Senarai frasa R

rencana senarai Wikimedia

Frasa R (Bahasa Inggeris: R-phrase, singkatan bagi "risk phrase", "frasa risiko") ditakrifkan daripada Directive 67/548/EEC, Aneks III: Nature of special risks attributed to dangerous substances and preparations (Sifat-sifat risiko istimewa pada bahan dan penyediaan berbahaya) oleh Kesatuan Eropah. Daftar ini diterbitkan semula dalam Directive 2001/59/EC[1], beserta dengan terjemahan dalam bahasa-bahasa Kesatuan Eropah.

Frasa-frasa risiko sunting

Frasa Penerangan Risiko
R1 Boleh meletup apabila kering
R2 Risiko letupan akibat goncangan, geseran atau cara-cara pembakaran lain
R3 Risiko letupan tinggi akibat goncangan, geseran atau cara-cara pembakaran lain
R4 Menghasilkan sebatian logam mudah meletup yang sangat sensitif
R5 Boleh meletup sekiranya dipanaskan
R6 Boleh meletup sama ada apabila terkena udara atau tidak
R7 Boleh menghasilkan kebakaran
R8 Boleh menghasilkan kebakaran apabila terkena bahan mudah terbakar
R9 Boleh meletup apabila dicampurkan dengan bahan mudah terbakar
R10 Boleh terbakar
R11 Mudah terbakar
R12 Amat mudah terbakar
R14 Bertindak balas dengan ganas dengan air
R15 Menghasilkan gas amat mudah terbakar apabila terkena air
R16 Boleh meletup apabila dicampurkan dengan bahan pengoksida
R17 Boleh terbakar dengan spontan di udara
R18 Boleh menghasilkan campuran wap udara yang boleh terbakar/meletup apabila digunakan
R19 Boleh menghasilkan bahan peroksida yang boleh meletup
R20 Berbahaya sekiranya dihirup
R21 Berbahaya sekiranya terkena kulit
R22 Berbahaya sekiranya ditelan
R23 Beracun sekiranya dihirup
R24 Beracun sekiranya terkena kulit
R25 Beracun sekiranya ditelan
R26 Sangat beracun sekiranya dihirup
R27 Sangat beracun sekiranya terkena kulit
R28 Sangat beracun sekiranya ditelan
R29 Menghasilkan gas beracun sekiranya terkena air
R30 Boleh menjadi mudah terbakar apabila digunakan
R31 Menghasilkan gas beracun sekiranya terkena asid
R32 Menghasilkan gas sangat beracun sekiranya terkena asid
R33 Berbahaya dengan kesan-kesan kumulatif
R34 Menyebabkan kelecuran
R35 Menyebabkan kelecuran yang parah
R36 Merengsa mata
R37 Merengsa sistem respirasi
R38 Merengsa kulit
R39 Berbahaya dengan kesan-kesan parah yang tidak boleh dipulihkan
R40 Kesan-kesan karsinogenik dengan bukti yang terhad
R41 Risiko kecederaan serius terhadap mata
R42 Boleh menyebabkan pemekaan sekiranya dihirup
R43 Boleh menyebabkan pemekaan sekiranya terkena kulit
R44 Risiko letupan sekiranya dipanaskan dalam bekas tertutup
R45 Boleh menyebabkan barah
R46 Boleh menyebabkan kerosakan genetik yang boleh diwairisi
R48 Bahaya kerosakan parah terhadap kesihatan dengan pendedahan pada masa yang lama
R49 Boleh menyebabkan barah sekiranya dihirup
R50 Sangat beracun terhadap hidupan akuatik
R51 Beracun terhadap hidupan akuatik
R52 Berbahaya terhadap hidupan akuatik
R53 Boleh menyebabkan kesan buruk terhadap hidupan akuatik pada jangka masa yang lama
R54 Beracun terhadap flora
R55 Beracun terhadap fauna
R56 Beracun terhadap organisma tanah
R57 Beracun terhadap lebah
R58 Boleh menyebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar pada jangka masa yang lama
R59 Berbahaya terhadap lapisan ozon
R60 Boleh menjejaskan kesuburan
R61 Mungkin berbahaya terhadap bayi dalam kandungan
R62 Berisiko mengalami kemandulan
R63 Mempunyai risiko bahaya terhadap bayi dalam kandungan
R64 Mungkin berbahaya terhadap bayi yang disusukan
R65 Berbahaya: Boleh menyebabkan kerosakan peparu sekiranya ditelan
R66 Pendedahan berulang boleh menyebabkan kulit kering atau merekah
R67 Wap udara boleh menyebabkan rasa mengantuk dan kepeningan
R68 Risiko-risiko mungkin dengan kesan yang tidak boleh dipulihkan

Rujukan sunting

  1. ^ "EUR-Lex - 32001L0059 - EN". europa.eu.