Senarai pulau di dunia mengikut keluasan

rencana senarai Wikimedia

Berikut adalah 10 Pulau Terbesar di Dunia berurutan Berdasarkan Keluasan Pulau Tersebut, 5 pulau di Indonesia , 4 pulau di Kanada dan pulau di Malaysia termasuk didalam pulau yang terbesar.

Pulau Di Dunia sunting

Tangga Kawasan Keluasan Negara
1 Greenland 2,166,086 Denmark
2 Papua / New Guinea 890,000 Indonesia, Papua New Guinea
3 Borneo / Kalimantan 743,330 Indonesia, Malaysia, Brunei
4 Madagascar 587,041 Madagascar
5 Pulau Baffin 507,451 Kanada
6 Sumatera 425,000 Indonesia
7 Honshu 227,414 Jepun
8 Great Britain 219,000 United Kingdom
9 Pulau Victoria 217,291 Kanada
10 Ellesmere 196,236 Kanada
11 Sulawesi / Celebes 174,600 Indonesia
12 Pulau Selatan 151,215 New Zealand
13 Jawa / Java 132,000 Indonesia
14 Pulau Utara 113,729 New Zealand
15 Newfoundland 111,390 Kanada
16 Cuba 105,007 Cuba
17 Luzon 104,688 Filipina
18 Iceland 102,828 Iceland
19 Ireland 94,883 Ireland, United Kingdom
20 Mindanao 94,630 Filipina
22 Hokkaidō 83,453 Jepun
23 Hispaniola 76,480 Haiti, Republik Dominica
24 Sakhalin 76,400 Rusia
25 Pulau Banks 70,028 Kanada
26 Sri Lanka 65,610 Sri Lanka
27 Tasmania 60,637 Australia
28 Pulau Devon 55,247 Kanada
29 Novaya Zemlya 48,904 Rusia
30 Isla Grande de Tierra del Fuego 47,992 Argentina dan Chile
31 Pulau Alexander 43,200 Antartika
32 Axel Heiberg 43,178 Kanada
33 Pulau Melville 42,149 Kanada
34 Pulau Southampton 41,214 Kanada
35 Marajo 40,100 Brazil
36 Spitsbergen 39,044 Norway
37 Britain Baru / New Britain 36,514 Papua New Guinea
38 Taiwan 35,980 Taiwan
39 Kyūshū 35,640 Jepun
40 Hainan 33,572 Republik Rakyat China
41 Pulau Pangeran Wales 33,339 Kanada
42 Yuzhny, Novaya Zemlya 33,275 Rusia
43 Pulau Vancouver 31.285 Kanada
44 Timor 30,777 Indonesia, Timor Leste
45 Sicily 25,711 Itali
46 Somerset 24.786 Kanada
47 Sardinia 24,090 Itali
48 Kotelny 23.165 Rusia
49 Bananal 20.000 Brazil
50 Shikoku 18,800 Jepun
51 Halmahera 17,780 Indonesia
52 Seram 17,100 Indonesia
53 Bathurst 16.042 Kanada
54 Sumbawa / Combava 15,448 Indonesia
55 Flores 14,300 Indonesia
56 Bangka 11,910 Indonesia
57 Jamaica 10,991 Jamaica
58 Hawaii 10,432 Amerika Syarikat
59 Grande Terre 16.750 New Caledonia, Perancis
60 Pulau Pangeran Patrick 15.848 Kanada
61 Thurston 15.700 Antartika
62 Nordaustlandet 14.210 Norway
63 Oktyabrskoy Revolyutsii 14.170 Rusia
64 King William 13.111 Kanada
65 Samar 13.080 Filipina
66 Negros 12.705 Filipina
67 Tupinambarana 11.850 Brazil
68 Palawan 11.785 Filipina
69 Pulau Yos Sudarso (Dolak) 11.600 Indonesia
70 Panay 11.515 Filipina
71 Bolshevik 11.312 Rusia
72 Ellef Ringnes 11.295 Kanada
73 Sumba 11.153 Indonesia
74 Bylot 11.067 Kanada
75 Jamaica 10.991 Jamaica
76 Viti Levu 10.388 Fiji
77 Cape Breton 10.311 Kanada
78 Bougainville 10.049 Papua New Guinea
79 Mindoro 9.735 Filipina
80 Pulau Pangeran Charles 9.521 Kanada
81 Kodiak 9.293 Amerika Syarikat
82 Cyprus 9,251 Cyprus
83 Pulau Komsomolets 9.006 Rusia
84 Puerto Rico 8.897 Amerika Syarikat
85 Corsica 8.681 Perancis
86 New Ireland 8.661 Papua New Guinea
87 Qeqertarsuatsiaq (Disko) 8.578 Greenland, Denmark
88 Carney 8.500 Antartika
89 Buru 8,473 Indonesia
90 Chiloe 8.394 Chile
91 Crete 8.261 Yunani
92 Anticosti 7.941 Kanada
93 Wrangel (Vrangelya) 7,850 Rusia
94 Roosevelt 7.500 Antartika
95 Leyte 7.214 Filipina
96 Sjaelland 7.031 Denmark
97 Cornwallis 6.995 Kanada
98 Pangeran Wales 6.675 Amerika Syarikat
99 Grande Terre de Kerguelen 6.617 Perancis
100 Falkland Timur 6.605 Kepulauan Falkland
101 Siple 6.500 Antartika
102 Pulau Graham 6.361 Kanada
103 Novaya Sibir 6.200 Rusia
104 Pulau Melville 5.786 Australia
105 Pulau Pangeran Edward 5.620 Kanada
106 Bali 5,561 Indonesia
107 Wellington 5.556 Chile
108 Vanua Levu 5.535 Fiji
109 Pulau Coats 5.498 Kanada
110 Pulau Chichagof 5.398 Amerika Syarikat
111 Guadalcanal 5.302 Kepulauan Solomon
112 Amund Ringnes 5.255 Kanada
113 Madura 5,250 Indonesia
114 Pulau St. Lawrence 5.135 Amerika Syarikat
115 Riesco 5.110 Chile
116 Pulau Mackenzie King 5.048 Kanada
117 Edgeoya 5.030 Norway
118 Caviana 5.000 Brazil
119 Grande de Gurupa 4.864 Brazil
120 Trinidad 4.828 Trinidad dan Tobago
121 Belitung 4.800 Indonesia
122 Lombok 4,725 Indonesia
123 Vendsyssel-Thy 4.685 Denmark
124 Isabela 4.640 Kepulauan Galapagos, Ecuador
125 Bolshoy Lyakhovsky 4.600 Rusia
126 Falkland Barat 4.532 Kepulauan Falkland
127 Pulau Stefansson 4.463 Kanada
128 Cebu 4.421 Filipina
129 Pulau Kanguru 4.416 Australia
130 Pulau Admiralty 4.361 Amerika Syarikat
131 Pulau Nunivak 4.209 Amerika Syarikat
131 Butung / Buton 4.200 Indonesia
132 Pulau Spaatz 4.100 Antartika
133 Pulau Unimak 4.119 Amerika Syarikat
134 Hoste 4.117 Chile
135 Malaita 4.071 Kepulauan Solomon
136 Pulau Baranof 4.065 Amerika Syarikat
137 Nias 4.064 Indonesia
138 Milne Land 3.913 Greenland
139 Bohol 3.864 Filipina
140 Siberut 3.810 Indonesia
141 Santa Isabel 3.780 Kepulauan Solomon
142 Georgia Selatan 3.756 Georgia, Argentina
143 Espiritu Santo 3.677 Vanuatu
144 Euboea 3.655 Greece
145 Santa Ines 3.645 Chile
146 Majorca 3.640 Sepanyol
147 Pulau Panjang / Long Island 3.629 Amerika Syarikat
148 Wetar 3.600 Indonesia
149 Socotra 3.579 Yaman
150 Traill 3.542 Greenland
151 Pulau Andros Utara 3.439 Bahamas
152 Vaygach 3.383 Rusia
153 Pulau Beruang 3.500 Antartika
154 Pulau Adelaide 3.290 Antartika
155 Masbate 3.268 Filipina
156 Kolguyev 3.200 Rusia
157 Pulau Mansel 3.180 Kanada
158 Iturup (Etorofu) 3.139 Rusia, Jepun
159 San Cristobal 3.125 Kepulauan Solomon
160 Yamdena 3.100 Indonesia
161 Waigeo 3.060 Indonesia
162 Pulau Akimiski 3.001 Kanada
163 Gotland 3.001 Sweden

Greenland sunting

Keluasan Negara
2,166,086 km² Denmark

Greenland (nama rasmi: Kalaallit Nunaat, bahasa Denmark: Grønland) adalah sebuah pulau di Atlantik bahagian utara di arah timur laut Kanada. Luas wilayahnya adalah 2,166,086 km² dan merupakan pulau terbesar di dunia. Pulau ini termasuk wilayah Kerajaan Denmark. Sejak tahun 1979, Greenland diberi kemandirian dan sejak tahun 1985 tidak lagi menjadi anggota Uni Eropah. Bandar utama Greenland adalah Nuuk.

New Guinea / Papua / Irian sunting

Keluasan Negara
890,000 Km² Papua New Guinea dan Indonesia

Papua (dari bahasa Biak) atau Irian (istilah yang pernah dipakai di Indonesia) atau New Guinea (dari bahasa Inggeris) adalah pulau terbesar kedua di dunia yang terletak di sebelah utara Australia.

Pulau ini dibahagikan kepada dua wilayah yang bahagian baratnya dikuasai oleh Indonesia dan bahagian timurnya oleh Papua New Guinea. Istilah “Papua” digunakan untuk merujuk kepada pulau ini secara keseluruhan. Nugini berasal dari kata New Guinea, nama yang diberikan oleh orang Barat (kolonial Inggeris), yang di-Indonesiakan. Mereka dahulu berpendapat bahawa tanah Papua mirip Guinea, sebuah wilayah di Afrika. Jadi mereka sebut "New Guinea" (lit. Guinea Baharu). Istilah “Papua” masih dikekalkan dan dipakai hingga zaman moden dan juga menjadi nama provinsi, iaitu provinsi Papua dan provinsi Papua Barat. Di pulau ini terletak gunung tertinggi di Indonesia, iaitu Puncak Jaya Wijaya (5,030 m).

Borneo / Malaysia sunting

Keluasan Negara
743,330 Km² Brunei, Indonesia dan Malaysia

Kalimantan adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah utara Pulau Jawa dan di sebelah Barat Pulau Sulawesi. Terbahagi kepada tiga negara iaitu Indonesia (73% bahagian pulau), Brunei, dan Malaysia.

Pada zaman dahulu, "Borneo" adalah nama yang dipakai oleh kolonial Inggeris dan Belanda. Sedangkan nama "Kalimantan" ialah istilah tempatan penduduk Nusantara (bahasa Inggeris: native or indigenous term) yang masih dikekalkan dan dipakai oleh penduduk pulau di Indonesia sampai sekarang.

Madagascar sunting

Keluasan Negara
587,041 Km² Madagascar

Secara geologi, Madagascar berada pada pulau yang terpisah dari benua utama Afrika. Pertama kali terpisah dari anak benua India, pulau ini bergerak makin mendekati benua itu. Pulau ini adalah daratan tua, sama seperti Australia, sehingga tanahnya kahat bahan mineral akibat tiada aktiviti volkano. Kebanyakan tanahnya berwarna merah, menunjukkan keadaan tanah yang telah melapuk.

Akibat isolasi ratusan juta tahun tersebut, flora dan fauna Madagascar sangat khas dan banyak spesies endemik ditemui di sana. Keadaan ini seakan-akan terjadi kepada Pulau Sulawesi.

Pulau Baffin sunting

Keluasan Negara
507,451 Km² Kanada

Pulau Baffin (bahasa Inuktitut: Qikiqtaaluk ) adalah salah satu dari Kepulauan Artik di wilayah Nunavut, bagian utara Kanada. Ia merupakan pulau terbesar di Kanada sekaligus pulau kelima terbesar di dunia, dengan luas 507.451 km². Pada 2004, penduduknya berjumlah 11.000 orang. Nama pulau ini diambil dari nama akhir penjelajah Britania, William Baffin

Sumatera sunting

Keluasan Negara
425,000 Km² Indonesia

Sumatera (juga dieja Sumatra) yang terletak di Indonesia, merupakan pulau keenam terbesar di dunia, dengan keluasan 443.065,8 km2. Penduduk pulau ini sekitar 42.409.510 orang (2000). Di Sumatera pernah terdapat kerajaan Samudera (kerajaan Samudera Pasai; sekarang bahagian dari provinsi Aceh). Kononnya pada kunjungannya ke pulau tersebut Ibnu Batutah (cendekiawan Islam asal Morocco) selalu melafalkan kata Samudera menjadi Sumatera, semenjak saat itu nama Sumatera dikenal luas sebagai nama pulau tersebut.

Selain dikenali dengan nama Sumatra, pulau tersebut dikenali dengan nama pulau Andalas (dalam Sejarah Melayu) dan Suwarnadwipa (juga dieja Swarnadwipa atau Svarnadvipa). Suwarnadwipa bererti “pulau emas” dalam bahasa Sanskrit. Naskah Negarakertagama dari abad ke-14 menyebut “Bhumi Malayu” (lit. “Tanah Melayu”) untuk pulau ini.

Honshu sunting

Keluasan Negara
227,414 Km² Jepun

Honshū (本州) adalah pulau terbesar Jepun. Ia terletak di selatan Hokkaido, utara Shikoku di seberang Laut Dalam Negeri, dan timur laut Kyushu di seberang Selat Shimonoseki. Jika diukur dengan seluruh dunia, Honshu merupakan pulau terbesar ketujuh di dunia dan pulau terpadat kedua di dunia setelah Jawa.

Panjang Honshu sekitar 1.300 km dan lebarnya bervariasi antara 50 hingga 230 km. Jumlah keluasan wilayahnya adalah 230.500 km², sekitar 60% total luas wilayah Jepun. Garis pantainya sepanjang 5.450 km.

Great Britain sunting

Keluasan Negara
219,000 Km² United Kingdom

Britania Raya adalah sebuah pulau yang terletak di lepas pantai Eropah Barat sebelah barat laut. Pulau ini memiliki luas 218.595 km² dan secara keseluruhan merupakan wilayah Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland Utara. Di pulau ini terletak empat negara bersekutu bahagian atau wilayah negara kesatuan ini iaitu: Scotland, Ireland Utara, Britain dan Wales.

Great Britain disebut Great untuk membezakan dengan Britain yang lain iaitu région Bretagne di Perancis. Nama Great Britain berasal dari bahasa Perancis Grand-Bretagne. Dan kerana bahasa rasmi pemerintahan Inggeris bermula dari tahun 1066 adalah bahasa Perancis, maka nama ini dipakai terus sampai bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi semulao leh sejarawan bernama “Bretayne the grete” dipakai pada tahun 1338. Namun secara rasmi nama ini baru dipakai oleh Raja James I (James VI of Scots and I of England and Ireland) pada 20 Oktober 1604. Kala itu ia menyatakan sumpah bahawa ia adalah “Raja Great Britain” dan tidak hanya “Scotland” dan “Ireland” saja sebab Wales juga termasuk wilayahnya.

Pulau Victoria sunting

Keluasan Negara
217,291 Km² Kanada

Pulau Victoria merupakan salah satu dari Kepulauan Arctic Kanada di Nunavut dan Teritori Northwest, Kanada. Ini merupakan salah satu pulau terbesar di dunia, dan dengan ukuran 217,291 km persegi menjadikannya pulau kedua terbesar di Kanada, dua kali besarnya Newfoundland. Sepertiga bahagian barat dari pulau ini merupakan bahagian dari Inuvik, Teritori Northwest dan lebihannya merupakan bahagian dari Kitikmeot, Nunavut. Selat Lebar Melville terletak di sebelah utara, dan Kanal Clintock serta Selat Victoria di sebelah timur. Bahagian Teritori Northwest berlanjut ke daratan di seberang selatan, Selat Pease. Di barat terdapat Gurun Amundsen dan Pulau Banks.

Ellesmere sunting

Keluasan Negara
196,236 Km² Kanada

Pulau Ellesmere adalah bhaagian dari Daerah Qikiqtaaluk wilayah Kanada Nunavut. Terletak dalam Kepulauan Arktik Kanada dianggap bahagian dari Kepulauan Ratu Elizabeth, dengan Cape Columbia menjadi titik paling utara tanah di Kanada. Terdiri luas 196.235 km2 (75.767 sq mi), menjadikannya kesepuluh di dunia dan pulau terbesar di Kanada pulau terbesar ketiga. Arktik sistem gunung Cordillera meliputi sebagian besar Pulau Ellesmere, sehingga yang paling bergunung-gunung di Kepulauan Arktik Kanada. Willow Kutub Utara adalah satu-satunya spesies kayu tumbuh di Pulau Ellesmere

Sulawesi / Celebes sunting

Keluasan Negara
174,600 Km² Indonesia

Sulawesi adalah pulau ke-11 terbesar di dunia, meliputi kawasan seluas 174.600 km2 (67.413 batu persegi). Pulau ini dikelilingi oleh Borneo di sebelah barat, oleh Filipina di sebelah utara, oleh Maluku di sebelah timur dan oleh Flores dan Timor di sebelah selatan. Ia mempunyai bentuk yang khas, yang didominasi oleh empat semenanjung besar: Semenanjung Minahasa; Semenanjung Timur; Semenanjung Selatan; dan Semenanjung Tenggara. Bahagian tengah pulau bergunung-ganang, sehingga perhubungan antara semenanjung pulau satu sama lain adalah payah, dahulu lazimnya sambungan pengangkutan lebih baik melalui laut daripada melalui darat. Di pulau ini terdapat tiga teluk: Teluk Tomini, Teluk Tolo, dan Teluk Bone; manakala Selat Makasar berada di sisi barat pulau. Pulau Selayar terbentang di barat daya Sulawesi hingga Laut Flores. Kepulauan Sangihe dan Kepulauan Talaud terbentang pada hujung timur laut, manakala Pulau Buton berada di tenggara, Kepulauan Togian di Teluk Tomini, dan Pulau Peleng dan Pulau Banggai membentuk kelompok kepulauan di antara Sulawesi dan Maluku. Kesemua pentadbiran pulau-pulau yang disebutkan itu adalah bahagian daripada Sulawesi.

Pada masa kolonial Inggeris dan Belanda, pulau ini lazim disebut dengan nama "Celebes" mengikut pelafalan bahasa Inggeris dan Belanda untuk menyebut "Sulawesi".

Pulau Selatan sunting

Keluasan Negara
151,215 Km² New Zealand

Pulau Selatan adalah salah satu dari dua pulau utama yang membentuk New Zealand. Pulau utama yang lain adalah Pulau Utara. Nama pulau ini dalam bahasa Maori adalah Te Wai Pounamu yang bermaksud "Air batu hijau" (batu hijau ini merujuk kepada jed). Pulau ini juga mempunyai seluas wilayah 151 215 kilometer persegi (58 384 batu persegi) dan menjadikannya pulau ke-12 terbesar di dunia. Di sepanjang pesisir baratnya terdapat pergunungan Alps Selatan di mana Gunung Cook merupakan puncak tertinggi iaitu kira-kira 3 754 meter dari aras laut.

Jawa / Java sunting

Keluasan Negara
132,000 Km² Indonesia

Pulau Jawa di Indonesia, kawasan 132,000 km persegi, mempunyai 124 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 979 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa adalah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh). Jawa terletak dalam rantaian kepulauan dengan Sumatera di barat laut dan Bali di sebelah timur. Di sebelah timur laut terletak Borneo. Di selatan adalah Pulau Krismas, "Christmas Island". Jawa hampir keseluruhannya berasal dari gunung berapi, dan mengandungi tidak kurang dari tiga puluh lapan gunung yang berbentuk kon menunjukkan mereka merupakan gunung berapi yang pernah aktif.

Pada masa kolonial Inggeris dan Belanda, pulau ini lazim disebut dengan nama "Java" mengikut ejaan bahasa Inggeris dan Belanda yang dipinjam dari istilah tempatan "Jawa". Pada masa pra-kolonial, pulau Jawa juga dikenal dengan istilah lain dalam sastera-sastera kuno India seperti "Yawa", "Yawadvipa", "Javadvipa", "Iava", "Labadip", "Zaba", "Zava", dan lain-lain.

Pulau Utara sunting

Keluasan Negara
113,729 Km² New Zealand

Pulau Utara (bahasa Maori:Te Ika-a-Māui) merupakan salah satu daripada dua pulau utama yang terdapat di New Zealand. Pulau yang lain adalah Pulau Selatan. Luas pulau ini ialah 113,729 km persegi menjadikannya pulau ke-14 terbesar di dunia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 3,250,700 mengikut perangkaan Jun 2008.

Newfoundland sunting

Keluasan Negara
111,390 Km² Kanada

Newfoundland merupakan nama sebuah pulau di Kanada. Pulau ini berlokasi di Lautan Atlantik bahagian timur dan merupakan pulau terbesar di Kanada. Ibu kotanya ialah St. John's. Pulau ini memiliki luas wilayah 111,390 km² dan populasi 514,409 juta (2006).