Senarai Juara Carta Pujaan 10 RTM 1990

Carta Pujaan 10 RTM diaudit dan dikelolakan oleh Radio 1 dibawah seliaan juruhebah Zazmie Mohd Zain[1] dari tahun 1988 hingga 1996. Ia menampilkan turutan carta lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar rangkaian Radio Televisyen Malaysia seluruh negara pada skala mingguan.[2]

Pujaan 10 1990
PenganjurRadio Televisyen Malaysia



Carta ini kembali dijenamakan semula oleh RTM pada tahun 2000.

Turutan Juara Carta Pujaan 10 sunting

 
M. Nasir meraih kedudukan pertama untuk lagu nyanyian dan ciptaannya sendiri "Mustika" selama 6 minggu disusuli sebuah lagi lagu ciptaannya nyanyian Mega berjudul "Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" selama 8 minggu.
 
Aishah menduduki tangga teratas dengan lagu Melayu solo pertamanya "Janji Manismu" setelah meraih kejayaan di peringkat antarabangsa bersama The Fan Club di carta Billboard Hot 100.

Berikut adalah turutan juara carta mingguan Pujaan 10 bagi tahun 1990.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 1990.
Jilid Tarikh Lagu Penyanyi Rujukan
RE8915 1 Januari "Mustika" M. Nasir [3]
8 Januari
15 Januari
22 Januari
29 Januari
5 Februari
9001 12 Februari "Pusara Di Lebuhraya" Ekamatra [4]
19 Februari
26 Februari
5 Mac
12 Mac
19 Mac
26 Mac
9002 2 April "Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" Mega [5]
9 April
16 April
23 April
30 April
7 Mei
14 Mei
21 Mei
9003 28 Mei "Cinta Nusantara" Sheqal [6]
4 Jun
9004 11 Jun "Inikah Akhirnya" Rohana Jalil [7]
18 Jun
9005 25 Jun "Simfoni Kasihku" Zur Eda [8]
2 Julai
9006 9 Julai "Mithali Cintaku" U-Topia [9]
16 Julai
23 Julai
9007 30 Julai "Rambu Ramba" Noorshila Amin [10]
9008 6 Ogos "Suci Dalam Debu" IKLIM [11]
13 Ogos
20 Ogos
27 Ogos
3 September
10 September
17 September
24 September
1 Oktober
8 Oktober
9009 15 Oktober "Janji Manis Mu" Aishah [12]
22 Oktober
29 Oktober
5 November
12 November
19 November
26 November
3 Disember
10 Disember
17 Disember
24 Disember
31 Disember

Fakta Ringkas sunting

  • Lagu "Janji Manis Mu" oleh Aishah telah mencipta rekod sebagai lagu paling lama bergelar juara carta iaitu selama 14 minggu berturut-turut sehingga dua minggu pertama tahun 1991. Ini sekaligus memadam rekod kejuaraan selama 13 minggu yang dikongsi oleh lagu "Rindu Bayangan" (Carefree) pada tahun 1979 dan "Isabella" (Search) pada 1989.
  • Penguasaan beberapa lagu juga menyebabkan beberapa lagu yang cukup popular disekat di tangga kedua seperti lagu "Tiada Tangis Lagi" (Ella Aminuddin) , "Bukan Kemahuan Fikiran" (Fauziah Latiff), "Istana Menanti" (Rahim Maarof), dan "C.I.N.T.A" (XPDC).


Rujukan sunting