Senarai keluaran Ubuntu

rencana senarai Wikimedia

Ubuntu, sebuah sistem pengendalian berasaskan Debian GNU/Linux, melakukan dua keluaran setahun, dengan menggunakan tahun dan bulan keluaran sebagai nombor versi. Misalnya, keluaran pertama Ubuntu ialah Ubuntu 4.10 dan dikeluarkan pada 20 Oktober 2004.[1]

«Ubuntu Through The Years» (2004-2016)

Masa keluaran Ubuntu adalah kira-kira sebulan selepas setiap keluaran GNOME; GNOME pula keluar kira-kira sebulan sepelas keluaran X.Org, maka setiap keluaran Ubuntu disertakan versi terbaru GNOME dan X. Sehingga kini, setiap keluaran keempat, pada suku kedua setiap tahun bernombor genap, ditetapkan sebagai keluaran Sokongan Jangka Panjang (Long Term Support, LTS), iaitu menikmati kemaskini selama tiga tahun bagi kegunaan desktop dan lima tahun untuk pelayan, juga dengan sokongan teknikal berbayar dari Canonical Ltd.. Keluaran 6.06, 8.04, dan 10.04 adalah keluaran LTS.[2]

Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) sunting

 

Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) merupakan lepasan Ubuntu yang pertama, dilancarkan pada 20 Oktober 2004. Versi ini dilengkapi dengan inti Linux versi 2.6.8 dan sistem tetingkap XFree86 4.3. Antara perisian-perisian lazim yang disertakan dalam edisi atas meja ialah Gaim 1.0, GIMP 2.0, GNOME 2.8, Mozilla Firefox 0.9 dan OpenOffice.org 1.1, manakala perisian-perisian yang disertakan dalam edisi pelayan pula ialah MySQL 4.0, PHP 4.3, dan Python 2.3.

Sokongan rasmi untuk versi 4.10 dihentikan pada 30 April 2006.

Ubuntu 5.04 (Hoary Hedgehog) sunting

 

Ubuntu 5.04 (Hoary Hedgehog) merupakan lepasan Ubuntu yang kedua, dilancarkan pada 8 April 2005. Antara ciri baru yang diperkenalkan ialah penrugus kemas kini, pemberitahu tingkat, sokongan gantung, hibernat dan tunggu sedia, penskalaan frekuensi dinamik untuk pemproses, pangkalan data perkakasan, pemasangan Kickstart, serta pengesahan APT. Versi ini membenarkan pemasangan daripada peranti USB. Pengekodan lalai yang digunakan ialah UTF-8. Sokongan untuk Ubuntu 5.04 dihentikan pada 31 Oktober 2006.

Ubuntu 5.04 dilengkapi dengan inti Linux 2.6.10 dan X.Org 6.8. Antara perisian-perisian yang disertakan dalam versi atas meja ialah Gaim 1.1, GIMP 2.2, GNOME 2.10, Mozilla FIrefox 1.0, dan OpenOffice.org, manakala dalam versi pelayan pula ialah MySQL 4.0, PHP 4.3, dan Python 2.4.

Ubuntu 5.10 (Breezy Badger) sunting

 

Ubuntu 5.10 (Breezy Badger) merupakan lepasan Ubuntu yang ketiga, dilancarkan pada 13 Oktober 2005. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam versi ini ialah pemuat but grafik Usplash, alat Add/Remove Applications, penyunting menu alacarte, pemilih bahasa, sokongan pengurusan pemacu logik, sokongan pencetak Hewlett-Packard, sokongan pemasang OEM, dan penyepaduan dengan Launchpad untuk laporan pepijat dan pembangunan perisian. Sokongan untuk Ubuntu 5.10 dihentikan pada 13 April 2007.

Ubuntu 5.10 dilengkapi dengan Linux 2.6.12 dan X.Org 6.8. Antara perisian-perisian yang disertakan dalam edisi atas meja ialah Gaim 1.5, GIMP 2.2, GNOME 2.12, Mozilla Firefox 1.0, dan OpenOffice.org 1.9 (pra-2.0), manakala dalam edisi pelayan pula ialah MySQL 4.1, PHP 5.0, dan Python 2.4.

Ubuntu 6.06 (Dapper Drake) sunting

 

Ubuntu 6.06 (Dapper Drake) merupakan lepasan Ubuntu yang keempat, dilancarkan pada 1 Jun 2006. Versi ini merupakan versi pertama yang mempunyai label LTS (Long Term Support), iaitu sokongan jangka panjang, dengan tempoh sokongan selama tiga tahun untuk edisi atas meja (sehingga Jun 2009) dan lima tahun untuk edisi pelayan (sehingga Jun 2011).

Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam versi 6.06 ialah penggabungan CD hidup dan CD pasang, pemasang grafik "Ubiquity", penerapan Usplash ketika penutupan, pengurus rangkaian, rupa baru Humanlooks yang berdasarkan Clearlooks dan menggunakan olahan warna jingga sebagai pengganti warna lama perang, dan pemasang grafik GDebi untuk fail pakej.

Ubuntu 6.06 dilengkapi dengan inti Linux 2.6.15 dan X.Org 7.0. Antara perisian-perisian yang disertakan dalam edisi atas meja ialah Gaim 1.5, GIMP 2.2, GNOME 2.14, Mozilla Firefox 1.5, dan OpenOffice.org 2.0, manakala dalam edisi pelayan ialah MySQL 5.0, PHP 5.1, dan Python 2.4 (LAMP juga boleh dipasang).

Ubuntu 6.10 (Edgy Eft) sunting

 

Ubuntu 6.10 (Edgy Eft) ialah lepasan Ubuntu yang kelima, dilancarkan pada 26 Oktober 2006. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam versi ini ialah tema baru "Human" yang telah diubah suai sepenuhnya, pengawas Upstart, laporan laga automatik "Apport", perisian catatan "Tomboy", dan pengurus foto F-spot. EasyUbuntu juga disediakan, iaitu sebuah atur cara pihak ketiga dengan tujuan menjadikan Ubuntu lebih mudah digunakan. Sokongan rasmi untuk versi 6.10 ditamatkan pada 25 April 2008.

Ubuntu 6.10 dilengkapi dengan inti Linux 2.6.17 dan X.Org 7.1. Antara perisian-perisian yang disertakan dalam edisi atas meja ialah Gaim 2.0, GIMP 2.2, GNOME 2.16, Mozilla Firefox 2.0, dan OpenOffice.org 2.0, manakala dalam edisi pelayan ialah MySQL 5.0, PHP 5.1, dan Python 2.4.

Ubuntu 7.04 (Feisty Fawn) sunting

 

Ubuntu 7.04 (Feisty Fawn) ialah lepasan Ubuntu yang keenam, dilancarkan pada 19 April 2007. Sokongan untuk seni bina PowerPC telah digugurkan. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam versi ini ialah pembantu untuk pengguna Microsoft Windows, sokongan untuk mesin maya berdasarkan inti, bantuan pemasangan CODEC dan pemacu terhad, kesan visual atas meja Compiz, sokongan untuk capaian Wi-Fi Terlindung, penambahan permainan sudoku dan catur, penganalisis penggunaan cakera "baobab", panel kawalan "GNOME Control Center", serta sokongan Zeroconf untuk pelbagai peranti. Sokongan rasmi untuk versi 7.04 dihentikan pada 19 Oktober 2008.

Ubuntu 7.04 dilengkapi dengan inti Linux 2.6.20 dan X.Org 7.2. Antara perisian-perisian yang disertakan dalam edisi atas meja ialah Gaim 2.0, GIMP 2.2, GNOME 2.18, Mozilla Firefox 2.0, dan OpenOffice.org 2.2, manakala dalam edisi pelayan pula ialah MySQL 5.0, PHP 5.2, dan Python 2.5.

Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon) sunting

 

Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon) ialah lepasan Ubuntu yang ketujuh, dilancarkan pada 18 Oktober 2007. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam versi ini ialah rangka kerja keselamatan AppArmor, gelintar atas meja pantas, pengurus pemalam Firefox Ubufox, alat konfigurasi grafik untuk X.Org, sokongan penuh sistem fail NTFS melalui pemacu NTFS-3G, sistem pencetakan baru, dan anjakan pengguna pantas. perisian kesan visual Compiz Fusion juga dibolehkan secara lalai. Sokongan rasmi untuk versi 7.10 akan tamat pada April 2009.

Ubuntu 7.10 dilengkapi dengan Linux 2.6.22 dan X.Org 7.2. Antara perisian-perisian yang disertakan dalam edisi atas meja ialah GIMP 2.4, GNOME 2.20, Mozilla Firefox 2.0, OpenOffice.org 2.3, dan Pidgin 2.2, manakala dalam edisi pelayan pula ialah MySQL 5.0, PHP 5.2, dan Python 2.5.

Ubuntu 8.04 (Hardy Heron) sunting

 

Ubuntu 8.04 (Hardy Heron) ialah lepasan Ubuntu yang kelapan, dilancarkan pada 24 April 2008. Versi ini merupakan versi kedua yang berlabel LTS (Sokongan Jangka Panjang), dengan sokongan edisi atas meja sehingga April 2011 dan sokongan untuk edisi pelayan sehingga April 2013.

Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam versi 8.04 ialah penyepaduan gelintar atas meja Tracker, pembakar cakera Brasero, pelanggan BitTorrent Transmission, pelanggan VNC Vinagre, suara sistem melalui pelayan PulseAudio, dan pengesahan Active Directory menggunakan Likewise Open. Ubuntu 8.04 juga dilengkapi dengan pengkemaskinian rupa yang lebih mematuhi garis panduan Tango, pembaikan kebolehgunaan dalam Compiz, pengendalian penunjuk tetikus yang lebih baik ketika penjalanan mesin maya VMWare, dan kaedah membuang Ubuntu yang lebih mudah. Versi ini adalah yang pertama dibekalkan dengan Wubi (Windows Ubuntu Installer), iaitu perisian dalam CD hidup yang boleh memasang Ubuntu dalam cakera Windows tanpa memerlukan pemecahan cakera.

Ubuntu 8.10 dilengkapi dengan inti Linux 2.6.24 dan X.Org 7.3. Antara perisian-perisian yang disertakan dalam edisi atas meja ialah GIMP 2.4, GNOME 2.22, Mozilla Firefox 3.0, OpenOffice.org 2.4, dan Pidgin 2.4, manakala dalam edisi pelayan pula ialah MySQL 5.0, PHP 5.2, dan Python 2.5.

Ubuntu 8.10 (Intrepid Ibex) sunting

 

Ubuntu 8.10 (Intrepid Ibex) ialah lepasan Ubuntu yang kesembilan dan yang terkini, dilancarkan pada 30 Oktober 2008. Versi ini disokong sehingga April 2010. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam versi ini ialah rupa baru, pembaikan dari sudut pengkomputan mudah alih dan kebolehskalaan atas meja, pilihan sambungan Internet yang lebih fleksibel, pencipta USB hidup "Ubuntu Live USB creator", akaun tetamu, direktori persendirian yang disulitkan untuk setiap pengguna, dan Dynamic Kernel Module Support (DKMS) untuk membina pemacu inti secara automatik setiap kali inti baru dipasang. Perisian mini penganjak pengguna pantas juga telah diubah suai dan menjadi pengganti butang log keluar, dan boleh digunakan untuk menukar status dalam talian Pidgin atau Empathy.

Ubuntu 8.10 dilengkapi dengan inti Linux 2.6.27 dan X.Org 7.4. Antara perisian-perisian yang disertakan dalam edisi atas meja ialah GIMP 2.6, GNOME 2.24, Mozilla Firefox 3.0, OpenOffice.org 2.4, dan Pidgin 2.5, manakala dalam edisi pelayan pula ialah MySQL 5.0, PHP 5.2, dan Python 2.5.

Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope) sunting

 
Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)

Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope) yang keluar pada 23 April 2009,[3] ialah keluaran kesepuluh edaran Canonical, disokong hingga Oktober 2010. Ciri-ciri terbarunya termasuk masa mengebut lebih cepat[4], penyepaduan perkhidmatan dan aplikasi web pada antara muka desktop, skrin usplash baru, skrin log masuk baru dan sokongan untuk Wacom (hotplug) dan netbook.[4] Ubuntu 9.04 juga disertakan sistem pemberitahuan baru Notify OSD[5], dan tema. Inilah kali pertama segala pembangunan teras Ubuntu beralih ke sistem kawalan penyemakan teragih Bazaar.[6][7]

Pemasangan desktop Ubuntu 9.04 merangkumi, antara lainnya, GIMP 2.6, GNOME 2.26,[8] Mozilla Firefox 3.0, OpenOffice.org 3.0, dan Pidgin 2.5. Ubuntu 9.04 menggunakan Linux 2.6.28[9] dan X.Org 7.4. Sistem fail asalnya ialah ext3 dengan ext4 diberi sebagai pilihan ketika pemasangan.[10]

Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) sunting

 
Ubuntu 9.10 (Karmic Koala)

Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) keluar pada 29 Oktober 2009 sebagai keluaran ke-11 edaran Canonical yang akan disokong hingga April 2011.[11]

Ketika membuat pengumuman kepada komuniti pada 20 Februari 2009, Mark Shuttleworth menjelaskan bahawa 9.10 akan tertumpu pada penambahbaikan pengkomputeran awam di pelayar menggunakan Eucalyptus, peningkatan selanjutnya pada kecepatan mengebut serta pembangunan Netbook Remix.[12]

Pengumuman awal versi 9.10 membayangkan keluaran ini mungkin disertakan tema baru, tetapi sebaliknya ditunda ke versi 10.04,[12][13] di samping semakan kecil pada tema asal. Penambahbaikan grafik yang lain termasuk splash screen pasang tutup yang baru, skrin log masuk baru yang beralih ke desktop tanpa kelim, serta banyak meningkatkan prestasi pada cipset grafik Intel.

Pada Jun 2009, Canonical mencipta projek One Hundred Paper Cuts (Seratus Keratan Kertas) yang menumpukan para pembangun untuk membaiki isu-isu kebolehgunaan kecil. Keratan kertas ini ditakrifkan sebagai: "pepijat kebolehgunaan boleh baiki kecil yang akan dihadapi oleh pengguna pada hari pertama menggunakan pemasangan serba baru versi terkini Ubuntu Desktop Edition."[14]

Pemasangan desktop Ubuntu 9.10 merangkumi antara lainnya, GIMP 2.6,[15] GNOME 2.28, Mozilla Firefox 3.5, OpenOffice.org 3.1,[16] Linux 2.6.31, X.Org 7.5[17] dan Empathy Instant Messenger sebagai ganti Pidgin.[18] Sistem fail asalnya iaitu ext4, dan klien Ubuntu One yang berantara muka sistem storan Internet terbaru Canonical, tersedia pasang.[19] Versi ini juga memperkenalkan aplikasi baru iaitu Ubuntu Software Center yang menyatukan pengurusan pakej. Canonical mengehendaki aplikasi tersebut menggantikan Add/Remove Programs (gnome-app-install) dalam 9.10 dan mungkin juga Synaptic, Software Sources, Gdebi dan Update Manager dalam Ubuntu 10.04.[20] Karmic Koala juga menayangkan pembentangan slaid ketika proses pemasangan (melalui ubiquity-slideshow) yang menampilkan aplikasi dan ciri-ciri dalam Ubuntu.

Ubuntu 10.04 LTS (Lucid Lynx) sunting

 
Ubuntu 10.04 (Lucid Lynx)

Ubuntu 10.04 (Lucid Lynx)[21] mula-mula diumumkan di Atlanta Linux Fest oleh Shuttleworth pada 19 September 2009, lalu dikeluarkan pada 29 April 2010.[22]

Keluaran ini merangkumi, antara lain, inti Linux 2.6.32, GNOME 2.30, Mozilla Firefox 3.6, Mozilla Thunderbird 3.0, OpenOffice.org 3.2 dan peningkatan sokongan untuk pemacu grafik hak milik Nvidia, sambil beralih kepada pemacu grafik Nvidia sumber terbuka, nouveau, sebagai tentu awal.[23][24]

GIMP digugurkan dari CD pemasangan Lucid kerana kerumitan tahap profesional serta saiz failnya. F-Spot menyediakan keupayaan penyuntingan grafik tahap pengguna biasa, manakala GIMP masih sedia dimuat turun di dalam repositori.[25]

Keluaran ini menekankan kepentingan baru khidmar web dan rangkaian sosial dengan antara muka bersepadu untuk mengirim mesej kepada tapak-tapak web seperti Facebook dan Twitter, sebagai pelengkap penyepaduan IM dan e-mel yang sedia ada dalam Ubuntu.

Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat) sunting

 
Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat)

Penamaan Ubuntu 10.10 dibuat oleh Mark Shuttleworth pada 2 April 2010, di samping matlamat keluaran ini untuk meningkatkan pengalaman menggunakan netbook serta tumpuan pelayan terhadap pengkomputeran awam hibrid. Ubuntu 10.10 dikeluarkan pada 10 Oktober 2010 (10.10.10) sekitar 10:10 UTC.[26][27][28][29][30] Inilah keluaran ke-13 Ubuntu dari Canonical. Ciri-ciri barunya termasuk antara muka Unity untuk Edisi Netbook, pengurus foto tersedia yang baru iaitu Shotwell sebagai ganti F-Spot, dan fon Ubuntu yang dirasmikan sebagai fon tersedia.[31] Maverick Meerkat 10.10 disokong hingga April 2012.

Ubuntu 11.04 (Natty Narwhal) sunting

 
Ubuntu 11.04 Desktop (Natty Narwhal)

Penamaan Ubuntu 11.04 diumumkan pada 17 Ogos 2010 oleh Mark Shuttleworth. Ia dijadualkan keluar pada 28 April 2011.[32] Ubuntu Desktop bakal menggunakan antaramuka pengguna Unity sebagai yang tersedia, menggantikan GNOME Shell. Peralihan ke Unity menjadi titik pertikaian kerana para pembangun GNOME khuatir ini akan memecah-belahkan komunitinya dan menganaktirikan GNOME Shell.[33][34][35]

Ubuntu 11.04 bakal menggunakan Banshee sebagai pemain muzik tersedia, menggantikan Rhythmbox. Aplikasi baru lain termasuk Mozilla Firefox 4 dan LibreOffice, yang bakal menggantikan OpenOffice.org. LibreOffice disertakan dalam versi alfa Natty untuk tujuan penilaian pembangun.[36][37][38][39][40] Bermula dengan Ubuntu 11.04, Ubuntu Netbook Edition digabungkan dengan edisi desktop.[41]

Ubuntu 20.10 (Groovy Gorilla) sunting

 
20.10 Groovy Gorilla

Ubuntu 21.04 (Hirsute Hippo) sunting

 
21.04 Hirsute Hippo

Ubuntu 21.10 (Impish Indri) sunting

 
21.10 Impish Indri

Rujukan sunting

  1. ^ Shuttleworth, Mark (2004-10-20). "Ubuntu 4.10 announcement". Senarail mel ubuntu-announce. https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-announce/2004-October/000003.html. Diperolehi 2008-08-19.
  2. ^ "Ubuntu: Maintenance policy and life-cycle". Dicapai pada 2010-04-20.
  3. ^ Canonical Ltd (2009). "Ubuntu 9.04 released". Dicapai pada 2009-04-23. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ a b http://blogs.zdnet.com/hardware/?p=4181
  5. ^ Canonical Ltd (2009). "NotifyOSD". Dicapai pada 2009-04-30. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  6. ^ Shuttleworth, Mark (2008-09-28). "Introducing the Jaunty Jackalope". Senarail mel ubuntu-devel-announce. https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-devel-announce/2008-September/000481.html. Diperolehi 2008-09-09.
  7. ^ Canonical Ltd (2009). "JauntyReleaseSchedule". Dicapai pada 2009-03-03. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ Paul, Ryan (2009). "Hands-on: GNOME 2.26 brings incremental improvements". Dicapai pada 2009-03-21. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  9. ^ Gardner, Tim (2009). "Jaunty kernel version?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-29. Dicapai pada 2009-02-18. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  10. ^ Distrowatch (2009). "Ubuntu and Fedora adopt ext4, Slackware prepares for KDE 4.2, Mandriva developers move to Red Hat, ClarkConnect reveals new features". Dicapai pada 2009-02-18. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  11. ^ Canonical Ltd (2009). "KarmicReleaseSchedule". Dicapai pada 2009-03-03. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  12. ^ a b Shuttleworth, Mark (2009). "Introducing the Karmic Koala, our mascot for Ubuntu 9.10". Dicapai pada 2009-02-21. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  13. ^ Nestor, Marius (2009). "Ubuntu 9.10 Alpha 2 Released - The Karmic Koala Chronicles". Dicapai pada 2009-06-22. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  14. ^ https://launchpad.net/hundredpapercuts
  15. ^ https://launchpad.net/ubuntu/karmic/i386/gimp
  16. ^ https://launchpad.net/ubuntu/karmic/i386/openoffice.org
  17. ^ https://launchpad.net/~xorg-edgers/+archive/ppa
  18. ^ https://launchpad.net/ubuntu/karmic/i386/empathy
  19. ^ http://www.ubuntu.com/testing/karmic/alpha3
  20. ^ Larabel, Michael (2009). "Canonical Unveils The Ubuntu Software Store". Dicapai pada 2009-08-15. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  21. ^ Canonical Ltd. (2009). "DevelopmentCodeNames". Dicapai pada 2009-09-19. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  22. ^ Paul, Ryan (2009). "Ubuntu 10.04 LTS announced, codenamed Lucid Lynx". Dicapai pada 2009-09-24. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  23. ^ Canonical Ltd. (2010). "Bug #454821 : Bugs : "xserver-xorg-video-nv" package : Ubuntu". Dicapai pada 2010-02-24.
  24. ^ Canonical Ltd. (2010). "Lucid Alpha 2". Dicapai pada 2010-02-23.
  25. ^ Paul, Ryan (2009). "Giving up the GIMP is a sign of Ubuntu's mainstream maturity". Dicapai pada 1 May 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  26. ^ "Shooting for the Perfect 10.10 with Maverick Meerkat". 2 April 2010. Dicapai pada 27 Ogos 2010.
  27. ^ Paul, Ryan (April 2010). "Ubuntu 10.10 to be codenamed Maverick Meerkat". Dicapai pada 2 April 2010.
  28. ^ "MaverickReleaseSchedule". Ubuntu Team Wiki. Canonical Ltd. April 2010. Dicapai pada 6 April 2010.
  29. ^ Robbie Williamson. "Ubuntu 10.10 Release Announcement". Senarail mel ubuntu-announce. https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-announce/2010-October/000139.html. Diperolehi 16 Oktober 2010.
  30. ^ "Article on Ubuntu 10.10 Rlease". Andrew Lyle. Dicapai pada 18 Oktober 2010.
  31. ^ Paul, Ryan (2010). "Ubuntu 10.10 arrives with impressive new netbook environment". Ars Technica. Dicapai pada 15 Oktober 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  32. ^ Mark Shuttleworth (17 Ogos 2010). "N-imal?". Dicapai pada 17 Ogos 2010.
  33. ^ Mark Shuttleworth (25 October 2010). "Ubuntu changes its desktop from GNOME to Unity". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-09. Dicapai pada 26 Oktober 2010.
  34. ^ Paul, Ryan (2010). "Shuttleworth: Unity shell will be default desktop in Ubuntu 11.04". Ars Technica. Dicapai pada 26 October 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  35. ^ Sneddon, Joey (2010). "Ubuntu 11.04 will use Unity as the default desktop". OMG Ubuntu. Dicapai pada 26 October 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  36. ^ Sneddon, Joey (2010). "Banshee becomes Ubuntu 11.04 default music player". OMG Ubuntu. Dicapai pada 28 November 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  37. ^ Sneddon, Joey (2010). "Natty's default app selection remains familiar". OMG Ubuntu. Dicapai pada 28 November 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  38. ^ Canonical Ltd (2011). "Publishing history of "libreoffice" package in Ubuntu". Dicapai pada 20 January 2011. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  39. ^ Proffitt, Brian (2011). "Ubuntu isn't replacing OpenOffice.org with LibreOffice ... yet". News Organization. Dicapai pada 20 January 2011. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  40. ^ Randal, Allison (2010). "short summary of UDS-N". Dicapai pada 21 January 2011. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  41. ^ Canonical Ltd (2010). "Natty Narwhal Alpha 1". Dicapai pada 03 December 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)