Senarai baka kuda

rencana senarai Wikimedia

Rencana ini berkenaan senarai kuda dan kuda padi. Untuk maklumat baka kuda yang lebih lanjut, sila layari rencana-rencana yang berkaitan.

Baka-baka kuda ringan atau tunggangan
Baka-baka kuda berat atau penarik

Baka-baka kuda sunting

Dalam beberapa kebudayaan dan pertandingan yang disokong oleh pertubuhan, seekor kuda matang dengan saiz kurang daripada 145 cm (14.1 hand) apabila membesar sepenuhnya mungkin dikelaskan sebagai seekor "kuda padi". Melainkan daftar baka atau standard baka utama menperincikan ia sebagai seekor kuda padi, ia mungkin akan disenaraikan di dalam seksyen ini, meskipun jika beberapa atau keseluruhan penampilannya mempunyai ciri-ciri kuda padi. Kuda padi disenaraikan di dalam seksyen § baka kuda padi di bawah.

A–C sunting

D-K sunting

L-R sunting

S-Z sunting

Baka-baka kuda padi sunting

Jika satu baka diperincikan sebagai seekor "kuda padi" oleh standard baka atau daftar baka utama, ia akan disenaraikan dalam seksyen ini, meskipun ada beberapa antaranya yang mempunyai ciri-ciri seekor kuda.

A-K sunting

L-Z sunting

Warna "baka-baka" sunting

Terdapat beberapa pendaftar yang menerima kuda-kuda (dan kadang-kala kuda padi dan keldai) dari hampir seluruh baka atau jenis untuk pendaftaran. Warna sama ada merupakan satu-satunya atau kriteria utama untuk pendaftaran. Ia dikenali sebagai "baka warna," kerana tidak seperti baka kuda "asli", terdapat beberapa syarat-syarat fizikal lain. Sebagai peraturan umum, warna tidak selalunya berhasil dibiakkan (dalam beberapa kes di sebabkan kemustahilan genetik), dan anak yang lahir tanpa warna yang dinyatakan biasanya tidak berhak untuk direkodkan dengan daftar baka warna. Terdapat beberapa baka yang memiliki warna yang biasanya menghasilkan baka "asli" selain ciri-ciri fizikal tersendiri dan buku stud terhad. Kuda-kuda ini adalah baka asli yang mempunyai warna yang dikehendaki, bukanlah baka-baka warna, dan termasuk kuda Friesia, Cleveland Bay, Appaloosa, dan Kuda Bercat Amerika.

Daftar-daftar "baka warna" yang terkenal yang menerima kuda-kuda dari baka-baka berbeza untuk warna-warna berikut:

  • Buckskin: satu warna yang tidak boleh menghasilkan baka "asli" di sebabkan gen krim yang menjadikan ia sebagai satu dominan tidak lengkap
  • Palomino: satu warna yang tidak boleh menghasilkan baka "asli" di sebabkan gen krim yang menjadikan ia satu dominan tidak lengkap
  • Pinto: terdapat daftar yang wujud untuk kuda-kuda berwarna Pinto dari pelbagai baka, berbeza dengan daftar Kuda Bercat Amerika, meskipun beberapa kuda-kuda yang layak mungkin didaftarkan dalam kedua-dua daftar.
  • Putih: beberapa haiwan ini didaftarkan di Amerika Syarikat dalam Daftar Kuda Putih dan Krim Amerika, yang mana pernah dikenali sebagai daftar "Albino" sehingga ia difahamkan bahawa warna albino asli tidak wujud bagi kuda. (lihat Kuda Putih dan putih dominan untuk keterangan yang lebih jelas)

Jenis-jenis kuda sunting

"Jenis" kuda bukan merujuk pada "baka" tetapi ia digunakan bagi merujuk pada kategori kumpulan kuda atau baka-baka kuda yang serupa dari segi penampilan (phenotaip) atau kegunaan. "Jenis" biasanya tidak mempunyai daftar baka, dan sering kali mengandungi beberapa baka. Bagaimanapun, di beberapa negara terutamanya di Eropah, terdapat kaedah perekodan atau cara pemilihan studbook untuk beberapa jenis untuk membolehkan kuda-kuda dilesenkan untuk dibiakkan. Kuda-kuda yang dikelaskan mengikut "jenis" mungkin didaftarkan sebagai salah satu daripada beberapa jenis baka berbeza yang diakui, atau dikelaskan di dalam kumpulan kuda-kuda yang tidak memiliki pedigree tertentu tetapi memenuhi standard penampilan atau kegunaan tertentu.

Jenis-jenis moden sunting

  • AQPS ("Autre Que Pur-Sang"), designasi Perancis untuk kuda tunggangan "selain Thoroughbred," biasanya merujuk kepada Anglo-Arab, Selle Français dan baka-baka kacukan Thoroughbred lain. Terdapat daftar bagi kuda-kuda AQPS di Perancis.
  • Kuda Baroque, termasuk kuda-kuda dressage klasik berbadan besar, kuat, tapi lincah seperti Lipizzaner, Friesia, Andalusia, dan Lusitano.
  • Canadian cutting horse - sebarang kuda cutting di Kanada, kebanyakan berketurunan Kuda Quarter Amerika
  • Cob, satu jenis kuda tunggang berbadan kecil, tegap, kompak dan kuat
  • Kuda Penjajah Sepanyol, kuda jenis Jennet asli yang dibawa masuk ke Amerika Utara, kini sejumlah keturunan baka moden dengan pelbagai nama baka.
  • Kuda penarik
  • Kuda feral atau kuda jalang, sejenis kuda yang hidup di habitat liar, tetapi berasal daripada leluhur bela-jinak. Kebanyakan kuda-kuda "liar" pada hari ini sebenarnya adalah kuda. Kuda liar sebenar (tidak pernah dijinakkan) di dunia adalah kuda Przewalski.
  • Kuda Gaited, termasuk sejumlah baka-baka berkelajuan sederhana seperti Tennessee Walker, Paso Fino, dan banyak lagi.
  • Warmblood Jerman atau ZfDP, istilah kolektif untuk pelbagai kuda-kuda warmblood (kuda tunggang) dari Jerman, yang mana beberapa antaranya mungkin berdaftar dengan Persatuan Pembiakan Kuda Jerman (ZfDP).
  • Kuda Gred, sejenis kuda di mana baka lelulurnya tidak diketahui atau bercampur.
  • Hack, satu baka kuda tunggang asas, terutamanya di UK, di mana termasuk kuda-kuda Show hack yang digunakan dalam pertandingan.
  • Warmblood Berat, baka-baka kuda tunggang dan pedati, leluhur bagi warmblood moden, beberapa baka gaya lama masih wujud sehinga kini.
  • Hunter, sejenis baka kuda melompat, sama ada seekor hunter pertunjukan atau hunter padang
  • Kuda padi Hunter , sejenis baka kuda hunter atau haiwan pertunjukan lompatan dengan saiz di bawah 14.2 tapak tangan, kemungkinan seekor baka kuda atau kuda padi, tingginya ditentukan oleh kategori pertandingan.
  • Kuda Iberia, terdiri daripada kuda dan kuda padi yang dibangunkan di Semenanjung Iberia, termasuk Andalusia, Lusitano dan lain-lain.
  • Kuda kacukan India, sejenis baka kacukan berasal dari India
  • Baka kuda padi moorland dan gunung, disingkatkan kepada "M&M," satu kumpulan spesifik baka-baka kuda padi yang berasal hidup di British Isles.
  • Warmblood New Zealand, satu jenis warmblood yang dibangunkan berdasarkan kacukan baka Hanover dan KWPF.
  • Kuda Oriental, baka-baka "hot-blooded" yang berasal dari Timur Tengah, seperti kuda Arab, Akhal-Teke, Barb, dan Turkoman
  • Kacukan-Arab, sejenis kelainan kacukan kuda baka dan kacukan dengan kuda berdarah Arab, akan tetapi bukan kuda Arab asli.
  • Kuda padi Polo, sejenis kuda yang digunakan dalam sukan polo, ia bukanlah sejenis kuda padi, biasanya seekor kuda bersaiz penuh, sering kali adalah seekor Thoroughbred.
  • Kuda tunggang istilah yang boleh berubah untuk meliputi pelbagai jenis baka kuda yang sesuai untuk ditunggang berlawanan dengan kuda penarik atau kuda kerja.
  • Kuda padi tunggang, satu istilah seni yang digunakan di United Kingdom untuk jenis kuda padi pertunjukan yang spesifik.
  • Kuda sukan termasuk semua baka yang sesuai untuk digunakan dalam pertandingan kompetitif yang diuruskan oleh FEI.
  • Kuda Stok, baka-baka kuda tunggang berbeza dengan tingkah laku lincah dan berbadan tegap, sesuai untuk digunakan bersama lembu. Jangan dikelirukan dengan baka kuda Stok Australia. Beberapa baka kadang kala dikenali sebagai "kuda lembu" atau "kuda padi lembu" di barat Amerika Syarikat.
  • Warmblood, satu kumpulan baka-baka kuda sukan yang dibangunkan untuk pertandingan dressage dan disiplin Olimpik lain, termasuk Warmblood Belanda, Hanover, Warmblood Sweden, Westphalia, dsb.
  • Windsor Grey, kuda pedati berwarna the kelabu yang digunakan oleh kerabat diraja Britain.
  • ZfDP, lihat Warmblood Jerman, di atas.

Jenis-jenis archaic sunting

Sebelum kurun ke-13, beberapa baka direkodkan, dan kuda dikelaskan mengikut jenis fizikal dan kegunaan. Oleh itu, banyak istilah untuk kuda pada Zaman Pertengahan tidak merujuk kepada baka-baka yang kita kenali pada hari ini, tetapi diperincikan mengikut penampilan atau kegunaan. Istilah-istilah ini termasuk:

Baka dan sub-spesies yang telah pupus sunting

Para ahli di dalam equus ferus sama ada satu baka kuda yang diakui dan berbeza yang lama tidak lagi wujud atau sub-spesies yang telah pupus pada satu ketika setelah kuda dibelajinakkan. Seksyen ini tidak termasuk spesies yang mengalami evolusi sebelum Equus ferus caballus moden.

Subspesies yang pupus sunting

Prototaip awal sunting

Sebelum kehadiran teknik DNA untuk menyelesaikan persoalan berkaitan dengan pembelajinakkan kuda, banyak hipotesis telah dicadangkan. Satu penggelasan berdasarkan jenis dan bentuk struktur badan, mencadangkan kehadiran empat protaip asas, dilabelkan sebagai "Tarpan", "kuda hutan", kuda penarik dan kuda oriental, setiap satu diteorikan telah mengadaptasi ke alam sekeliling mereka sebelum dijinakkan.[1] Bagaimanapun, kajian-kajian terkini mencadangkan bahawa kesemua baka-baka kuda berasal daripada spesies liar tunggal dan perbezaan jenis badan di sebabkan oleh pembiakan terpilih selepas dibelajinak,[2] atau diadaptasi melalui landrace.

Baka-baka yang telah pupus sunting

Berikut adalah baka-baka yang telah dibangunkan oleh manusia dan tidak lagi wujud.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Bennett, Conquerors, p.7
  2. ^ Edwards, G. The Arabian, pp 1, 3

Pautan luar sunting