakan Mutiara Naga untuk menghidupkannya kembali. Di Bumi, Datuk Kame, Bulma, and Oolong menyeru Shen Long dan meminta supaya Goku hidup semula. Kemudian, mulalah perjalanan jauh Goku untuk pulang melalui Jalan Ular. Keesokan harinya, pahlawan Saiya iaitu Nappa dan Bezita mendarat di Bumi dan bermulalah pencarian Mutiara Naga. 
09 "Yamucha Funtō! Osoru Beshi Saibaman" (ヤムチャ奮闘!おそるべし栽培マン) 31 Mei 2009
Bezita dan Nappa keluar dari kapal angkasanya dan menghancurkan Bandar Timur dengan sekali bidas. Mereka kemudiannya berlepas ke pulau di mana terdapatnya Pikolo dan Gohan. Kurilin tiba di pulau itu dan seterusnya bersemuka dengan Bezita dan Nappa. Nappa memberitahu bahawa Pikolo adalah orang Namek. Bezita mengarahkan Nappa menyemai biji benih ke dalam tanah dan enam Saibaman keluar. Tien Shin Han, Chiaotzu, and then Yamucha tiba untuk menyertai perlawanan. Bezita mencadangkan pertarungan satu lawan satu. Tien Shin Han orang pertama berdepan Saibaman. Tien Shin Han berjaya melawan Saibaman tetapi sebelum sempat mengalahkannya, Bezita menghapuskannya terlebih dahulu dan meninggalkan lima yang lain. Kemudian, Yamucha bercadang untuk bertarung menggantikan Kurilin tetapi seekor Saibaman memeluknya dan meletupkan dirinya sekaligus membunuh Yamuca. 
10 "Matte ro Chaozu! Tenshinhan Zekkyō no Kikōhō" (待ってろ餃子! 天津飯絶叫の気功砲) 7 Jun 2009
Nappa berdepan menentang Pahlawan Z dan membuktikan lawan yang kuat. Semasa serangannya, Tien Shin Han hilang tangannya. Dalam kesedihan, Chaozu 'melekat'kan dirinya di belakang badan Nappa dan meletupkan dirinya tetapi tidak mengapa-apakan Nappa. Sehubungan dengan pengorbanan Chaozu, Tien Shin Han mengumpul semua Kinya dan menyerang Nappa tetapi juga gagal. Akhirnya, Tien Shin Han mati kehabisan Ki. Dengan apa yang tinggal, pasukan itu tidak dapat melakukan apa-apa melainkan menunggu kehadiran Goku. Kurilin berunding dengan dua orang pahlawan Saiya itu dengan memberitahu kehadiran orang yang lebih kuat iaitu Goku. Bezita tertarik dengan perundingan itu dan memeberi tempoh tiga jam sementara kehadiran Goku dapat dipastikan. 
11 "Maniau ka Son Gokū!? Sentō Saikai Made Sanjikan" (間に合うか孫悟空!?戦闘再開まで3時間) 14 June 2009
Goku gagal tiba dalam masa tiga jam dan pertarungan bersambung. Seketika selepas pertarungan berlangsung, Goku akhirnya sampai di hujung Jalan Ular dan dihantar oleh Dewa ke Bumi seterusnya ke Awan Nimbus di mana pertarungan itu berlangsung. Bezita mengesan kehadiran tenaga yang jauh lebih kuat iaitu tenaga Goku dan mengarahkan Nappa supaya membunuh semua Pahlawan Z yang masih hidup. Kemudian, mereka bercadang untuk pergi ke Planet Namek untuk mencari dan menggunakan Mutiara Naga di situ. Nappa mensasarkan satu tembakan kepada Gohan. Pikolo dengan pantas melindungi Gohan tetapi terkena serangan itu. Akibatnya, seorang lagi pahlawan Z rebah ke bumi. 
12 "Pikkoro ga Nagashi ta Namida... Son Gokū Ikari no Dai Hangeki!" (ピッコロが流した涙…孫悟空怒りの大反撃!) 21 Jun 2009
Pikkolo mati dari serangan Nappa dan menyebabkan Dewa mati seterusnya mengakibatkan kemusnahan Mutiara Naga di Bumi. Akhirnya, Goku sampai ke tempat pertarungan tepat pada masanya dan menyelamatkan Gohan dan Kurilin. Selepas memakan kacang Senzu, Goku mula bertarung dengan Nappa. Melihat aksi Goku melawan Nappa, Bezita bercadang untuk memulakan langkah untuk turut serta dalam pertarungan itu. 
13 "Kore ga Kaiōken da!! Genkai Batoru no Gokū tai Bejīta" (これが界王拳だ!!限界バトルの悟空VSべジータ) 28 Jun 2009
Bezita bersedia untuk memasuki perlawanan. Nappa tersedar bahawa dia telah sesat dan bersedia untuk menyerang Gohan dan Kurilin. Walau bagaimanapun, Goku menggunakan teknik barunya Kaio-ken dan menghalang Nappa. Bezita menganggap Nappa sudah tidak berguna sekarang dan membunuhnya dengan cara melambungnya ke udara dan menembak dengan letupan Ki yang besar. Goku memberitahu Gohan dan Kurilin supaya pergi dari situ supaya dia dapat melawan Bezita tanpa ada lagi yang terkorban. Goku meminta Bezita untuk memulakan pertarungan di tempat baru yang mana kawasan kering dan berbukit-bukau. Bezita jauh lebih kuat daripada Nappa dan kuasa 2x Kaio-ken Goku masih belum cukup untuk menewaskan lawannya. Dia akhirnya bercadang untuk melanggar janjinya dengan Raja Kaio iaitu menggunakan 3x Kaio-ken. 
14 "Gekitotsu Kamehameha! Bejīta Shūnen no Dai-henshin" (激突かめはめ波!ベジータ執念の大変身) 5 Julai 2009
Kuasa Goku mengingkat apabila mengaktifkan 3x Kaio-ken dan menyerang Bezita. Bezita tertekan apabila mengetahui tahap kuasa Goku melebihinya seterusnya membuat keputusan untuk menghancurkan Bumi dengan serangan "Galick Gun". Goku melawan arus kuasa itu dengan gelombang Kamehame-Ha dan melenyapkannya dengan 4x Kaio-ken. Bezita menghasilkan bulan tiruan untuk menukarkan dirinya kepada mawas gergasi supaya dapat menandingi Goku. Kurilin dan Gohan merasai kuasa Bezita yang semakin meningkat dan bercadang untuk kembali untuk menolong Goku. 
15 "Zettai Zetsumei no Gokū! Genki Dama ni Negai o Takuse" (絶体絶命の悟空!元気玉に願いを託せ) 12 Julai 2009
Dalam kepayahan Goku mengumpul tenaga untuk menghasilkan Bola Jiwa dan terus menerus ditentang Bezita. Goku cuba mencederakan mata Bezita sebaliknya dihentam ke tanah. Goku cuba menyembunyikan diri. Gohan dan Kurilin melihat pertarungan itu dari jauh dan merancang untuk memotong ekor Bezita. Usaha mereka gagal tetapi dengan tiba-tiba Yajirobe datang dan menghunus pedangnya lalu memotong ekor Bezita tanpa disangka-sangka. Selepas kembali susut, Bezita memarahi Gohan kerana enggan melawannya dahulu. Goku yang sudah kehabisan tenaga itu memberi kepercayaan kepada Kurilin untuk menanggung Ki yang masih tertinggal di dalam Bola Jiwa itu. 
16 "Datō Fujimi no Bejīta! Kiseki o Okose Son Gohan" (打倒不死身のベジータ!奇跡を起こせ孫悟飯) 19 Julai 2009
Kurilin menyerang Bezita dengan Bola Jiwa tetapi berjaya dielak Bezita. Gohan memantul semula dan mengenai Bezita. Walau bagaimanapun, Bezita masih hidup. Bezita menyerang kembali dan hampir mengalahkan pahlawan-pahlawan Z. Tiba-tiba, ekor Gohan tumbuh dan menjadi mawas gergasi. Mawas itu menyerang apa sahaja di hadapannya termasuk Goku sendiri. Bezita memtong ekor Gohan semasa di awangan dan menyebabkannya ditindih. Bezita di ambang kekalahan dan memberi isyarat kepada kapal angkasanya untuk melarikan diri. Kurilin yang menyedari perbuatan itu mengambil pedang Yajirobe dan menghalakan ke muka Bezita. 
17 "Gekisen no Yoake... Kibō no Hoshi wa Pikkoro no Furusato" (激戦の夜明け…希望の星はピッコロの故郷) 2 Ogos 2009
Sebelum Kurilin menamatkan riwayat Bezita, Goku menghalangnya. Dia meminta Bezita dibiarkan hidup agar dia dapat berlatih dengan lebih tekun dan mencabarnya sekali lagi. Kurilin mengikut kata-kata Goku dan Bezita meninggalkan Bumi. Datuk Kame, Bulma, Chi-Chi dan Korin tiba di tempat di mana Goku, Gohan dan Kurilin berada. Kurilin memberitahu mereka bahawa Dewa ialah orang Namek dan Planet Namek sepatutnya ada penghuninya yang mampu mencipta Mutiara Naga. Mereka terjumpa kapal angkasa Nappa dan masih berfungsi. Bulma mengujinya sama ada masih boleh digunakan atau tidak. 
18 "Yunzabitto ni Nemuru Uchūsen! Namekkusei e Iza Hasshin" (ユンザビットに眠る宇宙船!ナメック星へいざ発進) 9 Ogos 2009
Goku, Kurilin dan Gohan sedang dirawat di hospital. Kawan dan keluarga mereka datang melawat. Semasa menonton televisyen, ada berita mengenai kapal angkasa Nappa. Bulma yang telah menekan butang kapal itu mungkin membawa kapal mereka itu ke tempat asal mereka dan mungkin akan meletupkan sendiri. Semua hampir menyerah kalah. Tiba-tiba Encik Popo tiba dan memberitahu bahawa dia tahu mengenai kapal angkasa yang lain. Itu adalah kapal orang Namek yang Dewa gunakan untuk datang ke Bumi semasa kecil. Bulma berat hati setuju untuk mengkajinya dalam Ketinggian Yunzabi dengannya. Mereka mendapat tahu bahawa kapal itu boleh diaktifkan dengan suara orang Namek dalam bahasanya. Bulma menukarkan bahasa itu dalam beberapa minggu. Gohan dan Kurilin bercadang untuk turut serta dalam pengembaraannya ke Planet Namek untuk mencari Mutiara Naga. 
19 "Arata Naru Kyōteki! Uchū no Teiō Furīza" (新たなる強敵!宇宙の帝王フリーザ) 16 Ogos 2009
Dalam perjalanan ke Planet Namek, Gohan dan Kurilin berlatih latihan bayangan. Sementara itu, Bezita telah mendarat di Planet Frieza ke-79 untuk dirawat. Setelah pulih, Bezita menghala ke Planet Namek kerana mendapat tahu Frieza berada di sana. Selepas 30 hari, Bulma, Kurilin dan Gihan tiba di Planet Namek. Bulma menggunakan pengesannya dan terdapat empat Mutiara Naga dalam satu tempat. Gohan merasakan kehadiran kejahatan tetapi Bulma mengatakan mungkin salah satu orang Namek yang mengumpul Mutiara Naga itu. Tiba-tiba, kapal angkasa Bezita mendarat tidak jauh dari kapal mereka diiringi satu lagi kapal. Bezita tidak terlalu seronok untuk mencari Zarbon, Dodoria dan Frieza. 
20 "Furīza e no Hangyaku! Yabō ni Moeru Bejīta" (フリーザへの反逆!野望に燃えるベジータ) 23 Ogos 2009
Frieza meneruskan usaha untuk mencari Mutiara Naga di Planet Namek. Kurilin dan Gohan mula melawan Frieza. Berbalik di Bumi, Yajirobe datang membawa kacang Senzu. Setelah memakan kacang Senzu, Goku pulih dan bersedia untuk pergi ke Planet Namek seorang diri. 
21 "Mamore Doragon Bōru! Namekkuseijin Sōkōgeki" (守れドラゴンボール!ナメック星人総攻撃) 30 Ogos 2009
Goku tiba di Capsul Corp. Doktor Briefs sudah menyediakan sebuah kapal angkasa untuk Goku pergi ke Planet Namek dalam jangkaan tempoh masa enam hari. Goku mula berlatih dengan graviti 20 kali ganda graviti Bumi sebaik sahaja berlepas dari Bumi. Sementara itu, orang-orang Namek mula melawan orang-orang bawahan Frieza. Walau bagaimanapun, Zarbon membuktikan kekuatannya dengan mengalahkan kesemuanya. Orang Namek mula menyedari kehadiran alat pengesan kuasa sebagai penghalang mereka sekaligus menghancurkannya. Dodoria menyerang kerana tidak tunduk pada Frieza. 
22 "Mōtsui Dodoria no Kyōfu! Bejīta ni Akasu Shinjitsu" (猛追ドドリアの恐怖!ベジータに明かす真実) 6 September 2009
Kurilin dan Gohan menyelamatkan seorang budak Namek bernama Dende daripada serangan Dodoria. Mereka terbang lari dan bersembunyi di sebalik celahan-celahan bukit untuk mengelak dari bertembung dengan Dodoria. Kemudian, Dodoria bertembung dengan Bezita dan satu pertarungan berlangsung. Walau bagaimanapun, Dodoria tewas. Dia sempat menceritakan kisah lampaunya. Bezita mendapat tahu bahawa dia sebenarnya telah dipergunakan Frieza. Dia membunuh Dodoria dan membuat keputusan untuk menentang Frieza. 
23 "Anyaku no Bejīta! Namekkuseijin wo Osō Higeki" (暗躍のベジータ!ナメック星人を襲う悲劇) 13 September 2009[1]
Zarbon hairan kenapa Dodoria tidak kembali, tetapi tidak pada Frieza. Bezita menggunakan kebolehan barunya untuk merasa kehadiran Gohan, Kurilin dan Dende dalam jarak yang jauh. Gohan dan Kurilin merendahkan Ki mereka supaya tidak dikesan lagi. Dende tidak dapat merendahkan Kinya kerana tidak tahu cara. Sebelum Bezita dapat menemui Dende, satu ikan besar melompat keluar dari sungai. Hal ini membuatkan Bezita terfikir yang Ki itu datangnya dari ikan itu. Dia kemudiannya pergi ke sebuah perkampungan kecil orang Namek dan memaksa menyerahkan Mutiara Naga. Penghulu kampung itu tidak melayan permintaan Bezita itu dan mengakibatkan semua sekali dibunuh Bezita. Selepas itu, dia membuang semua mayat itu ke dalam sungai supaya Frieza tidak perasan perbuatannya itu. Sementara itu, Dende membawa Kurilin dan Gohan berjumpa dengan Orang Tua Namek. 
24 "Yomigaeru Nakama-tachi! Bisenshi Zābon Akuma no Henshin" (甦る仲間たち!美戦士ザーボン悪魔の変身) 20 September 2009
Kurilin dan Dende menyambung perjalanan mereka ke rumah Orang Tua Namek. Sementara itu, Bezita mula bertarung dengan Zarbon. Bezita dibelasah teruk oleh Zarbon setelah Zarbon berubah bentuk. Raja Kaio memberitahu Goku bahawa Yamucha, Ten Shin Han, Chaozu dan Pikolo telah tiba di dunianya untuk menerima latihan yang sama seperti yang diterima Goku semasa dia mati dahulu. Setelah Raja Kaio mengetahui bahawa Frieza telah mangganas di Planet Namek, beliau memberi amaran Goku supaya menjauhkan diri daripadnya. 
25 "Pawā Appu da Kuririn! Ugomeku Furīza no Yokan" (パワーアップだクリリン!うごめくフリーザの予感) 27 September 2009
Kurilin dan Dende tiba di lokasi Orang Tua Namek di sebuah menara dan isambut oleh Nail, salah seorang orang kuat Namek. Orang Tua bercakap dengan mereka mengani Mutiara Naga dan beberapa perkara penting. Beliau membaca zaman lampau Kurilin menerusi telepati di mana dia belajar daripada Datuk Kame dan menentang Pikolo yang mahu menakluk dunia. Kurilin juga masih lemah. Jadi, Orang Tua memberi kuasanya pada Kurilin. Tenaga Kurilin meningkat mendadak. Sementara itu, Zarbon melaporkan kepada Frieza tentang pertarungannya dengan Bezita. Frieza terfikir mungkin Bezita yang menyorokkan Mutiara Naga, jadi dia menghantar Zarbon kembali. Zarbon menemui Bezita dan meletakkannya ke dalam sebuah tangki di dalam kapal Frieza. 
26 "Kudake Chire Inbō! Gyakushū no Bejīta VS Zābon" (砕け散れ陰謀!逆襲のベジータVSザーボン) 4 Oktober 2009

Kurilin tiba di Rumah Kapsul dengan sebutir Mutiara Naga yang diberikan oleh Orang Tua Namek. Namun begitu, Bezita dan Zarbon telah mengekorinya dan pertarungan telah berlaku untuk mendapatkan Mutiara Naga tersebut. Sementara itu, Gohan menghala ke sebuah perkampungan yang telah diserang oleh Bezita dan menemui sebutir Mutiara Naga di sana

dan membawanya pulang. Berbalik pada pertarungan, Bezita berjaya membunuh Zarbon walaupun Zarbon telah menunjukkan kuasanya yang sebenar. 
27 "Isshokusokuhatsu no Pinchi! Gohan yo Sūshinchū o Mamore" (一触即発のピンチ!悟飯よ四星球を守れ) 11 Oktober 2009
Kurilin meyerahkan Mutiara Naganya kepada Bezita selepas Zarbon terbunuh kerana tahu dia akan terbunuh juga jika menentangnya. Semasa kembali ke tempat simpanan Mutiara Naganya, Bezita menyedari kehadiran Gohan. Gohan juga menyedari kehadiran Bezita. Justeru, Gohan memalsukan kinya dan menyembunyikan Mutiara Naga itu. Bezita dapat mengepung Gohan terfikir Gohan tidak menjumpai Mutiara Naga itu. Memikirkan dia telah memperolehi ketujuh-tujuh Mutiara Naga, Bezita melepaskan Gohan. Setelah kembali ke sebuah tasik berdekatan, Bezita mendapati Gohan telah mengambil Mutiara Naganya dan mengamuk. Sementara itu, Frieza memanggil Pasukan Ginyu yang bakal tiba tidak lama lagi. Goku meneruskan latihannya pada tahap graviti yang lebih tinggi. 
28 "Semaru Chōkessen! Ginyū Tokusentai Tadaima Sanjō!" (迫る超決戦!ギニュー特戦隊只今参上ッ!) 18 Oktober 2009
Kurilin mengajak Gohan untuk pergi berjumpa dengan Orang Tua Namek supaya mendapat juga kuasa daripadanya. Bezita mengesan mereka dan terus mengekori. Nail memberitahu tentang tenaga yang besar bakal tiba di planet itu. Bezita tahu bahawa itu adalah Pasukan Ginyu iaitu sebuah pasukan elit Frieza yang terdiri daripada lima pahlawan yang kuat. Gohan dan Kurilin bersetuju untuk menggunakan Mutiara Naga untuk membuatkan Bezita kebal supaya dapat mengalahkan mereka dengan senang. Mereka mengambil kembali Mutiara Naga yang mereka simpan pada Bulma. Pasukan Ginyu mendarat di Planet Namek dan melaporkan diri pada Frieza. Sementara itu, Goku menamatkan latihannya iaitu pada 100x graviti Bumi yang membuatkan dirinya lebih kuat dari jangkaannya sendiri. 
29 "Tokusentai no Ichibante! Gurudo no Jubaku o Uchi Kuzuse" (特戦隊の一番手!グルドの呪縛を打ち崩せ) 25 Oktober 2009
Bezita, Kurilin dan Gohan berlumba mencari lima lagi Mutiara Naga yang Bezita sembunyikan dalam misi menjadikan Bezita dapat menjadi kebal supaya dapat mengalahkan Pasukan Ginyu. Pasukan Ginyu menyekat mereka. Pasukan Ginyu telah mendapat Mutiara Naga hingga dua lagi tinggal. Kapten Ginyu menyerahkan tujuh Mutiara Naga kepada Frieza dan memberi kebenaran kepada ahli yang lain bermain Batu-Kertas-Gunting untuk menentukan siapa yang akan berlawan. Recoome melawan Bezita dan Guldo melawan Kurilin dan Gohan. Guldo melawan Kurilin dan Gohan dahulu. Guldo menggunakan kuasa membekukan masa. Walau bagaimanapun, Bezita dapat membunuhnya sebelum Guldo dapat mencederakan Gohan dan Kurilin. Perlawanan disambung antara Bezita dan Recoome. Sementara itu, Goku semakin menghampiri Planet Namek. 
30 "Jigoku no Rikūmu! Tanoshimasero yo Bejīta-chan" (地獄のリクーム!楽しませろよベジータちゃん) 1 November 2009
Bezita mula melawan Rikum yang berbadan besar. Bezita menyerang Rikum bertubi-tubi namun kesakitan langsung tidak ditonjolkan Rikum walaupun seragamnya habis musnah. Gohan dan Kurilin terpaksa membantu Bezita yang dibelasah teruk walaupun dilarang Bezita pada awalnya. Namun begitu, mereka diserang ahli Pasukan Ginyu yang lain kerana mencampuri perlawanan Bezita dengan Rikum. Sementara itu, Frieza telah berjaya mengumpul kesemua Mutiara Naga namun tiada apa-apa terjadi. Frieza mengambil keputusan untuk mengarahkan Pasukan Ginyu mengawasi Mutiara Naga sementara beliau pergi berjumpa dengan orang Namek yang masih hidup. Tidak lama kemudian, sebuah kapal angkasa telah mendarat di tempat pertarungan Bezita dan menjadi tanda tanya kepada semua yang berada di situ. 
  1. ^ a b "各話あらすじ|ドラゴンボール改 東映アニメーション" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 28 April, 2009. Check date values in: |accessdate= (bantuan)