Senarai bendera Malaysia

rencana senarai Wikimedia

Laman ini memeuatkan senarai bendera-bendera am di Malaysia.

Bendera kebangsaanSunting

Bendera Tarikh (abad) Kegunaan Perihal
  1963 keatas Jalur Gemilang Empat belas alur baris berwarna merah putih, dibahagian sisi, bulan sabit dan bintang pecah 14 berwarna kuning dalam petak berwarna biru.
  1963 keatas Jalur Gemilang
  Panji awam Malaysia Jalur Gemilang terletak di sisi kiri atas dikelilingi kotak merah.
  Panji Kerajaan Malaysia Jalur Gemilang di sisi atas sebelah kiri dikelilingi kotak biru.

Monarki (keberajaan)Sunting

Bendera Tarikh (abad) Kegunaan Perihal
  Bendera rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Jata Negara, Malaysia, dikelilingi oleh 2 utas sekam padi berwarna kuning keemasan, dalam kotak kuning.
  Bendera rasmi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Jata Negara, Malaysia, dikelilingi oleh 2 utas sekam padi berwarna kuning keemasan, dalam kotak hijau.

KetenteraanSunting

Rencana utama: Tentera di Malaysia
Bendera Tarikh (abad) Kegunaan Perihal
  Bendera Tentera Darat Diraja Malaysia Bendera berwarna merah, dengan Jalur Gemilang di sisi kiri sebelah atas, dan jata TDM di bahagian tenggara bendera.
  Bendera Tentera Udara Diraja Malaysia Bendera berwarna biru langit, dengan Jalur Gemilang di sisi kiri sebelah atas, dan bintang kuning 14 penjuru di bahagian tenggara bendera.
  Bendera Tentera Laut Diraja Malaysia Bendera berwarna putih, dengan Jalur Gemilang di sisi kiri sebelah atas, dan sauh kapal beserta keris bersilang di bahagian tenggara bendera.
  1963 – 1968 Bendera Tentera Laut Diraja Malaysia Bendera putih dengan salib merah besar, dan Jalur Gemilang di sisi atas sebelah kiri.
  1957 – 1963 Bendera Tentera Laut Diraja Malaya Bendera putih dengan salib merah besar, dan bendera Persekutuan Tanah Melayu di sisi atas sebelah kiri.

Pembahagian pentadbiranSunting

Negeri-negeri di MalaysiaSunting

Bendera Tarikh (abad) Kegunaan Perihal
  sejak 1870 Bendera negeri Perlis. Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.

Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.

  sejak 1912 Bendera negeri Kedah. Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.

Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

  sejak 1957 Bendera negeri Pulau Pinang. Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
  sejak 1879 Bendera negeri Perak. Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.

Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

  sejak 1923 Bendera negeri Kelantan. Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.
  sejak 1947 Bendera negeri Terengganu. Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
  sejak 1903 Bendera negeri Pahang. Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.

Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

  sejak 1965 Bendera negeri Selangor. Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
  sejak 1895 Bendera negeri Negeri Sembilan. Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
  sejak 1961 Bendera negeri Melaka. Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
  sejak 1871 Bendera negeri Johor. Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.

Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

  1988 on Bendera negeri Sarawak. Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

  1988 on Bendera negeri Sabah. Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Wilayah PersekutuanSunting

Bendera rasmi bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia telah diperakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia pada 20 Ogos 2006. Bendera ini digunakan dan dikibarkan di banyak majlis rasmi yang diadakan di Wilayah Persekutuan misalnya ketiga hari sukan negara, pembarisan kontinjen dan Hari Wilayah Persekutuan.[1]

Bendera Tarikh (abad) Kegunaan Perihal
  sejak 2006 Bendera Wilayah Persekutuan tiga garisan melintang berwarna kuning (atas), biru dan merah, serta jata negara Malaysia di tengah. Terdapat 3 bintang kuning pecah 14 dibawah jata melambangkan tiga Wilayah Persekutuan dalam Malaysia.
  sejak 1990 Bendera Kuala Lumpur jalur biru lebar melintang ditengah, diapit 6 jalur merah putih, masing-masing di bawah dan di atas. Bulan sabit dan bintang pecah 14 berwarna kuning di medan jalur biru.
  sejak 1984 Bendera Labuan tiga jalur melintang berwarna merah, putih dan biru serta bulan sabit dan bintang pecah 14 berwarna kuning dalam jalur putih.
  sejak 2001 Bendera Putrajaya tiga kotak warna, 2 daripadanya berwarna biru mengapit kotak kuning ditengah. Jata negara berada di tengah kotak kuning.

SejarahSunting

Bendera-bendera Kesultanan yang pernah menakluki bahagian-bahagian tertentu di MalaysiaSunting

Bendera Tarikh (abad) Kegunaan Perihal
  abad ke-15 – 1888 Bendera Empayar Brunei, memerintah di kebanyakan tempat di Borneo sehingga Seludong (kini Manila) dan Banjarmasin di Kalimantan Bendera kuning mewakili Kesultanan Brunei.
  abad ke-16 - 18 Bendera Kesultanan Sulu, pernah suatu ketika mentadbir bahagian timur Sabah, selepas wilayah tersebut diserahkan oleh Kesultanan Brunei kerana membantu Brunei dalam meredakan perang saudara di sabah, walaubagaimanapun berdasarkan beberapa sumber, hal ini tidak pernah terjadi[2] Mewakili identiti Suluk.
  abad ke-18 - 1912 Bendera Kesultanan Kedah Bendera berwarna merah mewakili simbol penguasaan Kesultanan Kedah.
  1731 – 1881 Bendera Kesultanan Bulungan, kawasan sekitar Tawau di Sabah pernah berada dibawah pengaruh kesultanan ini Mewakil identiti Bulungan.
  1853 – 1887 Bendera pertama Kesultanan Pahang ketika penyatuan dengan Kerajaan Johor Bendera hitam mewakili Kesultanan Pahang.
  1887 – 1903 Bendera kedua Kesultanan Pahang Bendera hitam dengan sedikit putih disebelah kiri menandakan Kesultanan Pahang.
  1855
abad ke-18 – 1912
abad ke-18 – 1879
Bendera Kesultanan Johor
Bendera Kesultanan Kelantan
Bendera Kesultanan Perak
Bendera putih di beberapa kawasan naungan Kesultanan Melayu.
  1855 – 1865 Bendera Kesultanan Johor dari tahun 1855 hingga 1865 Bendera hitam dengan segi empat tepat berwarna putih di belah kiri atas.
  1865 – 1871 Bendera Kesultanan Johor dari tahun 1865 hingga 1871 Bendera hitam dengan warna merah berbentuk salib sama seperti Salib St Andrew di sisi kiri atas.
  1859 – 1965 Bendera Kesultanan Selangor Sama seperti bendera Selangor semasa, cuma warna bulan sabit dan bintang berpenjuru 5 berwarna kuning. (versi semasa berwarna putih).
  1912 – 1923 Bendera Kesultanan Kelantan dari tahun 1912 hingga 1923 Terdiri daripada bendera putih dengan sempadan biru, membaluti bahagian atas. Lakaran harimau yang bergaris biru. Terdapat aksara tulisan Jawi pada hujung ekor membawa maksud "Kerajaan Kelantan", manakala badan utama harimau tertera petikan ayat Al-Quran, dari Surah As-Saff, Surah ke-61 dari ayat ke-13.
  1912 – 1933 Bendera Kesultanan Terengganu dari tahun 1912 hingga 1933 Bendera hitam dan putih.
  1933 – 1947 Bendera Kesultanan Terengganu dari tahun 1933 hingga 1947 Sama seperti bendera pertama, tetapi ditambah bulan sabit dan bintang.

Bendera kolonialSunting

Bendera Tarikh (abad) Kegunnaan Perihal
  1511 – 1641 Bendera Melaka Portugis, koloni Empayar Portugis Kotak segi empat sama yang mana bahagian tengahnya terdapat jata dengan 5 kota pada ovigal, dikelilingi oleh mahkota raja terbuka.
  1641 – 1795 Bendera VOC dekat Melaka Belanda Tiga lajur melintang berwarna merah (atas), putih dan biru (bawah), di bahagian tengah terdapat lambang VOC.
  1795 – 1801 Union Jack, bendera United Kingdom Great Britain. Digunakan oleh Pasukan Pertahanan British ketika kemasukan pendudukan British ketika Perang Napoleon Bendera England dan Scotland bertindihan.
  1801 – 1818 Bendera United Kingdom Pertindihan antara bendera Scotland dan England dengan Salib St Patrick.
  1818 – 1825 Bendera Belanda. Setelah kependudukan dan pengembalikan kuasa Belanda di Melaka, VOC mengalami muflis besar, segala aset dan keperluan di pindahkan ke Betawi, dimaan membawa kepada kesudahan Belanda dalam Perang Napoleon. Meneyebabkan penggunaan bendera penuh Belanda di Melaka Belanda Tiga lajur mendatar berwarna merah (Vermilion Terang), putih dan biru kobalt.
  1826 – 1895 Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Dengan penubuhan Negeri-negeri Selat, Syarikat Hindia Timur Inggeris mentadbir Tanah Melayu sehinggalah terciptanya Tanah Jajahan Mahkota British pada 1867. Reka bentuk bendera mempunyai elemen bendera Union Jack yang jelas di belah sisi atas kiri dan garisan melintang selari berwarna merah putih bergilir-gilir, serupa bendera kebangsaan Malaysia sekarang. Beberapa garisan merah dan putih pada bendera Union Jack United Kingdom disisi kiri sebalah atas.
  1826 – 1946 Bendera Negeri-negeri Selat Bendera biru dengan bendera Union Jack di sisi kiri atas, serta cakera putih dalamnya ada segi empat menyereng berwarna merah. Pall berbentuk "Y" berwaran putih, terdapat imej tiga buah mahkota kuning didalamnya.
  1946 – 1949 Bendera Pulau Pinang Bendera biru dengan bendera Union Jack disisi kiri atas, cakera putih berisi jata Pulau Pinang versi lama.
  1946 – 1957 Bendera Melaka Bendera biru dengan bendera Union Jack disisi kiri atas, cakera putih berisi imej Pintu Santiaga, A Famosa berwarna merah.
  1946 – 1959 Bendera Singapura Bendera biru dengan bendera Union Jack disisi kiri atas, cakera putih berisi Pall berbentuk "Y" berwaran merah, terdapat imej mahkota ditengah pall.
  1896 – 1946
1946 – 1948
1948 – 1950
Bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Bendera Malayan Union
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Empat jalur warna melintang, terdiri dari warna putih (atas), merah, kuning dan hitam. Terdapat cakera kecil berwarna putih didalamnya ada imej penuh harimau sedang berlari di tengah-tengah antara jalur merah dan kuning.
  1895 – 1946 Bendera Tentera Laut Negeri-negeri Melayu Bersekutu Setengah diagonal segitiga berwarna putih, merah, hitam dan kuning.
  1942 – 1945 Bendera Empayar Jepun. Digunakan ketika Penddukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Labuan dimana dibawah pengaruh pentadbiran ketenteraan Jepun, Pendudukan Jepun di Singapura (kemudian dinamakan Shōnantō). Terdapat cakera matahari merah ditengah-tengah lapangan bendera.
  Bendera perang Tentera Imperial Jepun Cakera putih dengan matahari merah ditengah-tengah bendera dengan 16 pancaran.
  1950 – 1963 Bendera Persekutuan Tanah Melayu Bendera berlajur 11 garis melintang dengan warna merah dan putih berturut-turutan. Terdapat kotak berwarna biru disis kiri atas, dalamnya ada bulan sabit dan bintang pecah 11 berwarana kuning.
  1841 – 1848 Bendera Kerajaan Sarawak Bendera pertama Kerajaan Sarawak (1841–1848) menggunakan Salib St George, selepas wilayah tersebut diserahkan oleh Kesultanan Brunei kepada James Brooke.
  1848 – 1870 Bendera Kerajaan Sarawak Bendera kedua Kerajaan Sarawak (1848-1870), palang salib besar St. George setengah hitam, setengah biru, dengan mahkota ditengah simbol kepada Raja Putih Sarawak.
  1870 – 1946
1963 – 1973
Bendera Kerajaan Sarawak kemudian menjadi bendera bagi negeri Sarawak Bendera ketiga Kerajaan Sarawak, dengan salib merah dan hitam dengan gaya salib St. George. Warna hitam ialah simbol kelas pemerintahan, dan merah beerti masyarakat. Sama seperti bendera kedua, terdapat mahkota ditengah-tengah salib, simbol kepada pemerintahan Raja Putih Sarawak. Bendera ini disyorkan kembali ketika kemerdekaan Sarawak.
  1946 – 1963 Bendera Tanah Jajahan Mahkota British di Sarawak Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Sarawak menjadi Tanah Jajahan Mahkota Inggeris. Bendera biru dengan lencana kerajaan lama diguna semula.
  1882 – 1948 Bendera Borneo Utara Bendera biru dengan lencana Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.
  Bendera awam Borneo Utara Bendera merah dengan lencana Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.
  1948 – 1963 Bendera Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara menjadi sebahagian dari Tanah Jajahan British. Lencana baharu memaparkan dua tangan (satu tangan kolonial dan satu lagi tangan pribumi ) memegang bendera SBUB dengan lakaran singa merah.
  1912 – 1946 Bendera Tanah Jajahan Mahkota Labuan Bendera biru dengan lambang bahtera British belayar.

Bendera negeriSunting

Bendera Tarikh (abad) Kegunaan Perihal
  1949 – 1957 Bendera negeri Pulau Pinang (1949-1957) Sama seperti bendera terkini kecuali warna biru dan putih bagi struktur pemecah air.
  1973 – 1988 Bendera negeri Sarawak (1973-1988). Bendera 'Trisakti' dicadangkan untuk menggantikan bendera era kolonial Dwi warna melintang, merah dan putih dengan segitiga biru di penjuru tengah.
  1963 – 1982 Bendera negeri Sabah Empat lajur melintang samarata berwarana merah, putih, kuning dan biru, dengan warna coklat Gunung Kinabalu di sisi kiri atas berwarana hijau.
  1982 – 1988 Bendera melintang dwi-warna biru dan putih, serta serta segitiga merah dipenjuru.
  1959 – 1965 Bendera negeri Singapura (Negeri Singapura). Apabila Singapura berpisah dari Persekutuan Malaysia, bendera ini terus kekal sebagai bendera Republik Singapura. Sebelum pemisahannya, ia merupakan bendera negeri tunggal yang tidak mempunyai nisbah 1:2. Bendera dengan dwiwarna melintang, merah dan putih, terdapat bulan sabit dan lima bintang, semuanya berwarna putih berada disisi kiri atas bendera dalam jalur merah.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Wilayah Persekutuan
  2. ^ Rozan Yunos (7 March 2013). "Sabah and the Sulu claims". The Brunei Times. Diarkib daripada yang asal pada 17 June 2014. Dicapai pada 20 September 2013. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Rujukan bagi terbitan tarikh benderaSunting

Pautan luarSunting