Senarai episod Devil May Cry

rencana senarai Wikimedia

Ini merupakan senarai bagi episod-episod dalam siri anime Devil May Cry. Siri ini mengandungi dua belas episod keseluruhannya. Episod yang pertamanya ditayangkan di Jepun pada 14 Jun, 2007.

Senarai Episod sunting

# Title Tarikh siaran asal Tarikh siaran Inggeris
1 "Syaitan Mungkin Menangis"  14 Jun, 2007
Dante diupah oleh seorang pengawal peribadi seorang gadis perempuan yang yatim dan waris kepada kekayaan sebuah keluarga. Dia harus melindunginya daripada syaitan dan iblis yang dihantar oleh mereka yang mahukan estet itu untuk diri mereka sendiri. 
2 "Bintang Lebuh Raya"  2 Jun, 2007
Dante yang penuh keraguan menerima sebuah misi daripada Lady untuk menghentikan sebuah motosikal yang dirasuk oleh syaitan yang diberi nama "Red Eye" (Mata Merah) yang seringkali menghantui jalan raya. 
3 "Bukan Cinta"  28 Jun, 2007
Anak perempuan seorang datuk bandar mula berjumpa dengan seorang lelaki misteri tanpa pengetahuan ayahnya. Mengesyaki bahawa lelaki yang menjadi teman anaknya itu sebenarnya seorang syaitan yang sedang menyamar, Dante dihantar untuk menyiasat. 
4 "Guruh Beralun"  5 Julai, 2007
Lady berjumpa dengan seorang perempuan syaitan yang mampu mengawal petir. Perempuan itu kemudiannya didedahkan sebagai Trish, bekas rakan kongsi Dante. 
5 "Secara Sulit"  12 Julai, 2007
Dante diekori seorang pelanggan daripada restoran di pekan, yang cuba mencungkil rahsia pemburu syaitan tersebut, supaya dapat menarik perhatian seorang pelayan tempatan yang diminatinya. 
6 "Ratu Rock"  19 Julai, 2007
Dante diupah untuk melindungi pemburu-pemburu harta harun daripada seorang syaitan sonik. Imbasan kembali mendedahkan seorang ratu rock, Elena Hudson, yang sanggup berbuat apa sahaja demi popularitinya. Akan tetapi, kesemua peminatnya menjadi zombi ganas yang terlalu asyik dalam muziknya, sehingga dirinya sendiri tertarik oleh syaitan yang mendiami dirinya itu. 
7 "Hajat Dikabulkan"  26 Julai, 2007
Seorang lelaki menerima lawatan daripada seorang syaitan yang menuntut bahawa dia akan memenuhi apa sahaja yang dihajatinya. Apa yang dipintanya tidak dikabulkan, sebaliknya, sesuatu yang tidak dimintanya dikabulkan syaitan itu. Dia dipenjarakan dan dibantu Dante untuk melarikan diri dan menyelesaikan masalah dengan syaitan yang bertanggungjawab atas kesusahan yang dihadapi lelaki itu. 
8 "Pada Suatu Masa"  2 Ogos, 2007
Seorang lelaki bernama Aaron mendesak bahawa Dante rakan lamanya yang bernama Tony dan dia dan ibunya pernah tinggal di sebuah pekan kecil sebelum dihalau oleh penduduk pekan tersebut selepas selepas diserang seorang syaitan 20 tahun yang lalu. 
9 "Pakau Maut"  9 Ogos, 2007
Seorang wanita mengupah Dante untuk menyelamatkan suaminya daripada perjudian. Tidak lama kemudian, Dante turut serta bermain Poker dan kemudian terdengar kisah tentang "King", seorang ahli judi yang dipercayai membunuh sesiapa sahaja yang kalah dalam permainannya. Selang beberapa permainan, mereka sedar bahawa King sedang bermain bersama-sama mereka. 
10 "Janji Terakhir"  26 Ogos, 2007
Dante diserang Barusa, seorang bekas pembantu kepada Sparda yang kini sedang mencari kuasa Kesatria Gelap Lagenda. Pada masa yang sama, abang Barusa cuba mencari jalan untuk menghalang pertarungan di antara Dante dan Barusa. 
11 "Tiba Masanya!"  30 Ogos, 2007
Dante terserempak dengan ibu Patty, dan rancangan si syaitan Sid itu mula terserlah. Dante cuba untuk menghentikannya, tetapi ditikam ke atas sebuah salib di alam syaitan. 
12 "Bergaya!"  6 September, 2007
Trish, Lady, Morrison dan Patty cuba menyelamatkan Dante yang kini terperangkap di alam syaitan untuk menggagalkan serangan Sid/Abigail yang terakhir ke atas dunia. 

Pautan luar sunting