Senarai negara dengan pengiktirafan terhad

rencana senarai Wikimedia

Senarai negara-negara dengan pengiktirafan terhad memberikan suatu gambaran mengenai entiti geopolitik masa kini, buat negara yang ingin diiktiraf sebagai negara berdaulat di bawah undang-undang antarabangsa namun tidak atau belum mendapatkan pengiktirafan diplomatik dunia secara penuh.

Entiti geopolitik masa ini menurut tingkat pengiktirafan sunting

Negara bukan anggota PBB yang tidak diiktiraf oleh mana-mana negara sunting

Nama Bertindih sejak Pengiktirafan Maklumat lebih lanjut Rujukan
  Somaliland 1991 Tidak ada negara yang mengiktiraf Somaliland merdeka secara de jure dari Somalia. Hubungan luar negeri Somaliland

Negara bukan anggota PBB yang diiktiraf hanya oleh bukan anggota PBB sunting

Nama Bertindih sejak Pengiktirafan Maklumat lebih lanjut Rujukan
  Artsakh 1991 Kemerdekaan Nagorno-Karabakh diiktiraf oleh Abkhazia, Ossetia Selatan dan Transnistria. Kesemua negara anggota PBB mengiktiraf wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Azerbaijan.
  Transnistria 1990 Kemerdekaan Transnistria diiktiraf oleh Abkhazia, Ossetia Selatan dan Nagorno-Karabakh. Kesemua negara anggota PBB mengiktiraf wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Moldova. Hubungan luar negeri Transnistria [1]

Negara bukan anggota PBB yang diiktiraf oleh setidaknya satu anggota PBB sunting

Nama Bertindih sejak Pengiktirafan Maklumat lebih lanjut Rujukan
  Abkhazia 1992 Kemerdekaan Abkhazia diiktiraf oleh enam buah negara anggota PBB (Rusia, Nicaragua, Venezuela, Nauru, Tuvalu dan Vanuatu) dan tiga negara bukan anggota PBB (Ossetia Selatan, Nagorno-Karabakh dan Transnistria).[2] Kesemua negara anggota PBB lainnya mengiktiraf wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Georgia. Hubungan luar negeri Abkhazia, Pengiktirafan antarabangsa Abkhazia dan Ossetia Selatan [3][4]
  Arab Sahrawi 1976 Sahara Barat merupakan subjek dari berbagai klaim yang saling bertentangan: Maghribi mengklaim kesemua wilayahnya dan menduduki sebahagian besar dari padanya, sementara Republik Demokratik Arab Sahrawi (RDAS) hanya menguasai Zon Bebas tetapi juga mengklaim kedaulatan penuh atas kesemua wilayahnya. Kemerdekaan Sahara Barat di bawah kedaulatan RDAS diiktiraf oleh 84 negara anggota PBB dan Kesatuan Afrika. Sahara Barat diiperakui sebagai bahagian de jure dari Maghribi oleh 25 negara anggota PBB dan Liga Arab. Seluruh negara anggota PBB lainnya tidak iktiraf kedua negara memiliki hak de jure atas wilayah tersebut; wilayah tersebut termasuk dalam Senarai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Wilayah Tanpa Pemerintahan Sendiri sejak dimasukkan pada 1960-an sebagai Sahara Sepanyol. Hubungan luar negeri Republik Demokratik Arab Sahrawi [5]
  Republik China (Taiwan) 1949 Republik Rakyat China (RRC) dan Republik China (dikenali secara umum sebagai "Taiwan") menyokong Dasar Satu China yang menyatakan bahwasanya China secara de jure merupakan suatu entiti berdaulat tunggal yang meliputi wilayah yang saat ini berada di bawah penguasaan RRC dan Taiwan. Taiwan diiktiraf sebagai satu-satunya pemerintahan China yang sah oleh 22 negara anggota PBB dan Vatican. Berdasarkan Resolusi Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2758, RRC merupakan satu-satunya pemerintahan China yang sah, suatu kedudukan yang juga diambil oleh negara anggota PBB yang lainnya. Banyak negara memiliki hubungan tidak rasmi dengan Taiwan. Status politik Taiwan, Hubungan luar negeri Taiwan [6]
  Kosovo 2008 Kemerdekaan Kosovo diiktiraf oleh 108 buah negara anggota PBB, Taiwan, dan beberapa organisasi antarabangsa. Seluruh negara anggota PBB lainnya mengiktiraf wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Serbia. PBB telah mengelola kerajaan wilayah ini sejak 1999 melalui United Nations Interim Administration Mission in Kosovo, dengan kerja sama dari Kesatuan Eropah sejak 2008. Berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa 1244, Kosovo tetap merupakan bahagian dari Yugoslavia (di mana Serbia merupakan negara penerusnya), menunggu suatu penyelesaian politik untuk menentukan status akhirnya[7]. Hubungan luar negeri Kosovo, Pengiktirafan antarabangsa Kosovo [8]
  Ossetia Selatan 1991 Kemerdekaan Ossetia Selatan diiktiraf oleh lima negara anggota PBB (Rusia, Nicaragua, Venezuela, Tuvalu dan Nauru) dan tiga negara bukan anggota PBB (Abkhazia, Nagorno-Karabakh dan Transnistria).[2] Kesemua negara anggota PBB lainnya mengakui wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Georgia. Hubungan luar negeri Ossetia Selatan, Pengiktirafan antarabangsa Abkhazia dan Ossetia Selatan [4][9]
  Palestin 1988 Negara Palestin diiktiraf oleh 132 negara anggota PBB,[10] Republik Demokratik Arab Sahrawi, Vatican, Liga Arab, dan Pertubuhan Kerjasama Islam, setelah Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin. Misi Palestin memiliki status diplomatik atau istimewa di 22 negara anggota PBB lainnya dan Kesatuan Eropah. Israel tidak mengakui negara Palestin. Akan tetapi, sebagai hasil dari Perjanjian Oslo dan Perjanjian Sementara Israel-Palestin, kerajaan Israel telah mengalihkan bidang kuasa tertentu dan tanggung jawab pemerintahan sendiri kepada Pihak Berkuasa Palestin, yang terbagi pada wilayah Tebing Barat dan Gaza. PBB mengiktiraf Palestin sebagai entiti bukan anggota dengan status ahli pengamat. Hubungan luar negeri Pihak Berkuasa Palestin [11]
  Republik Turki Cyprus Utara 1983 Kemerdekaan Cyprus Utara diiktiraf oleh satu negara anggota PBB, Turki. Kesemua negara anggota PBB lainnya mengiktiraf wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Cyprus. Pertubuhan Kerjasama Islam memberikan status pengamat kepada Cyprus Utara. Hubungan luar negeri Republik Turki Cyprus Utara [12]

Negara anggota PBB yang tidak diiktiraf oleh setidaknya satu negara anggota lain sunting

Nama Bertindih sejak Pengiktirafan Maklumat lebih lanjut Rujukan
  Armenia 2006 Armenia masa ini tidak diiktiraf oleh satu anggota PBB, Pakistan, kerana Pakistan menyokong Azerbaijan dalam konflik Nagorno-Karabakh. Hubungan luar negeri Armenia [13][14]
  China 1949 RRC merupakan entiti yang lebih diperakui secara luas dari 2 entiti yang mengklaim sebagai kerajaan sah "China", satu lagi adalah Republik China (Taiwan). RRC tidak menerima hubungan diplomatik dengan negara-negara yang mengiktiraf Taiwan (22 negara kecil anggota PBB dan Vatican sejak 2011). Sebahagian besar negara-negara tersebut tidak mengiktiraf RRC sebagai suatu negara berdaulat secara rasmi, dan beberapa yang lain telah menjalin hubungan dengan Taiwan tetapi tetap menyatakan bahwa mereka tidak berkeinginan untuk berhenti mengakui RRC (Kiribati, Nauru).[15][16] Beberapa negara yang masa ini hanya mengakui RRC telah mencuba memberikan pengiktirafan dan membuka hubungan dengan Taiwan dan RRC secara bersama-sama sebelumnya (Liberia, Vanuatu).[17][18][19] Seiring dengan Resolusi Majlis Umum PBB 2758, RRC merupakan satu-satunya perwakilan rasmi China di PBB. Hubungan luar negeri Republik Rakyat China [20]
  Israel 1948 Israel tidak diiktiraf oleh 32 negara anggota PBB, termasuk Arab Saudi, Indonesia, Iran[21], Iraq[22], Republik Demokratik Rakyat Korea, Cuba, Kuwait, Lubnan, Libya[23], Malaysia, Pakistan, Sudan, Syria dan Yaman. serta satu negara bukan anggota PBB, Republik Demokratik Arab Sahrawi. Israel, yang mengklaim hak untuk membentuk suatu negara di wilayah yang masa ini dijajah oleh Israel. Hubungan luar negeri Israel [24][25]
  Korea Selatan 1948 Republik Korea tidak diiktiraf oleh Republik Demokratik Rakyat Korea. Hubungan luar negeri Korea Selatan [26][27]
  Korea Utara 1948 Republik Demokratik Rakyat Korea tidak diiktiraf oleh Jepun dan Republik Korea.[28] Hubungan luar negeri Korea Utara [29][30][31]
  Cyprus 1974 Cyprus tidak diiktiraf oleh satu negara anggota PBB, Turki, dan satu negara bukan anggota PBB, Cyprus Utara, di mana keduanya merujuk Cyprus sebagai "Güney Kıbrıs Rum Kesimi", Bahagian Greece dari Cyprus Selatan. Hubungan luar negeri Cyprus [32][33][34]

Lihat juga sunting

Referensi sunting

  1. ^ "Abkhazia: Ten Years On". BBC 2. 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-19. Dicapai pada 2008-06-16.
  2. ^ a b South Ossetia opens embassy in Abkhazia The Tiraspol Times
  3. ^ Clogg, Rachel (2001). "Abkhazia: Ten Years On". Conciliation Resources. Dicapai pada 2008-02-26.
  4. ^ a b Russia recognises Georgian rebels - BBC, 2008-08-26[1]
  5. ^ Sahrawi Arab Democratic Republic (1976-02-27). "Sahrawi Arab Democratic Republic". Western Sahara Online. Dicapai pada 2008-02-28.
  6. ^ Lewis, Joe (2002-08-04). "Taiwan Independence". Digital Freedom Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 1998-12-02. Dicapai pada 2008-02-28.
  7. ^ http://www.unmikonline.org/press/reports/N9917289.pdf
  8. ^ "Kosovo MPs proclaim independence". BBC News. 2008-02-17. Dicapai pada 2008-02-28.
  9. ^ Stojanovic, Srdjan (2003-09-23). "OCHA Situation Report". Center for International Disaster Information. Dicapai pada 2008-02-28.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-04. Dicapai pada 2006-04-04.
  11. ^ "3.10 - How many countries recognize Palestine as a state?". Institute for Middle East Understanding. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-13. Dicapai pada 2008-02-28.
  12. ^ Hadar, Leon (2005-11-16). "In Praise of 'Virtual States'". AntiWar. Dicapai pada 2008-02-28.
  13. ^ Pakistan Worldview - Report 21 - Visit to Azerbaijan Senate of Pakistan — Senate foreign relations committee, 2008
  14. ^ Nilufer Bakhtiyar: "For Azerbaijan Pakistan does not recognise Armenia as a country" 13 September 2006 [14:03] - Today.Az
  15. ^ Lee, Meifang "Minister announces resumption of diplomatic ties with Nauru" Diarkibkan 2011-10-08 di Wayback Machine Taiwan Today 2005-05-20 Retrieved 2011-04-29
  16. ^ "Kiribati president upbeat on conference, Taiwan" Radio Australia 21 June 2010 Retrieved 2011-04-29
  17. ^ Crocombe, Ron Asia in the Pacific Islands: Replacing the West University of the South Pacific. Institute of Pacific Studies 2007 p. 258 Online version available at Google Books
  18. ^ "Looking East: China-Africa Engagements Liberia Case Study" African Center for Economic Transformation, Monrovia December 2009
  19. ^ Chiu, Hungdah "The International Legal Status of the Republic of China (Revised Version)" Occasional Papers/Reprints Series in Contemporary Asian Studies Number 5 - 1992 (112), School of Law, University of Maryland ISBN 0-925153-23-0
  20. ^ "Constitution of the People's Republic of China". International Human Rights Treaties and Documents Database. Dicapai pada 2008-02-28.
  21. ^ http://www.rferl.org/content/Iran_Says_Israel_Stops_Its_Aid_Ship_To_Gaza/1369553.html
  22. ^ http://www.forward.com/articles/13571/
  23. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-16. Dicapai pada 2018-11-20.
  24. ^ Government of Israel (1948-05-14). "Declaration of Israel's Independence 1948". Yale University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-13. Dicapai pada 2008-02-28.
  25. ^ http://www.mythsandfacts.org/ReplyOnlineEdition/chapter-1.html
  26. ^ US Library of Congress (2000-10-07). "World War II and Korea". Country Studies. Dicapai pada 2008-02-28.
  27. ^ Sterngold, James (1994-09-03). "China, Backing North Korea, Quits Armistice Commission". The New York Times. Dicapai pada 2008-02-29.
  28. ^ "Treaty on Basic Relations between Japan and the Republic of Korea". Dicapai pada 2008-10-27.
  29. ^ "Declaration of Independence". TIME. 1966-08-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-06. Dicapai pada 2008-02-29. Text "author" ignored (bantuan)
  30. ^ Scofield, David (2005-01-04). "Seoul's double-talk on reunification". Asia Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-19. Dicapai pada 2008-02-29.
  31. ^ "Treaty on Basic Relations between Japan and the Republic of Korea". Dicapai pada 2008-10-27.
  32. ^ CIA World Factbook (2008-02-28). "Cyprus". Central Intelligence Agency. Dicapai pada 2008-02-28.
  33. ^ "Cyprus exists without Turkey's recognition: president". XINHUA. 2005-10-01. Dicapai pada 2008-03-07.
  34. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-29. Dicapai pada 2018-11-20.