Kazekage (風影; "Bayang Angin") adalah ketua kepada semua ninja di Sunagakure no sato daln dunia Naruto. Sangat ditakuti dan dihormati oleh dunia ninja, mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan Sunagakure sebagai sebuah perkampungan ninja yang kuat meskipun memiliki saiz tanah jajahan yang kecil. Bagaimanapun, untuk menghasilkan ninja-ninja yang berkebolehan di Sunagakure, ia telah datang dengan harga yang mahal; kerana setakat ini semua ninja yang pernah menjadi Kazekage telah atau pernah dibunuh oleh pembunuh. Oleh kerana itu, gelaran Kazekage boleh dianggap sesuatu sumpahan yang membawa malang.

Patung peringatan kepada semua Kazekage telah dibina dan disimpan di sebuah bilik yang merupakan tempat untuk para kaunsel Sunagakure bermesyuarat dan fungsinya hampir sama dengan Monumen Hokage yang terdapat di Konohagakure.

Kazekage Pertama sunting

Kazekage Pertama (初代風影, "Shodai Kazekage") adalah pengasas kepada Sunagakure.

Beliau menggabungkan semua ninja-ninja yang mengembara di gurun untuk berada di bawah pengaruhnya menggunakan kuasa yang hebat.

  • Nama: Reto
  • Umur: Tidak diketahui
  • Gelaran: Kazekage Pertama (初代風影, "Shodai Kazekage")
  • Status: Terbunuh

Kazekage Kedua sunting

Kazekage Kedua (二代目風影, "Nidaime Kazekage") adalah orang yang menggantikan Kazekage Pertama memerintah Sunagakure.

Dia merupakan Kazekage pertama yang mengemukakan usul dan melakukan kaji selidik mengenai Jinchūriki, dengan tujuan untuk menggunakan kuasa tersebut untuk menguatkan kuasa ketenteraan di kampung Sunagakure.

  • Nama: Shamon
  • Umur: Tidak diketahui
  • Gelaran: Kazekage Kedua (二代目風影, "Nidaime Kazekage")
  • Status: Terbunuh

Kazekage Ketiga sunting

Fail:Sandaime Kazekage Puppet.jpg
Kazekage Ketiga yang telah diubahsuai menjadi boneka manusia oleh Sasori

Kazekage Ketiga (三代目风影, "Sandaime Kazekage") juga digelar "Bayang Angin ketiga" merupakan bekas Kazekage di Sunagakure. Kazekage Ketiga memiliki kebolehan yang begitu unik; dia mampu memanipulasikan chakranya dan menukarkan chakra tersebut kepada kuasa magnet dan ini membolehkan Kazekage Ketiga mengawal Pasir Besi. Kazekage Ketiga telah mencipta teknik ini setelah melakukan kajian ke atas hos Shukaku di ketika itu, lalu meniru teknik tersebut menggunakan kuasanya. Oleh kerana kebolehan inilah yang menjadikan dirinya dikenali sebagai Kazekage terkuat dalam sejarah di Sunagakure. Di bawah keadaan yang tidak diketahui, Kazekage Ketiga telah menghilangkan diri sebelum tercetusnya peperangan kampung tersebut.

Apabila Sakura dan Chiyo bertarung dengan Sasori, Sasori telah mebongkarkan rahsia bahawa dia telah mengambil mayat Kazekage Ketiga lalu mengubahsuaikannya menjadi boneka manusia dan ia merupakan boneka manusia kegemaran. Pada akhirnya, boneka manusia Kazekage Ketiga telah dimusnahkan oleh Sakura. Sakura telah berpura-pura terkena racun yang terdapat pada senjata yang dipakai oleh boneka manusia Kazekage Ketiga (pada hal Sakura telah menukarkan racun tersebut kepada protein menggunakan ubat penawar yang disediakan oleh dirinya sendiri), lalu menghancurkan boneka manusia tersebut dengan hanya satu tumbukan yang bertenaga.

  • Nama: Tidak diketahui
  • Umur: Tidak diketahui
  • Gelaran: Kazekage Ketiga (三代目风影, "Sandaime Kazekage")
  • Status: Terbunuh (tidak diketahui sama ada dia dibunuh oleh Sasori atau tidak)

Kebolehan sunting

Kazekage Ketiga mempunyai kebolehan unik di mana dia mampu mengawal pasir besi mengikut kehendaknya. Setelah tubuhnya diubahsuai oleh Sasori kepada boneka manusia, dapat dilihat bahawa Sasori masih mampu menggunakan kebolehan Kazekage Ketiga ketika dia masih bernyawa. Ke semua senjata yang berkaitan dengan magnetik seperti logam atau besi adalah tidak berguna dan tidak boleh mencederakan Kazekage Ketiga.

Setelah diubahsuai oleh Sasori, boneka Kazekage Ketiga memiliki kelengkapan tambahan pada anggota badannya. Boneka tersebut telah dilengkapi dengan senjata-senjata tersembunyi di seluruh tubuhnya. Ke semua senjata tersebut telah disapukan dengan racun khas yang dicipta oleh Sasori. Sekiranya dicederakan oleh senjata tersebut, racun yang terdapat padanya akan meresap ke dalam tubuh lalu mengakibatkan kesakitan dan melumpuhkan mangsanya selama tiga hari sebelum membunuhnya.

Berikut adalah senjata-senjata yang dikenal pasti telah dilengkapi pada boneka manusia Kazekage Ketiga:

  • Mata pisau boleh laras dalam bentuk cakar di tangan kanan (boneka)
  • Manipulasi Seni Boneka Seribu Ketenteraan Merah (boneka)
  • Mata mesin pemotong tersembunyi di lengan kiri (boneka)
  • Sabit boleh laras tersembunyi di lengan kanan (boneka)
  • Boleh memuntahkan Pasir Besi melalui mulutnya (boneka)

Kazekage Keempat sunting

 
Kazekage Keempat juga bapa kepada Gaara

Kazekage Keempat (四代目風影, "Yondaime Kazekage") juga digelar "Bayang Angin Keempat" merupakan bekas Kazekage di Sunagakure. Dia merupakan suami kepada Karura dan juga bapa kepada Temari, Kankuro dan Gaara. Nama sebenarnya tidak diketahui.

  • Nama: Rasa
  • Umur: Tidak diketahui
  • Gelaran: Kazekage Keempat (四代目風影, "Yondaime Kazekage")
  • Status: Terbunuh (Dibunuh oleh Orochimaru)

Latar belakang sunting

Melalui atahannya, Shukaku Berekor Satu telah disatukan dengan Gaara dengan tujuan untuk menjadikan Gaara senjata terhebat untuk kegunaan kuasa ketenteraan di Sunagakure. Namun begitu, apabila Gaara membesar dan kebolehannya mula terbentuk; Kazekage Keempat sedar ia merupakan pilihan yang tidak berbaloi dan menganggap ianya sebagai suatu eksperimen yang gagal. Berkemungkinan, perangai Gaara yang tidak stabil (kerana memiliki biju di dalam tubuhnya) boleh mengancam keselamatan penduduk di Sunagakure. Di beberapa ketika, dia pernah mengarahkan orang bawahannya untuk membunuh Gaara tetapi tidak berjaya.

Bahagian I - Babak Penaklukan Konoha sunting

Apabila Orochimaru mengemukakan usul untuk bergabung untuk mengalahkan Konohagakure, Kazekage Keempat telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Sunagakure mengalami masalah kewangan setelah pemerintah di negara tersebut (seorang Daimyo) telah memotong pembiayaan ke kampung mereka. Kazekage Keempat beranggapan, dengan memusnahkan Konoha ini akan membantu mereka meningkatkan hasil kewangan dan dana mereka. Kazekage Keempat bercadang untuk mempergunakan Gaara (bertukar menjadi Shukaku) di tengah-tengah perkampungan Konoha untuk memusnahkannya dan mendapat kelebihan ketika peperangan bermula.

Bagaimanapun, Kazekage Keempat tidak sempat melihat ideanya berjaya kerana dia telah dibunuh oleh Orochimaru. Orochimaru kemudiannya menyamar sebagai Kazekage Keempat dan ini memudahkan Orochiamru mengawal penduduk di Sunagakure. Kemudiannya, tempat Kazekage Keempat telah digantikan oleh anaknya Gaara.

Kazekage Kelima sunting

Fail:Kazekage Gaara.jpg
Gaara selaku Kazekage Kelima

Gaara (我愛羅) adalah Kazekage Kelima (五代目風影, "Godaime Kazekage"), merupakan anak bongsu kepada Kazekage Keempat dan adik kepada Temari dan Kankuro. Gaara pernah menjadi watak jahat sepanjang awal kemunculannya (sehingga babak peperiksaan chunin). Dibesarkan sebagai suatu senjata khas untuk mempertahankan kampungnya, dia diberi gelaran Sabaku no Gaara(砂瀑の我愛羅).

  • Nama: Gaara
  • Umur: Tidak diketahui
  • Gelaran: Kazekage Kelima (四代目風影, "Godaime Kazekage")
  • Status: Aktif (Pernah terbunuh apabila Shukaku dikeluarkan dari badannya oleh Akatsuki, namun telah dihidupkan semula oleh Chiyo.