Senarai filem terbitan Skop Productions

rencana senarai Wikimedia

Skop Productions ialah sebuah syarikat hiburan Malaysia yang diasaskan oleh Yusof Haslam pada tahun 1985, yang menerbitkan dan mengedarkan filem.[1] Sehingga 2019, syarikat ini telah menerbitkan 44 filem cereka berbahasa Melayu termasuk tiga filem yang belum dikeluarkan. Terdapat juga filem terbitan Skop Productions yang diterbitkan bersama dengan syarikat seperti Grand Brilliance, Ace Motion Pictures dan Astro Shaw. Selain itu, syarikat ini turut mengedarkan filem-filem terbitan syarikat penerbitan lain.

Yusof Haslam, pengasas Skop Productions, pada 2013. Beliau telah mengarahkan 13 filem untuk Skop Productions dari 1991 sehingga 2005.

Keluaran filem pertama Skop tiba pada 1991 menerusi filem pertama arahan Yusof, Bayangan Maut yang menampilkan Ratu Rock Ella, Faizal Hussein, A. Galak, Noorkumalasari dan Yusof sendiri. Syarikat ini kemudian menerbitkan filem aksi Pemburu Bayang (1993) lakonan Awie dan Malek Noor. Kejayaan komersial pertama Skop hadir pada 1994 menerusi filem drama romantik Sembilu yang mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta, sekaligus melancarkan kerjaya lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995 dan mengulangi kejayaan filem prekuelnya apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta, menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Yusof memperoleh gelaran "Six Million Dollar Man". Filem-filem keluaran Skop yang turut menjadi kejayaan komersial ialah Tragedi Oktober (1996), Gemilang (1997) dan Bara (1999). Selain Yusof, pengarah-pengarah lain seperti Yusof Kelana, Ahmad Idham dan Aziz M. Osman turut mengarahkan filem mereka di Skop.

Pada tahun 2000-an, Skop Productions menerbitkan beberapa filem seperti Gerak Khas The Movie (2001) dan dua filem susulannya yang masing-masing dikeluarkan pada 2002 dan 2005. Dua anak lelaki Yusof, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof mengikut jejak langkah beliau sebagai pengarah.[2][3] Pada tahun 2007, Syamsul memulakan kerjaya pengarahannya menerusi filem Evolusi KL Drift (2008), lakonan dirinya sendiri, Farid Kamil, Fasha Sandha, Aaron Aziz dan Diana Danielle. Filem ini merupakan kejayaan komersial di pecah panggung dan meraih kutipan sebanyak RM4.5 juta. Syafiq mula menduduki kerusi pengarah pada 2011 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Menerusi filem ini, Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada The Malaysia Book of Records.

Filem Skop Productions dengan kutipan tertinggi pada 2010-an hadir dengan Khurafat: Perjanjian Syaitan dan KL Gangster (kedua-duanya pada 2011), diikuti oleh Munafik (2016), Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force dan Munafik 2 (kedua-duanya 2018) dan Misteri Dilaila (2019).[4] Kesemua tujuh filem tersebut telah menerima ranking antara filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Antara pelakon yang pernah berlakon dalam filem-filem terbitan Skop Productions ialah Awie, Erra Fazira, AC Mizal, Deen Maidin, Aaron Aziz, Farid Kamil, Salina Saibi, Azad Jasmin, Adam Corrie, Nasir Bilal Khan, Scha Al-Yahya, Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Zizan Razak dan lain-lain.

Filem terbitan sunting

Kunci
  Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
Tajuk Tahun Pengarah Pelakon Catatan Ruj.
Bayangan Maut 1991 Yusof Haslam Yusof Haslam, Noorkumalasari, Ella, A. Galak, Kuswadinata, Faizal Hussein Filem dimiliki oleh SIAR [5]
Pemburu Bayang 1993 Yusof Haslam Shaharuddin Thamby, Awie, Malek Noor
Sembilu 1994 Yusof Haslam Awie, Erra Fazira, Ziana Zain [6]
Sembilu II 1995 Yusof Haslam Awie, Erra Fazira, Ziana Zain diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR
Tragedi Oktober 1996 Yusof Kelana Awie, Erra Fazira, Amy Mastura, Riezman Khuzaimi diterbitkan dengan kerjasama ME Communications
Maria Mariana 1996 Yusof Haslam Erra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof, Roy Azman, Noraini Hashim, Kenji Sawahi, A. Galak diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR
Gemilang 1997 Yusof Haslam Erra Fazira, Hans Isaac, Jalaluddin Hassan, Ning Baizura, A. Galak
Maria Mariana II 1998 Yusof Haslam Erra Fazira, Ziana Zain, Ning Baizura, Awie, Rosyam Nor diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance; Filem dimiliki oleh SIAR [7]
Bara 1999 Yusof Haslam Awie, Nasha Aziz, Rosyam Nor, Zamani Slam, Arni Nazira
Pasrah 2000 Yusof Haslam Erra Fazira, Norman Hakim, Wilma Muhammad, Abby Abadi, Mazlan Pet Pet, AC Mizal [8]
Gerak Khas The Movie 2001 Yusof Haslam AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Rosyam Nor, Norman Hakim, Nasha Aziz, Normala Samsudin, Lan Pet Pet Filem dimiliki oleh SIAR [9]
Gerak Khas The Movie II 2002 Yusof Haslam Abby Abadi, AC Mizal, Juliana Banos, Azri Iskandar, Faizal Hussein, Ida Nerina, Afdlin Shauki, Normala Shamsuddin [10]
Mr. Cinderella 2002 Ahmad Idham Yusry KRU, Erra Fazira diterbitkan dengan kerjasama Kuasatek Pictures
Gila-Gila Pengantin 2003 Aziz M. Osman Erra Fazira, Norman Hakim, Juliana Banos, Hairie Othman, Salih Yaacob, Syanie, M. Rajoli diterbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR
Janji Diana 2003 Yusof Haslam Erra Fazira, Rosyam Nor, Sarimah Ibrahim, Faizal Hussein
MX3 2003 Yusof Kelana Saiful Apek, Zul Yahya, Faizal Hussein, Syanie, Juliana Banos, Azlee Senario diterbitkan dengan kerjasama ME Communications [11]
Mr. Cinderella 2 2003 Din CJ Yusry KRU, Erra Fazira, Maya Karin, Opie Zami diterbitkan dengan kerjasama Kuasatek Pictures
Gila-Gila Pengantin Remaja 2004 Aziz M. Osman Juliana Banos, Afdlin Shauki, Zahnita Hussein, Beego, Saiful Apek diterbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR
GK3 The Movie 2005 Yusof Haslam Norman Hakim, Abby Abadi, Sarimah Ibrahim, Misha Omar, Faizal Hussein diterbitkan dengan kerjasama Lotus Five Star; Filem dimiliki oleh SIAR [12]
Sembilu 2005 2005 Yusof Haslam Vince, Hetty Sarlene, Zed Zaidi, Khai, Ziana Zain, Juliana Banos [13]
Pontianak Menjerit 2005 Yusof Kelana Ziana Zain, Azlee Senario, Faizal Hussein, Zed Zaidi, Sheila Rusly, Juliana Banos, Mazlan Pet Pet, Adam Corrie diterbitkan dengan kerjasama ME Comuntications
Gila-Gila Pengantin Popular 2005 Aziz M. Osman Erra Fazira, Saiful Apek, Afdlin Shauki, Norman Hakim, Linda Nanuwil, Nora Danish diterbitkan dengan kerjasama Ace Motion Pictures; Filem dimiliki oleh SIAR [14]
Evolusi KL Drift 2008 Syamsul Yusof Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha, Diana Danielle diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance [15]
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam 2009 Syamsul Yusof Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Nabila Huda, Salina Saibi, Aaron Aziz, Diana Danielle, Nasir Bilal Khan diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance [16]
Evolusi KL Drift 2 2010 Syamsul Yusof Syamsul Yusof, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Remy Ishak, Zul Ariffin diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance [17]
Khurafat: Perjanjian Syaitan 2011 Syamsul Yusof Syamsul Yusof, Liyana Jasmay diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance [18]
KL Gangster 2011 Syamsul Yusof Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak [19]
Aku Bukan Tomboy 2011 Syamsul Yusof Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof [20]
Jalan Kembali: Bohsia 2 2012 Syamsul Yusof Nabila Huda, Salina Saibi, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance [21]
SAM: Saya Amat Mencintaimu 2012 Syafiq Yusof Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Neelofa, Azad Jazmin diterbitkan dengan kerjasama E.MAS [22]
Gangster Celop 2013 Ahmad Idham Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha diterbitkan dengan kerjasama Excellent Pictures [23]
KL Gangster 2 2013 Syamsul Yusof Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak, Rosyam Nor diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance [24]
Abang Long Fadil 2014 Syafiq Yusof Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke Raja Lawak, Syamsul Yusof [25]
Villa Nabila 2015 Syafiq Yusof Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir diterbitkan dengan kerjasama Viper Studios [26]
Mat Moto 2016 Pekin Ibrahim
Syafiq Yusof
Pekin Ibrahim, Falisha Crossley, Zarul Asyraf, Cat Farish, Faizal Hussein, Zul Huzaimy, Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Kamarool Yusof, Syamsul Yusof diterbitkan dengan kerjasama Viper Studios & Fimtab [27]
Munafik 2016 Syamsul Yusof Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Rahim Razali, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak [28]
Desolasi 2016 Syafiq Yusof Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Aida Khalida [29]
Abang Long Fadil 2 2017 Syafiq Yusof Zizan Razak, Tania Hudson, Achey Bocey, Wak Doyok, A. Galak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, AC Mizal diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw [30]
KL Special Force 2018 Syafiq Yusof Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Josiah Hogan, Ruzzlan Abdullah Shah, Sabrina Ali, Puteri Balqis diterbitkan dengan kerjasama Damofa Productions & Viper Studios [31]
Munafik 2 2018 Syamsul Yusof Syamsul Yusof, Nasir Bilal Khan, Maya Karin, Mawi, Rahim Razali, Fizz Fairuz diterbitkan dengan kerjasama President Productions [32]
Misteri Dilaila 2019 Syafiq Yusof Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuri diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw [33]
Rise to Power: KLGU 2019 Faisal Ishak Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Tony Eusoff, Chew Kin Wah
Bulan dan Pria Terhebat 2020 Ghaz Abu Bakar Zahirah MacWilson, Zizan Razak, Bell Ngasri, Alif Hadi, Khir Rahman, Maya Karin diterbitkan dengan kerjasama Nizra Entertainment & Astro Shaw
Penunggang Agama 2021 Syafiq Yusof Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz, Jalaluddin Hassan, Salina Saibi diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw
Penunggang Agama 2 Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Salina Saibi, Tony Eusoff
Abang Long Fadil 3 2022 Syafiq Yusof Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Tania Hudson diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw [34]
Harum Malam 2023 Dain Said Idan Aedan, Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda diterbitkan dengan kerjasama Apparat
Polis EVO 3 2023 Syafiq Yusof Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw, Blackflag & TGV Cinemas
Budak Flat 2023 Faisal Ishak
Eugene Lim
Woo Ming Jin
Zahiril Adzim, Nabila Huda, Pablo Amirul, Aaron Aziz, Yung Raja, Balan Kash diterbitkan dengan kerjasama Jazzy Pictures; ditayangkan di Amazon Prime
Sheriff 2024 Syafiq Yusof Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Aaron Aziz diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw
Telekinesis   2024 Syafiq Yusof Beto Kusyairy, Yusuf Bahrin, Hasnul Rahmat diterbitkan dengan kerjasama Viper Studios
Masterpicisan   2024 Namron TBA diterbitkan dengan kerjasama Viper Studios & Centro Pictures
Sekolahaha   2024 Mat Luthfi
Syafiq Yusof
TBA [35]
Munafik 3   TBA Syamsul Yusof TBA [36]

Filem edaran sunting

Tahun Judul filem Syarikat penerbitan
2000 Anaknya Sazali Eurofine
2001 Sara Astro Shaw & Tayangan Unggul
Putih Eurofine
2014 Balistik Asia Tropical Films
2015 Kepong Gangster 2 Mahu Pictures
Jengka Ace Motion Pictures
2016 My Stupid Boss Falcon Pictures
2017 Rempit Sampai Langit Suhan Movies & Trading
KL Wangan Centro Pictures
2019 Garang Sakti Films
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda A. Aida Production
2021 Zombitopia Sunstrong Entertainment, Greenlight Pictures & Lomo Pictures
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Studio Kembara
Daddyku Gangster D' Ayu Pictures
2023 Imaginur Lumatic Films & Apparat
La Luna Clover Films, ACT 2 Pictures, Papahan Films & One Cool Film Production

Rujukan sunting

  1. ^ Angelin Yeoh (4 October 2013). "Yusof Haslam knows best". The Star Online. Dicapai pada 11 November 2013. The prominent filmmaker and actor has not spoken to his son, KL Gangster director Syamsul, in over a month.
  2. ^ Farahanim (23 Oktober 2012). ""Kejayaan Syamsul kepuasan berganda saya" - Datuk Yusof Haslam". Malaysian Digest. Dicapai pada 17 November 2012.
  3. ^ "Bapa dan anak kaki kritik". Kosmo!. 14 November 2010. Dicapai pada 15 November 2010.
  4. ^ Almaswa Haji Che Ro. (13 April 2018). Senarai 14 filem box office terbitan Skop Productions, yang mana catat kutipan paling rendah Remaja. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  5. ^ Bayangan Maut Diarkibkan 2016-11-05 di Wayback Machine FilemKita.com. Diperoleh pada 1 September 2013.
  6. ^ Hasimi Muhamad (17 Ogos 2019). #Sembilu25tahun: Kejayaan Sembilu ubah kehidupan Yusof Haslam Astro Awani. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
  7. ^ "Maria Mariana II pertahankan kesinambungan". Utusan Malaysia. 3 April 1998. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  8. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  9. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 Februari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  10. ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 Mei 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  11. ^ "MX3 filem terbaru Yusof Kelana". Utusan Malaysia. 21 Mac 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 3 Februari 2018. Selepas berehat panjang daripada mengarah filem, Yusof Kelana bangun semula dengan filem terbaru arahannya, MX3. Seperti kelaziman beberapa syarikat filem lain dan senario pasaran kini, pendekatan yang diambil adalah bercorak komedi penyiasatan.
  12. ^ Abu Bakar, Muzlina (28 Mac 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 14 April 2016.
  13. ^ Abd Aziz Itar (15 Mac 2005). "Sembilu 2005 - Mampukah ulangi kejayaan lalu?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2010.
  14. ^ Gila-Gila Pengantin Popular AliTVFilmsWak (13 Februari 2015). Dicapai pada 30 Oktober 2015.
  15. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  16. ^ "Dengarnya...: Bohsia terus meletup". Berita Harian. 2009-05-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-21. Dicapai pada 2009-05-18.
  17. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30.[pautan mati kekal]
  18. ^ Saspens, Kejutan Diuji Dalam 'Khurafat' Diarkibkan 2011-01-25 di Wayback Machine, mStar Online, 20 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.
  19. ^ KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik, gua.com.my, 9 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  20. ^ "Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy". Sensasi Selebriti. 1 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30.
  21. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai pada 2012-06-09.
  22. ^ Wahiduzzaman (23 Ogos 2012). Eksperimen Syafiq Yusof Menjadi Dalam 'SAM' Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine mStar. Diperoleh pada 1 September 2012.
  23. ^ Debaran Gangster Celop Perak Today (21 Februari 2013). Dicapai pada 25 Oktober 2013.
  24. ^ Melati Pusaka (20 October 2013). Shamsul semakin matang dengan KL Gangster 2 Diarkibkan 2017-10-26 di Wayback Machine Free Malaysia Today. Retrieved on 1 March 2014.
  25. ^ Othman, Kemalia (15 November 2015). "Zizan Cari Jalan Paling Baik Jika Ada Tawaran Bersama Kamal Adli". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 16 November 2015.
  26. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (10 Januari 2015). "Villa Nabila: Dari kisah sebenar ke layar perak". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Februari 2015.
  27. ^ Angelin Yeoh (28 January 2016). "Pekin Ibrahim is making bank with Mat Moto". Star2. Dicapai pada 16 April 2016.
  28. ^ Othman, Kemalia (13 Mac 2015). "Syamsul Yusof Dalami Islam Bikin Filem Munafik". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2 Mac 2016.
  29. ^ Aqmar Mustaza (19 November 2016). "Syafiq Yusof kembali dengan Desolasi". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  30. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". kosmo.com.
  31. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  32. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  33. ^ Kenneth Chaw (20 Februari 2019). "Director Syafiq Yusof pulls no punches in horror thriller Misteri Dilaila". Star2 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-21. Dicapai pada 21 Februari 2019.
  34. ^ Zaid Salim (31 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 3 bertaraf Hollywood". Astro Gempak. Dicapai pada 3 April 2018.
  35. ^ #TerkiniMA: Mat Luthfi akhirnya mengarahkan filem pertama, Sekolahaha Movie Addict Malaysia. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  36. ^ Dennis Chua (1 September 2018). "#Showbiz: Munafik 3 is on the way, says Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai pada 3 September 2018.

Pautan luar sunting