Senarai episod BoBoiBoy Galaxy

rencana senarai Wikimedia

BoBoiBoy Galaxy ialah sebuah siri animasi sekuel yang diterbitkan oleh Animonsta Studios yang mengisahkan pengembaraan seorang adiwira Bumi, BoBoiBoy, dalam misinya untuk menyelamatkan robot berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Power-Power Sphera dan pada masa yang sama mempertahankan galaksi.

Siri BoBoiBoy Galaxy turut diterbitkan dalam format gambar HDTV, dan musim pertamanya disiarkan di TV3 dari 25 November 2016 hingga 11 Julai 2018, dan Disney Channel Asia mulai 26 Jun 2017. Slogan kata pilihan siri ini iaitu "terbaik" masih digunakan dalam hampir setiap episod dalam musim pertama.

Pada Disember 2023, BoBoiBoy Galaxy kembali untuk musim ke-2.[1][2][3]

Gambaran Keseluruhan Siri sunting

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhir
12425 November 2016 (2016-11-25)22 Jun 2018 (2018-06-22)
2243 Disember 2023 (2023-12-03)TBA

Senarai episod sunting

Musim 1 (2016–2018) sunting

Episod Tajuk Tarikh siaran pertama
TV3 MNCTV
1"BoBoiBoy Kembali!"25 November 201614 Januari 2017
Koko Ci dan MotoBot telah terperangkap di angkasa lepas dari kumpulan pemburu Power Sphera. Anak-anak kapal Lanun Angkasa menuju ke kapal angkasa Koko Ci dan BoBoiBoy dan Gopal mengambil peluang itu untuk menjadi wira dengan mengalahkan pemburu Power Sphera itu.
2"MotoBot!"2 Disember 201621 Januari 2017
Adu Du dan Probe tiba di Bumi dan telah menculik Power Sphera MotoBot. Kemudian Koko Ci cuba mengesan lokasi MotoBot dengan pertolongan daripada Ochobot, BoBoiBoy dan Gopal untuk menyelamatkan MotoBot.
3"Raksasa Gurunda"9 Disember 201628 Januari 2017
Ahli kadet baru dalam TAPOPS, BoBoiBoy dan Gopal telah dihantar ke Planet Gurunda untuk memulakan misi mencari Power Sphera dengan pertolongan daripada dua rakan lama mereka.
4"Gergasi Cattus"16 Disember 20164 Februari 2017
BoBoiBoy dan rakan-rakannya meneruskan misi mereka dalam mencari Power Sphera di samping bertemu dengan penduduk asing di Planet Gurunda.
5"Daun VS Lanun"23 Disember 201611 Februari 2017
Selepas kembali ke Planet Bumi dari misi mereka di Planet Gurunda, BoBoiBoy dan rakan-rakannya tiba-tiba diserang oleh Lanun Angkasa, yang berniat untuk mencuri semua Power Sphera.
6"Fang Penyelamat"30 Disember 201618 Februari 2017
BoBoiBoy dan rakan-rakannya menaiki kapal angkasa Koko Ci dan menuju ke Stesen Angkasa TAPOPS. Mereka ditimpa masalah apabila berhenti di suatu tempat larangan dan terpaksa berlawan dengan Nyamuk Amok dengan pertolongan daripada seorang sahabat lama.
7"Joe Ker tu?"17 Mac 20171 April 2017
Koko Ci dan yang meneruskan perjalan mereka ke Stesen Angkasa TAPOPS. Namun, mereka telah menerima panggilan kecemasan dari HQ TAPOPS yang melaporkan bahawa stesen tersebut telah diserang, jadi mereka segera teleport ke sana dengan Kuasa Teleportasi Ochobot.
8"Misi Dobi TAPOPS"24 Mac 20178 April 2017
BoBoiBoy, Gopal dan Fang telah diberikan tugasan untuk menghantar tiga bungkusan dobi kepada penerima misteri di Planet Dargha'ya, sebuah planet yang berbahaya, tetapi kelihatan ada musuh yang telah bersedia untuk mensabotaj misi mereka.
9"Pukauan Katakululu"26 Mei 20173 Jun 2017
BoBoiBoy, Gopal dan Fang yang masih berada di Planet Dargha'ya cuba untuk mencari penerima bungkusan dobi itu untuk terus menyelesaikan misi. Bagaimanapun, misi mereka terganggu apabila Adu Du yang telah dipukau oleh seekor katak menyerang mereka.
10"Ujian KENTAL"1 Jun 201710 Jun 2017
Setelah kembali ke Stesen Angkasa TAPOPS, Tarung marah selepas mengetahui yang BoBoiBoy dan Gopal merupakan ahli TAPOPS. Dengan itu, Tarung memberikan mereka beberapa ujian untuk menentukan kelayakan menjadi ahli TAPOPS.
11"Pertarungan Hangat"8 Jun 201717 Jun 2017
BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal dihantar oleh Koko Ci dan Tarung ke Planet Volkania untuk menjalankan Ujian Kental. Di sana, mereka perlu kalahkan Pasukan A dan dapatkan Power Sphera yang terletak di puncak gunung berapi.
12"Si Penceroboh Panto"15 Jun 201724 Jun 2017
Seorang pencuri alien bernama Panto telah datang ke TAPOPS untuk mencuri Power-Power Sphera berharga.
13"Sarkas Kegelapan"22 Jun 20171 Julai 2017
BoBoiBoy dan kawan-kawannya pergi ke Planet Sarkas untuk mendapatkan semula Power-Power berharga yang dicuri tempoh hari. Kemudian mereka berhadapan dengan seorang clawndiator teragung, Jugglenaut.
14"Kemunculan Halilintar"1 Disember 20179 Disember 2017
BoBoiBoy dan rakan-rakannya berhadapan dengan Jugglenaut dan berada di ambang kekalahan, tetapi pada masa yang sama tibanya bantuan dari seorang sahabat lama dan bangkitnya sebuah kuasa elemental baru.
15"Perlumbaan Nova Prix"8 Disember 201716 Disember 2017
Laksamana Tarung memberikan arahan kepada BoBoiBoy dan rakan-rakannya untuk menyertai dan memenangi Perlumbaan Angkasa Nova Prix untuk mendapatkan Power Sphera bernama TrophyBot.
16"Loopa Lupa?"15 Disember 201721 Disember 2017
BoBoiBoy dan rakan-rakannya pulang ke Bumi setelah Laksamana Tarung memberikan cuti kepada mereka.
17"Gelora BoBoiBoy Air"22 Disember 201730 Disember 2017
Raksasa batu lava bernama Roktaroka datang ke Bumi untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy!
18"Dendam A.B.A.M."29 Disember 20177 Januari 2018
Cattus mula mengamuk di Stesen Angkasa TAPOPS apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada keluarganya di Planet Gurunda, maka BoBoiBoy dan rakan-rakannya pergi ke sana untuk menyiasat.
19"Pencetak Rompak"17 Mei 201819 Mei 2018
BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS setelah berjaya menyelesaikan satu misi. Namun, dalam perjalanan pulang mereka menghadapi masalah dan terpaksa meminta bantuan di planet terdekat. Tanpa diduga mereka terpaksa berhadapan dengan alien penjenayah cetak rompak yang sangat dikehendaki TAPOPS.
20"Manipulasi Emosi"24 Mei 201826 Mei 2018
Selepas pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS, sebuah Power Sphera bernama EmotiBot telah memanipulasi rakan-rakan BoBoiBoy dengan emosi. Keadaan menjadi semakin cemas apabila Tarung menjadi ganas disebabkan oleh emosi yang tidak dapat dikawal, apatah lagi dia hendak menggunakan kuasanya. Dapatkah BoBoiBoy dan rakan-rakannya menyelesaikan masalah ini?
21"Jagara Si Jaga"7 Jun 20182 Jun 2018
Disebabkan BoBoiBoy tidak berjaya dalam mendapatkan maklumat tentang kuasa cahaya, dia dan rakan-rakannya pergi ke Planet Junkberg untuk cuba meminta bantuan daripada DataBot. Tetapi, mereka perlu menjawab soalan-soalan kepandaian daripada Jagara supaya mereka boleh masuk ke dalam Kapal Arkib Angkasa.
22"Misi Koloni Lanun"14 Jun 20189 Jun 2018
TAPOPS telah menerima risikan daripada Kapten Kaizo bahawa Stesen Sunnova akan diserang oleh Lanun Angkasa, oleh itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya ditugaskan untuk pergi ke Koloni Lanun Angkasa untuk menyertai Kapten Kaizo dalam operasi penyamaran.
23"Ancaman Armada"22 Jun 201816 Jun 2018
Kuasa Teleportasi milik Ochobot lebih menguntungkan bagi Kapten Vargoba daripada menyerang Sunnova Station. Oleh itu, ahli-ahli TAPOPS perlu menghalang Kapten Vargoba daripada mendapatkan apa yang diingininya, walau mereka perlu berjuang di Stesen TAPOPS sekalipun.
24"Sinaran Penamat"22 Jun 201823 Jun 2018
BoBoiBoy menggunakan kuasa elemental cahayanya untuk mengimbangi dengan kuasa magnet Kapten Vargoba yang hampir mustahil untuk dilemahkan.

Musim 2 (2023–2025) sunting

Episod Tajuk Tarikh siaran pertama
Youtube Netflix
TV9
BoBoiBoy Galaxy Sori
1"Kembali Beraksi!"3 Disember 202313 Disember 2023
Selepas kehancuran Stesen TAPOPS akibat serangan Retak'ka, pengembaraan baru menanti BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Tanpa disangka, seorang musuh lama muncul kembali dengan rancangan jahat yang baru.
2"Rahsia King Balakung!"10 Disember 202314 Disember 2023
Tanpa disangka-sangka, Planet Rimbara merupakan bekas jajahan King Balakung, pemilik asal Kuasa Elemental Balak yang tewas di tangan Retak'ka. Sebuah planet yang penuh dengan rahsia. Dapatkah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung dan mendapatkan Kuasa Elemental Balak?
3"Resepi Warisan Terulung!"17 Disember 202320 Disember 2023
Akibat pembelotan Qually, BoBoiBoy dan rakan-rakan kembali pada Tuan Guru Gaharum dengan tangan kosong. Namun begitu, BoBoiBoy diberi satu lagi peluang untuk membuktikan kesungguhannya. Siapakah yang bakal mewarisi ilmu turun-temurun Tuan Guru Gaharum? BoBoiBoy atau Qually?
4"Belantara Penuh Bahaya!"21 Disember 202321 Disember 2023
Setelah menerima benih Oakuat dari Tuan Guru Gaharum, BoBoiBoy kini bersemangat untuk mempelajari Kuasa Elemental Tahap Ketiga. Akan tetapi rancangan BoBoiBoy berjaya dihidu musuh yang licik dan penuh muslihat. Pertarungan dua seteru ini membawa mereka ke sebuah dunia yang buas dan liar, Planet Kadruax!
5"Puak Purba Kadruax!"24 Disember 202327 Disember 2023
Setelah bersemuka dengan gerombolan Tumbosaur di Planet Kadruax, BoBoiBoy dan rakan-rakan berusaha melepaskan diri demi menjejak Power Sphera Pasubot yang amat berharga. Namun ada satu lagi kejutan sedang menanti mereka di belantara Kadruax, yang boleh membuatkan rancangan mereka jadi kucar-kacir.
6"Paduan Dua Kuasa!"28 Disember 202328 Disember 2023
BoBoiBoy Solar, BoBoiBoy Duri dan Ying telah pun tiba di piramid Baja, tempat tersimpannya Power Sphera PasuBot. Mampukah mereka menyelamatkan PasuBot sebelum Adu Du dan Probe? Atau adakah Adu Du berjaya memperoleh Power Sphera tersebut dan mengeluarkan kuasa terpendam dalam dirinya?
BoBoiBoy Galaxy Windara
7"Pelawat Misteri Dari Angkasa Lepas!"Jun 2024Jun 2024
TBA

Rujukan sunting

  1. ^ "BoBoiBoy Galaxy Musim 2 Teaser Trailer". YouTube.
  2. ^ "BoBoiBoy Galaxy Musim 2 temui peminat pada Disember". Astro Awani. Dicapai pada 21 Aug 2023.
  3. ^ "Boboiboy Galaxy musim kedua Disember". Berita Harian. Dicapai pada 23 Aug 2023.