Senarai pengkaji Islam dari Barat

Dunia Barat banyak melahirkan sarjana dan pengkaji Islam bermula daripada Zaman Pertengahan lagi, khususnya di Al-Andalus[1]. Kebanyakan dari kajian moden berasal daripada usaha beberapa pengkaji Islam pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kesan penulisan penulisan mereka amat luas dan berpengaruh.

Ignác (Yitzhaq Yehuda) Goldziher sunting

Ignác (Yitzhaq Yehuda) Goldziher (22 Jun 1850 – 13 November 1921), sering dikenali sebagai Ignaz Goldziher, ialah seorang pengkaji Islam berbangsa Yahudi dari Hungary. Bersama-sama Theodore Noldeke dan Christiaan Snouck Hurgronje, beliau dianggap pengasas bidang Pengajian Islam moden Eropah.

Biografi dan kerjaya sunting

Goldziher mendapat pendidikan di universiti-universiti di Budapest, Universiti Humbolt Berlin, Leipzig dan Leiden. Pada tahun 1873, dengan sokongan kerajaan Hungary, beliau melawat Syria, Palestin dan Mesir dan mengambil kesempatan mendengar syarahan para syeikh Universiti Al-Azhar di Kaherah.

Pada tahun 1890 beliau menerbitkan Muhammedanische Studien dalam mana beliau menunjukkan bagaimana Hadis dan bukannya kata-kata Nabi MUhammad (SAW) mencerminkan kontroversi doktrin dan perundangan Islam dalam tempoh dua ratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Beliau mempercayai kuat bahawa perundangan Islam berlandaskan undang-undang Romawi, namun pada pendapat Patricia Crone tidak seperti kelazimannya, hujah-hujah Goldziher "lemah".[2]

Teori Goldziher bahawa Hadis dirakamkan pada akhir abad kedua dan ketiga Hijrah disangkal oleh Josef Horovitz[3] yang menunjukkan Hadis dikumpul dan dirakamkan pada suku pertama abad kedua.

Karya-karya Goldziher sering diketengahkan berikutan serangan kritis Edward Said dalam bukunya Orientalisme. Said (seorang Arab Kristian) berhujah bahawa pengasas Orientalisme kurang mengkaji keadaan sebenar Timur dan lebih merangka imej berhubungnya daripada kepercayaan psikologi prasangka mereka. Di kalangan prasangka tersebut ialah masyarakat yang kaku dan tidak berubah-ubah yang sentiasa berkedudukan rendah berbanding Eropah Kristian.

David Samuel Margoliouth sunting

David Samuel Margoliouth (17 Oktober 1858 – 23 Mac 1940) seorang Orientalis yang dilahirkan di London. Beliau seorang Yahudi yang mengikut bapanya, Moses Margoliouth, memeluk Mazhab Gereja England[4][5] Beliau kemudiannya menjadi seorang paderi dalam Mazhab Gereja England dan profesor Bahasa Arab di Universiti Oxford.[6][7]

Banyak karyanya menjadi treatis rujukan tentang sejarah Islam termasuklah Mohammed and the Rise of Islam (1905), The Early Development of Mohammedanism (1914), and The Relations Between Arabs and Israelites Prior to the Rise of Islam (1924).[7]

Joseph Schacht sunting

Joseph Schacht lahir di Jerman pada 15 Mac 1902 dan meninggal dunia di Amerika Syarikat pada 1 Ogos 1969. Beliau seorang profesor Bahasa Arab dan Islam di Universiti Columbia, New York. Beliau pengakaji terulung di kalangan pengkaji Barat tentang undang-undang Syariah dan karya beliau Origins of Muhammadan Jurisprudence (1950) masih dianggap penting dalam kajian bidang tersebut. Beliau mengarang banyak rencana dalam Encyclopaedia of Islam; Schacht juga menyunting The Legacy of Islam untuk Oxford University Press. Buku-buku lain termasuk An Introduction to Islamic Law (1964).

Karya Muhammad Mustafa Al-A'zami berjudul On Schacht's Origins of Muhammadan Jurisprudence ialah gerak balas sistematik terhadap tesis Schacht.

Patricia Crone sunting

Patricia Crome dilahairkan pada tahun 1945[8] di Denmark. Beliau ialah sarjana, orientalis dan sejarawan sejarah awal Islam. Beliau menjadi seorang yang sering mencabar pendapat sarjana tentang pensejarahan awal Islam.[9] Karya Crone banyak mencabar penjelasan yang diberikan berhubung pendapatang baharu terhadap pola sosial, ekonomi dan keagamaan yang menukar zaman purba.

Kerjaya sunting

Patricia Crone mendapat pendidikan di Universiti London dan bekerja sebagai pakar Sejarah Islam di Universiti Oxford dan Universiti Cambridge dan beberapa institut pengajian berprestij di Amerika Syarikat.

Crone bersama seorang ahli sejarah, Michael Cook menulis buku berjudul Hagarism: The Making of the Islamic World. Buku ini memberi analisis sejarah awal Islam dengan mengkaji hanya karya sezaman yang ditulis dalam bahasa-bahasa Armenia, Yunani, Aramia dan Syriak. Mereka berhujah bahawa jika dilihat dari segi pandangan orang bukan Muslim sezaman, agama Islam hanya merupakan sejenis pemberontakan suku kaum yang menentang Empayar Byzantine dan Empayar Parsi, dan pemberontakan ini berasaskan Judaisme, dan Arab dan Yahudi bersekutu menentang empayar-empayar ini.[10]

Namun, tesis buku ini bukan sahaja ditolak sarjana Barat, malah ditolak kemudiannya oleh pengarang-pengarangnya sendiri.[11][12][13][14][15][16][17]

Crone juga menulis buku Meccan Trade and the Rise of Islam. Dalam buku ini Crone menyatakan hujah bahawa tahap pentingnya Makkah dalam sistem perdagangan pra-Islam diperbesarkan dan, oleh kerana musuh musyrik Nabi Muhammad pernah menanam pokok zaitun, kejadian-kejadian yang berhubung dengan Nabi Muhammad mungkin berlaku di kawasan mediterranean dan bukan di semenanjung Arabia.[10]

Buku ini juga dikecam sarjana Barat. Menulis dalam Journal of the American Oriental Society ('Jurnal Persatuan Oriental Amerika') RB Serjeant memerikan buku tersebut sebagai "polemik yang bercelaru, tidak masuk akal dan tidak logik, yang dirumitkan lagi oleh ketidakfahamannya berhubung teks bahasa Arab, ketidakfahamannya tentang struktur sosial Arabia, dan memutar belit maksud terang teks purba bagi menyokong hujahnya".[18]

Bernard Lewis sunting

Lihat rencana utama: Bernard Lewis

Bernard Lewis, FBA (lahir 31 Mei 1916) adalah seorang ahli sejarah dan sarjana British-Amerika dalam kajian Oriental, serta pengulas politik. Beliau merupakan Profesor Emeritus Cleveland E. Dodge bahagian Pengajian Timur Dekat di Princeton University. Beliau mengkhususi bidang sejarah Islam dan interaksi antara Islam dan Dunia Barat, dan terkenal dalam lingkungan akademik kerana karyanya berkenaan sejarah Empayar Uthmaniyyah.[19]

Nota sunting

  1. ^ Two of these histories are the Guerra de Granada (War of Granada) by Diego Hurtado de Mendoza and the Historia de la rebelión y castigo de los moriscos (History of the Rebellion and Punishment of the Moors) by Mármol Carvajal.
  2. ^ Patricia Crone. Roman, Provincial and Islamic Law. Cambridge University Press: Cambridge, 2002. ISBN 0-521-52949-2 p. 3
  3. ^ J. Horovitz: “The Earliest Biographies of the Prophet and Their Authors", translated from the German by Marmaduke Pickthall, Islamic Culture, vol 1, 1927, pp.535-559; vol 2, 1925, pp.22-50, 164-182 and 495-523
  4. ^ Werner Eugen Mosse and Julius Carlebach, Second Chance: Two Centuries of German-speaking Jews in the United Kingdom
  5. ^ Oxford Dictionary of National Biography
  6. ^ Encyclopædia Britannica (14th edition) - article Margoliouth, David Samuel
  7. ^ a b Encyclopædia Britannica (15th edition) - article Margoliouth, David Samuel
  8. ^ "Library of Congress Authorities". Library of Congress. Dicapai pada 2007-01-24.
  9. ^ "Institute for Advanced Study: Faculty and Emeriti: Crone". Institute for Advanced Study. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-04. Dicapai pada 2007-01-24.
  10. ^ a b Sean Gannon (2008-12-04). "The gospel truth?". The Jerusalem Post. Dicapai pada 2008-12-09.[pautan mati kekal]
  11. ^ David Waines, Professor of Islamic Studies Lancaster University states: "The Crone-Cook theory has been almost universally rejected. The evidence offered by the authors is far too tentative and conjectural (and possibly contradictory) to conclude that Arab-Jewish were as intimate as they would wish them to have been." Introduction to Islam, Cambridge, Eng.: Cambridge University Press, 1995. ISBN 0-521-42929-3, pp 273-274
  12. ^ Political Islam: Essays from Middle East Report. Los Angeles, California: University of California Press. 1997. m/s. 47.
  13. ^ Stephen Humphreys, Islamic History, (Princeton, 1991) pp. 84-85. "Unsurprisingly, the Crone-Cook interpretation has failed to win general acceptance among Western Orientalists, let alone Muslim scholars . . . The rhetoric of these authors may be an obstacle for many readers, for their argument is conveyed through a dizzying and unrelenting array of allusions, metaphors, and analogies. More substantively, their use (or abuse) of the Greek and Syriac sources has been sharply criticised. In the end, perhaps we ought to use Hagarism more as a 'what-if' exercise than as a research monograph."
  14. ^ Gordon Newby (1988). A History of the Jews of Arabia. Los Angeles, California: University of California Press. m/s. 110.>
  15. ^ Donner, Fred M. (2010). Muhammad and the Believers: At the Origins of Islam. Belknap Press of Harvard University Press. m/s. 126. ISBN 978-0674050976.
  16. ^ Khan, Ali, Free Markets of Islamic Jurisprudence. Michigan State Law Review, 2006, p. 48. Also available at Washburn Law, p. 1535.
  17. ^ R. B. Serjeant claims that: "Hagarism…is not only bitterly anti-Islamic in tone, but anti-Arabian. Its superficial fancies are so ridiculous that at first one wonders if it is just a ‘leg pull’, pure ’spoof’." R. B. Serjeant, Journal of Royal Asiatic Society (1978) p. 78
  18. ^ R.B. Serjeant, "Meccan Trade and the Rise of Islam: Misconceptions and Flawed Polemics", Journal of the American Oriental Society, 1990, p.472.
  19. ^ Martin Kramer (1999). "Bernard Lewis". Encyclopedia of Historians and Historical Writing. Jil. 1. London: Fitzroy Dearborn. m/s. 719–720. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-24. Dicapai pada 2012-09-12.