Senarai episod Oh My English!

rencana senarai Wikimedia

Oh My English! merupakan siri drama televisyen Malaysia yang bertemakan komedi dan pendidikan. Rancangan ini juga menggalakkan para pelajar ke arah penggunaan Bahasa Inggeris yang betul. Selain itu, rancangan ini mempunyai 20 episod (Musim 1-2; Musim 4), 23 episod (Musim 3), 24 episod (Musim 6) dan 13 episod (Musim 5). Setiap episod disiarkan selama 30 minit (Musim 1-5) dan 15 minit (Musim 6). Astro TVIQ menjadi penyiar utama bagi rancangan ini melalui saluran 610, manakala rancangan ini disiarkan dalam definisi tinggi di saluran Astro Mustika HD melalui saluran 134 (hanya Musim 1-3) dan Astro Maya HD melalui saluran 135 (Musim 3-6). Siri ini mula pada 20 Mei 2012. Siri ini ditamatkan siaran pada 17 Disember 2017. [1]

Ringkasan siri sunting

Musim Episod Tarikh siaran
Episod pertama Episod akhir
1 20 20 Mei 2012 (2012-05-20) 16 September 2012 (2012-09-16)
2 20 31 Mac 2013 (2013-03-31) 28 Julai 2013 (2013-07-28)
3 23 18 Mei 2014 (2014-05-18) 19 Oktober 2014 (2014-10-19)
4 20 7 Jun 2015 (2015-06-07) 27 Disember 2015 (2015-12-27)
5 13 31 Julai 2016 (2016-07-31) 23 Oktober 2016 (2016-10-23)
6 24 1 Oktober 2017 (2017-10-01) 17 Disember 2017 (2017-12-17)
Telemovie 9 27 November 2013 (2013-11-27) 21 Mac 2018 (2018-03-21)


Senarai episod sunting

Musim 1 (2012) sunting

Siri Musim Tajuk Tarikh penyiaran
11"Tak Kenal Maka Tak Cinta"20 Mei 2012 (2012-05-20)
Seorang ‘Mat Salleh’ telah tiba di SMK Ayer Dalam. Kehadirannya telah menjadi buah mulut pelajar. Siapakah jejaka ini? Apakah yang akan dilakukannya di sekolah tersebut? Selepas diperkenalkan kepada para pelajar, barulah mereka ketahui siapa sebenarnya Mr. Henry Middleton. Apa terjadi kemudian?
22"Kita Boleh!"20 Mei 2012 (2012-05-20)
Shafiq dan Jibam ingin menyertai pasukan bola sepak. Pada masa yang sama Mr. Middleton telah memberi semangat kepada mereka untuk mengenali erti cita-cita dan cara memenuhinya. Ini membuatkan murid-murid termasuk penjaga sekolah, Pak Cik Sham teruja untuk memenuhi impian dan aspirasi mereka.
33"Cakap Atau Bayar?"27 Mei 2012 (2012-05-27)
Puan Hajar telah mengarahkan murid-murid supaya bertutur dalam Bahasa Inggeris – atau bayar 20 sen sebagai denda sekiranya mereka bertutur dalam bahasa lain. Untuk mengelakkan membayar denda, murid-murid berbelah-bagi sama ada bertutur dalam bahasa Inggeris ataupun mendiamkan diri. Apakah kesudahannya?
44"Tunjuk Dan Cerita"3 Jun 2012 (2012-06-03)
Suasana menjadi tegang apabila Faiz dan Farouk berebut gitar. Pada masa yang sama, Mr. Henry meminta setiap murid membawa objek yang boleh diceritakan dalam sesi Tunjuk dan Cerita. Apakah yang terjadi apabila seorang pelajar membawa serbuk gatal ke sekolah?
55"Pengganti Mak Cik"10 Jun 2012 (2012-06-10)
Anusha mengambil alih kantin apabila Mak Cik secara tiba-tiba meninggalkan sekolah. Encik Mohd Salleh mengambil kesempatan ini untuk mencari wang tambahan. Muslihatnya telah dapat dihidu oleh Puan Hajar. Adakah Mak Cik kantin akan kembali dan menjelaskan tentang ketiadaannya?
66"Salah Sangka!"17 Jun 2012 (2012-06-17)
Mr. Henry ingin mengajar simpulan Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajarnya tetapi mereka menyalah erti dan menyangka dia ingin mengadakan majlis jamuan. Semasa pelajar-pelajar sibuk membuat persediaan, mereka semakin kebingungan apabila Henry berkata bukan itu yang dia maksudkan. Perselisihan faham terus berlaku antara Mr. Henry dan pelajar-pelajar.
77"Chickenpox"24 Jun 2012 (2012-06-24)
Mr. Henry memberitahu pelajar-pelajarnya bahawa hanya Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kelasnya. Azlin jatuh sakit tetapi malangnya tidak tahu bagaimana menerangkannya kepada rakan-rakan dalam bahasa Inggeris. Semua pelajar pula mula berpura-pura sakit tetapi akhirnya mereka betul-betul dijangkiti demam campak yang dihidapi oleh Abang Sham.
88"Olimpik"1 Julai 2012 (2012-07-01)
Sukan Olimpik semakin hampir, Mr. Henry meminta pelajar-pelajar melakukan penyelidikan tentangnya. Pelajar-pelajar menjadi bersemangat untuk bersaing antara satu sama lain sehinggakan sanggup mencuri idea. Keadaan ini membuka ruang untuk mendidik pelajar-pelajar erti semangat kesukanan yang sebenar. Berjayakah mereka mengatasi antara satu sama lain?
99"Hari Bunga"8 Julai 2012 (2012-07-08)
Azlin menerima sekuntum bunga daripada seseorang yang meminatinya secara rahsia pada Hari Guru. Siapakah lelaki tersebut?
1010"Panasnya!"15 Julai 2012 (2012-07-15)
Cuaca panas di Malaysia menyebabkan Mr. Henry jatuh sakit. Berita ini tersebar luas. Kerana tersalah faham, En. Mohd Salleh menganggap Mr. Henry telah meninggal dunia. Akhirnya, berita ini sampai ke telinga Puan Hajar. Apakah reaksi Puan Hajar?
1111"Selebriti"22 Julai 2012 (2012-07-22)

Lisa Surihani, seorang bintang filem tersohor telah mengunjungi SMK Ayer Dalam untuk mencari pelakon-pelakon bagi membintangi filem terbarunya yang menggunakan bahasa Inggeris! Kesemua pelajar 3 Merah telah menyertai sesi uji bakat yang diadakan di sekolah tesebut. Siapakah yang berjaya?

Penampilan istimewa: Lisa Surihani
1212"Blog Misteri"29 Julai 2012 (2012-07-29)
Para pelajar SMK Ayer Dalam begitu teruja dapat menemui blog baru di laman sesawang. Tetapi, tiba-tiba mereka patah semangat apabila mendapati blog tersebut menyiarkan kisah diri mereka. Siapakah penulis blog tersebut?
1313"Kelas 3 Merah Cungkil Bakat!"5 Ogos 2012 (2012-08-05)
SMK Ayer Dalam telah mengadakan pertandingan bakat. Nabil Raja Lawak telah dijemput menjadi pengadil. See Yew Soon telah mendendangkan lagu “Can’t Live” oleh Mariah Carey manakala Pak Sham pula menyanyikan lagu allahyarham Sudirman. Siapakah yang berjaya menjadi juara?
1414"Tekanan"12 Ogos 2012 (2012-08-12)
Disebabkan hari peperiksaan semakin hampir, Encik Mohd Salleh menggesa para pelajar supaya memperbaiki prestasi masing-masing. See Yew Soon mengambil kesempatan dengan menjual karangan contoh kepada rakan-rakan sekelasnya. Dapatkah Mr Middleton menghidu perbuatan ini?
1515"Ucapan"19 Ogos 2012 (2012-08-19)
Mr. Middleton berusaha memperbaiki ucapannya dalam Bahasa Malaysia. Beliau mendapatkan bantuan daripada para pelajarnya sendiri serta Encik Mohd Salleh. Malangnya, Encik Mohd Salleh cuba mensabotaj ucapan beliau. Mujurlah Faiz dan Pak Sham sempat membantu. Apakah reaksi Encik Mohd Salleh?
1616"Pecah Tembelang"26 Ogos 2012 (2012-08-26)
Mazlee telah menemui seekor kucing yang terlepas tetapi tidak tahu siapa pemiliknya. Para pelajar SMK Ayer Dalam saling membantu menjaga kucing tersebut. Namun begitu, tanpa mereka sedari ini membuatkan badan Mr Middleton gatal-gatal kerana beliau alah dengan kucing. Apakah tindakan mereka terhadap kucing tersebut?
1717"Debat Hebat"2 September 2012 (2012-09-02)
SMK Ayer Dalam telah mengadakan pertandingan bahas antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Tajuk yang diberikan oleh Mr Middleton ialah - “Inspirational People”. Salah satu pasukan mengambil ringan tentang perbahasan ini, manakala yang satu lagi berusaha gigih untuk menang. Keadaan menjadi huru-hara apabila Puan Hajar memberitahu mereka bahawa perbahasan tersebut akan dijalankan dalam bahasa Inggeris!
1818"Jualan Lambak"9 September 2012 (2012-09-09)
SMK Ayer Dalam telah mengadakan jualan lambak dan setiap pelajar dikehendaki membawa sesuatu untuk dijual. Untuk meningkatkan jualan, Puan Hajar mengubah konsep jualan tersebut kepada pertandingan. Siapakah yang menang?
1919"Perpisahan, Bahagian 1"16 September 2012 (2012-09-16)

Mr. Middleton sangat hampa dengan prestasi para pelajarnya. Beliau mungkin diminta melepaskan jawatannya kerana mereka gagal menyerlah dalam peperiksaan. Para pelajar mengambil keputusan untuk memberi semangat kepada Mr Middleton dengan berjanji untuk menguasai bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh. Adakah tindakan pelajar ini memungkinkan khidmat Mr Middleton disambung?

Nota: Ini adalah episod pertama apabila bahasa Henry dirosakkan.
2020"Perpisahan, Bahagian 2"16 September 2012 (2012-09-16)

Para pelajar sedih dan hampa Mr Middleton akan meninggalkan mereka. Mereka merancang untuk meraikan beliau dalam satu majlis perpisahan. Suatu persembahan pentas berjudul “Malaysian Boy” yang dibarisi bintang-bintang seperti Altimet, Ila Damia, Point Blanc dan DJ Fuzz serta selebriti jemputan Rozita Che Wan telah diadakan. Berjayakah mereka menambat hati Mr Middleton atau adakah Mr Middleton dipaksa meninggalkan SMK Ayer Dalam?

Penampilan istimewa: Rozita Che Wan, Altimet, Ila Damia, Point Blanc & DJ Fuzz

Musim 2 (2013) sunting

Siri Musim Tajuk Tarikh penyiaran
211"Guru Baru"31 Mac 2013 (2013-03-31)

Prestasi cemerlang Kelas 3 Merah telah menambat hati Mr. Middleton (Zain Saidin) untuk kekal di SMK Ayer Dalam. Kemunculan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), guru Bahasa Melayu baharu yang manis, menguatkan lagi tekad Mr. Middleton untuk terus mengajar. Namun begitu, terdapat khabar angin bahawa Cikgu Ayu merupakan seorang guru yang tegas. Kelas 3 Merah mengambil keputusan untuk mengunci pintu kelas bagi menghalangnya masuk. Malangnya, rancangan mereka memakan diri apabila kunci kelas pula hilang! Seorang lelaki misteri muncul untuk menyelamatkan mereka. Siapakah lelaki misteri tersebut?

Penampilan istimewa: Aaron Aziz & Rozita Che Wan.
222"Siapa Lelaki Itu?"7 April 2013 (2013-04-07)
Lelaki misteri yang menyelamatkan para pelajar akhirnya diketahui. Dia sebenarnya Cikgu Malik (Aaron Aziz), guru sukan baharu yang tegap dan tampan. Tugasnya melatih pasukan bola sepak sekolah. Perselisihan tercetus antara Mr. Middleton (Zain Saidin) dan Cikgu Malik yang menyebabkan Shafiq (Addy Ashraf) tersepit di tengah. Keadaan menjadi semakin hangat apabila kedua-dua mereka saling mencabar. Seorang menunjukkan keupayaannya menguasai Bahasa Inggeris dan seorang lagi handal dalam bola sepak. Siapakah yang lebih hebat?
233"Terkena"14 April 2013 (2013-04-14)
Tindakan Mr. Middleton (Zain Saidin) mengenakan para pelajar pada hari ‘April Fool’, membuatkan mereka nekad untuk membalas dendam. Caranya – dengan melakukan panggilan ‘Gotcha’ terhadap Mr. Middleton melalui Hitz FM (bersama pengacara radio Jin dan Ryan)! Malangnya, rancangan Kelas 3 Merah tak menjadi apabila mereka tersalah orang. Siapakah lelaki ini?
244"Pelajar Baharu"21 April 2013 (2013-04-21)
Dua orang pelajar baharu telah menyertai Kelas 3 Merah. Mereka ialah Hani (Iezah Dyana), pelajar perempuan yang periang dan optimistik, dan Azlan (Syafie Naswip), pelajar lelaki yang kepala angin dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan sekelas. Ketika Hani cuba bermesra dengan mereka, Azlan pula membuli. Kelas 3 Merah tidak menyenangi perkara ini. Jadi, siapakah yang berani menentang Azlan?
255"Gosip!"28 April 2013 (2013-04-28)
Khabar angin bertiup tentang ‘hubungan’ Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) dengan Mr. Middleton (Zain Saidin). Para pelajar Kelas 3 Merah memutuskan untuk menyiasat tentang apa yang telah berlaku. Gosip-gosip ini juga telah didengari oleh Cikgu Malik (Aaron Aziz) dan Encik Mohamed Salleh (Harun Salim Bachik) yang akhirnya mengambil keputusan untuk bertindak!
266"Mentor"5 Mei 2013 (2013-05-05)
SMK Ayer Dalam telah mengadakan rancangan Mentor dan Anak Didik yang menggandingkan guru dengan pelajar. Nasib Jibam dan Mazlee begitu malang, apabila Encik Mohd Salleh (Harun Salim Bachik) menjadi mentor mereka. Namun begitu, sangkaan mereka meleset apabila mereka lebih beruntung di bawah bimbingan Encik Mohd Salleh.
277"Siapa Berani"12 Mei 2013 (2013-05-12)
Para pelajar perempuan panik apabila dikehendaki mengambil suntikan Rubella. Keadaan menjadi lebih teruk apabila para pelajar lelaki mengejek dan mengusik mereka. Ini membuatkan pelajar perempuan sakit hati lalu mengajak pelajar lelaki bertanding dalam pertandingan menguji keberanian. Siapakah yang benar-benar berani?
288"Gara-gara Hantu Kak Milah!"19 Mei 2013 (2013-05-19)
Beberapa orang pelajar telah terpilih untuk menyertai kem pengakap dan kesedihan terbayang pada wajah pelajar yang tidak tersenarai. Untuk menggembirakan mereka, Mr. Middleton (Zain Saidin) memutuskan untuk mengadakan sesi perkhemahan khas di padang sekolah untuk mereka yang tidak terpilih .Malangnya, keceriaan bertukar menjadi ketakutan apabila mereka mendapat tahu kawasan tersebut berhantu. Benarkah ada hantu?
299"K-POP, Bahagian 1"26 Mei 2013 (2013-05-26)
Kelas 3 Merah sungguh teruja apabila diberitahu mereka akan menerima kunjungan pelajar dari Korea oleh Mr. Middleton (Zain Saidin). Mereka bertelagah tentang siapakah pelajar tersebut. Para pelajar perempuan yakin bahawa pelajar dari Korea ini seorang penari yang hebat. Jadi, mereka pun berlatih menari K-Pop untuk menarik perhatiannya, manakala para pelajar lelaki pasti pelajar Korea ini kaki sukan. Jadi, sangkaan siapakah yang betul?
3010"K-POP, Bahagian 2"2 Jun 2013 (2013-06-02)
Pelajar Korea yang bernama Lee Chung Ae rupa-rupanya seorang perempuan! See Yew Soon (Roax Tan) terus jatuh hati padanya, dan mencuba sedaya upaya untuk memikatnya. Fikirannya mula bercelaru sehinggakan dia mencampur aduk permintaan rakan-rakan. Akhirnya para pelajar mahukan See Yew Soon melupakan sahaja gadis Korea tersebut. Apakah yang berlaku?
3111"Sedia.. "Action!""9 Jun 2013 (2013-06-09)
Azlin (Izara Aishah) memberitahu rakan-rakannya bahawa dia mendapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem yang turut dibintangi Lisa Surihani. Azlin juga tidak berhenti-henti bercakap gah tentang tawaran ini. Namun begitu, dia tidak membenarkan sesiapa melihatnya berlakon kecuali Cikgu Malik (Aaron Aziz) yang telah dilantiknya sebagai pengurus baharu. Hajat Azlin tidak kesampaian apabila rakan-rakannya juga dijemput untuk berlakon dalam filem itu.
3212"Pak Sham Mogok!"16 Jun 2013 (2013-06-16)
Sikap tidak bertanggungjawab para pelajar membuang sampah di merata-rata tempat, telah membuat Pak Sham (Mr Os) mogok dan enggan datang bekerja. Sampah semakin menimbun. Mr. Middleton berpendapat para pelajar harus bertanggungjawab atas perbuatan mereka.
3313"Hari Kerjaya bersama Fazura"23 Jun 2013 (2013-06-23)

Mr Middleton meminta setiap pelajar bercerita tentang kerjaya impian masing-masing pada Hari Kerjaya. Mereka juga dikehendaki mengenakan pakaian kerjaya yang dipilih. Suasana menjadi kecoh apabila mereka cuba membayangkan kerjaya impian masing-masing!

Penampilan Istimewa: Fazura
3414"Banjir"30 Jun 2013 (2013-06-30)
SMK Ayer Dalam terputus hubungan dengan dunia luar, apabila banjir kilat melanda. Para pelajar dan guru berjaya mengawal keadaan sementara menunggu bantuan tiba. Malangnya, banjir bertambah buruk dan keadaan menjadi kelam-kabut apabila para pelajar lelaki tidak kelihatan. Ke manakah mereka menghilang?
3515"Hari Denda Lagi"7 Julai 2013 (2013-07-07)
Pn Hajar meninggalkan SMK Ayer Dalam untuk mengikuti kursus dan menyerahkan tugasnya kepada Encik Mohd Salleh. Kesempatan ini diambil oleh Encik Mohd Salleh untuk menghukum para pelajar dan guru-guru dengan mengenakan denda bagi setiap kesalahan yang dilakukan. Mr Henry dan pelajarnya tidak senang dengan perkara ini dan mencari jalan untuk menyekat tindakan yang merugikan mereka. Berjayakah mereka melakukannya?
3616"Kenapa dengan Anusha?!"7 Julai 2013 (2013-07-07)
Perubahan sikap Anusha yang kelihatan tidak bermaya dan tidak bersemangat seperti dahulu menimbulkan tanda tanya di kalangan pelajar yang lain. [2]
3717"Filem Oh Filem"14 Julai 2013 (2013-07-14)
Apabila mengetahui ada pertandingan filem pendek, Kelas 3 Merah membuat keputusan untuk menyertainya. Antara syarat yang dikenakan ialah video tersebut harus berkaitan dengan sekolah mereka dan menggunakan bahasa Inggeris. Malangnya, Mr Middleton, Cikgu Malik dan para pelajar tidak sepakat tentang kandungan video yang ingin dihasilkan.
3818"Jibam Tube"14 Julai 2013 (2013-07-14)
Setelah menyiarkan video nyanyiannya di internet, Jibam menerima ribuan komen negatif. Malah, para pelajar Kelas 3 Merah turut mempermainkannya. Ini membuatkan Jibam kemurungan. Menyedari hal ini, Puan Hajar, Hani dan Cikgu Ayu cuba memulihkan semangat Jibam. Dalam pada itu, See Yew Soon tertarik dengan tindakan Jibam dan ingin mengikuti langkahnya. Berjayakah See Yew Soon?
3919"Masalah Berganda-ganda"21 Julai 2013 (2013-07-21)

Kelas 3 Merah merancang untuk mengadakan lawatan ke Astro! Semasa melawat, Mazlee dan Azlin didapati tidak bersama pelajar lain kerana ingin bertemu Datuk Aznil Haji Nawawi. Ketika mencari kedua-dua pelajar ini, Mr Henry terserempak dengan Sara Jane, bekas teman wanitanya dari London. Dapatkah Sara meyakinkan Mr Middleton untuk kembali ke UK?

Penampilan Istimewa: Aileen Gabriella Robinson, Allahyarham Yus Jambu, Aznil Hj Nawawi & Rykarl Iskandar
4020"Stuck In The Middle"28 Julai 2013 (2013-07-28)

Ketika hubungan Mr Middleton dan Cikgu Ayu baru saja berputik, bekas teman wanitanya Sara Jane muncul di sekolah dan menjemputnya untuk makan malam dalam usaha memikatnya semula. Mr Middleton terperangkap dalam perasaan berbelah-bagi. Pada masa yang sama, Cikgu Malik cuba memikat Cikgu Ayu. Keadaan berubah apabila Cikgu Ayu diminta kembali ke Terengganu. Mr Middleton dan Cikgu Ayu dalam dilema kerana sebarang keputusan akan melibatkan masa depan mereka.

Penampilan Istimewa: Aileen Gabriella Robinson

Musim 3 (2014) sunting

Siri Musim Tajuk Tarikh siaran
411"Selamat Kembali, Kelas"18 Mei 2014 (2014-05-18)
Episod ini akan membariskan pelajar dan guru baharu.
422"Putri dan Papa"25 Mei 2014 (2014-05-25)

Putri, pelajar baharu telah menyertai kelas 4 Merah. Namun sikap ayahnya yang terlalu melindunginya menyebabkan Putri mengalami kesukaran untuk berkawan.

Penampilan istimewa: Rashidi Ishak
433"Kelab"1 Jun 2014 (2014-06-01)
Nampaknya, akan ada cikgu-cikgu baru di SMK Ayer Dalam! Agak-agaknya siapa mereka dan subjek apa yang mereka ajar?
444"Bee FF"8 Jun 2014 (2014-06-08)
Siapakah yang akan kembali semula ke SMK Ayer Dalam untuk bertemu teman lamanya?
455"Hari Lahir"15 Jun 2014 (2014-06-15)
Pelajar 4 Merah sedang merancang parti hari jadi.
466"Instafamous"22 Jun 2014 (2014-06-22)
Kelas 4 Merah ambil Selfie?
477"Ramadan"29 Jun 2014 (2014-06-29)
Penampilan istimewa: Faizal Hussein
488"You Jelly, Henry?"13 Julai 2014 (2014-07-13)
Penampilan istimewa: Hans Issac
499"Bend It Like Jojie"20 Julai 2014 (2014-07-20)
Perempuan vs Lelaki? Siapakah yang akan menang pertandingan bola sepak ala Piala Dunia di SMK Ayer Dalam?
5010"Semangat Bekerjasama"27 Julai 2014 (2014-07-27)
Pelajar-pelajar cuba untuk mengutip derma! Adakah mereka akan berjaya?
5111"Bring It On, Ayer Cetek! (Bahagian 1)"3 Ogos 2014 (2014-08-03)
Pertandingan bersorak tahunan hampir menjelang! Adakah Mazlee & Anusha boleh mencari pengganti Azlin? Adakah SMK Ayer Dalam akan menang pada tahun ini?
5212"Hari Raya"10 Ogos 2014 (2014-08-10)
5313"Bring It On, Ayer Cetek! (Bahagian 2)"10 Ogos 2014 (2014-08-10)
Hari pertandingan bersorak tahunan sudah tiba! Adakah SMK Ayer Dalam akan mememanginya?
5414"Zack di Masa Depan"17 Ogos 2014 (2014-08-17)
Selepas dia jatuh dan terkena kepalanya, Zack terbangun dalam masa depan... tetapi berapa lama dalam masa depan?!
5515"1957: Merdeka (Bahagian 1)"24 Ogos 2014 (2014-08-24)
5616"1957: Merdeka (Bahagian 2)"31 Ogos 2014 (2014-08-31)
5717"Oh My Kantoi!"7 September 2014 (2014-09-07)
Nampaknya ada seorang yang memainkan "pranks" yang nakal dalam kelas 4 Merah! Siapakah dia?
5818"Soalan Bocor!"14 September 2014 (2014-09-14)
SYS menjual kertas jawapan kepada semua pelajar.
5919"My Fair Jojie"21 September 2014 (2014-09-21)

Jaclyn Victor akan melawat SMK Ayer Dalam! Adakah Jojie berkeyakinan untuk menjadi pengiring Jaclyn Victor?

Penampilan istimewa: Jaclyn Victor
6020"Puteri"28 September 2014 (2014-09-28)
Para pelajar 4 Merah akan keluar berbasikal bersama! Tetapi Putri berkata bahawa Papa Putri tidak akan memebenarkan Puteri untuk sertainya. Adakah Papa Putri akan menghalang aktiviti riadah ini?
6121"Universiti"5 Oktober 2014 (2014-10-05)
6222"Pengakhiran (Bahagian 1)"12 Oktober 2014 (2014-10-12)

Para pelajar enggan membayar hutang mereka kepada See Yew Soon. Sehinggakan SYS digelar 'ah long' oleh Zack. Sementara itu, Sarjan terjumpa diari Cikgu Bedah yang terjatuh di pintu utama sekolah dan ingin memulangkannya.

Penampilan istimewa: The Miz
6323"Pengakhiran (Bahagian 2)"19 Oktober 2014 (2014-10-19)

Musim 4 - Class of 2015 (2015) sunting

Siri Musim Tajuk Tarikh penyiaran
641"Permulaan yang Pelik"7 Jun 2015 (2015-06-07)
Jibam terlibat dalam kumpulan buli, yang mana persahabatannya dengan SYS diuji. Sementara itu, Mr. Middleton kembali dengan masalah berat badan berlebihan, dan hadapi masalah - seorang guru lelaki yang menawan yang akan mengugat hubungannya dengan Cikgu Ayu.
652"Bromance"14 Jun 2015 (2015-06-14)
Mr. Middleton terlibat dengan kemalangan akibat perbuatan Jibam. Persahabatan Jibam dan SYS semakin teruji ketika penyiasatan dilakukan untuk mencari punca yang mengakibatkan pembuli dan perkara yang berlaku terhadap Mr. Middleton. Adakah persahabatan mereka akan berakhir?
663"Hari Pemilihan"21 Jun 2015 (2015-06-21)
Pilihan raya pengawas-pengawas baru di kalangan Tingkatan 3 sedang dijalankan di SMK Ayer Dalam. Pelajar-pelajar senior merancang pelbagai taktik kotor untuk memenangi undi, dan pelajar-pelajar junior terperangkap dalam helah mereka. Sementara itu, Taylor Marie Smith, seorang pelajar pertukaran yang cantik menawan dari USA kini menggantikan Putri yang juga dalam program yang sama.
674"Kebakaran"28 Jun 2015 (2015-06-28)
Kebakaran kecil merebak di kelas 5 Merah disebabkan oleh plag penyambung yang diubahsuai oleh Jibam dan SYS. Persahabatan mereka diuji buat kali terakhir apabila mereka disoal siasat oleh Cikgu Ariff tentang peristiwa yang berlaku!
685"Zero to Hero"5 Julai 2015 (2015-07-05)

Mr. Middleton merasakan berat badannya adalah punca segala masalah, contohnya sewaktu dia gagal menyelamatkan Ayu daripada kebakaran. Beliau pergi mendapatkan pertolongan daripada bapa saudara Zack, seorang pelatih peribadi yang terkenal. Namun rancangannya memakan diri apabila Henry cuba mengambil jalan singkat!

Penampilan istimewa: Achey Bocey
696"Sahabat Pena"12 Julai 2015 (2015-07-12)
Taylor Marie Smith bersetuju untuk membantu rakannya Saleha dalam menyiapkan projek tahun akhir. Namun niat baiknya mendatangkan masalah yang mungkin akan memberi kesan buruk terhadap projek tersebut!
707"Perlu Buat atau Tak Perlu Buat"19 Julai 2015 (2015-07-19)
Seorang gadis kecil, Qistina, memperkenalkan konsep 'buat baik dibalas baik' di SMK Ayer Dalam. Semua orang bersetuju dengan idea tersebut kecuali Jojie yang berpendapat ianya tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri sendiri. Apakah yang akan terjadi?
718"Zack dan Taylor vs Dunia"26 Julai 2015 (2015-07-26)
Para pelajar tiba-tiba dipindahkan ke sebuah dunia permainan di mana Zack dan Taylor perlu menyelamatkan Mazlee dan diri mereka sendiri daripada raja pontianak Henry dan konco-konconya!
729"Henry Versi 2.0"2 Ogos 2015 (2015-08-02)
Mr. Middleton kini sudah penuh sihat dan berbadan sasa. Malangnya dia juga penuh riak dan sangat taksub dengan diet dan latihan fizikalnya. Cikgu Ayu mula mengadu akan masalah ini kepada Cikgu Ariff, dan mereka berdua semakin lama semakin rapat!
7310"Siapa yang akan Meninggalkan?"9 Ogos 2015 (2015-08-09)
Cikgu Ayu menolak pengakuan Mr. Middleton kerana tidak suka akan imej barunya. Henry kemudiannya menyedari yang kebahagiaan Ayu lebih penting daripada dirinya sendiri, dan menawarkan dirinya untuk berpindah sekolah. Sanggupkah beliau meninggalkan SMK Ayer Dalam?
74–7511–12"Sir, Kembalilah (Bahagian 1 & 2)"1 November 2015 (2015-11-01)
Ketiadaan Mr Middleton menyebabkan kemunculan guru-guru Bahasa Inggeris yang asing bagi Kelas 5 Merah. Antaranya, Cikgu Nurul (Christine Suzanne)!
7613"Energy Lives Here"8 November 2015 (2015-11-08)
Sayur dan See Yew Soon menyertai Pertandingan Sains anjuran Exxon Mobil yang akan disiarkan melalui TV, walaupun mereka mempunyai perancangan yang baik untuk projek tersebut tetapi tidak yakin untuk muncul di layar TV untuk membentangkannya pada jutaan penonton.
7714"Ghostbusters"15 November 2015 (2015-11-15)
Akibat gambar yang diambil oleh Sarjan, khabar angin bertiup kencang dalam kalangan pelajar SMK Ayer Dalam bahawa sekolah tersebut berhantu. Cikgu Ayu tidak percaya perkara ini berlaku. Dia meminta para pelajar membantunya menegakkan kebenaran.
7815"Penipuan Sam"22 November 2015 (2015-11-22)

Miss Soo mula berubah sikap apabila hatinya terpaut pada Sam yang ditemuinya melalui internet. Sementara itu, Mr Middleton dan Cikgu Ayu terperangkap dalam satu komplot sehingga kerugian wang tunai.

Penampilan istimewa: Shaheizy Sam
7916"Penukaran Badan"29 November 2015 (2015-11-29)
Cikgu Ayu dan Jojie tidak sepakat dengan isu yang dihadapi dan inginkan pandangan pihak ketiga sekiranya berada di tempat mereka. Namun begitu, kejutan elektrik telah mengubah keadaan mereka. Cikgu Ayu menjadi Jojie dan Jojie menjadi Cikgu Ayu.
8017"Maraton Selfie"6 Disember 2015 (2015-12-06)

Dalam episod ini, Miss Soo mencabar kelas 5 Merah untuk 'berselfie' dengan idola sukan masing-masing. Mereka dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan pertama memilih Eric Dier daripada Totenham Hotspurs yang masih berada di Malaysia pada ketika itu, manakala Pasukan Kedua memilih bintang sukan tempatan iaitu Farah Ann.

Penampilan istimewa: Farah Ann
8118"Adik-Beradik Mr. Middleton"13 Disember 2015 (2015-12-13)

Mr Middleton sibuk membeli bunga dan cenderahati untuk seorang gadis misteri. Dia juga kelihatan aneh ketika berbual dengan Cikgu Ayu, Miss Soo dan Cikgu Bedah. Kemudian, Mr Middleton kelihatan bersama seorang wanita Inggeris. Ini menimbulkan salah faham antara para pelajar dan Cikgu Ayu. Akhirnya, Miss Soo, Cikgu Bedah dan Cikgu Ayu bertindak untuk menyerang Mr Middleton. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Henry yang bersuara lembut itu sebenarnya Humphrey, kembar Mr Middleton dan wanita yang cantik itu pula merupakan kakak mereka bernama Hannah.

Penampilan istimewa: Sasha Saidin
8219"Masa Depan"20 Disember 2015 (2015-12-20)

Para pelajar bersiap siaga menghadapi peperiksaan. Ada yang sibuk belajar dan ada yang mencari ketenangan. Bagaimanapun, Anusha kelihatan muram. Biarpun dia telah habis mengulang kaji dan yakin untuk mendapat keputusan cemerlang, Anusha tidak mempunyai cita-cita. Dalam kesibukan mencari jawapan, mereka terserempak dengan Amber Chia. Amber menasihati mereka cara menempatkan diri dalam kehidupan harian dan melakukannya secepat mungkin agar perjalanan hidup gemilang dan cemerlang.

Penampilan istimewa: Amber Chia
8320"Sahabat, Selamanya"27 Disember 2015 (2015-12-27)
Para pelajar sibuk melakukan persiapan untuk parti hari terakhir persekolahan. Mereka gembira kerana hari peperiksaan sudah berlalu dan kini tidak lagi perlu ke sekolah. Mereka berkongsi rancangan masa hadapan dan cita-cita termasuk berhijrah dan melakukan perkara baharu. Ini berbeza dengan Jojie yang tidak tahu apa yang harus dilakukannya selepas peperiksaan. Menyedari akan tindakan rakan-rakannya untuk berhijrah dan melangkah jauh, Jojie mengambil keputusan untuk tidak menjadi orang terakhir mengucapkan 'selamat tinggal' kepada mereka. Dalam kesedihan, dia meninggalkan majlis secara senyap tanpa disedari oleh rakan-rakan yang sibuk menyatukan Mr Middleton dan Cikgu Ayu. Mereka merasakan bahawa Cikgu Ayu tidak harus dibiarkan keseorangan apabila mereka tiada nanti. Bagaimanapun, rancangan ini dihentikan apabila mereka mendapat tahu Jojie sudah tiada lagi bersama mereka. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk mencari Jojie.

Musim 5 - After School (2016) sunting

Siri Musim Tajuk Tarikh penyiaran
841"Pengembaraan Baru"31 Julai 2016 (2016-07-31)

Selepas SPM, See Yew Soon telah diculik semasa berniaga di tepi jalan. Rupa-rupanya penculik itu, Mr. A mahu See Yew Soon menjalankan perniagaan kafe. See Yew Soon mendapat bantuan daripada Zack dan Jibam untuk menguruskan perniagaan ini. Zack dan Jibam pada mulanya beragu-ragu, tetapi membuat keputusan untuk membantu See Yew Soon demi persahabatan mereka. Mereka memulakan perniagaan kafe dengan melayan pelanggan pertama mereka, Zul (Kamal Adli) dengan kelam kabut. Mereka dengan tidak segaja menghasilkan hidangan istimewa pertama mereka, "Flooded Ro-Tea" apabila Teh Tarik tertumpah di atas sepinggan Roti Canai. Mereka terkejut kerana hidangan ini diterima baik oleh pelanggan! Mereka mula beryakinan untuk menjalankan perniagan kafe ini. Mereka juga terkejut apabila mendapati kotak misteri yang mengandungi jam tangan yang boleh bercakap dan memperkenalkan diri sebagai Mia. Tanpa pengetahuan mereka, dalam diam-diam, Mr A memerhatikan mereka sepanjang masa.

Penampilan istimewa: Kamal Adli
852"Tebusan Kafe"7 Ogos 2016 (2016-08-07)
Biarpun kafé sudah dibuka tetapi SYS, Zack & Jibam masih menghadapi kesulitan memajukan perniagaan. Kekeliruan antara ‘flour’ dan ‘flowers’ oleh Zack melewatkan Jibam menyediakan “Ro Tea Banjir” untuk pelanggan sehingga memaksa See Yew Soon menghiburkan pelanggan sehingga makanan sampai. Namum keadaan semakin tegang sehingga situasi tebusan terjadi di kafe. Pihak polis dipanggil untuk menenteramkan keadaan. Ini menarik perhatian media untuk membuat laporan meluas. Dalam pada itu, mereka masih merahsiakan kewujudan jam tangan cerdik, Mia. Malangnya, kepetahan dan kegalakkan Mia bercakap yang bagaikan murai meributkan lagi keadaan.
863"Komplikasi Renovasi"14 Ogos 2016 (2016-08-14)

Berita tentang tebusan di kafé telah sampai ke pengetahuan Taylor (Juliana Evans). Keprihatinannya terhadap SYS, Zack & Jibam membuatkannya singgah di kafé untuk melihat keadaan sebenar. Dia terkejut apabila mendapati kafé tidak terurus dan bertindak untuk memperkemaskannya. Semasa kafé dicat indah berlaku sedikit kemalangan terjadi sehingga meninggalkan tanda pada dinding.

Penampilan istimewa: Juliana Evans
874"Amelia"21 Ogos 2016 (2016-08-21)

Selepas kafé dikemaskan, perniagaan mula berkembang dan pelanggan ramai datang. Tetapi, sikap SYS, Zack & Jibam yang cemerkap dan suka berseronok menyebabkan dapur terbakar semasa mereka sibuk melayani pelanggan yang cerewet. Keadaan ini dapat diselamatkan oleh Amelia (Amelia Henderson), si jelita yang serta merta menawan hati Zack. Amelia ditawarkan kerja sebagai pekerja sambilan tanpa berunding dengan See Yew Soon. See Yew Soon tidak bersetuju dengan langkah Zack dan mahu memecat Amelia serta-merta.

Penampilan istimewa: Amelia Henderson
885"Nasi Ayam Terhangat!"28 Ogos 2016 (2016-08-28)
Pelanggan mula bosan menikmati “Ro Tea Banjir” dan inginkan juadah baharu. Tapi dalam menu hanya juadah ini saja tertera. Bagi memenuhi permintaan pelanggan comel yang merupakan pelanggan setia kafe, Zack telah menyajikan Nasi Ayam yang dibelinya dari gerai Mak Yam berdekatan. Ketika melihat ini, Amelia sangka mereka sudah ada menu baharu dan mula menawarkannya kepada pelanggan lain. Malangnya, Jibam tak tahu masak nasi ayam. Memandangkan pelanggan sudah menempahnya, mereka membeli semua nasi ayam dari gerai Mak Yam dan menjualnya pada harga yang lebih mahal. Perbuatan mereka dikesan oleh Mak Yam. Jadi,mereka terpaksa memasak nasi ayam sendiri. Maka terciptalah Nasi Ayam Pelangi Mozarella!
896"Dapur Ngeri"4 September 2016 (2016-09-04)

SYS, Zack dan Jibam mengadakan uji bakat terbuka untuk mencari Ketua Chef. Setelah merasai masakan seorang chef misteri, mereka tergoda dengan masakannya. Rupa-rupanya chef tersebut tidak lain daripada Cikgu Bedah. Mengetahui kafé tersebut diuruskan oleh bekas pelajarnya, Cikgu Bedah menjadikan dirinya Ketua Chef mereka. Cikgu Bedah mengambil alih pengurusan dapur dan memberi kelas intensif yang bagaikan neraka. Ini membuat mereka memberontak dan cuba mensabotaj Cikgu Bedah. Meraka merancang sesuatu yang supaya dia akan melepaskan jawatannya.

Penampilan istimewa: Sherry Alhadad
907"Hari Yang Berulang"11 September 2016 (2016-09-11)

Kerana inginkan lebih publisiti, See Yew Soon dan rakan-rakannya sekerjanya mengambil keputusan menawarkan kafé menjadi ‘Soup Kitchen’ untuk menjamu makanan percuma kepada mereka yang gelandangan. Bagaimanapun, pada hari tersebut, Yew Soon yang agak berkira dan tidak jujur dengan niat untuk memberi makanan percuma kepada orang gelandangan mendapati dia mengharungi hari yang sama berulang kali sehingga dia bertanya pada diri kenapa semua ini berlaku dan bagaimana menghentikan keadaan yang luar biasa ini.

Penampilan istimewa: Nad Zainal
918"Budak Lelaki Bisu Sesat Jalan"18 September 2016 (2016-09-18)

Budak lelaki disangka bisu dan sesat telah memasuki kafé. Jibam tiada pada ketika itu menjadikan kafe kekurangan pekerja. See Yew Soon dan Zack terpaksa bertungkus-lumus. Kemunculan budak lelaki ini hanya menimbulkan huru-hara. See Yew Soon dan Zack cuba mencari sebab kenapa budak lelaki ini datang ke kafé tetapi sukar mendapat jawapan darinya kerana dia terus membisu. Jadi, mereka saling membantu bagi memastikan budak lelaki ini tidak mengganggu. Inilah permulaan mereka belajar cara menjaga budak lelaki dan bagaimana menyelesaikan masalah. Pengalaman yang mereka perolehi dengan budak lelaki ini menjadikan mereka mula mengambil berat tentangnya.

Penampilan istimewa: Fikry Ceria Popstar

Watak yang tidak hadir: Jibam
929"Impian Seni"25 September 2016 (2016-09-25)

SYS dan Zack berasa selesa dan leka apabila kafé mereka bertambah maju. Masing-masing pula diuji tentang kepentingan sendiri untuk membuat keputusan sama ada untuk terus menceburi bidang yang diimpikan selama ini atau sebaliknya dan membiarkan See Yew Soon mengurus kafé ini sendirian. Seorang pelanggan yang kebetulannya seorang pencari bakat baharu menawarkan Zack membuat rakaman setelah mendapati Zack boleh “rap”. Ini membuatkan Zack serba salah memilih antara memenuhi impiannya sebagai orang seni atau terus menolong mengembangkan perniagaan kafé bersama kawan-kawan. Dalam pada itu, semasa ketiadaan Jibam, mereka mendapati pembantu tukang memasak tidak tahu memasak!

Penampilan istimewa: Altimet

Watak yang tidak hadir: Jibam
9310"Terkunci"2 Oktober 2016 (2016-10-02)
SYS, Zack & Jibam mendapati mereka terperangkap dalam bilik stor yang dikunci dengan tidak sengaja dan mereka mula saling tuduh-menuduh. Namun mereka terpaksa saling berkerjasama untuk melepaskan diri. Sementara itu, Taylor yang secara kebetulan mengunjungi kafé telah bertemu dengan Amelia tetapi mereka tidak bersependapat.
9411"Sabotaj"9 Oktober 2016 (2016-10-09)

Mak Yam kini kehilangan pelanggan yang begitu ghairah mengunjungi After School Café. Dia menyamar dan mensabotaj perniagaan tersebut untuk memusnahkannya. Mak Yam berjaya dan akhirnya kafé tersebut dipaksa ditutup untuk selama-lamanya oleh Penguatkuasa Kebersihan dan Kesihatan (PPK) kerana tidak bersih dan dicemari lipas. Dalam kekesalan, SYS, Zack & Jibam melepak di gerai Mak Yam dengan penuh kesedihan dan yakin bahawa perniagaan mereka telah berakhir.

Penampilan istimewa: Didie Alias
9512"Malam Yang Seram"16 Oktober 2016 (2016-10-16)
SYS, Zack dan Jibam diberi peluang kedua oleh Penguatkuasa Kebersihan Kesihatan (PPK) untuk membersihkan kafé mereka dan menjalani pemeriksaan keesokan hari sebelum kebenaran diluluskan untuk membuka semula kafé. Mereka bertiga dan Amelia bertungkus-lumus melakukan pembersihan di setiap sudut. Malangnya, ketika mereka membersihkan kafe tersebut pada malam itu, mereka dihantui oleh sesuatu yang menyeramkan. Amelia lebih berani dari mereka bertiga. Dapatkah mereka meneruskan pembersihan?
9613"VIP Pengintip"23 Oktober 2016 (2016-10-23)

SYS, Zack, Jibam dan Amelia kepenatan kerana terpaksa membuat kerja pembersihan hingga larut malam. Amelia tidak dapat bekerja pada hari pemeriksaan kebersihan itu. Bagaimanapun Amelia meminta sepupunya, Lisa (Lisa Surihani) untuk mengambil tempatnya. Mereka amat prihatin dan mula mengesyaki setiap pelanggan yang datang ke kafe adalah pengintip PKK. Jatuh bangun perniagaan terletak pada Inspektor dari PKK (Yusry Abdul Halim) ini. Keadaan menjadi huru-hara apabila dengan tidak disangka sang lipas kembali semula.

Penampilan istimewa: Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim

Musim 6 - Level Up! (2017) sunting

Siri Musim Tajuk Tarikh penyiaran
971"Level Up!"1 Oktober 2017 (2017-10-01)
982"Guru Bahasa Inggeris"1 Oktober 2017 (2017-10-01)
993TBA8 Oktober 2017 (2017-10-08)
1004TBA8 Oktober 2017 (2017-10-08)
1015TBA15 Oktober 2017 (2017-10-15)
1026TBA15 Oktober 2017 (2017-10-15)
1037TBA22 Oktober 2017 (2017-10-22)
1048TBA22 Oktober 2017 (2017-10-22)
1059TBA29 Oktober 2017 (2017-10-29)
10610TBA29 Oktober 2017 (2017-10-29)
10711TBA5 November 2017 (2017-11-05)
10812"Idola Mawar"5 November 2017 (2017-11-05)
10913"Mr. Blond vs. Mr. Zack"12 November 2017 (2017-11-12)
11014TBA12 November 2017 (2017-11-12)
11115"Bintang Iklan"19 November 2017 (2017-11-19)
11216"Samiona"19 November 2017 (2017-11-19)
11317TBA26 November 2017 (2017-11-26)
11418"Berkhemah (Bahagian 1)"26 November 2017 (2017-11-26)
11519"Sesat di Hutan (Berkhemah Bahagian 2)"3 Disember 2017 (2017-12-03)
11620"Sisi Lain Fiona"3 Disember 2017 (2017-12-03)
11721"Kisah Lagenda (Bahagian 1)"10 Disember 2017 (2017-12-10)
11822"Kisah Lagenda (Bahagian 2)"10 Disember 2017 (2017-12-10)
11923"Hari Kantin (Bahagian 1)"17 Disember 2017 (2017-12-17)
12024"Bilik Berhantu (Hari Kantin Bahagian 2)"17 Disember 2017 (2017-12-17)

Telemovie sunting

Musim Filem Tajuk Tarikh penyiaran
S21"Oh My Ganu"27 November 2013 (2013-11-27)
S22"Oh My English - Hello America!"19 Januari 2014 (2014-01-19)
S33"Oh My English - Villa Isabellaaa!"27 Disember 2014 (2014-12-27)
S44"Oh My Goat - Come Baaaack!"15 September 2015 (2015-09-15)
S45"Oh My Ganu 2"16 Januari 2016 (2016-01-16)
S46"Oh My Ganu 2 - Alternate Ending"25 Januari 2016 (2016-01-25)
S57"Oh My English - Road to Jogja (Bahagian 1)"4 Disember 2016 (2016-12-04)
S58"Oh My English - Road to Jogja (Bahagian 2)"11 Disember 2016 (2016-12-11)
S69"Oh My Reunion!"21 Mac 2018 (2018-03-21)

Rujukan sunting