Senarai presiden Indonesia

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan dari Senarai Presiden Indonesia)

Presiden Republik Indonesia ialah jawatan politik tertinggi di Indonesia. Lembaga Kepresidenan Indonesia dibentuk pada tahun 1945 oleh Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI).

Presiden
Republik Indonesia
Bendera peribadi Presiden Republik Indonesia
Mohor Presiden Indonesia
Penyandang
Joko Widodo
Jenisrencana senarai Wikimedia Edit the value on Wikidata
GelaranYang Amat Mulia
KediamanIstana Merdeka, Jakarta
Dilantik olehPemilihan Umum Indonesia
Tempoh jawatanSetiap lima tahun
diperbaharui pengkal sekali
Penjawat sulungSoekarno
18 Ogos 1945
DibentukPerlembagaan Indonesia
18 Ogos 1945
Tapak webLaman sesawang rasmi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tanggal 18 Ogos 1945, Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI), memilih Soekarno sebagai presiden Indonesia. Sebelum dilakukan pindaan terhadap Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945, Presiden Indonesia dipilih oleh Majlis Musyawarah Rakyat. Setelah itu, dimulai pada pilihan raya umum tahun 2004, presiden dipilih langsung oleh rakyat menurut pindaan Undang-Undang Dasar 1945. Pilihan raya umum ini diselenggarakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia.

Setakat ini sudah seramai tujuh orang yang menjadi Presiden Indonesia. Presiden terkini Indonesia ialah Joko Widodo.

Presiden Republik Indonesia Joko Widodo bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Putrajaya, 9 Ogos 2019

Senarai sunting

  Non-partisan
  Golkar
No Gambar Nama
(Birth–Death)
Tempoh menjabat Parti politik Naib presiden
1   Soekarno
(1901–1970)
18 Ogos 1945 12 Mac 1967[1] Parti Nasional Indonesia Mohammad Hatta
Kosong (1956–1973)
Presiden Indonesia yang pertama. Mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia daripada Belanda. Memimpin negara selama Revolusi Nasional Indonesia dan Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda. Mendirikan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan menganjurkan Konferensi Asia Afrika di Bandung pada 1955. Menubuhkan Demokrasi Terpimpin selepas jatuhnya 10 kerajaan dalam sistem parlimen pada 1950an, dengan Nasakom sebagai fahaman pembimibing. Memimpin pembebasan Western New Guinea. Menentang penubuhan Malaysia dan memulai Konfrontasi. Kehilangan sebagian besar kekuasaan selepas Supersemar pada 1966 sebagai tindak balas dari pembunuhan 6 orang jeneral. Turun dari kekuasaan pada 1967.
2   Soeharto
(1921–2008)
12 Mac 1967 21 Mei 1998 Golkar dengan sokongan tentera Sri Sultan Hamengkubuwono IX
Adam Malik
Umar Wirahadikusumah
Soedharmono
Try Sutrisno
Bacharuddin Jusuf Habibie
Presiden kedua Indonesia. Merampas kuasa dari Soekarno lewat Supersemar pada 1966. Menubuhan Orde Baru yang disokong angkatan bersenjata. Memansuhkan Parti Komunis Indonesia dan memerintahkan pembantaian orang banyak dan pemenjaraan raturan suspek komunis. Mengakhiri Konfrontasi dan memulai dasar hubungan luar negara yang lebih bersahabat dengan negeri jiran seperti Malaysia dan Singapura, serta ikut menubuhkan ASEAN dan APEC. Memutuskan hubungan dengan China dan negara komunis serantau. Menduduki Timor Timur. Memimpin pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur yang hebat, tetapi disertai rasuah dalam birokrasi kerajaan. Meletak jawatan menyusul jatuhnya ekonomi negara selepas krisis kewangan Asia 1997 dan rusuhan 1998.
3   Bacharuddin Jusuf Habibie
(1936–2019)
21 Mei 1998 20 Oktober 1999 Golkar kosong
Presiden Indonesia yang ketiga. Presiden pertama yang berasal dari luar Jawa. Mengambil alih kekuasaan selepas peletakan jawatan Suharto. Memimpin Indonesia dalam transisi menuju demokrasi. Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan selepas sebuah referendum. Membebaskan ribuan tahanan politik. Memutuskan untuk tidak bertanding lagi.
4   Abdurrahman Wahid
(1940–2009)
20 Oktober 1999 23 Julai 2001 Parti Kebangkitan Bangsa Megawati Soekarnoputri
1999 – 54.37%
Presiden Indonesia yang keempat. Bekas ketua pengerusi Nahdlatul Ulama. Masa jawatannya diwarnai dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa. Memansuhkan undang-undang diskriminatif terhadap kaum Cina Indonesia. Mencuba untuk melaksanakan pembaharuan angkatan bersenjata dan mencabut kuasa politiknya. Berusaha untuk membubarkan Parliment, namun pada akhirnya dipecat oleh badan tersebut.
5   Megawati Soekarnoputri
(1947–)
23 Julai 2001 20 Oktober 2004 Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan Hamzah Haz
Presiden Indonesia yang kelima. Presiden perempuan pertama. Anak perempuan Soekarno. Mengambil alih jawatan presiden selepas pemecatan Wahid. Memimpin pemulihan ekonomi nasional. Melancarkan serangkaian usaha anti-pengganas selepas Bom Bali 2002 oleh Jemaah Islamiyah. Kalah dalam pilihan raya 2004 kepada bekas menterinya.
6   Susilo Bambang Yudhoyono
(1949–)
20 Oktober 2004 20 Oktober 2014 Parti Demokrat Jusuf Kalla
Boediono
2004 – 60.62%
2009 – 60.80%
Presiden Indonesia yang keenam dan yang pertama dipilih langsung oleh rakyat. Indonesia menjadi ahli G-20. Terpilih kembali pada 2009. Menubuhkan Bali Democracy Forum dan menjadi ahli pengasas Open Government Partnership. Memimpin pertumbuhan ekonomi yang konsisten. Pada masa jawatan keduanya, Parti Demokrat mengalami serangkaian skandal rasuah.
7   Joko Widodo
(1961–)
20 Oktober 2014 Penjawat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan Jusuf Kalla
Ma'ruf Amin
2014 – 53.15%
2019 – 55.5%
Presiden Indonesia yang ketujuh. Bekas Gabenor Jakarta dan Datuk Bandar Surakarta.

Rujukan sunting

  1. ^ Soekarno menyerahkan kekuasaan kepresidenan kepada Soeharto pada 11 Mac 1966 lewat sebuah surat yang dikenal dengan nama Supersemar, namun ia secara rasmi masih menjabat sebagai Presiden sampai Parlimen mencabutnya pada bulan Mac 1967.

Lihat juga sunting