Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Erra Fazira

Erra Fazira ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan untuk hasil karyanya dalam muzik, filem dan televisyen.

Anugerah dan pencalonan Erra Fazira

Erra pada Ogos 2014.
Anugerah Menang Nominasi
Anugerah Industri Muzik
0 3
Anugerah Juara Lagu
0 3
Separuh Akhir Muzik Muzik
0 4
Anugerah Era
0 3
Festival Filem Malaysia
2 4
Anugerah Skrin
2 5
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
7 21
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan
12 13
Anugerah Televisyen Asia
0 1
Jumlah
Anugerah dimenangi 23
Pencalonan 57

Sebagai penyanyi, beliau telah menerima tiga pencalonan, masing-masing di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Era (kini Anugerah MeleTOP Era). Pada tahun 1996, beliau terpilih mewakili Malaysia bagi pertandingan Voice of Asia yang berlangsung di Alma-Ata, Kazakhstan,[1] dan dinobatkan sebagai pemenang Queen of Voice of Asia dalam pertandingan itu.[2][3]

Bagi kerjaya lakonannya, beliau telah dinamakan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-8 menerusi persembahannya dalam filem Sembilu (1994).[4] Bagi persembahannya dalam filem Tragedi Oktober (1996), beliau telah menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13. Beliau telah menerima anugerah FFM pertamanya bagi kategori sama menerusi persembahannya dalam filem Soal Hati (2001) dan telah memenangi Anugerah Skrin 2001 bagi kategori sama menerusi filem yang sama lakonannya.

Pada tahun 2004, beliau melakonkan watak seorang wanita tua berusia 78 tahun dalam filem drama arahan A. Razak Mohaideen, Hingga Hujung Nyawa, peranan yang melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 dan dicalonkan bagi kategori sama di Anugerah Skrin 2005. Pada tahun 2006, beliau berlakon dalam filem drama arahan Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Person Non Grata dan telah dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 dan Anugerah Skrin 2006. Bagi persembahannya dalam telefilem Sanggul Beracun (2011), beliau telah dicalonkan bagi kategori Pelakon TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2011 dan Anugerah Televisyen Asia 2011.[5][6]

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Industri Muzik
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
1995 Anugerah Industri Muzik ke-2 Erra Fazira Artis Baru Wanita Terbaik Tercalon
2000 Anugerah Industri Muzik ke-7[7] Kini Kulit Album Terbaik Tercalon
2001 Anugerah Industri Muzik ke-8[8] "Soal Hati" Lagu Terbaik Tercalon
Anugerah Juara Lagu
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
1999 Anugerah Juara Lagu ke-14 "Jendela Hati" (Fauzi Marzuki/Habsah Hassan) Pop Rock Tercalon
2000 Anugerah Juara Lagu ke-15 "Pasrah" (Saari Amri/Yusof Kelana) Balada Tercalon
2004 Anugerah Juara Lagu ke-19 "Hanya Di Mata" (Azlan Abu Hassan/Ucu) Pop Rock Tercalon
Separuh Akhir Muzik Muzik
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
1996 Separuh Akhir Muzik Muzik 11[9] "Yang Terindah Hanya Sementara"[a] Balada Kandas
2000 Separuh Akhir Muzik Muzik 15[11] "Teman Bicara" Balada Kandas
2001 Separuh Akhir Muzik Muzik 16 "Soal Hati" Balada Kandas
2014 Separuh Akhir Muzik Muzik 29[12] "Makrifat Cinta" Terbuka Kandas
Anugerah Era
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2001 Anugerah Era 2001[13] Vokal Wanita Pilihan Tercalon
"Kerana" Lagu Pop Pilihan Tercalon
2002 Anugerah Era 2002[14] "Ucapkanlah" (duet bersama Yusry Abdul Halim) Duo/Band Pilihan Tercalon
Festival Filem Malaysia
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
1997 Festival Filem Malaysia ke-13 Tragedi Oktober Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2001 Festival Filem Malaysia ke-15 Soal Hati Pelakon Wanita Terbaik Menang
2003 Festival Filem Malaysia ke-16 Soalnya Siapa? Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Cinta Kolesterol Filem Box-Office (Khas Juri) Menang
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Hingga Hujung Nyawa Pelakon Wanita Terbaik Menang
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Persona Non Grata Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Anak Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
1995 Anugerah Skrin 1995[15] Sembilu II Aktres Pilihan Menang
2001 Anugerah Skrin 2001 Soal Hati Aktres Terbaik Menang
2003 Anugerah Skrin 2003 Soalnya Siapa? Aktres Terbaik Tercalon
2005 Anugerah Skrin 2005 Hingga Hujung Nyawa Aktres Terbaik Tercalon
2006 Anugerah Skrin 2006 Persona Non Grata Aktres Terbaik Tercalon
2008 Anugerah Skrin 2008 Anak Aktres Terbaik Tercalon
2011 Anugerah Skrin 2011 Sanggul Beracun Aktres TV Terbaik Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
1994 Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-8 Sembilu Pelakon Filem Wanita Popular Menang
1995 Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-9 Sembilu II Pelakon Filem Wanita Popular Menang
1997 Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-10 Tragedi Oktober Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Penyanyi Wanita Popular Tercalon
1998 Anugerah Bintang-Bintang Popular 1997/98 Maria Mariana II Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2000 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-14 Pasrah Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15 Gerak Khas The Movie Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2002 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-16[16] Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2003 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-17 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2004 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-19 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2006 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-20 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27[17] Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Pengacara TV Wanita Popular Tercalon
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32[18] Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33[19] Penyanyi Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34[20] Artis Versatil Popular Tercalon
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
1996 Anugerah PPMH 1996 Artis Jelita Menang
1997 Anugerah PPMH 1997 Artis Jelita Tercalon
1998 Anugerah PPMH 1998 Artis Jelita Tercalon
Sampul Majalah Terbaik Menang
Hero Heroin Pilihan[b] Menang
1999 Anugerah PPMH 1999 Artis Jelita Tercalon
Hero Heroin Pilihan[c] Menang
2000 Anugerah PPMH 2000 Artis Jelita Tercalon
Sampul Majalah Terbaik Tercalon
Hero Heroin Pilihan[d] Tercalon
Artis Serba Boleh Sensasi Tercalon
Artis Sensasi Tahun Ini Menang
2001 Anugerah PPMH 2001 Artis Jelita Tercalon
Aktres Filem Sensasi Menang
Artis Serba Boleh Sensasi Tercalon
2002 Anugerah PPMH 2002 Artis Jelita Menang
Aktres Filem Sensasi Menang
Hero Heroin Pilihan[e] Menang
Artis Serba Boleh Sensasi Tercalon
2003 Anugerah PPMH 2003 Artis Jelita Menang
Aktres Filem Sensasi Tercalon
Hero Heroin Pilihan[e] Menang
Artis Serba Boleh Sensasi Tercalon
Filem Paling Sensasi Tahun Ini Menang
Artis Wanita Paling Bergaya Tercalon
Anugerah Televisyen Asia
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2011 Anugerah Televisyen Asia 2011 Sanggul Beracun Pelakon TV Wanita Terbaik Tercalon

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Pada tahun 1996, Erra menarik diri daripada menyertai separuh akhir Muzik Muzik, dan lagu tersebut disampaikan oleh penyanyi lain, iaitu Elji.[10] Pada tahun 2014, Erra layak ke separuh akhir dengan lagu duet bersama Awie namun kedua-duanya tidak hadir membuat persembahan dan digantikan oleh Ronnie Hussein dan Marsha Londoh.
  2. ^ Beliau dicalonkan bersama Awie.
  3. ^ Beliau dicalonkan bersama Norman Hakim.
  4. ^ Beliau dicalonkan bersama Afdlin Shauki.
  5. ^ a b Beliau dicalonkan bersama Yusry Abdul Halim.

Rujukan sunting

  1. ^ "Erra ke Kazakhstan". Metro Ahad. 9 Jun 1996. Dicapai pada 8 April 2020.
  2. ^ Karim Sulaiman (9 Ogos 1996). "Bagai mimpi". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2020.
  3. ^ Haliza Ahmad (12 Ogos 1996). "In the dark over role of consortium". The Malay Mail. Dicapai pada 8 April 2020.
  4. ^ Haliza Ahmad (2 Mei 1995). "Sembilu steals the show" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  5. ^ Normah Bechok (12 Jun 2012). "Erra, Sabri berganding lagi". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2013.
  6. ^ "'Sanggul Beracun' dan 'Cun' Ungguli ASK 2011". mStar Online. 5 November 2011. Dicapai pada 14 April 2018.
  7. ^ Hardi Effendi Yaacob (25 Februari 2000). "AIM 2000: 314 album bertanding". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  8. ^ "AIM 2001: 80 anak seni layak ke peringkat akhir". Berita Harian. 10 April 2001. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  9. ^ Hartati Hassan Basri (11 November 1996). "Degup kencang Muzik Muzik". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  10. ^ Saniboey Mohd Ismail (1 November 1996). "Erra terkilan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  11. ^ Nor Akmar Samudin (19 Oktober 2000). "30 lagu masuk separuh akhir". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  12. ^ Syanty Octavia Amry (5 November 2014). "30 lagu terbaik berentap". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  13. ^ Abie Abdullah (29 September 2001). "Malam penentuan Anugerah Era 2001". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  14. ^ Hartati Hassan Basri (28 September 2002). "Kemuncak AE 2002". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  15. ^ Zamani Yusof (5 Ogos 1996). "Anugerah Skrin: Lima filem berentap". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  16. ^ Orang Kuala Lipis Pahang (20 Oktober 2002). "Anugerah Bintang Popular 2002 meriah". Berita Minggu. Dicapai pada 7 Mei 2020.
  17. ^ Hanisah Selamat (23 Januari 2014). "Erra sertai barisan Top 5 ABPBH 2013". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-07. Dicapai pada 7 Mac 2013.
  18. ^ Zul Husni Abdul Hamid (15 Julai 2019). Undian ABPBH 32 bermula Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2019.
  19. ^ Budiey (7 Oktober 2020). "Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-33 dalam budaya norma baharu". Sensasi Selebriti. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-21. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  20. ^ Budiey (11 September 2021). "Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 Bakal Berlangsung Pada 13 November 2021 Secara Virtual". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 September 2021.

Pautan luar sunting