Senarai lagu juara Carta Era 2003

Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dibawakan oleh dua penyampai radio Era iaitu Seelan Paul dan Khairil Rashid. Ia bersiaran setiap Ahad, jam 11 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [1].

Carta Era 2003
PenganjurEra FM

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.

Penarafan Radio sunting

Setelah bersiaran bermula dari 8 Ogos 1998, Carta Era akhirnya menjadi carta utama di peringkat nasional bermula pada tahun 2000. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [2]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .

Turutan Juara Carta Era sunting

 
Penyanyi popular Siti Nurhaliza kembali menguasai carta Era apabila single keduanya "Bukan Cinta Biasa" daripada album E.M.A.S ciptaan komposer Indonesia Dewiq bergelar juara selama 10 minggu berturut-turut. Ini merupakan lagu beliau paling berprestasi di dalam mana-mana carta lagu berdasarkan permintaan pendengar.
 
Kumpulan nasyid In-team meraih lagu juara Carta Era kedua mereka melalui lagu Nur Kasih setelah pertama kali melakukannya melalui lagu Kasih Kekasih pada tahun 2001.
 
Kumpulan Spider mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama meraih kedudukan nombor satu untuk tiga buah single daripada album yang sama. Lagu "Kekal" meneruskan kejuaraan yang sama diperoleh lagu "Aladin" dan "Kasih Latifah" pada tahun 2002.
 
Penyanyi baharu Ezlynn berjaya melalui lagu debutnya Hi Hi Bye Bye yang bergelar juara selama 8 minggu. Lagu ini juga telah menerima Anugerah Carta Era di Anugerah Era 2003.
 
Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah meraih gelaran juara buat kali kedua untuk lagu yang sama–Sandarkan Pada Kenangan. Kali pertama pada tahun 1985 bersama Fauziah Ahmad Daud. Kali ini bersama penyanyi baharu Sarah Raisuddin melalui rakaman baharu.
Fail:YusryKRU.jpg
Penyanyi dan pelakon Yusry Abdul Halim meraih gelaran juara selama 8 minggu melalui lagu Dekat Padamu petikan album solo pertamanya. Yusry adalah salah seorang ahli kumpulan KRU yang sehingga 2003 telah mempunyai 3 lagu nombor satu di Carta Era. Lagu ini juga meraih kedudukan nombor satu dalam senarai 100 Terhangat Di Era edisi 2003.
 
Komposer Adnan Abu Hassan meraih lagu juara melalui lagu yang dicipta untuk finalis Akademi Fantasia 1, Khai Wahi. Lagu ini bertahan sebagai juara Carta Era selama 7 minggu pada tahun 2003. Di Anugerah Era 2004, lagu ini telah menerima Anugerah Carta Era.

Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2003.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2003.
Jilid Tarikh Lagu Artis Rujukan
5 Januari Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2002
E0301 12 Januari "Nur Kasih" In-team [3]
E0302 19 Januari "Hakikat" Amuk [4]
re 26 Januari "Nur Kasih" In-team [5]
2 Februari
re 9 Februari "Sonata Musim Salju" Hazami [6]
re 16 Februari "Hakikat" Amuk [7]
E0303 23 Februari "Kekal" Spider [8]
E0304 2 Mac "Hi Hi Bye Bye" Ezlynn [9]
9 Mac
16 Mac
23 Mac
30 Mac
6 April
13 April
20 April
E0305 27 April "Sandarkan Pada Kenangan" Jamal Abdillah dan Sarah Raisuddin [10]
4 Mei
11 Mei
18 Mei
25 Mei
1 Jun
E0306 8 Jun "Bukan Cinta Biasa" Siti Nurhaliza [11]
15 Jun
22 Jun
29 Jun
6 Julai
13 Julai
20 Julai
27 Julai
3 Ogos
10 Ogos
E0307 17 Ogos "Wassini" Waheeda [12]
24 Ogos
31 Ogos
E0308 7 September "Tak Sanggup" X-Factor [13] [14]
E0309 14 September "Bintang Kehidupan" Yanti Aryanto dan Ronnie Hussein [15]
E0310 21 September "Dekat Padamu" Yusry Abdul Halim [16]
28 September
5 Oktober
12 Oktober
19 Oktober
26 Oktober
2 November
9 November
E0311 16 November "Dambaan Pilu" Khai Wahi [17]
23 November
30 November
7 Disember
14 Disember
21 Disember
28 Disember

Carta Akhir Tahun Era sunting

100 Terhangat Era 2003 sunting

Berikut adalah senarai 100 buah lagu hasil undian pendengar sepanjang bulan Disember 2003 di laman sesawang Era. Senarai ini tidak diaudit berdasarkan prestasi carta disamping turut melibatkan lagu-lagu antarabangsa.

100 Terhangat di Era 2003
  1. "Dekat Padamu" (Yusry Abdul Halim)
  2. "Bukan Cinta Biasa" (Siti Nurhaliza)
  3. "Dambaan Pilu" (Khai Wahi)
  4. "Wassini" (Waheeda)
  5. "Jangan Pisahkan" (Phyne Ballerz)
  6. "Khayalan" (Ruffedge dan V.E)
  7. "Hi Hi Bye Bye" (Ezlynn)
  8. "Sandarkan Pada Kenangan" (Jamal Abdillah dan Sarah Raisuddin)
  9. "Hanya Di Mata" (Erra Fazira)
  10. "Sesucinya Cintamu" (Anuar Zain)
  11. "Biar Betul" (Akar)
  12. "Akustatik" (OAG)
  13. "Tak Sanggup" (X-Factor)
  14. "Seperti Dulu" (Exists)
  15. "Aku Cinta Dia dan Kamu" (Adi Fashla)
  16. "Numb" (Linkin Park)
  17. "Percayakan Siti" (Exists)
  18. "Bintang Kehidupan" (Yanti Aryanto dan Ronnie Hussein)
  19. "Where is the Love?" (Black Eyed Peas menampilkan Justin Timberlake)
  20. "If You're Not The One" (Daniel Bedingfield)
  21. "Ku Bahagia" (Melly Goeslaw)
  22. "Ku Milikmu" (Siti Nurhaliza)
  23. "Sayang" (KRU)
  24. "Simbiosis (Cinta Padamu)" (Ella Aminuddin)
  25. "Paling Comel" (Achik & Nana
  26. "Mana Mungkin" (Dayang Nurfaizah)
  27. "Bring Me To Life" (Evanescence)
  28. "Entahkan Jadi, Entahkan Tidak" (SM Salim menampilkan Sheila Majid)
  29. "Hanya Memuji" (Shanty dan Marcel Siahaan)
  30. "Bersamamu" (Ezlynn)
  31. "Jika Kau Bercinta Lagi" (Flop Poppy)
  32. "Not That Type of Lady" (Camelia menampilkan Urban X-Change)
  33. "Mentera Semerah Padi" (Spider dan M. Nasir)
  34. "Sorry Seems To Be The Hardest Word" (Blue menampilkan Elton John)
  35. "Dilema '03" (Nora Ariffin dan Vince Chong)
  36. "Selagi Ada...Cinta" (Ning Baizura)
  37. "Penasaran" (Giegiel)
  38. "Somewhere I Belong" (Linkin Park)
  39. "Alhamdulillah" (Too Phat menampilkan Yasin Sulaiman dan Dian Sastrowardoyo)
  40. "Sengsara" (Ezlynn)
  41. "Kala Hujan" (Zamani Ibrahim)
  42. "Demi Cinta Suci" (U.N.I.C)
  43. "Lembah Asmara" (Ziana Zain)
  44. "Melompat Lebih Tinggi" (Sheila On 7)
  45. "Mungkin" (Anuar Zain)
  46. "Bisikan Nurani" (In-team)
  47. "Bergending Dang Dong" (SM Salim menampilkan Siti Nurhaliza)
  48. "Airmata Ibu" (Siti Nurhaliza)
  49. "Pendita Penipu" (Elly Mazlein)
  50. "Anyone of Us (Stupid Mistakes)" (Gareth Gates)
  51. "Damai" (Amuk)
  52. "Faint" (Linkin Park)
  53. "Saat Hilang Cintamu" (Sarah Raisuddin)
  54. "Senorita" (Justin Timberlake)
  55. "Like A Stone" (Audioslave)
  56. "Ala Canggung" (Too Phat menampilkan Yusni Hamid)
  57. "Bukan" (Ziana Zain)
  58. "Cry Me A River" (Justin Timberlake)
  59. "Tekad" (Hazami)
  60. "Segalanya" (By'U)
  61. "Tak Tahu Harga Cinta" (Exists)
  62. "Get Busy" (Sean Paul)
  63. "Unwell" (Matchbox 20")
  64. "Pergi Selamanya" (Kamikaze)
  65. "Crazy In Love" (Beyonce menampilkan Jay-Z)
  66. "Kini Bebas" (Camelia dan Anuar Zain)
  67. "Seandainya" (Azharina Azhar)
  68. "Stuck" (Stacie Orrico)
  69. "Bukan Itu Bukan Ini" (Sutera)
  70. "Salsabila" (Yasin Sulaiman)
  71. "Sakinah" (XPDC)
  72. "Intuition" (Jewel)
  73. "Aleeya Maisarah" (Mamat)
  74. "Haruskah Diuji" (Farish)
  75. "Seloka Cak Kun Cak" (SM Salim menampilkan M. Nasir)
  76. "Damai Di Hati" (Zamani Ibrahim)
  77. "NowWhy2" (OAG)
  78. "Penantian" (Bienda Razali)
  79. "Resam Pak Belalang" (Kristal)
  80. "Kembali" (Ning Baizura)
  81. "I Want You" (Thalia menampilkan Fat Joe)
  82. "Ku Teruskan" (Sarah Raisuddin)
  83. "Beautiful" (Christina Aguilera)
  84. "Cinta Sejati" (El Em Ent)
  85. "Seandainya Daku Bersalah" (Fazley Yaakob)
  86. "Sinar" (May)
  87. "From The Inside" (Linkin Park)
  88. "Cintaku Pergi" (Reshmonu)
  89. "Shut Up" (Black Eyed Peas)
  90. "Bump Bump Bump" (B2K menampilkan P. Diddy)
  91. "Karma" (Cokelat)
  92. "Just A Lil Bit" (Too Phat menampilkan Warren G)
  93. "Azura 2003" (Jamal Abdillah)
  94. "It's So Easy" (Sugar Ray)
  95. "Monay Monay" (Poetic Ammo menampilkan Reefa)
  96. "Francis Ford Coppola" (Pretty Ugly)
  97. "Sway" (Michael Buble)
  98. "Ku Teruskan" (Liza Hanim)
  99. "Bila Rindu" (Nico)
  100. "Lupakan Saja (Moluccas)

Fakta Ringkas sunting

  • Lagu "Tak Sanggup" nyanyian X-Factor merupakan lagu saduran daripada lagu Bahasa Inggeris berjudul "? " ciptaan asal Roger Greenway dan Roger Cook pada 1967 untuk penyanyi David and Jonathan. Lagu ini diberikan senikata Bahasa Melayu oleh penerbitnya Edry Abdul Halim.
  • Lagu "Bintang Kehidupan" adalah lagu nyanyian asal penyanyi Nike Ardilla pada tahun 1990, dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia Yanti Aryanto berduet bersama penyanyi Malaysia, Ronnie Hussein.
  • Lagu "Sandarkan Pada Kenangan" adalah nyanyian asal Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud pada tahun 1984 untuk runut bunyi filem Azura. Lagu ini diberi nafas baru sempena sambutan 20 tahun filem tersebut.
  • Lagu "Wassini" nyanyian Waheeda mempunyai 50% lirik berbahasa Arab.
  • Beberapa lagu popular sepanjang tahun 2003 telah disekat di tangga kedua oleh lagu-lagu juara di atas. Antara lagu popular berkenaan adalah "Ala Canggung" (Too Phat menampilkan Yusni Hamid), "Paling Comel" (Achik & Nana), dan "Khayalan" (Ruffedge dan V.E).
  • Lagu "Hi Hi Bye Bye" nyanyian Ezlynn dipilih sebagai pemenang anugerah Carta Era di Anugerah Era 2003 kerana tempoh kelayakan anugerah ini adalah dari bulan Julai 2002 hingga Jun 2003, sekaligus menafikan peluang lagu "Bukan Cinta Biasa" (Siti Nurhaliza) untuk meraih anugerah tersebut biarpun ketika acara penganugerahan, lagu tersebut telah memecah rekod 8 minggu kejuaraan yang dicipta oleh "Hi Hi Bye Bye". Biarpun lagu "Bukan Cinta Biasa" layak dalam tempoh kelayakan edisi Anugerah Era 2004, lagu tersebut kurang satu minggu kejuaraan di belakang lagu pemenang "Dambaan Pilu" (Khai Wahi).

Rujukan sunting