Senarai penerima Hadiah Keamanan Nobel

rencana senarai Wikimedia

Jawatankuasa Nobel Norway setiap tahun menganugerahkan Hadiah Keamanan Nobel (Norway dan Sweden: Nobel fredspris) "kepada orang yang telah melakukan usaha yang paling banyak atau paling baik untuk persaudaraan antara negara-negara, untuk penghapusan atau pengurangan tentera tetap dan untuk mengadakan dan mempromosikan kongres-kongres perdamaian."[1] Ia adalah salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang ditubuhkan oleh wasiat 1895 Alfred Nobel (yang meninggal pada tahun 1896), dianugerahkan atas sumbangan cemerlang dalam bidang kimia, fizik, kesusasteraan, keamanan, dan fisiologi atau perubatan.[2] Seperti yang ditentukan dalam wasiat Nobel, anugerah ini diketuai oleh Jawatankuasa Nobel Norway dan dianugerahkan oleh sebuah jawatankuasa sebanyak lima orang yang dipilih oleh Parlimen Norway.[3] Hadiah Keamanan Nobel yang pertama telah dianugerahkan pada tahun 1901 kepada Frédéric Passy dan Henry Dunant; hadiah ini baru-baru ini dianugerahkan kepada Kempen Antarabangsa untuk Pemansuhan Senjata Nuklear pada 2017. Setiap penerima menerima pingat, diploma, dan hadiah anugerah kewangan yang telah berubah sepanjang tahun.[4] Pada tahun 1901, Passy dan Dunant berkongsi Hadiah bernilai 150,782 krona Sweden, yang sama dengan 7,731,004 krona pada tahun 2008. Hadiah Keamanan dianugerahkam setiap tahun di Oslo, dengan kehadiran Raja Norway, pada 10 Disember, ulang tahun kematian Nobel, dan merupakan satu-satunya Hadiah Nobel yang tidak dianugerahkan di Stockholm.[5] Tidak seperti hadiah lain, Hadiah Keamanan kadang-kadang diberikan kepada organisasi (seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, penerima sebanyak tiga kali) bukannya seorang individu.

Institut Nobel Norway membantu Jawatankuasa Nobel Norway dalam memilih penerima Hadiah Keamanan Nobel dan untuk menganjurkan anugerah tahunan di Oslo.

Hadiah itu dianggap paling kontroversial dari pelbagai Hadiah Nobel dengan beberapa pilihan yang telah dikritik.[6][7] Walaupun telah dicalonkan lima kali, Mohandas Karamchand Gandhi tidak pernah memenangi Hadiah. Berikutan pembunuhannya pada tahun 1948, jawatankuasa menganggap untuk menanugerahkan Hadiah kepadanya selepas kematian tetapi memutuskan terhadapnya dan sebaliknya tidak memberi Hadiah pada tahun itu dengan penjelasan bahawa "tidak ada calon hidup yang sesuai."[8] Pada tahun 1961, Dag Hammarskjöld, yang meninggal dunia selepas pencalonannya tetapi beberapa bulan sebelum pengumuman itu, menjadi satu-satunya penerima untuk diiktiraf selepas kematian; berikutan ini, undang-undang itu diubah untuk membuat hadiah selepas kematian yang hampir mustahil.[9] Pada tahun 1973, Lê Đức Thọ enggan menerima Hadiah, kerana "dia tidak berada dalam kedudukan untuk menerima Hadiah itu, memetik keadaan di Vietnam sebagai alasannya."[10] Linus Pauling, Pemenang Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1962, ialah satu-satunya orang telah dianugerahkan dua Hadiah Nobel yang berlainan; beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia pada tahun 1954.[10] Pada usia 17 tahun, Malala Yousafzai, penerima pada tahun 2014, ialah penerima termuda untuk dianugerahkan Hadiah Keamanan.

Penerima sunting

Sehingga 2018, Hadiah Keamanan telah dianugerahkan kepada 106 individu dan 24 organisasi. Tujuh belas wanita telah memenangi Hadiah Keamanan Nobel, lebih daripada mana-mana Hadiah Nobel lain.[11] Hanya dua penerima telah menerima Hadiah beberapa kali: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah memenangi tiga kali (1917, 1944, dan 1963) dan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian telah memenangi dua kali (1954 dan 1981).[10] Terdapat 19 tahun sejak penciptaan di mana Hadiah Keamanan tidak diberikan, lebih banyak kali daripada mana-mana Hadiah Nobel lain.

Lê Đức Thọ ialah satu-satunya orang yang enggan menerima Hadiah Keamanan Nobel.[12] Beliau dianugerahi anugerah pada 1973 bersama Henry Kissinger tetapi menolak hadiah dengan alasan bahawa "sentimen rasa borjuis" sedemikian bukan untuknya dan Perjanjian Damai Paris tidak dipatuhi sepenuhnya.

Tahun Penerima Negara Nota
1901   Jean Henri Dunant    Switzerland Pengasas, Palang Merah; Konvensyen Geneva, Hak asasi manusia.
  Frédéric Passy   Perancis Pengasas dan Presiden, Société d'arbitrage entre les Nations.
1902   Élie Ducommun    Switzerland "Setiausaha Kehormat pertama Biro Keamanan Antarabangsa di Berne."[9][13]
  Charles Albert Gobat "Setiausaha Agung Kesatuan Antara Parlimen"[9][13]
1903   William Randal Cremer   United Kingdom Setiasuaha, Liga Timbangtara Antarabangsa.
1904   Institut de Droit International   Belgium
1905   Bertha Sophie Felicitas Baronin von Suttner   Austria-Hungary Presiden Kehormat, Biro Tetap Keamanan Antarabangsa.
1906   Theodore Roosevelt   Amerika Syarikat Presiden Amerika Syarikat; kerjasama perjanjian damai (broker Perjanjian Portsmouth yang menamatkan Perang Rusia-Jepun)
1907   Ernesto Teodoro Moneta   Itali Presiden, Liga Keamanan Lombard
  Louis Renault   Perancis Profesor Undang-Undang Antarabangsa
1908   Klas Pontus Arnoldson   Sweden Pengasas, Persatuan Keamanan dan Penimbangtaraan Sweden
  Fredrik Bajer   Denmark Presiden Kehormat, Biro Tetap Keamanan Antarabangsa
1909   Auguste Marie François Beernaert   Belgium Ahli Cour Internationale d'Arbitrage.
  Paul-Henri-Benjamin d'Estournelles de Constant   Perancis pengasas dan presiden kumpulan parlimen Perancis untuk timbang tara antarabangsa. Pengasas Comité de défense des intérets nationaux et de conciliation internationale
1910   Biro Keamanan Antarabangsa    Switzerland "Ditubuhkan pada tahun 1891"[14]
1911   Tobias Michael Carel Asser   Belanda "Pemula Persidangan Antarabangsa Undang-undang Swasta di Hague; Menteri Kabinet; Peguam"[15]
  Alfred Hermann Fried   Austria-Hungary "Wartawan; Pengasas Die Friedenswarte"[15]
1912   Elihu Root   Amerika Syarikat "Bekas Setiausaha Agung; kerana memulakan pelbagai persetujuan timbang tara."[16]
1913   Henri La Fontaine   Belgium Presiden, Biro Tetap Keamanan Antarabangsa.
1914 Tiada penghadiahan Perang Dunia I
1915
1916
1917   Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah    Switzerland [17]
1918 Tiada penghadiahan Perang Dunia I
1919   Woodrow Wilson   Amerika Syarikat Presiden Amerika Syarikat, selaku penganjur pertama Liga Bangsa-bangsa.[18]
1920   Léon Victor Auguste Bourgeois   Perancis Presiden, Majlis Liga Bangsa-bangsa.[19]
1921   Hjalmar Branting   Sweden Perdana Menteri, Wakil Sweden ke Majlis Liga Bangsa-bangsa.[20]
  Christian Lous Lange   Norway Setiausaha Agung, Kesatuan Antara Parlimen[20]
1922   Fridtjof Nansen   Norway Wakil Norway ke Liga Bangsa-bangsa, pemula pasport Nansen untuk pelarian.
1923 Tiada penghadiahan
1924
1925   Austen Chamberlain   United Kingdom kerana Perjanjian Locarno.[21]
  Charles Gates Dawes   Amerika Syarikat Pengerusi, Suruhanjaya Ganti Rugi Bersekutu dan pemula Rancangan Dawes.[21]
1926   Aristide Briand   Perancis "Menteri Luar; Pengasas bersama Perjanjian Locarno dan Pakatan Briand-Kellogg"[19]
  Gustav Stresemann   Jerman "Bekas Tuan Canselor Tinggi (Reichs-kanzler); Menteri Luar; Pengasas bersama Perjanjian Locarno"[19]
1927   Ferdinand Buisson   Perancis "Bekas Profesor, Universiti Sorbonne, Paris; Pengasas dan Presiden, Liga Hak Asasi Manusia"[22]
  Ludwig Quidde   Jerman "Profesor, Universiti Berlin; Ahli, Parlimen Jerman; Menyertai pelbagai persidangan keamanan."[22]
1928 Tiada penghadiahan
1929   Frank B. Kellogg   Amerika Syarikat "Pengasas bersama Pakatan Kellogg-Briand."[23]
1930   Nathan Söderblom   Sweden "Ketua biskop; Pemimpin pergerakan penyatupaduan gereja."[24]
1931   Jane Addams   Amerika Syarikat "Ahli Sosiologi; Presiden Antarabangsa, Liga Antarabangsa Wanita untuk Keamanan dan Kebebasan"[25]
  Nicholas Murray Butler   Amerika Syarikat "Presiden, Universiti Columbia; Penganjur Pakatan Briand Kellogg"[25]
1932 Tiada penghadiahan
1933   Sir Norman Angell (Ralph Lane)   United Kingdom "Pengarang; Ahli Suruhanjaya Eksekutif Liga Bangsa-bangsa dan Majlis Keamanan Negara"[26]
1934   Arthur Henderson   United Kingdom "Pengerusi, Persidangan Pelucutan Senjata Liga Bangsa-bangsa"[27]
1935   Carl von Ossietzky   Jerman "Wartawan (die Weltbühne); Pencinta damai"[28]
1936   Carlos Saavedra Lamas   Argentina "Setiausaha Negara; Presiden Liga Bangsa-bangsa; Perantara dalam konflik antara Paraguay dan Bolivia"[29]
1937   Cecil of Chelwood, Viscount (Lord Edgar Algernon Robert Gascoyne Cecil)   United Kingdom "Penulis; Bekas Lord Privy Seal; Pengasas dan Presiden, Kempen Keamanan Antarabangsa"[30]
1938   Pejabat Antarabangsa Nansen untuk Pelarian    Switzerland "Sebuah pertubuhan bantuan antrarabangsa yang ditubuhkan oleh Fridtjof Nansen pada tahun 1921"[31]
1939 Tiada penghadiahan Perang Dunia II
1940
1941
1942
1943
1944   Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah    Switzerland [32]
1945   Cordell Hull   Amerika Syarikat "Bekas Setiausaha Negara; Pengasas bersama utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."[33]
1946   Emily Greene Balch   Amerika Syarikat "Bekas Profesor Sejarah dan Sosiologi; Presiden Antarabangsa Kehormat Liga Antarabangsa Wanita untuk Keamanan dan Kebebasan"[34]
  John R. Mott   Amerika Syarikat "Majlis Mubaligh Antarabangsa dan Presiden, Perikatan Sedunia Persatuan Pemuda Kristian"[34]
1947   Majlis Khidmat Sahabat
Jawatankuasa Khidmat Sahabat Amerika
  United Kingdom
  Amerika Syarikat
[35]
1948 Tiada penghadiahan [36]
1949   Lord Boyd Orr   United Kingdom "Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Presiden Majlis Keamanan Negara, Presiden Kesatuan Pertubuhan Keamanan Sedunia"[37]
1950   Ralph Bunche   Amerika Syarikat "Profesor, Universiti Harvard di Cambridge, MA; Pengarah, bahagian Peramanahan, PBB; Pemangku Perantara di Palestin, 1948"[38]
1951   Léon Jouhaux   Perancis "Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Majlis Eropah, Naib Presiden Gabungan Kesatuan Perdagangan Bebas Antarabangsa, Naib Presiden Persekutuan Kesatuan Sekerja Sedunia, ahli Majlis ILO, wakil ke PBB"[39]
1952   Albert Schweitzer   Perancis "Doktor bedah mubaligh; Pengasas Hospital Lambaréné di Gabon"[40]
1953   George Catlett Marshall   Amerika Syarikat "Presiden Jeneral Palang Merah Amerika; Bekas Setiausaha Negara dan Pertahanan; Wakil di PBB; Pengasas "Rancangan Marshall""[41]
1954   Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian    Switzerland "Sebuah pertubuhan bantuan antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1951"[42]
1955 Tiada penghadiahan
1956
1957   Lester Bowles Pearson   Kanada "Bekas Menteri Hal Ehwal luar Kanada; Bekas Presiden sesi ke-7 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu"[43] "kerana peranannya dalam percubaan menamatkan konflik Suez serta menyelesaikan persoalan Timur Tengah melalui Bangsa-bangsa Bersatu."[9]
1958   Georges Pire   Belgium "Paderi Mazhab Dominika; Ketua pertubuhan bantuan pelarian "L'Europe du Coeur au Service du Monde""[44]
1959   Philip Noel-Baker   United Kingdom "Ahli Parlimen; kerana kerja sepanjang hayat beliau demi keamanan dan kerjasama antarabangsa"[45]
1960   Albert Lutuli   Afrika Selatan "Presiden, Kongres Kebangsaan Afrika"[46] "menerajui perjuangan menentang aparteid di Afrika Selatan"[9]
1961   Dag Hammarskjöld   Sweden "Setiausaha Agung PBB,"[47] dianugerahi "kerana memperkukuhkan pertubuhan."[9]
1962   Linus Carl Pauling   Amerika Syarikat "kerana kempennya menentang ujian senjata nuklear"[48]
1963   Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
Liga persatuan-persatuan Palang Merah
   Switzerland [49]
1964   Dr. Martin Luther King Jr.   Amerika Syarikat "pejuang hak awam"[50]
1965 Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu "Pertubuhan bantuan antarabangsa." [51]
1966 Tiada penghadiahan
1967
1968   René Cassin   Perancis "Presiden, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah"[52]
1969   Pertubuhan Buruh Antarabangsa    Switzerland [53]
1970   Norman Borlaug   Amerika Syarikat "Pusat Kemajuan Jagung Dan Gandum Antarabangsa;"[54] "kerana sumbangannya kepada "revolusi hijau" yang membawa impak kepada pengeluaran makanan khususnya di Asia dan Amerika Latin."[9]
1971   Willy Brandt   Jerman Barat "Canselor Republik Persekutuan Jerman; kerana dasar Ostpolitik Jerman Barat"[55]
1972 Tiada penghadiahan
1973   Henry A. Kissinger   Amerika Syarikat "Kerana perjanjian Paris 1973 yang bertujuan mengadakan gencatan senjata di perang Vietnam serta pengunduran angkatan tentera Amerika"[56][57]
  Lê Ðức Thọ (menolak) Republik Demokratik Vietnam
1974   Seán MacBride   Republik Ireland "Presiden Biro Keamanan Antarabangsa; Presiden Suruhanjaya Namibia."[58] "kerana kepentingannya dalam hak asasi manusia: mengendalikan Konvensyen Hak Asasi Eropah melalui Majlis Eropah, membantu mengasas lalu memimpin Amnesty International dan berkhidmat sebagai setiausaha agung Suruhanjaya Pakar Undang-Undang Antarabangsa"[9]
  Eisaku Sato   Jepun "Perdana Menteri Jepun,"[58] "kerana menolak pilihan nuklear untuk Jepun serta usahanya melanjutkan perdamaian serantau"[9]
1975   Andrei Dmitrievich Sakharov   Kesatuan Soviet "perjuangan hak asasi manusia, pelucutan senjata, dan kerjasama antara semua bangsa"[59][60]
1976   Betty Williams   United Kingdom "Pengasas-pengasas Pergerakan Keamanan Ireland Utara (kini Komuniti Pencinta Keamanan)"[61]
  Mairead Corrigan
1977 Amnesty International "melindungi hak asasi banduan nurani"[9][62]
1978   Mohamed Anwar Al-Sadat   Mesir "kerana Perjanjuan Camp David yang merundingkan damai antara Mesir dan Israel"[63]
  Menachem Begin   Israel
  Poland
(dilahirkan di   Rusia)
1979   Mother Teresa   Albania
  India
(dilahirkan di Skopje, kini   Macedonia Utara)
"Ketua Mubaligh Amal"[64]
1980   Adolfo Pérez Esquivel   Argentina "Pemimpin hak asasi manusia;"[65] "menubuhkan pertubuhan hak asasi manusia bukan keganasan yang menentang pemerintahan tentera yang menguasai negaranya."[9]
1981   Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu "Pertubuhan bantuan antarabangsa yang diasaskan oleh PBB pada tahun 1951"[66]
1982   Alva Myrdal   Sweden "usaha mereka yang mengagumkan dalam rundingan pelucutan senjata PBB, di mana mereka memainkan peranan pentinf dan meraih pengiktirafan antarabangsa"[67][68]
  Alfonso García Robles   Mexico
1983   Lech Wałęsa   Poland "Pengasas Solidarność; pejuang hak asasi manusia"[69]
1984   Desmond Mpilo Tutu   Afrika Selatan "Biskop Johannesburg; bekas Setiausaha Agung, Majlis Gereja-gereja Afrika Selatan"[70]
1985 Ahli Fizik Antarabangsa untuk Pencegahan Peperangan Nuklear   Amerika Syarikat Kerana "maklumat berwibawa dan memupuk kesedaran kesan malapetaka perang atom. Pihak jawatankuasa percaya bahawa ini menyumbang kepada meningkatnya tekanan penentangan orang awam terhadap pembangunan senjata atom serta untuk menyusun semula keutamaan, supaya perhatian lebih diberikan kepada kesihatan dan isu-isu kemanusiaan yang lain."[71]
1986   Elie Wiesel   Amerika Syarikat
  Romania
"Pengerusi "Suruhanjaya Presiden tentang Holokus""[72]
1987   Óscar Arias Sánchez   Costa Rica "kerana usaha pendamaian di Amerika Tengah, yang membawa kepada perjanjian yang ditandatangani di Guatemala pada 7 Ogos tahun ini"[73]
1988   Angkatan Pengamanan PBB   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu "kerana usaha-usaha yang memberikan sumbangan penting kepada pencapaian salah satu rukun utama Bangsa-bangsa Bersatu"[74][75]
1989   Dalai Lama ke-14   Tibet "perjuangannya membebaskan Tibet [dan] tekal menentang keganasan. Sebaliknya, beliau mendukung penyelesaian damai berasaskan nilai toleransi dan saling menghormati agar memelihara warisan sejarah dan kebudayaaan bangsanya."[76][77]
1990   Mikhail Sergeyevich Gorbachev   Kesatuan Soviet "Presiden Kesatuan Soviet, "kerana peranan utama beliau dalam proses damai yang membentuk ciri-ciri penting dalam masyarakat antarabangsa"[78]
1991   Aung San Suu Kyi   Myanmar "kerana perjuangan beliau tanpa kekerasan untuk demokrasi dan hak asasi manusia"[79]
1992   Rigoberta Menchú   Guatemala "sebagai pengiktirafan kepada usaha beliau untuk keadilan sosial dan etno-kebudayaan perdamaian berasaskan rasa hormat kepada hak kaum-kaum pribumi"[80]
1993   Nelson Mandela   Afrika Selatan "kerana usaha mereka untuk pemansuhan rejim apartheid secara aman, serta menyediakan asas untuk penubuhan Afrika Selatan yang baru dan demokratik"[81]
  Frederik Willem de Klerk
1994   Yasser Arafat   Negara Palestin "penghormatan kepada tindakan politik yang amat memerlukan keberanian kedua-dua pihak, serta membuka peluang untuk perkembangan baru ke arah persaudaraan di Timur Tengah"[82]
  Yitzhak Rabin   Israel
  Shimon Peres   Israel
1995   Joseph Rotblat   United Kingdom "kerana usaha mereka untuk mengurangkan peranan yang dimainkan senjata nuklear dalam politik antarabangsa dan, dalam jangka masa panjang, menghapuskan semua senjata sedemikian"[83]
  Persidangan Pugwash mengenai Sains dan Hal Ehwal Sedunia   Kanada
1996   Carlos Filipe Ximenes Belo   Timor Leste "kerana usaha mereka ke arah penyelesaian yang adil dan damai kepada konflik di Timor Timur"[84]
  José Ramos-Horta
1997   Kempen Antarabangsa Mengharamkan Periuk Api   Amerika Syarikat "kerana usaha mereka untuk mengharamkan dan membuang periuk api"[85]
  Jody Williams
1998   John Hume   United Kingdom "kerana usaha mereka untuk mencari penyelesaian yang damai kepada konflik di Ireland Utara"[86]
  David Trimble
1999 Médecins Sans Frontières   Perancis "sebagai pegniktirafan kepada usaha kemanusiaan yang dirintis pertubuhan tersebut di beberapa benua"[87]
2000   Kim Dae Jung   Korea Selatan "atas usahanya demi demokrasi dan hak asasi manusia di Korea Selatan dan seluruh Asia Timur, khususnya perdamaian dengan Korea Utara"[88]
2001   Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu "kerana usaha mereka demi dunia yang lebih teratur dan damai"[89]
  Kofi Annan   Ghana
2002   James Earl (Jimmy) Carter, Jr.   Amerika Syarikat "kerana usaha beliau tanpa putus-putus selama berdekad-dekad untuk mencari penyelesaian damai kepada konflik antarabangsa, memajukan demokrasi dan hak asasi manusia, serta memupuk pembangunan ekonomi dan sosial"[90]
2003   Shirin Ebadi   Iran "kerana usaha beliau demi demokrasi dan hak asasi manusia. Beliau telah memberi tumpuan khususnya kepada perjuangan hak wanita dan kanak-kanak."[91]
2004   Wangari Muta Maathai   Kenya "kerana sumbangan beliau kepada pembangunan mapan, demokrasi dan keamanan"[92]
2005   Agensi Tenaga Atom Antarabangsa   Austria "kerana usaha mereka untuk mencegah tenaga nuklear daripada digunakan untuk tujuan ketenteraan dan untuk memastikan bahawa tenaga nuklear untuk kegunaan aman digunakan dalam cara yang paling selamat yang termampu"[93]
  Mohamed ElBaradei   Mesir
2006   Muhammad Yunus
Bank Grameen
  Bangladesh "kerana meningkatkan peluang ekonomi dan sosial untuk golongan miskin, terutamanya wanita, melalui hasil mikrokredit peloporan mereka"[94]
2007   Albert Arnold (Al) Gore, Jr.   Amerika Syarikat "kerana usaha mereka untuk membina dan menyebarkan pengetahuan penting mengenai perubahan iklim buatan manusia, serta menyediakan asas untuk langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan perubahan sedemikian"[95]
  Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca    Switzerland
2008   Martti Ahtisaari   Finland bekas Presiden Finland, "kerana usaha-usaha beliau yang dihargai untuk meleraikan konflik sedunia di beberapa benua selama lebih tiga puluh tahun"[96]
2009   Barack Obama   Amerika Syarikat "usaha luar biasa beliau dalam memperkukuhkan diplomasi antarabangsa dan memupuk kerjasama antara bangsa-bangsa" [97]
2010 Liu Xiaobo   Republik Rakyat China "perjuangan lama tanpa keganasan demi hak asasi manusia di China"[98]
2011   Ellen Johnson Sirleaf   Liberia "perjuangan tanpa keganasan demi keselamatan hak wanita untuk menyertai usaha pengamanan sepenuhnya"[99]
  Leymah Gbowee
  Tawakel Karman   Yaman
2012   Kesatuan Eropah (EU) Eropah "kerana menyumbang kepada kemajuan keamanan dan perdamaian, demokrasi dan hak asasi manusia di Eropah selama lebih enam dekad."[100]
2013   Pertubuhan Larangan Senjata Kimia Antarabangsa "atas usaha yang luas untuk membasmi senjata kimia."[101]
2014   Kailash Satyarthi   India "atas perjuangan mereka menentang penindasan terhadap kanak-kanak dan golongan muda, serta demi hak semua kanak-kanak untuk menerima pendidikan"[102] (Pada umur 17 tahun, Saudari Yousafzai adalah penerima Hadiah Nobel termuda dalam sejarah.)
  Malala Yousafzai   Pakistan
2015   Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia   Tunisia "atas sumbangan yang menentukan pembangunan demokrasi bersifat majmuk di Tunisia ekoran Revolusi Jasmin 2011"[103]
2016   Juan Manuel Santos   Colombia "untuk usaha keras beliau untuk menamatkan perang saudara yang berlanjutan hampir 50 tahun, perang yang mengorbankan kira-kira 220,000 orang rakyat Colombia dan pelarian hampir 6 juta orang"[104]
2017 Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear    Switzerland "kerana usaha mereka untuk menarik perhatian kepada keburukan bencana kemanusiaan dari mana-mana penggunaan senjata nuklear dan untuk usaha pecah tanah untuk mencapai larangan berasaskan perjanjian senjata".[105]
2018   Denis Mukwege   Republik Demokratik Congo "kerana usaha mereka untuk mengakhiri penggunaan keganasan seksual sebagai senjata perang dan konflik senjata"[106]
  Nadia Murad   Iraq
2019 Abiy Ahmed   Habsyah "kerana usaha beliau untuk mancapai keamanan dan kerjasama antarabangsa, khususnya inisiatif yang tegas dalam menyelesaikan konflik sempadan dengan negara jiran, Eritrea"[107]
2020   Program Makanan Sedunia
(founded 1961)
  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu "kerana usaha melawan kebuluran, sumbangan menambah baik keadaan keamanan di kawasan terjejas konflik dan menjadi kuasa pendorong usaha penggunaan kebuluran sebagai senjata perang dan konflik."[108]
2021 Maria Ressa
(lahir 1963)
  Filipina "kerana usaha mereka untuk melindungi kebebasan bersuara, sebuah prasyarat demokrasi dan keamanan yang berkekalan."[109]
  Dmitry Muratov
(lahir 1961)
  Rusia
2022   Ales Bialiatski
(lahir 1962)
  Belarus "mempromosikan hak mengkritik penguasa dan melindungi hak asasi rakyat, dan melakukan usaha cemerlang dalam mendokumentasikan jenayah perang, pencabulan hak asasi manusia dan salah guna kuasa."[110]
Memorial
(ditubuhkan 1989)
  Rusia
Pusat Kebebasan Sivil
(ditubuhkan 2007)
  Ukraine

Lihat juga sunting

Catatan sunting

A Elihu Root, Austen Chamberlain, Charles G. Dawes, Frank B. Kellogg, dan Norman Angell telah dianugerahkan Hadiah masing-masing satu tahun lewat kerana Jawatankuasa memutuskan bahawa tiada calon pada tahun tersebut di mana mereka disenaraikan sebagai dianugerahkan Hadiah tidak memenuhi kriteria dalam wasiat Nobel; mengikut peraturannya, Jawatankuasa menangguhkan pemberian Hadiah sehingga tahun depan, walaupun mereka telah dianugerahkan seperti Hadiah tahun sebelumnya.[16][21][23][26]
B Hadiah untuk Carl von Ossietzky dianugerahkan secara ketidakhadiran kerana pasport beliau ditolak kerajaan Jerman.[111]
C Hadiah untuk Dag Hammarskjöld dianugerahkan selepas kematiannya.
D Lê Đức Thọ enggan menerima Hadiah.[57]
E Hadiah untuk Andrei Sakharov dianugerahkan secara ketidakhadiran kerana pasport beliau ditolak kerajaan Kesatuan Republik Sosialis Soviet.[112]
F Hadiah untuk Aung San Suu Kyi dianugerahkan secara ketidakhadiran kerana beliau ditahan oleh kerajaan Burma. Berikutan pembebasannya dari tahanan rumah dan pemilihan kepada Pyithu Hluttaw, Suu Kyi menerima penghargaannya secara peribadi pada 16 Jun 2012.[113]
G Hadiah untuk Liu Xiaobo dianugerahkan secara ketidakhadiran kerana beliau dipenjarakan di China.[114]

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ "Excerpt from the Will of Alfred Nobel". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-30. Dicapai pada 2011-10-06. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Alfred Nobel: The Man Behind the Nobel Prize". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  3. ^ "Prize Awarder for the Nobel Peace Prize". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  4. ^ "The Nobel Prize". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  5. ^ "The Nobel Peace Prize Award Ceremonies". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  6. ^ Tønnesson, Øyvind (2000-06-29). "Controversies and Criticisms". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-06. Dicapai pada 2011-10-06.
  7. ^ Murphy, Clare (2000-10-08). "The Nobel: Dynamite or damp squib?". BBC News. Dicapai pada 2011-10-06.
  8. ^ Tønnesson, Øyvind (1999-12-01). "Controversies Mahatma Gandhi, the Missing Laureate". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  9. ^ a b c d e f g h i j k Lundestad, Geir (2001-03-15). "The Nobel Peace Prize, 1901–2000". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-06. Dicapai pada 2011-10-06.
  10. ^ a b c "Nobel Laureates Facts". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-01. Dicapai pada 2011-10-06. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Women Nobel Laureates". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-06. Dicapai pada 2011-10-06.
  12. ^ Rothman, Lily. "Why a Nobel Peace Prize Was Once Rejected". TIME.com. Dicapai pada 2016-10-16.
  13. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1902". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  14. ^ "The Nobel Peace Prize 1910". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  15. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1911". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  16. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1912". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  17. ^ "The Nobel Peace Prize 1917". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  18. ^ "The Nobel Peace Prize 1919". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  19. ^ a b c "The Nobel Peace Prize 1920". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  20. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1921". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  21. ^ a b c "The Nobel Peace Prize 1925". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  22. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1927". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  23. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1929". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  24. ^ "The Nobel Peace Prize 1930". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  25. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1931". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  26. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1933". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  27. ^ "The Nobel Peace Prize 1934". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  28. ^ "The Nobel Peace Prize 1935". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  29. ^ "The Nobel Peace Prize 1936". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  30. ^ "The Nobel Peace Prize 1937". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  31. ^ "The Nobel Peace Prize 1938". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  32. ^ "The Nobel Peace Prize 1944". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  33. ^ "The Nobel Peace Prize 1945". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  34. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1946". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  35. ^ "The Nobel Peace Prize 1947". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  36. ^ Mahatma Gandhi, the Missing Laureate[pautan mati kekal], Nobelprize.org
  37. ^ "The Nobel Peace Prize 1949". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  38. ^ "The Nobel Peace Prize 1950". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  39. ^ "The Nobel Peace Prize 1951". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  40. ^ "The Nobel Peace Prize 1952". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  41. ^ "The Nobel Peace Prize 1953". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  42. ^ "The Nobel Peace Prize 1954". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  43. ^ "The Nobel Peace Prize 1957". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  44. ^ "The Nobel Peace Prize 1958". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  45. ^ "The Nobel Peace Prize 1959". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  46. ^ "The Nobel Peace Prize 1960". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  47. ^ "The Nobel Peace Prize 1961". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  48. ^ "The Nobel Peace Prize 1962". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  49. ^ "The Nobel Peace Prize 1963". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  50. ^ "The Nobel Peace Prize 1964". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  51. ^ "The Nobel Peace Prize 1965". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  52. ^ "The Nobel Peace Prize 1968". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  53. ^ "The Nobel Peace Prize 1969". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  54. ^ "The Nobel Peace Prize 1970". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  55. ^ "The Nobel Peace Prize 1971". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  56. ^ Lundestad, Geir (2001-03-15). "The Nobel Peace Prize, 1901–2000". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-28.
  57. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1973". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  58. ^ a b "The Nobel Peace Prize 1974". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  59. ^ "The Nobel Peace Prize 1975". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  60. ^ "The Nobel Peace Prize 1975–Presentation Speech". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-12-03.
  61. ^ "The Nobel Peace Prize 1976". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  62. ^ "The Nobel Peace Prize 1977". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  63. ^ "The Nobel Peace Prize 1978". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  64. ^ "The Nobel Peace Prize 1979". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  65. ^ "The Nobel Peace Prize 1980". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  66. ^ "The Nobel Peace Prize 1981". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  67. ^ "The Nobel Peace Prize 1982". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  68. ^ "The Nobel Peace Prize 1982–Presentation Speech". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-12-03.
  69. ^ "The Nobel Peace Prize 1983". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  70. ^ "The Nobel Peace Prize 1984". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  71. ^ "The Nobel Peace Prize 1985". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  72. ^ "The Nobel Peace Prize 1986". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  73. ^ "The Nobel Peace Prize 1987". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  74. ^ "The Nobel Peace Prize 1988". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  75. ^ "The Nobel Peace Prize 1988–Press release". Nobel Foundation. 1988-09-29. Dicapai pada 2008-11-28.
  76. ^ "The Nobel Peace Prize 1989". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-11-12.
  77. ^ "The Nobel Peace Prize 1989–Press release". Nobel Foundation. 1989-10-05. Dicapai pada 2008-11-28.
  78. ^ "The Nobel Peace Prize 1990". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  79. ^ "The Nobel Peace Prize 1991". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  80. ^ "The Nobel Peace Prize 1992". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  81. ^ "The Nobel Peace Prize 1993". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  82. ^ "Press Release- The Nobel Peace Prize 1994". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  83. ^ "The Nobel Peace Prize 1995". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  84. ^ "The Nobel Peace Prize 1996". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  85. ^ "The Nobel Peace Prize 1997". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  86. ^ "The Nobel Peace Prize 1998". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  87. ^ "The Nobel Peace Prize 1999". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  88. ^ "The Nobel Peace Prize 2000". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  89. ^ "The Nobel Peace Prize 2001". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  90. ^ "The Nobel Peace Prize 2002". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  91. ^ "The Nobel Peace Prize 2003". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  92. ^ "The Nobel Peace Prize 2004". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  93. ^ "The Nobel Peace Prize 2005". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  94. ^ "The Nobel Peace Prize 2006". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  95. ^ "The Nobel Peace Prize 2007". Nobel Foundation. Dicapai pada 2008-10-20.
  96. ^ "The Nobel Peace Prize 2008". Nobelprize.org. Dicapai pada 2008-10-10.
  97. ^ "The Nobel Peace Prize 2009". Nobel Foundation. Dicapai pada 2009-10-09.
  98. ^ "The Nobel Peace Prize 2010". Nobel Foundation. Dicapai pada 2010-10-08.
  99. ^ "The Nobel Peace Prize 2011". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-07.
  100. ^ "The Nobel Peace Prize 2012". Nobel Foundation. Dicapai pada 12 October 2012.
  101. ^ "The Nobel Peace Prize 2013" (PDF). Nobel Foundation. Dicapai pada 2013-10-11.
  102. ^ "The Nobel Peace Prize 2014". Nobel Foundation. Dicapai pada 2014-10-10.
  103. ^ "The Nobel Peace Prize 2015". Nobel Foundation. Dicapai pada 2015-10-09.
  104. ^ "The Nobel Peace Prize 2016". Nobel Foundation. Dicapai pada 2016-10-07.
  105. ^ "The Nobel Peace Prize 2017 - Press Release". www.nobelprize.org. Dicapai pada 2017-10-06.
  106. ^ "The Nobel Peace Prize 2018 - Press Release". www.nobelprize.org. Dicapai pada 2018-10-05.
  107. ^ "The Nobel Peace Prize 2019". www.nobelprize.org. Dicapai pada 2019-10-12.
  108. ^ "The Nobel Peace Prize 2020". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-09.
  109. ^ "The Nobel Peace Prize 2021 - Press Release". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-08.
  110. ^ "The Nobel Peace Prize 2022". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 October 2022.
  111. ^ "Biography: Carl von Ossietzky". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  112. ^ Lionaes, Aase. "Award Ceremony Speech (1975)". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  113. ^ Sejersted, Francis. "Award Ceremony Speech (1991)". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.
  114. ^ Jagland, Thorbjørn. "Award Ceremony Speech (2010)". Nobel Foundation. Dicapai pada 2011-10-06.

Sumber sunting

Pautan luar sunting