Senarai laut

rencana senarai Wikimedia

Perkataan "laut" digunakan untuk menggambarkan keseluruhan jasad air saling hubung yang juga dikenali sebagai Lautan Dunia. Perkataan ini boleh digunakan untuk jasad air tertentu dan jauh lebih kecil, seperti Laut Utara atau Laut Merah. Tiada perbezaan tegas antara laut dengan lautan, tetapi secara amnya laut adalah lebih kecil, dan kerap sebahagiannya (sebagai laut berpinggir) atau keseluruhannya (sebahagian laut pedalaman) disempadani oleh daratan.[1] Walau bagaimanapun, Laut Sargasso tidak mempunyai garis pesisir dan terletak di dalam arus bulat, Gir Atlantik Utara. Laut ini merupakan sebuah jasad air tersendiri dengan rumpai laut Sargassum perang dan air biru tenang, sangat berlainan dengan sebelih Lautan Atlantik.[2][3] Laut secara amnya adalah lebih besar daripada tasik, dan mengandungi air masin lebih daripada air tawar, tetapi sesetengah entiti geografi dikenali sebagai "laut" ialah jasad air pedalaman tertutup yang tidak masin: contohnya, Laut Galilee ialah sebuah tasik air tawar.[3][a] Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut menyatakan bahawa semua lautan ialah "laut."[7][8][b]

Baku di Laut Kaspia.

Senarai laut sunting

List of the world's seas
Lautan Atlantik Lautan Artik Lautan Selatan Lautan Hindi Lautan Pasifik Laut-laut dikelilingi daratan

Rujukan sunting

  1. ^ "What's the difference between an ocean and a sea?". Oceanservice.noaa.gov. 11 Januari 2013. Dicapai pada 19 April 2013.
  2. ^ Stow, 2004. p. 90
  3. ^ a b "Names for Water Bodies". Geography.about.com. 9 April 2012. Dicapai pada 19 April 2013. A sea can also be attached to, or even part of, an ocean. For example, the Caspian Sea is a large saline lake surrounded by land, the Mediterranean Sea is attached to the Atlantic Ocean, and the Sargasso Sea is a portion of the Atlantic Ocean, surrounded by water.
  4. ^ Conforti, B.; Bravo, Luigi Ferrari (2005). "The Italian Yearbook of International Law, Volume 14". Martinus Nijhoff Publishers: 237. ISBN 978-90-04-15027-0. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  5. ^ Karleskint, George; Turner, Richard L.; Small, James W. (2009). "Introduction to Marine Biology". Cengage Learning: 47. ISBN 978-0-495-56197-2. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ American Society of Civil Engineers (eds.) (1994). The Glossary of the Mapping Sciences. ASCE Publications. m/s. 365. ISBN 0-7844-7570-9.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  7. ^ Vukas, B. (2004). "The Law of the Sea: Selected Writings". Martinus Nijhoff Publishers: 271. ISBN 978-90-04-13863-6. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Gupta, Manoj (2010). "Indian Ocean Region: Maritime Regimes for Regional Cooperation". Springer: 57. ISBN 978-1-4419-5989-8. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ Gokay, Bulent (2001). "The Politics of Caspian Oil". Palgrave Macmillan: 74. ISBN 978-0-333-73973-0. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ a b c kerap dianggap sebagai sebahagian Laut Mediterranean

Nota sunting

  1. ^ Tiada takrifan teknikal bagi laut yang diterima dalam kalangan ahli oseanografi. Satu takrifan ialah laut merupakan bahagian kecil untuk lautan, yang bererti laut mesti mempunyai kerak lembangan lautan di dasarnya. Takrifan ini menerima Laut Kaspia sebagai laut kerana merupakan sebahagian lautan purba suatu ketika dahulu.[4] Pengenalan kepada Biologi Laut (bahasa Inggeris: Introduction to Marine Biology) mentakrifkan laut sebagai jasad air "dikelilingi daratan", menambah bahawa istilah "laut" hanya merupakan satu kemudahan.[5] Glosari Sains Pemetaan (bahasa Inggeris: The Glossary of Mapping Sciences) pula menyatakan secara serupa bahawa sempadan di antara laut dengan jasad air lain adalah sembarangan.[6]
  2. ^ menurut takrifan ini, Laut Kaspia patut dikecualikan kerana secara sah merupakan sebuah "tasik antarabangsa."[9]

Templat:Senarai jasad air