Senarai bangunan dan struktur tertinggi di dunia
Penentuan struktur tertinggi dunia boleh dikatakan agak jelas dan mudah. Namun penentuan bangunan atau menara tertinggi di dunia lebih sukar dan menimbulkan kontroversi kerana takrifan bangunan atau menara terbabit dan perbalahan bagaimana menentukan ketinggiannya.
Struktur tertinggiSunting
Struktur tertinggi ketika ini ialah Burj Dubai, sebuah pencakar langit yang masih dalam pembinaan di Dubai yang telah mencapai 636 m (2,087 kaki) pada 12 Mei 2008[1]
Struktur tertinggi mengikut kategoriSunting
Disebabkan kurangnya persetujuan mengenai cara pengukuran dan pengelasan struktur, jurutera telah mencipta pelbagai takrifan bagi kategori bangunan dan struktur lain.
Salah satunya ialah mengukur tinggi sebenar bangunan, melalui pengukuran puncak menara atau ketinggian seni bina yang kekal. Antena di atas bangunan tidak dikira sebagai sebahagian daripada sistem pengukuran tersebut kerana antena boleh dipasang dan ditinggikan pada bila-bila masa. Cara pengukuran ini digunakan kerana persaingan di antara Bangunan Chrysler and 40 Wall Street pada masa dahulu. Ini turut boleh dilihat melalui persaingan era moden, di mana antena di atas Menara Sears tidak dikira manakala mercu tanda di atas Menara Berkembar PETRONAS dikira sebagai sebahagian daripada struktur bangunan.
Struktur tertinggi yang telah musnah mengikut kategori, belum diatasi oleh struktur kiniSunting
Terdapat beberapa struktur seni bina yang telah musnah di mana lebih tinggi berbanding struktur tertinggi yang wujud pada masa ini.
Kategori | Struktur | Negara | Bandar | Tinggi (m) | Tinggi (kaki) | Sejarah |
---|---|---|---|---|---|---|
Menara gai, ditebat pada tanah | Menara Pemancar Warsaw | Poland | Gąbin | 646.38 | 2,121 | Siap dibina pada tahun 1974, roboh pada 8 Ogos, 1991 |
Menara pemancar keluli bertiub berimbang | Pemancar Shushi-Wan Omega | Jepun | Shushi-Wan | 389 | 1,276 | Siap dibina pada tahun 1973, ditanggalkan pada tahun 1998 |
Struktur bagi kegunaan kajian bom | Menara Smoky Shot | Amerika Syarikat | Tapak Ujian Nevada | 213 | 700 | Menara pemancar, di mana mengangkut bom nuklear "Smoky" yang menghasilkan 44 kT (sebahagian daripada operasi Plumbbob) atas puncak sehinggalah letupan berlaku pada 31 Ogos 1957 |
Struktur berkayu | Menara Pemancar Kayu Mühlacker | Jerman | Mühlacker | 190 | 623 | Siap pada tahun 1934, dimusnahkan pada April 6, 1945 oleh tentera Jerman untuk menghalang penggunaan oleh tentera bersekutu ketika Perang Dunia Kedua. |
Bangunan binaan batu | Mole Antonelliana | Itali | Torino | 167.5 | 549.5 | Dimusnahkan puting beliung pada tahun 1953. |
Bangunan Era Pra-Industri | Katedral Lincoln | United Kingdom | Lincoln | 160 | 524 | Siap dibina pada 1311, puncak bangunan runtuh pada tahun 1549 |
Struktur untuk kegiatan haram | Menara Pemancar Koning Keizer Admiraal's | Jerman | Bad Bentheim/Gildehaus | 101.2 | 332 | Menara pemancar yang disiarkan secara haram yang telah beroperasi pada Disember 2004 dalam jalur-FM dengan 10 kW ERP. Menara terletak di Jerman, alat pemancar di Netherlands. |
Bangunan tertinggiSunting
RujukanSunting
- ^ a b "Burj Dubai akan menentukan rekod global baharu dalam pemasangan panel kaca". Emaar. Dicapai pada 2008-05-13.
- ^ "Empangan Tertinggi (Dunia dan A.S.)". 1998 ICOLD World Register of Dams. Diarkibkan daripada yang asal (carta) pada 2008-04-05. Dicapai pada 2007-08-11.