Senarai pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia

rencana senarai Wikimedia

Berikut adalah senarai pesawat tentera yang masih atau telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Senarai inventori semasaSunting

Pesawat PejuangSunting

 
Sukhoi Su-30MKM TUDM di pertunjukan udara LIMA.

TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM untuk digunakan dalam peranan penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Sukhoi Su-30MKM ini. Pembelian pesawat Sukhoi Su-30MKM ini juga melibatkan perolehan persenjataan moden seperti peluru berpandu “jarak melangkaui pandangan” (BVR) dan “panduan radar aktif” seperti mana teknologi peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales. Keupayaan Su-30MKM dipercayai menyamai model terbaru dari variasi Sukhoi Su-27 iaitu Sukhoi Su-35BM.

 
F/A-18 Hornet TUDM ketika upacara kemerdekaan.

Lapan buah pesawat F/A-18D Hornet dibeli untuk memberikan TUDM keupayaan menjalankan serangan maritim dan pelbagai cuaca, termasuk serangan waktu malam. Pesawat mempunyai keupayaan menggunakan bom dari siri Paveway dan peluru berpandu anti kapal Harpoon. Pesawat ini telah dinaiktaraf sehingga menyamai kemampuan pesawat F/A-18 Super Hornet Block I.

 
BAE Hawk 208 TUDM.

Di awal pembelian TUDM memiliki 16 pesawat BAE Hawk 208. Sejak dari awal pengoperasian pesawat Hawk 208 hingga kini, tiga pesawat telah terhempas dan hanya tinggal 13 masih beroperasi. Pesawat ini akan dinaiktaraf bagi seiring dengan kemajuan pesawat generasi terkini.[1]

Enam buah pesawat Hawk 108 dibeli bersama dengan pesawat Hawk 208. Sebuah pesawat jenis ini telah terhempas pada tahun 2017 dan telah mengorbankan dua orang juruterbangnya. Pada masa ini lima buah pesawat ini masih beroperasi.[2]

Pesawat PengangkutSunting

 
A400M TUDM ketika misi pengangkutan.

Perolehan pesawat Airbus A400M buatan Airbus menjadikan TUDM antara tentera udara yang mempunyai skuadron logistik terbaik di rantau ini. Dengan pesawat ini beban logistik yang boleh dibawa adalah lebih besar daripada pesawat C-130 Hercules serta jarak jangkau operasi pesawat ini juga lebih jauh daripada pesawat C-130 Hercules. Pesawat A400M ini digunakan TUDM sebagai pesawat pengangkut dan juga sebagai pesawat pengisian bahan bakar untuk pesawat lain di udara.

 
C-130 Hercules TUDM memikul beban misi pengangkutan udara.

Pesawat buatan Lockheed ini digunakan untuk pengangkutan taktikal termasuk pergerakan anggota antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Beberapa buah pesawat telah diubah suai dengan pemanjangan fiuslaj dilakukan oleh AIROD. Pesawat C-130 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM.

Pesawat untuk pengisian minyak di udara daripada variasi pesawat pengangkut C-130 Hercules. Pesawat ini menjalankan tugasan pengisian minyak di udara untuk pesawat-pesawat TUDM menggunakan teknik “hose and drogue” seperti yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

Pesawat ini menggantikan perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou yang telah bersara daripada perkhidmatan. Pesawat ini juga menjalankan tugasan latihan penerjunan payung terjun untuk 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas di samping tugasan pengangkutan yang lain.

 
Pesawat 737-700 BBJ digunakan TUDM untuk penerbangan rasmi ketua-ketua kerajaan Malaysia.

Pesawat pengembangan Boeing 737-700 ini boleh membuat penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk mengisi minyak.

Pesawat ini boleh membawa VIP untuk m\penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.

Pesawat ini boleh membawa VIP untuk penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.

Pesawat pengangkutan eksekutif digunakan untuk pengangkutan VIP untuk lawatan-lawatan ke luar negara.

Pesawat Peronda MaritimSunting

Merupakan pesawat rondaan maritim (MPA) TUDM. Pesawat ringan buatan Beechcraft ini digunakan TUDM dalam meronda lautan Malaysia.

HelikopterSunting

Helikopter UH-60 Black Hawk daripada versi S-70A digunakan untuk pengangkutan VIP dan dilengkapkan dengan tangki minyak luar untuk penerbangan jarak jauh. Ia juga digunanakan sebagai helikopter utiliti dan boleh dipasang persenjataan seperti M134 Minigun.

Pesawat buatan Agusta digunakan untuk pengangkutan VIP. Pengeluaran helikopter jenis ini telah dihentikan oleh Sikorsky dan hanya dikeluarkan di bawah lesen pengeluaran oleh Westland dan Agusta. Versi yang digunakan TUDM hampir sama dengan standard helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri dengan kelainan peralatan avionik sahaja.

Helikopter EC 725 ini dibeli bagi menggantikan helikopter S-61A-4 Nuri. Selain digunakan untuk bantuan kemanusiaan dan bencana, helikopter ini berkemampuan melakukan operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan tempur.

Helikopter ini digunakan untuk tujuan latihan.

Pesawat LatihanSunting

TUDM telah membuat tempahan dan telah menerima 44 buah pesawat Pilatus PC-7 Turbo Trainer II dari pembuat Pilatus dari Switzerland. Pesawat ini telah berkhidmat untuk latihan juruterbang di Pusat Latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar (kini Kolej Tentera Udara). Sementara untuk latihan lanjutan pula, pesawat ini ditempatkan di Pusat Latihan Penerbangan II (Pulatibang 2) di Kuantan bersama-sama dengan pesawat Aermacchi MB-339. Sebilangan pesawat Pilatus PC-7 telah musnah akibat kemalangan. TUDM telah membuat tempahan untuk 10 buah pesawat Pilatus PC-7 MkII sebagai gantian kepada pesawat-pesawat yang telah musnah akibat terhempas ataupun kemalangan.

Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV)Sunting

TUDM menggunakan beberapa buah pesawat UAV dalam peranan peninjauan. Berkemungkinan akan digantikan dengan pesawat UAV buatan tempatan sepenuhnya.

Persaraan pesawat dan pindahan milikSunting

TUDM telah memindahkan 11 buah helikopter jenis Aérospatiale Alouette III kepada Tentera Darat Malaysia untuk melengkapkan buat permulaan Pasukan Udara Tentera Darat. Bersama-sama dengan pesawat helikopter tersebut, TUDM telah membenarkan juruterbang jurulatih Aérospatiale Alouette III berpindah khidmat ke perkhidmatan Pasukan Udara Tentera Darat untuk menjadi nukleus kepada penubuhan Pasukan Udara Tentera Darat. TUDM juga telah menyerahkan pusat latihan di Kem Mahkota, Kluang kepada pentadbiran dan pengurusan sepenuhnya oleh Tentera Darat Malaysia.

Pesawat DHC-4 Caribou telah ditamatkan perkhidmatannya dengan TUDM setelah beberapa lama berkhidmat. Perkhidmatan pesawat DHC-4 Caribou telah diambil alih sebahagiannya oleh pesawat CASA CN-235 yang melengkapkan No. 21 Skuadron TUDM.

Pesawat-pesawat yang pernah digunakan oleh TUDMSunting

TUDM telah di masa-masa lepas menggunakan antara lainnya pesawat-pesawat seperti berikut :

Pesawat Pejuang

TUDM membeli sejumlah 18 pesawat tempur MiG-29 dimana sebanyak dua buah sudah terhempas. Kini hanya 16 buah pesawat MiG-29 yang tinggal dan TUDM bercadang untuk menggantikannya.[4]

Bersara pada 2014.

TUDM membuat pembelian 20 buah pesawat CL-41G Tebuan yang mula digunakan dalam tahun 1967. Pesawat Tebuan adalah pesawat tempur pertama digunakan oleh TUDM, kerana sebelum itu TUDM hanya mempunyai pesawat-pesawat bukan tempur dan peranan TUDM ditumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan sahaja. TUDM menggunakan Tebuan sehingga tahun 1986 apabila perkhidmatan Tebuan diambil alih pesawat Aermacchi MB-339A.

Kerajaan Australia telah menghadiahkan 19 buah pesawat CAC Avon Sabre kepada TUDM untuk digunakan sebagai pesawat pejuang pertahanan udara. TUDM menggunakan pesawat Avon Sabre hanya sekejap sahaja, dari tahun 1969 hingga tahun 1976. TUDM menghentikan perkhidmatan Sabre setelah menerima pesawat-pesawat pejuang Northrop F-5E Tiger II.

TUDM membeli 88 buah pesawat A-4C dan A-4L milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan menggunakannya untuk membaik pulih 40 buah pesawat kepada standard A-4PTM, yang hampir serupa dengan standard A-4M digunakan oleh Amerika Syarikat. 36 buah dibuat dalam versi satu tempat duduk sementara 6 buah yang lain dibuat dalam versi TA-4PTM dengan dua tempat duduk. Penggunaan pesawat Skyhawk bermula tahun 1985 tetapi tidak berpanjangan disebabkan oleh masalah-masalah teknikal dan dihentikan dalam tahun 1996 apabila TUDM menerima pesawat BAe Hawk.

Pesawat Pengangkut

Hanya 93 buah pesawat Twin Pioneer, dan TUDM menggunakan 15 buah pesawat jenis ini. Pesawat ini menggunakan enjin omboh (radial) dan mempunyai keupayaan mendarat dan berlepas dari landasan yang pendek. Pesawat ini boleh membawa 13 orang penumpang ataupun 11 orang askar payung terjun. Dalam versi medevac, pesawat ini boleh membawa6 pesakit dalam usungan (strecther). TUDM menamatkan perkhidmatan pesawat Twin Pioneer dalam tahun 1970.

TUDM menerima penghantaran 8 buah pesawat Single Pioneer dalam tahun 1958. Pesawat ini mempunyai kebolehan mendarat dan berlepas daripada landasan-landasan pendek dan tidak rata dan boleh membawa 4 orang penumpang. Pesawat ini digunakan untuk tujuan perhubungan. Perkhidmatan pesawat ini dihentikan dalam tahun 1972.

TUDM membuat belian 8 buah pesawat Handley Page Dart Herald Siri 401 untuk kegunaan pengangkutan kakitangan khususnya antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Dart Herald TUDM disesuaikan sebagai pengangkut kegunaan tentera dengan pintu muatan di sebelah tepi pesawat dan boleh membawa 50 orang askar payung terjun. Pesawat ini juga boleh disesuaikan untuk pemasangan 24 tempat pengusung. TUDM menggunakan Dart Herald dari tahun 1963 sehingga 1976, apabila ianya bersara daripada perkhidmatan TUDM setelah penerimaan pesawat-pesawat C-130 Hercules. Semasa Konfrontasi, pesawat Dart Herald juga digunakan dalam operasi peperangan psikologi dan juga menjalankan penerbangan tinjauan. Pesawat Dart Herald ditamatkan perkhidmatan dalam tahun 1976 dan kesemua 8 buah pesawat dijualkan kepada sebuah syarikat British bernama Channel Express (Air Services) Ltd yang menggunakannya untuk penerbangan penumpang.

Pesawat Rondaan Maritim

Pesawat Latihan

TUDM merupakan pelanggan awal pesawat MD3-160 Aerotiga buatan tempatan. Pesawat ini kini ditempatkan di Pusat latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar dan digunakan untuk latihan penerbangan awal.

Helikopter

Pesawat ini mempunyai dua enjin berbanding dengan Sikorsky SH-3 Sea King yang asal, dan mempunyai tempat duduk untuk 31 orang anggota tentera. Pesawat ini juga boleh diubah untuk membawa askar-askar yang cedera dengan memasang pengusung. TUDM merancang untuk menggantikan pesawat Nuri dalam tempoh 2006 hingga 2010 dan beberapa jenis helikopter telah diberikan pertimbangan, termasuk Eurocopter EC 725, AgustaWestland AW101, Sikorsky S-92 dan NHI NH90. Eurocopter EC 725 dari Perancis akhirnya dipilih bagi menggantikan pesawat Nuri yang melibatkan 12 unit pesawat dan mungkin bakal menambah lagi pesawat EC 725 dimasa akan datang.

Helikopter ini digunakan untuk latihan juruterbang helikopter TUDM, dan beroperasi dari Kem Mahkota di Kluang.

Pesawat yang mungkin diperoleh untuk TUDMSunting

TUDM sedang menjalankan program MRCA (Multi Role Combat Aircraft) untuk mencari pengganti bagi pesawat MiG-29 yang telah bersara dari perkhidmatan. Antara pesawat yang dipertimbangkan ialah Dassault Rafale dari Perancis, Eurofighter Typhoon dari Kesatuan Eropah, F/A-18E/F Super Hornet dari Amerika Syarikat dan JAS 39 Gripen dari Sweden. Selain itu,TUDM juga ditawarkan pesawat Sukhoi Su-35 dari negara Rusia untuk ditukarkan dengan MiG-29 yang telah bersara. TUDM juga mungkin akan memperoleh beberapa lagi Sukhoi Su-30MKM dari Rusia pada tahun 2020-2025. Malaysia juga mempunyai keinginan untuk membeli pesawat Sino-Pakistan iaitu JF-17 Thunder tetapi masih dalam peringkat pemilihan. Perolehan pesawat baru amat penting kepada negara kerana disebabkan pergerakan agresif dari Tentera Negara Republik Rakyat China (PRC) Di Laut China Selatan.

Disamping itu, TUDM juga sedang mencari pengganti untuk pesawat peronda maritim Beechcraft B200T yang semakin uzur. Antara calonnya ialah EADS CASA C-295 dari Airbus, ATR 72 dari ATR, iaitu kumpulan gabungan antara Airbus dan Leonardo dan CASA CN-235 yang boleh diperoleh dari Airbus atau syarikat Indonesian Aerospace, yang mempunyai lesen untuk membinanya tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan. Selain itu juga,Kerajaan Malaysia mungkin akan memperoleh pesawat peronda maritim P-3 Orion dari Jepun jika Kerajaan Jepun membayar Kos pesawat tersebut. Pesawat peronda maritim amat penting untuk meronda dan mengawal perairan negara sekaligus menentang lanun dan kebangkitan kumpulan-kumpulan militan Islam di rantau ini.

TUDM juga mempertimbangkan tentang pemerolehan pesawat sistem kawalan dan amaran udara (AWACS). Antara pesawat yang dipertimbangkan ialah E-2 Hawkeye, Saab 340 AEW&C dan Embraer R-99. Walaupun begitu,ia masih dalam peringkat perbincangan.

Senarai pesawat TUDM yang musnah dalam kemalanganSunting

Berikut adalah senarai 'tidak lengkap' kemalangan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Sumber-sumber dari Military Aviation Diarkibkan 2015-02-14 di Wayback Machine dan tapak sesawang Toharudin Rashid

Ringkasan kemalangan
Pesawat No siri Peranan Tarikh Penyebab nahas Nota
DHC-4 Caribou M21-02 Pengangkut 11 Januari, 1967 Berlaku di Meligan, Sarawak. Pesawat mengalami kerosakkan teruk dan tidak dapat dibaiki.
Sikorsky S-61A4 Helikopter 25 April, 1969 Kemalangan pertama membabitkan helikopter Nuri. Pesawat dari Skuadron No 7, Kuching. Empat orang krew terbunuh.
DHC-4 Caribou M21-10 30 Mac, 1970 Terhempas ke dalam laut di Teluk Cowie, Sabah. 14 orang krew dan penumpang terbunuh. Kebanyakan adalah anggota tentera darat.
Sikorsky S-61A4 11 Mac, 1972 Terhempas di Gambang, Pahang. Membunuh empat orang krew.
CL-41G Tebuan 24 Oktober, 1972 Juruterbang terbunuh.
CL-41G Tebuan 10 Mac, 1973 Terhempas di TUDM Kuantan dan membunuh juruterbangnya.
Sikorsky S-61A4 26 April, 1976 Ditembak jatuh oleh Parti Komunis Malaya di Gubir, Kedah. Membunuh 11 orang krew dan penumpang.
CL-41G Tebuan 8 Februari, 1977 Juruterbang terbunuh.
CL-41G Tebuan 8 Mei, 1978 Terhempas Terhempas ke dalam Laut China Selatan berdekatan Gebeng, Pahang.
Northrop F-5E FM2213 1 Jun, 1978 Terhempas Terhempas berdekatan TUDM Butterworth, Penaga. Juruterbang menyelamatkan diri menggunakan kerusi lenting. Sebelum nombor siri bertukar ke M29.
CL-41G Tebuan 23 Januari, 1979 Terhempas Terhempas berdekatan Kemaman, membunuh juruterbangnya.
CL-41G Tebuan 18 Mei, 1979 Terhempas Terhempas ke dalam Laut China Selatan berdekatan TUDM Kuantan dan membunuh 2 juruterbangnya.
Aérospatiale Alouette 10 Disember, 1979 Terhempas Kejadian berlaku di TUDM Kluang dan membunuh juruterbangnya.
Scottish Aviation Bulldog 16 Mac, 1980 Terhempas Terhempas berdekatan TUDM Alor Setar dan membunuh 2 orang juruterbang.
DHC-4 Caribou 9 November, 1980 Terhempas Berlaku berdekatan Simanggang (Sri Aman), Sarawak. Pesawat mengalami kerosakkan yang tidak dapat dibaiki.
Scottish Aviation Bulldog 30 Januari, 1981 Terhempas Terhempas di sebuah padang sekolah di Perlis dan membunuh juruterbangnya.
Scottish Aviation Bulldog 10 Februari, 1981 Terhempas Terhempas di Alor Setar dan membunuh juruterbangnya.
Sikorsky S-61A4 25 April, 1981 2 orang terbunuh dan 13 orang terselamat.
Northrop F-5E M29-06 6 Jun, 1982 Pesawat terhempas di Laut China Selatan semasa latihan lima negara.
DHC-4 Caribou M21-17 24 September, 1982 Terhempas Dalam misi menghantar bekalan ke kampung Orang Asli. Kesemua 7 orang krew dan penumpang terbunuh.
Aermacchi MB-339A 1983 Terhempas di tepi landasan TUDM Kuantan. Kedua2 Juruterbang melantun keluar dengan kerusi injal dan terselamat.
Pilatus PC-7 4 September, 1984 Terhempas berdekatan Pendang, Kedah dan membunuh juruterbangnya.
Aermacchi MB-339A 1 Jun, 1985 Terhempas berdekatan TUDM Kuantan Membunuh 2 juruterbangnya.
Northrop F-5E M29-15 21 Oktober, 1986 Terhempas Kejadian berlaku di Kertih, Terengganu. Juruterbangnya terselamat, bagaimanapun pembantu juruterbangnya terbunuh.
Skyhawk A4PTM 1988 Tidak diketahui Pesawat dalam penerbangan dari TUDM Kuantan ke Labuan. Pesawat dan juruterbang, Lt Wahi Anuar b Mat Amin tidak ditemui sehingga sekarang.
Sikorsky S-61A4 14 November, 1989 Terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di Perak. Kesemua 21 orang krew and penumpang terbunuh.
Sikorsky S-61A4 18 Disember, 1989 Terhempas di Sungai Lundu, Sarawak dan membunuh kesemua 16 krew dan penumpang.
Northrop F-5E M29-14 30 Mei 1995 Terhempas di Tanjung Piandang semasa penerbangan Tacan in Trail pada waktu malam dan membunuh juruterbangnya.
Pilatus PC-7 25 Sep, 1990 Melanggar bangunan asrama UUM dan membunuh juruterbangnya.
Aermacchi MB-339 M34-08 15 April 1996 Kerosakan kerangka pesawat. Terhempas ke dalam Laut China Selatan berdekatan Kuantan.
Northrop F-5E M29-22 17 April 1996 Terhempas di Kuantan.
Hawk 108 M40-03 Pelatih 18 Jun 1996 Terhempas di TUDM Labuan.
Hawk 108 M40-10 Pelatih 23 Julai 1996 Kemalangan semasa berlepas.
Sikorsky S-61A-4 Nuri 16 Oktober 1996 Terhempas ke dalam laut di Pulau Pinang. Pembantu juruterbang tidak ditemui.
Sikorsky S-61A-4 Nuri M23-27 dan M23-30 18 Mac 1997 Berlanggar di udara Kemalangan di udara di Gunung Lumaku, Sipitang dan membunuh 11 orang krew dan penumpang.
MiG-29N Fulcrum M43-17 Pemintas 4 September 1998 Terhempas di Jaya Gading, Kuantan.
Hawk 208 M40-36 Pejuang ringan 10 September 1998 Terhempas di Kuala Betis, Gua Musang semasa latihan serangan udara ke darat.
DHC-4 Caribou M21-05 23 Mac 1999 Terbabas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan membunuh 5 orang krew dan penumpang.
Pilatus PC-7 Pelatih 22 April 2001 Terhempas di Tokai, Pendang dan membunuh juruterbangnya.
Pilatus PC-7 Pelatih 2 Januari 2002 Terhempas di Terengganu.
Aermacchi MB-339 23 Januari 2002 Terhempas berdekatan Pulau Tiga, Mersing.
Hawk 108 M40-35 Pelatih 4 September 2002
Pilatus PC-7 Pelatih 12 Ogos 2003 Terhempas berdekatan Bukit Kayu Hitam dan membunuh juruterbangnya.
MiG-29N Fulcrum M40-20 18 Disember 2003 Terhempas ke dalam Laut China Selatan, berdekatan Kuantan dan membunuh juruterbangnya.
Sikorsky S-61A-4 Nuri 4 Mac 2004 Terhempas dan membunuh 2 krew.
Pilatus PC-7 10 Mei 2004 Terhempas di Kg Padang Gelangang, Sanglang dan membunuh juruterbang pelatihnya.
Sikorsky S-61A-4 Nuri 15 Ogos 2004 Terhempas di Ba'kelalan, Long Seridan. Membunuh 3 orang, 7 yang lain terselamat.
MiG-29N Fulcrum 9 November 2004 Terhempas di Ketengah Perwira. Juruterbang terselamat.
Pilatus PC-7 16 Disember 2004 Terhempas di Kg Titi Besi, Padang Terap dan membunuh 2 orang krewnya.
BAE Hawk M40-21 23 Jun 2005 Terhempas di Kg Kerupang, Pulau Buah, Labuan dan membunuh juruterbangnya. Pesawat berasal dari Skuadron No 15, Butterworth.
Pilatus PC-7 Mk 2 11 Mei 2006 Terhempas di Alor Setar.
BAE Hawk M40-28 31 Mei 2006 Terhempas ke dalam laut di Mersing, Johor dan membunuh juruterbangnya.
BAE Hawk M40-09 23 Jun 2006 Pendaratan cemas di TUDM Kuantan.
Hawk 108 M40-37 Pelatih 4 Mei 2007 Terhempas berdekatan TUDM Kuantan.
Sikorsky S-61A4 Helikopter pengangkut 13 Julai 2007 Terhempas di Genting Sempah 2007.
Pilatus PC-7 Pelatih 11 September 2009 Terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Mengorbankan dua orang juruterbang.
Pilatus PC-7 Pelatih 25 Mac 2010 Terhempas semasa pertunjukan udara di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Mengorbankan juruterbangnya.
Jumlah

Galeri foto pesawat yang pernah digunakan oleh TUDMSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/237852/kronologi-hawk-1996-2006
  2. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/237852/kronologi-hawk-1996-2006
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-27. Dicapai pada 2018-02-27.
  4. ^ https://www.flightglobal.com/news/articles/analysis-2019-world-air-forces-directory-454126/

Pautan luarSunting