Senarai raja-raja Melayu

Raja-raja Melayu wujud dalam sejarah, perlembagaan dan institusi bagi kerajaan Melayu di Nusantara. Salah satunya ialah Malaysia, yang merupakan sebuah negara berdaulat kerana mempunyai raja dan mengekalkan institusi raja. Malaysia mempunyai 9 orang raja. Setiap Raja-raja Melayu tersebut mempunyai peranan tersendiri di negeri taklukan baginda. Mereka berkuasa ke atas institusi agama di negeri mereka. Setiap 9 orang raja, 1 orang raja dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Senarai raja-raja Melayu sunting

Malaysia sunting

Kemaskini pada 6 Mac 2020.

Senarai Pemerintah Negeri di Malaysia
Negeri Nama & Gelaran Mula di atas takhta
  Malaysia Yang di-Pertuan Agong KDYMM Seri Paduka Baginda XVII Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar 31 Januari 2024
  Terengganu Sultan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah 15 Mei 1998
  Perlis Raja DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Syed Putra Jamalullail 17 April 2000
  Selangor Sultan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj 22 November 2001
  Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar DYMM Tuanku Muhriz 29 Disember 2008
  Johor Sultan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar 23 Januari 2010
  Kelantan Sultan KDYMM Sultan Muhammad V 13 September 2010
  Perak Sultan DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah 29 Mei 2014
  Kedah Sultan KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah 12 September 2017
  Pahang Sultan KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah 15 Januari 2019
  Pulau Pinang Yang di-Pertua Negeri TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak 1 Mei 2021
  Melaka Yang di-Pertua Negeri TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rostam 4 Jun 2020
  Sabah Yang di-Pertua Negeri TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin 1 Januari 2011
  Sarawak Yang di-Pertua Negeri TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud 1 Mac 2014

Brunei sunting

Negeri Nama & Gelaran Mula di atas takhta
  Brunei Sultan dan Yang Di-Pertuan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien 5 Oktober 1967

Yang di-Pertuan Agong sunting

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara Malaysia yang dilantik setiap 5 tahun daripada 9 orang Raja-raja Melayu yang berkuasa. Jawatan ini diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu merdeka daripada jajahan British. Setiap raja-raja melayu bersetuju untuk memilih setiap daripada 9 orang raja untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Negara sunting

Gelaran Yang di-Pertuan Negaraini merupakan ketua negara Brunei.

Raja-raja Melayu sunting

Raja-raja Melayu kini merupakan raja berpelembagaan tidak seperti dahulu, Raja-raja Melayu menjadi tunggak kerajaan monarki mutlak. Setiap raja-raja melayu dilindungi oleh perlembagaan. Setiap daripada mereka berkuasa ke atas negeri taklukannya. Mereka menjadi ketua agama bagi setiap negeri dan berkuasa ke atas kerajaan negeri. Senarai Raja-raja Melayu adalah:

Majlis Raja-raja Melayu sunting

Majlis Raja-Raja Melayu bermula apabila negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang menjalankan mesyuarat antara sesama sendiri dengan wakil British. Nama mesyuarat tersebut dipanggil Durbar.

Peranan Raja-raja Melayu sunting

Sejarah Raja-raja Melayu sunting

Sejarah raja-raja melayu di Malaysia bermula pada Zaman Permulaan Kesultanan Melayu Melaka yang berjaya mengalahkan pemerintahan kerajaan Hindu-Buddha yang tersebar luas di Nusantara. Zaman ini Melaka berjaya membawa pengaruh agama Islam di Nusantara. Kawasan taklukan melayu Melaka amat luas sehingga ke pulau Sumatera. Kesultanan ini mula jatuh apabila Portugis menyerang Melaka ketika Zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Apabila Portugis berjaya menawan Melaka, Sultan Mahmud Shah berlindung ke bahagian selatan wilayahnya yang sekarang ini dipanggil sebagai Johor.

 
kesultanan Melayu Melaka

Jata Raja-raja Melayu sunting

  • Jata Raja-Raja Melayu
  • Jata Negeri
  • Jata Diraja

Negeri Taklukan Raja Melayu sunting

Kesultanan Kedah 1136-Kini sunting

Kesultanan Kedah merupakan kesultanan melayu yang paling tua sekali di antara raja-raja Melayu. Sebelum ini jajahan taklukan negeri Kedah tersebar luas sehingga ke Pattani.Pulau Pinang dan Perlis juga merupakan berada bawah taklukan kesultanan Kedah.

Kesultanan Brunei 1363-Kini sunting

Kesultanan Pahang 1470-Kini sunting

Kesultanan Perak 1528-Kini sunting

Kesultanan Johor 1528-Kini sunting

Kesultanan Terengganu 1703-Kini sunting

Kesultanan Kelantan 1231-Kini sunting

Kesultanan Selangor 1748-Kini sunting

Sultan Selangor berasal daripada keturunan pahlawan Melayu Bugis iaitu Daeng Chelak.Daeng Chelak juga merupakan Yang diPertuan Muda Riau. Anak kepada pahlawan tersebut Raja Lumu telahpun dipilih dikalangan penduduk Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai ketua ataupun pemimpin di situ. Walaupun Raja Lumu merupakan keturunan Melayu Bugis tetapi pelantikannya sebagai Sultan Selangor yang pertama diiktiraf dan ditabalkan oleh Sultan Perak. Kemudian gelaran Sultan Salehuddin Shah Ibni Daeng Chelak diguna pakai bagi menggantikan gelaran raja lumu. Meskipun Sultan Selangor berketurunan bugis tak bermakna seluruh penduduk Selangor adalah bugis mereka semuanya adalah berasal daripada Melayu Johor dan menyebabkan negeri Selangor tidak mempunyai loghatnya yang tersendiri sama seperti Johor. Ada beberapa kaum Jawa dan Bugis yang sempat menetap di Selangor sebelum kedatangan British. Kebanyakan daripada mereka itu menetap di bahagian Selangor yang bersempadan dengan laut seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor.Namun kesemua daripada mereka sudah menjadi Melayu asli kerana pengaruh budaya masyarakat Melayu di Selangor. Daerah terawal di Selangor adalah Kuala Selangor,Hulu Selangor,Klang,Kuala Langat, dan Hulu Langat. Daerah Sabak Bernam terbentuk daripada perpisahan Bernam dan Kuala Selangor, daerah Kuala Lumpur terbentuk apabila British menjumpa kawasan perlombongan bijih timah baharu di Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur diberikan kepada Kerajaan Pusat, sebahagian daripada daerah Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala bahagian yang lain adalah daerah Gombak. Daerah Petaling wujud apabila pembangunan di Kuala Lumpur terlalu pesat lalu pelombong-pelombong berhijrah ke sini. Daerah Sepang wujud daripada perpisahan daripada Kuala Langat.

Kesultanan Negeri Sembilan 1773-Kini sunting

Kesultanan Negeri Sembilan wujud daripada penghijrahan secara beramai-ramai orang Melayu Minangkabau daripada pulau Sumatera. Nama Darul Khusus itu bermaksud kesultanan ini berbeza daripada negeri-negeri melayu beraja yang lain. Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih yang lain daripada negeri lain yang mengamalkan adat temenggung. Nama kesultanan ini dahulunya dikenal daripada nama Sungai Ujong dan Naning. Kesultanan ini bagaimanapun ada mengambil tanah taklukan negeri Selangor iaitu di Lukut dan Linggi. Dikatakan orang Minangkabau bergaduh besar dengan orang-orang melayu Selangor. Lalu kawasan tersebut berada di bawah kesultanan Negeri Sembilan.Nama baharu kesultanan ini,Negeri Sembilan bermaksud dahulu kesultanan ini mempunyai 9 daerah, walaubagaimanapun kini Negeri Sembilan hanya mempunyai 8 daerah. Bahasa negeri sembilan ataupun lebih dikenali sebagai bahasa nogori adalah pencampuran daripada bahasa tempatan iaitu bahasa Melayu dengan bahasa minangkabau.

Kesultanan Perlis 1848-Kini sunting

Kesultanan Perlis wujud daripada pembahagian wilayah di utara Kedah yang berlaku daripada penjajahan siam. Siam membahagikan kawasan Kedah kepada dua bahagian iaitu kawasan Kedah pada hari ini dan kawasan di utara Kedah. Kawasan inilah yang menyebabkan berlakunya kewujudan kesultanan Perlis iaitu kesultanan termuda sekali di Malaysia

Gelaran Raja-Raja Melayu sunting

  • Sultan

Gelaran Sultan digunapakai oleh 7 raja-raja melayu seperti

Potret Raja-Raja Melayu sunting

Istana Raja-Raja Melayu sunting

Istana Negara merupakan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong.Selain itu, setiap acara rasmi kerajaan diadakan di situ seperti pelantikan Perdana Menteri Malaysia,jemaah Menteri dan anggota kerajaan.Istana Negara juga berperanan sebagai tempat mesyuarat majlis raja-raja Melayu bagi membincangkan tentang hal ehwal negara. Sebelum ini Istana Negara terletak berdekatan dengan Muzium Negara. Namun istana tersebut adalah kecil dan sempit. Maka, Istana Negara telahpun ditukar ke tempat lain yang berdekatan dengan Parlimen Malaysia. Istana Negara lama tersebut telahpun dijadikan sebagai Muzium Diraja.

 
Istana Negara

Istana Alam Shah adalah istana rasmi bagi Sultan Selangor. Setiap acara rasmi berkenaan negeri Selangor diadakan di istana tersebut seperti pelantikan Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor, jemaah exco negeri dan bermacam lagi. Terdapat dua lagi istana bagi Sultan Selangor iaitu di Shah Alam dan Putrajaya.

 
Istana Alam Shah

Istana Besar Seri Menanti adalah istana rasmi bagi kesultanan Negeri Sembilan bagi menggantikan istana lama seri menanti yang diperbuat daripada Kayu yang tidak berpaku. Istana lama tersebut sudah dijadikan sebagai muzium.

 
Istana Besar Seri Menanti

Mahkota Raja-raja Melayu sunting

Terdapat empat kesultanan yang memiliki Mahkota kebesaran masing-masing iaitu kesultanan Johor, Kelantan, Selangor dan Terengganu. Mahkota diraja Johor, Kelantan dan Terengganu dapat dilihat di jata negeri mereka.

Tabal Diraja sunting

Tabal merupakan bunyian yang digunakan ketika ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Negeri yang memiliki diraja adalah Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor. Tabal diraja Selangor adalah berasal daripada Perak. Sejarah pembentukan kesultanan Selangor berkait rapat dengan Perak. Oleh kerana itu Selangor memiliki tabal tersebut. Tabal negeri Terengganu dihadiahkan oleh Kesultanan Lingga rentetan dari hubungan persaudaraan antara keduanya setelah dimansuhkan oleh Belanda pada 1911.

Peranan Rakyat sunting

Sebagai rakyat kita perlulah menghormati raja-raja melayu dan perlembagaanya. Kita perlu menghormati dan mentaati setiap titah mereka. Sesiapa yang membuatkan raja-raja melayu berasa marah akan menyebabkan dirinya derhaka oleh raja-raja melayu.

Rujukan sunting